

TING 2 - PANTUN ALAM REMAJA
Presentation
•
Education
•
8th Grade
•
Medium
Syafiq Shariffuddin
Used 7+ times
FREE Resource
13 Slides • 5 Questions
1
KUPASAN PUISI TRADISIONAL
PANTUN ALAM REMAJA
2
RANGKAP 1
Elok rupanya kumbang jati,
Dibawa itik pulang petang;
Tidak terkatakan besar hati,
Melihat ibu sudah pulang.
MAKSUD : Anak-anak akan berasa sangat gembira sewaktu menyambut kepulangan ibu ke rumah.
3
RANGKAP 2
Dibawa itik pulang petang,
Dapat di rumput bilang-bilang;
Melihat ibu sudah pulang,
Hati cemas menjadi hilang.
MAKSUD : Ketakutan dan kerisauan anak-anak sewaktu ketiadaan ibu akan hilang apabila melihat ibu pulang ke rumah.
4
RANGKAP 3
Ayam kinantan terbang mengekas,
Hinggap di ranting bilang-bilang;
Melihat bonda pulang lekas,
Hatiku besar bukan kepalang.
MAKSUD : Anak-anak akan berasa sangat gembira jika ibu cepat pulang ke rumah.
5
RANGKAP 4
Kita menari keluar bilik,
Sebarang tari kita tarikan;
Kita menyanyi adik-beradik,
Sebarang nyanyi kita nyanyikan.
MAKSUD : Adik-beradik menyanyikan sebarang lagu bersama-sama.
6
RANGKAP 5
Hanyut batang berlilit kumpai,
Terdampar di ujung Tanjung Jati;
Bonda pulang bapa pun sampai,
Kita semua berbesar hati.
MAKSUD : Kepulangan ayah dan ibu ke rumah merupakan detik yang paling menggembirakan anak-anak.
7
RANGKAP 6
Ramai orang bersorak-sorak,
Menepuk gendang dengan rebana;
Alang besarnya hati awak,
Mendapat baju dengan celana.
MAKSUD : Pemberian atau hadiah daripada ibu bapa membuatkan anak-anak berasa gembira.
8
RANGKAP 7
Mahulah kami hendak melapun,
Lapun dibawa orang menjaja;
Jangan marah kami berpantun,
Budak kecil biasa manja.
MAKSUD : Ibu bapa tidak sewajarnya memarahi anak-anak yang gemar berpantun kerana anak-anak yang masih kecil biasanya manja.
9
TEMA DAN PERSOALAN
Tema
Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa mereka ke rumah.
Persoalan
( 1 ) Tanggungjawab ibu bapa ialah memberikan kasih sayang dan kebahagiaan kepada anak-anak.
( 2 ) Pemberian hadiah dapat menggembirakan hati seseorang.
( 3 ) Anak-anak sentiasa cemas dan risau sewaktu ketiadaan ibu bapa di rumah.
10
BENTUK DAN CIRI-CIRI PANTUN
Terdiri daripada tujuh rangkap.
Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.
Ada pembayang dan maksudnya.
Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata sebaris.
Terdiri daripada sembilan hingga sepuluh suku kata sebaris.
Pantun ini berbentuk terikat.
11
GAYA BAHASA DAN UNSUR BUNYI
Imej alam. Contohnya, itik; kumpai; ayam kinantan; ranting; rumput.
Peribahasa. Contohnya, besar hati.
Inversi. Contohnya, Elok rupanya kumbang jati; Sebarang tari kita tarikan; Sebarang nyanyi kita nyanyikan.
Repetisis. Contohnya, kita (rangkap 4, baris 1,2,3 dan 4)
Asonansi. Contohnya, Tidak terkatakan besar hati
(perulangan vokal a).
Aliterasi. Contohnya, Hanyut batang berlilit kumpai
(perulangan konsonan b).
12
NILAI
Kasih sayang. Contohnya, kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak menjamin kebahagian keluarga.
Bertanggungjawab. Contohnya, ibu bapa bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan anak-anak.
Hormat-menghormati. Contohnya, sikap hormat-menghormati perlu diamalkan dalam kalangan anggota keluarga.
13
PENGAJARAN
Kita mestilah menyayangi anak-anak untuk mendapatkan kebahagian keluarga.
Kita mestilah bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak.
Kita haruslah menghormati ibu bapa kerana merekalah yang telah menjaga kita hingga dewasa.
14
Multiple Choice
SOALAN 1
"Pantun Alam Remaja " terdiri daripada berapa rangkap ?
Lima
Enam
Tujuh
Lapan
15
Multiple Choice
SOALAN 2
Yang manakah BUKAN ciri-ciri yang terdapat dalam "Pantun Alam Remaja " ?
Ada pembayang dan maksudnya.
Pantun ini berbentuk terikat.
Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.
Pantun ini berbentuk bebas.
16
Multiple Choice
SOALAN 3
Dibawa itik pulang petang,
Dapat di rumput bilang-bilang;
Melihat ibu sudah pulang,
Hati cemas menjadi hilang.
Manakah maksud yang paling sesuai bagi rangkap diatas ?
Anak-anak akan berasa sangat gembira jika ibu cepat pulang ke rumah.
Ketakutan dan kerisauan anak-anak sewaktu ketiadaan ibu akan hilang apabila melihat ibu pulang ke rumah.
Anak-anak akan berasa sangat gembira sewaktu menyambut kepulangan ibu ke rumah.
Kepulangan ayah dan ibu ke rumah merupakan detik yang paling menggembirakan anak-anak.
17
Multiple Choice
SOALAN 4
Elok rupanya kumbang jati;
Sebarang tari kita tarikan;
Sebarang nyanyi kita nyanyikan.
Apakah gaya bahasa yang digunakan berdasarkan petikan diatas ?
Inversi
Repetisi
Imej Alam
Simile
18
Multiple Choice
SOALAN 5
Antara pilihan jawapan yang berikut, nilai manakah yang TIDAK terdapat dalam cerpen?
Kasih sayang.
Tanggungjawab.
Hormat-menghormati.
Keinsafan.
KUPASAN PUISI TRADISIONAL
PANTUN ALAM REMAJA
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 18
SLIDE
Similar Resources on Wayground
12 questions
TING 3 - KATA SENDI NAMA
Presentation
•
9th Grade
15 questions
SAMPAIKAN MELALUI SURAT
Presentation
•
7th Grade
12 questions
Budaya Nasional sebagai Alat Pemersatu Bangsa
Presentation
•
8th Grade
12 questions
Pencernaan makanan pada manusia
Presentation
•
8th Grade
14 questions
KEARIFAN LIKAL
Presentation
•
8th Grade
11 questions
TING 2 - SAJAK ROTI
Presentation
•
8th Grade
16 questions
Pendidikan Pancasila
Presentation
•
8th Grade
15 questions
Informatika - Folder dan File
Presentation
•
7th Grade
Popular Resources on Wayground
10 questions
Safety Day 2026 – Student Review
Quiz
•
9th Grade
21 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Parts of Speech
Quiz
•
5th Grade
16 questions
Subject & Predicate
Quiz
•
5th Grade
25 questions
Multiplication Facts
Quiz
•
5th Grade
12 questions
Map Skills
Quiz
•
3rd Grade
22 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
5th Grade
15 questions
Rounding Decimals
Quiz
•
5th Grade
Discover more resources for Education
10 questions
Columbus Day and Indigenous People's Day
Interactive video
•
5th - 8th Grade
20 questions
Rational and Irrational Numbers
Quiz
•
8th Grade
20 questions
Newton's Laws of Motion
Quiz
•
8th Grade
20 questions
REGULAR Present tense verbs
Quiz
•
8th - 9th Grade
20 questions
Add and Subtract Integers
Quiz
•
6th - 8th Grade
28 questions
SMS Staff by the Numbers
Quiz
•
6th - 8th Grade
20 questions
Slope from a Graph
Quiz
•
8th Grade
25 questions
Making Inferences
Quiz
•
6th - 8th Grade