Search Header Logo
TING 2 - PANTUN ALAM REMAJA (MAKSUD SETIAP RANGKAP)

TING 2 - PANTUN ALAM REMAJA (MAKSUD SETIAP RANGKAP)

Assessment

Presentation

Education

8th Grade

Easy

Created by

Syafiq Shariffuddin

Used 4+ times

FREE Resource

8 Slides • 5 Questions

1

KOMSAS

PANTUN ALAM REMAJA

media

2

RANGKAP 1

  •     Elok rupanya kumbang jati,

                   Dibawa itik pulang petang;

             Tidak terkatakan besar hati,

                   Melihat ibu sudah pulang.

  • MAKSUD : Anak-anak akan berasa sangat gembira sewaktu menyambut kepulangan ibu ke rumah.

3

RANGKAP 2

  •     Dibawa itik pulang petang,

                   Dapat di rumput bilang-bilang;

             Melihat ibu sudah pulang,

                   Hati cemas menjadi hilang.

  • MAKSUD : Ketakutan dan kerisauan anak-anak sewaktu ketiadaan ibu akan hilang apabila melihat ibu pulang ke rumah.

4

RANGKAP 3

  •      Ayam kinantan terbang mengekas,

                    Hinggap di ranting bilang-bilang;

              Melihat bonda pulang lekas,

                    Hatiku besar bukan kepalang.

  • MAKSUD : Anak-anak akan berasa sangat gembira jika ibu cepat pulang ke rumah.

5

RANGKAP 4

  •     Kita menari keluar bilik,

                  Sebarang tari kita tarikan;

             Kita menyanyi adik-beradik,

                  Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

  • MAKSUD : Adik-beradik menyanyikan sebarang lagu bersama-sama.

6

RANGKAP 5

  •     Hanyut batang berlilit kumpai,

                    Terdampar di ujung Tanjung Jati;

             Bonda pulang bapa pun sampai,

                    Kita semua berbesar hati.

  • MAKSUD : Kepulangan ayah dan ibu ke rumah merupakan detik yang paling menggembirakan anak-anak.

7

RANGKAP 6

  •     Ramai orang bersorak-sorak,

                  Menepuk gendang dengan rebana;

             Alang besarnya hati awak,

                  Mendapat baju dengan celana.

  • MAKSUD : Pemberian atau hadiah daripada ibu bapa membuatkan anak-anak berasa gembira.

8

RANGKAP 7

  •    Mahulah kami hendak melapun,

                  Lapun dibawa orang menjaja;

            Jangan marah kami berpantun,

                  Budak kecil biasa manja.

  • MAKSUD : Ibu bapa tidak sewajarnya memarahi anak-anak yang gemar berpantun kerana anak-anak yang masih kecil biasanya manja.

9

Multiple Choice

SOALAN PENGUKUHAN 1


Dibawa itik pulang petang,

Dapat di rumput bilang-bilang;

Melihat ibu sudah pulang,

Hati cemas menjadi hilang.


Manakah maksud yang paling sesuai bagi rangkap diatas ?

1

Ketakutan dan kerisauan anak-anak sewaktu ketiadaan ibu akan hilang apabila melihat ibu pulang ke rumah.

2

Anak-anak akan berasa sangat gembira jika ibu cepat pulang ke rumah.

3

Anak-anak akan berasa sangat gembira sewaktu menyambut kepulangan ibu ke rumah.

10

Multiple Choice

SOALAN PENGUKUHAN 2


Kita menari keluar bilik,

Sebarang tari kita tarikan;

Kita menyanyi adik-beradik,

Sebarang nyanyi kita nyanyikan.


Manakah maksud yang paling sesuai bagi rangkap diatas ?

1

Adik-beradik menyanyikan sebarang lagu bersama-sama.

2

Anak-anak akan berasa sangat gembira jika ibu cepat pulang ke rumah.

3

Ketakutan dan kerisauan anak-anak sewaktu ketiadaan ibu akan hilang apabila melihat ibu pulang ke rumah.

11

Multiple Choice

SOALAN PENGUKUHAN 3


Ayam kinantan terbang mengekas,

Hinggap di ranting bilang-bilang;

Melihat bonda pulang lekas,

Hatiku besar bukan kepalang.


Perkataan "lekas" dalam rangkap diatas bermaksud ________.

1

cepat

2

lambat

3

lengah

12

Multiple Choice

SOALAN PENGUKUHAN 4


Hanyut batang berlilit kumpai,

Terdampar di ujung Tanjung Jati;

Bonda pulang bapa pun sampai,

Kita semua berbesar hati.


Apakah maksud simpulan bahasa "besar hati" dalam rangkap diatas ?

1

gembira

2

sedih

3

sombong

4

kecewa

13

Multiple Choice

SOALAN PENGUKUHAN 5


Berapakah rangkap yang terdapat dalam "Pantun Alam Remaja" ?

1

Lima

2

Enam

3

Tujuh

4

Lapan

KOMSAS

PANTUN ALAM REMAJA

media

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 13

SLIDE