Search Header Logo
BAHASA MELAYU T4 : PEMAHAMAN

BAHASA MELAYU T4 : PEMAHAMAN

Assessment

Presentation

Education

10th Grade

Hard

Created by

RAHIMI cR

Used 58+ times

FREE Resource

30 Slides • 0 Questions

1

BAHASA MELAYU T4 : PEMAHAMAN DAN NOVEL

BAHAGIAN B

Slide image

2

BAHAGIAN B : PEMAHAMAN

[35 MARKAH] CADANGAN MASA : 60 MINIT

SOALAN 6 - PETIKAN UMUM

SOALAN 7 - PETIKAN SASTERA (Soalan 6 dan 7 : 25 Markah]

SOALAN 8 - NOVEL (10 Markah)

3

Soalan 6 : Petikan Umum

  • Petikan soalan mengikut tema DSKP. Lebih daripada satu bahan akan diberikan (2 hingga 3 bahan)

  • Panjang petikan antara 120 hingga 140 patah perkataan sahaja.

  • Bahan boleh terdiri daripada pelbagai bentuk (berita, rencana, jadual dan lain-lain) dan sumber (majalah, Internet, ensiklopedia dan lain-lain).

4

Soalan 6 : Petikan Umum

  • Pecahan soalan tidak ditetapkan (3 atau 4 soalan) Cadangan pecahan soalan:

    i. Maksud literal

    ii. Beza banding semua bahan - pemindahan maklumat

    iii. KBAT/ pemikiran kritis

    iv. KBAT/ penyelesaian masalah



5

CONTOH 1

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

6

BAHAN 1

Teknik Meja Bulat antara strategi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21 yang dapat digunakan dalam semua mata pelajaran khususnya dalam kemahiran menulis. Teknik ini bermaksud murid perlu duduk dalam kumpulan. Guru akan mengedarkan kertas kepada setiap ahli dalam kumpulan dan memberikan satu tajuk kepada mereka. Secara bergilir-gilir setiap ahli kumpulan mencatat idea menggunakan pen dan kertas yang sama. Hasil dapatan murid akan dibentangkan untuk dibincangkan di dalam kelas.

7

BAHAN 1

Menurut Kagan (1990) teknik Meja Bulat merupakan teknik yang sederhana dalam pembelajaran koperatif. Walau bagaimanapun teknik ini kurang popular dalam kalangan guru kerana bilangan pelajar yang ramai dalam sesebuah kelas dan ruang bilik darjah yang terhad. Oleh itu, pihak sekolah seharusnya sentiasa menggalakkan pelaksanaan pelbagai kaedah dalam PdPc kerana aktiviti yang dijalankan itu memberikan banyak faedah kepada murid.


Dipetik dan diubah suai daripada ‘Teknik Meja Bulat Untuk Kemahiran Menulis’ oleh Nabiha Yusof, Pelita Bahasa bil 7/2019 Dewan Bahasa dan Pustaka

8

BAHAN 2

Pada hari ini, aktiviti permainan bahasa kurang dipraktikkan di dalam bilik darjah. Antara alasan yang diberikan adalah seperti tiada ruang di dalam bilik darjah dan ketiadaan alat serta bahan yang berkaitan. Dalam konteks penghasilan produk pengajaran dan pembelajaran inovasi, permainan bahasa ini sebenarnya cukup penting jika kita mengambil kira murid yang lambat menerima pengajaran dan pembelajaran bahasa di kelas.

9

BAHAN 2

Antara aktiviti dalam permainan bahasa termasuklah kata bersilang, teka sinonim, teka silang kata, sisip vokal, lingkaran kata, silang sinonim, teka teki bentuk kata, sisip suku kata, jejak kata, ganda huruf, delapan kata, awal kata dan atur sinonim. Aktiviti-aktiviti ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa iaitu daripada peringkat sekolah rendah hingga peringkat sekolah menengah.


Dipetik dan diubah suai daripada ‘Permainan Bahasa dalam Pengajaran’ oleh Hasan Baseri Budiman, Pelita Bahasa bil 10,2017 Dewan Bahasa dan Pustaka

10

SOALAN

  • i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud cukup penting. (2 Markah)

  • ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan faktor yang menyebabkan kaedah pembelajaran teknik Meja Bulat dan Permainan Bahasa kurang dipraktikkan di dalam kelas. ( 3 Markah)

  •  Aktiviti-aktivitiyangdijalankanmelaluikaedahpembelajaranabad

    ke-21 banyak memberikan faedah kepada murid. Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah tersebut? (3 Markah)

11

SOALAN

  • IV) Kumpulan anda diminta untuk menyiapkan tugasan oleh guru anda dengan menggunakan teknik permainan bahasa pada masa yang ditetapkan. Namun, tugasan tersebut tidak berjaya diselesaikan.

    Sekiranya kumpulan anda diberikan peluang kedua untuk menyiapkan tugasan yang sama dalam masa yang ditetapkan, cadangkan langkah-langkah untuk memastikan tugasan tersebut dapat diselesaikan. ( 4 MARKAH)



12

JAWAPAN


13

Soalan 7 : Petikan Sastera

  • Bahan mesti berasaskan unsur karya kreatif sama ada daripada antalogi yang dipelajari di sekolah (komsas tingkatan 4 atau 5) atau daripada sumber yang lain.

  • Bahan mestilah pelbagai (cerpen, puisi moden atau tradisional, drama dan lain-lain)

  • Semua bahan mesti berdasarkan tema yang sama mengikut DSKP.

  • Panjang petikan antara 120 – 140 patah perkataan.

14

Soalan 7 : Petikan Sastera

  • Pecahan soalan tidak ditetapkan (3 atau 4 soalan) i. Maksud literal

    ii. Beza banding semua bahan - pemindahan maklumat iii. KBAT/ pemikiran kritis

    iv. KBAT/ penyelesaian masalah

  • Tiada soalan elemen sastera.



15

CONTOH SOALAN

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

16

BAHAN 1

Rintihan Bumi

Usia aku semakin lanjut

Kalau aku terbujur

Adakah yang ingin menjagaku

Aku semakin tua

Sudah terlalu uzur aku memelihara

Anak-anakku – manusia.

17

BAHAN 1

Setiap hari aku berdoa agar anak-anakku

Menjaga adab

Aku banyak kali menegur

Tetapi mereka tidak juga berubah

Aku hanya mampu menangis sehingga banjir

Aku pukul mereka dengan Tsunami

Tetapi mereka tidak menerima teguran itu untuk berubah.

18

BAHAN 1

Akhirnya apabila aku geram

Tuhan perintahkan aku menggoncang badan aku Gempa maha dahsyat berlaku

Sehinggakan aku demam, mereka tetap terus Mencabut pokok-pokokku

Apabila aku geram, keluarlah taufan tetapi mereka Tetap tidak berubah.

Muhd. Syazwan Sahlan

Sungai Buluh, Selangor. Dewan Siswa, Bil. 1 2018

19

BAHAN 2

“Demi malar hijau yang kamu cintai, kamu perlu belajar. Hutan ini memerlukan kamu.”

“Apa maksud cikgu?”

“Tidakkah kamu tahu bahawa di seluruh dunia, hutan diancam aktiviti pembalakan. Sindiket yang gila akan duit menceroboh dan membunuh fauna dan flora di kawasan hutan simpan. Bukan sahaja di Malaysia, malah hutan malar hijau di Lembangan Amazon juga terancam.”

“Pohon-pohon tembusu padang, meranti seraya, dan meranti tembaga di kawasan simpan, 20 km dari sini sudah tiada lagi cikgu,” kata Daneng terputus-putus. Suaranya ditenggelami kekecewaan yang pedih. “Apakah yang dapat saya lakukan. Apabila tiba di sana, mereka sudah tiada, pokok- pokok ini juga sudah tiada.”

20

BAHAN 2

“Sebab itulah kamu harus belajar, Daneng. Mungkin kamu dapat menjadi pegawai perhutanan negara, dan melaksanakan satu rancangan yang lebih agresif untuk membanteras kelompok musuh ini, atau kamu dapat menjadi saintis, mencipta sesuatu yang dapat menggantikan tempat kayu. Barulah hutan akan terselamat. Masa depan pohon tualang pujaanmu juga akan terjamin,” hujah Jo.


Dipetik daripada cerpen ‘Lambaian Malar Hijau’ oleh Seroja Theavy a/p Balakrishnan antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka

21

BAHAN 3

PANTUN SAYANGI ALAM

Cerah dian di malam gelita, Diserikan embun dibawa deru;

Indah nian negara tercinta,

Daun merimbun laut membiru.

Tumbuh pegaga di tanah rata, Penuh kawasan luas terbentang;

Mari dijaga alam semesta,

Jadi warisan generasi mendatang.

22

BAHAN 3

Tercalit ranah di atas pelantar, Sapu ke tepi cemar tak berubah;

Andai musnah alam sekitar, Bersedia hadapi segala musibah.

Di hujung desa tumbuh halban, Kian tenggelam dilitupi lalang;

Harta binasa nyawa terkorban, Keindahan alam turut hilang.


Nor Hafuza Arif Shah Alam, Selangor

23

SOALAN

  • I) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menjaga adab . ( 2 MARKAH)

  • II)Berdasarkan semua bahan, nyatakan kesan-kesan kemusnahan alam sekitar

    akibat aktiviti manusia. (4MARKAH)

  • III) Alam sekitar sangat penting dalam kehidupan manusia dan menjadi tanggungjawab bersama untuk memuliharanya.

    Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan memulihara hutan di negara ini? 3 MARKAH)

24

SOALAN

  • IV)  Pada suatu petang, anda sedang memancing ikan di sebatang sungai yang jernih, tiba-tiba anda ternampak tiga orang pemuda yang sedang mengangkut beberapa buah tong yang mengandungi cecair. Mereka mencurahkan cecair tersebut ke dalam sungai. Setelah mereka beredar, anda mendapati warna air sungai semakin keruh dan kelihatan beberapa ekor ikan mulai terapung. Anda yakin bahawa cecair tersebut ialah sisa toksik.

    Sebagai rakyat yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu untuk mengatasi masalah ini? (4MARKAH)



25

JAWAPAN


26

Soalan 8 : Novel [10 markah]

  • Dua soalan diuji

  • Markah keseluruhan (10 m): Kombinasi markah untuk soalan (i) dan (ii) tidak tetap

  • Markah bahasa:

    • Soalan (i) Tidak ada markah bahasa yang khusus, tetapi berdasarkan deskripsi pemarkahan

    • Soalan (ii) Markah bahasa: maksimum 2 markah secara holistik

27

Soalan 8 : Novel [10 markah]

  • Bentuk soalan:

    i. Soalan 8 (i) : Pemahaman petikan novel (berdasarkan petikan sebuah novel daripada mana-mana novel 4 zon)

    - Panjang petikan antara 100 hingga 120 patah perkataan.

    ii. Soalan 8 (ii) : Pemikiran kritis (berdasarkan novel yang dikaji mengikut zon)



28

Soalan 8 : Contoh Item Novel

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

29


“Tentulah tidak,” balas Muhammad Taufik, nadanya tenang sahaja.

“Saya telah memutuskan bahawa kelip-kelip di Kuala Selangor berada di ambang kepupusan. Kedatangan pelancong yang ramai, hampir 100 ribu orang pada setiap tahun, dengan semua entiti yang datang bersama mereka seperti suara manusia, bunyi enjin motobot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai yang mengancam pokok-pokok berembang, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan manusia, dan cahaya roda ferris, semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip. Kelip-kelip ini, yang telah wujud jutaan tahun di tempat ini dan tidak pernah mendatangkan sebarang kesusahan kepada manusia di sini akan mengalami kepupusan dalam masa setahun sahaja jika keadaan sedia ada berterusan.

Dipetik daripada Novel Bimasakti Menari Karya Sri Rahayu Mohd Yusop Kementerian Pendidikan Malaysia

30

CONTOH Soalan

  • (a) Nyatakan faktor-faktor populasi kelip-kelip di Kuala Selangor semakin berkurangan. [4 markah]

  • (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

  • Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan sebab permulaan cerita tersebut menarik perhatian pembaca.

    [6 markah]

BAHASA MELAYU T4 : PEMAHAMAN DAN NOVEL

BAHAGIAN B

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 30

SLIDE