
PENDIDIKAN JASMANI TINGKATAN 2 2020
Presentation
•
Physical Ed
•
2nd Grade
•
Practice Problem
•
Hard

Mohd Zaini Morad
Used 1+ times
FREE Resource
12 Slides • 0 Questions
1
PENDIDIKAN JASMANI TINGKATAN 2 2020
16 FEB 2021
ACARA JALAN KAKI
2
PENGENALAN
Lumba jalan kaki merupakan satu daripada acara olahraga dalam kategori perlumbaan jarak jauh. Acara lumba jalan kaki boleh dipertandingkan di jalan raya atau di trek. Peraturan lumba jalan kaki menetapkan sebelah kaki mesti berada dalam keadaan bersentuhan dengan trek atau jalan pada setiap masa perlumbaan. Kaki yang berada di hadapan hendaklah sentiasa lurus dari mula mencecah trek sehinggalah ke akhir perlakuan pergerakan.
Jarak yang biasa dipertandingkan dalam acara lumba jalan kaki ialah 5 kilometer, 10 kilometer, 20 kilometer dan 50 kilometer. Acara ini turut dipertandingkan pada peringkat Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEA, kejohanan kebangsaan serta Kejohanan Balapan
dan Padang Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).
3
Kemahiran Lumba Jalan Kaki
Lumba jalan kaki memerlukan peserta melakukan pergerakan dengan langkah yang berterusan supaya langkah tersebut sentiasa mencecah trek. Pembatalan boleh dilakukan oleh ketua hakim sekiranya peserta tidak mencecah trek atau berada dalam keadaan “terapung” semasa pertandingan setelah menerima tiga kali amaran daripada hakim yang berbeza. Kaki yang berada di hadapan sentiasa lurus dari mula mencecah trek sehinggalah benar-benar tegak ataupun kaki
belakangnya melepasi badan.
Kemahiran lumba jalan kaki terbahagi kepada fasa sokongan sebelah kaki dan fasa sokongan kedua-dua belah kaki. Fasa sokongan sebelah kaki pula terdiri daripada sokongan kaki hadapan dan sokongan kaki belakang. Teknik berjalan yang betul akan menghasilkan pergerakan yang efisien serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
4
Teknik Jalan Kaki
Lumba jalan kaki memerlukan teknik yang betul berdasarkan prinsip-prinsip latihan yang khusus. Latihan yang sistematik akan memastikan teknik perlakuan yang sah dari segi peraturan pertandingan. Perlakuan yang salah akan menyebabkan peserta boleh dibatalkan kerana melanggar peraturan pertandingan.
Semasa melakukan kemahiran lumba jalan kaki, postur badan, ayunan tangan, kedudukan kaki dan rotasi pinggul memainkan peranan penting bagi memastikan teknik perlakuan yang betul.
5
Postur badan
1. Pandang ke hadapan pada aras mata.
2. Kepala tegak, siku fleksi dan kepala relaks.
3. Postur badan tegak dan relaks dari
mula hingga akhir langkah.
6
Pergerakan tangan
1. Ayunkan tangan selari dengan dada.
2. Semasa ayunan ke belakang, lengan
dirapatkan ke sisi pinggul.
3. Tangan dan bahu bergerak serentak
dengan pergerakan kaki dan pinggul.
4. Kekalkan imbangan badan ketika
ayunan tangan.
7
Rotasi pinggul
1. Goyang pinggul dengan betul dapat
menghasilkan pergerakan yang berkesan serta menambah kelajuan.
2. Ketika melangkah, pastikan tapak kaki berada pada kedudukan yang betul dan panjang langkah adalah secara maksimum.
3. Daya yang dihasilkan akan membantu kaki untuk melangkah.
4. Bagi mendapatkan rotasi pinggul yang efisien, lakukan latihan berjalan di atas garisan lurus.
5. Semasa melakukan latihan ini, luaskan langkah serta silang kaki kiri dan kaki kanan dengan memijak garisan secara berselang-seli.
8
Kedudukan kaki dan tapak kaki
1. Semasa melangkah, tumit kaki menyentuh tanah terlebih dahulu.
2. Fleksi hujung jari kaki setinggi yang mungkin.
3. Kaki perlu lurus semasa menyentuh
permukaan trek.
4. Buka langkah untuk menghasilkan jarak bukaan kaki yang luas.
5. Kedudukan kaki yang sesuai adalah seperti berjalan di atas garisan lurus.
6. Kekalkan daya dalam arah yang sama untuk meningkatkan kelajuan.
7. Lutut dibengkokkan sedikit ketika tumit mencecah trek.
9
Undang-undang Lumba Jalan Kaki
Undang-undang dan peraturan lumba jalan kaki adalah tertakluk kepada undang-undang dan
peraturan yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) dan
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM). Antara undang-undang dan peraturan lumba jalan kaki adalah
seperti berikut:
10
1. Perlumbaan yang berlangsung di trek akan diadili oleh enam orang hakim termasuk seorang ketua hakim.
2. Kaki belakang tidak boleh meninggalkan trek sehingga tumit kaki depan menyentuh trek.
3. Kaki yang menyokong mesti diluruskan dari titik sentuhan dengan trek dan kekal lurus sehingga badan peserta melepasi kaki yang menyokong.
4. Amaran akan diberikan sekiranya teknik jalan kaki tidak mengikut peraturan.
5. Tiga amaran akan diberi sebelum penyertaan seseorang peserta dibatalkan.
6. Tanda kuning dengan simbol kesalahan akan ditunjukkan sebagai tanda amaran.
7. Tanda merah pula ditunjukkan sebagai penyertaan seseorang peserta dibatalkan.
11
SIMBOL-SIMBOL KESALAHAN DALAM LUMBA JALAN KAKI
12
PENDIDIKAN JASMANI TINGKATAN 2 2020
16 FEB 2021
ACARA JALAN KAKI
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 12
SLIDE
Similar Resources on Wayground
12 questions
Bangun Ruang
Presentation
•
2nd Grade
9 questions
Kata Kerja
Presentation
•
3rd Grade
10 questions
GERAK LOKOMOTOR
Presentation
•
2nd - 3rd Grade
8 questions
Kelas 2, Denah
Presentation
•
2nd Grade
9 questions
Pendidikan Muzik Tahun 2
Presentation
•
1st - 3rd Grade
10 questions
Senaman Ceria (PJ Tahun 2)
Presentation
•
2nd Grade
11 questions
Hari, minggu, bulan, tahun
Presentation
•
2nd Grade
7 questions
Gerak Lokomotor
Presentation
•
2nd Grade
Popular Resources on Wayground
10 questions
GPA Lesson
Presentation
•
9th - 12th Grade
7 questions
Albert Einstein
Quiz
•
3rd Grade
31 questions
Bridge A Review
Quiz
•
3rd Grade
6 questions
Blue Sue and Red Ruth
Quiz
•
3rd Grade
8 questions
(Day12 HW) Inverse Trig Ratios
Quiz
•
9th Grade
20 questions
Summer Geometry QUIZ (Week3)
Quiz
•
9th Grade
16 questions
Theme Practice
Quiz
•
7th Grade
20 questions
Taxes
Quiz
•
9th - 12th Grade