Search Header Logo
SUKAN OLAHRAGA SESI PETANG TAHUN 2021

SUKAN OLAHRAGA SESI PETANG TAHUN 2021

Assessment

Presentation

Physical Ed

1st - 2nd Grade

Hard

Created by

Maureen Anthony

Used 4+ times

FREE Resource

30 Slides • 20 Questions

1

SUKAN OLAHRAGA SESI PETANG TAHUN 2021

PERJUMPAAN KE-4 (19 MEI 2021)

Slide image

2

PENGENALAN TERHADAP LATAR BELAKANG SUKAN OLAHRAGA

  • SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

  • JENIS PERTANDINGAN OLAHRAGA

  • SUKAN OLIMPIK

Slide image

3

PENGENALAN TERHADAP LATAR BELAKANG SUKAN OLAHRAGA

APAKAH ITU OLAHRAGA ?

4

APAKAH ITU OLAHRAGA ?

  • Dikenali sebagai acara balapan dan padang.

  • Merupakan aktiviti fizikal yang berasaskan pergerakan semula jadi seperti berlari, melompat, melempar dan berjalan kaki.

  • Mewujudkan persaingan sama ada secara perseorangan ataupun berpasukan, baik untuk lelaki mahupun perempuan.

  • Keputusan acara balapan diputuskan dengan catatan masa atau kedudukan penamat, manakala keputusan acara padang pula diputuskan dengan keupayaan seseorang atlet dalam mencapai tahap pengukuran tertinggi atau terjauh.

5

PENGENALAN TERHADAP LATAR BELAKANG SUKAN OLAHRAGA

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

6

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

  • Merupakan acara sukan yang tertua di dunia.

  • Dipercayai bermula pada 3000 tahun yang lampau di Greece.

  • Dikesan kembali ke Sukan Olimpik Kuno yang diadakan pada tahun 776 Sebelum Masihi (S.M), tempat bermulanya sukan olahraga.

  • Pada zaman sukan olimpik kuno, acara olahraga agak keras, lebih mencabar dan tidak tersusun.

  • Berdasarkan "The Encyclopedia of Sports", acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh , di mana ahli sukan Sparta yang bernama Chionis berjaya melompat sejauh 23 kaki 1 setengah inci pada Sukan Olimpik 656 Sebelum Masihi (S.M)

7

Sambungan ...

  • Disertakan dalam Sukan Olimpik Moden pertama yang bermula pada tahun 1896 di Athens.

  • Telah menjadi acara wajib dan telah diubah serta diperkembangkan secara lebih sistematik sehingga kini.

8

PENGENALAN TERHADAP LATAR BELAKANG SUKAN OLAHRAGA

SEJARAH ACARA LARIAN

9

SEJARAH ACARA LARIAN

  • Merupakan acara yang terawal dalam sukan olahraga.

  • Mempunyai tiga (3) bentuk acara iaitu acara stade, acara dialos dan acara dolichos.

  • Acara stade bermaksud acara larian pada jarak 19 meter, mengikut jarak panjang stadium ketika itu.

  • Acara dialos bermaksud acara larian ulang alik berjarak 384 meter.

  • Acara dolichos bermaksud acara jarak jauh 5000 meter.

10

Sambungan ...

  • Gaya permulaan sebelum tahun 1880-an menggunakan gaya berdiri dan tiada cara pengukuran masa pertandingan yang standard.

  • Pada tahun 1884, gaya permulaan telah dibentuk yang dikenali sebagai gaya dekam yang mula diperkenalkan di Scotland.

  • "Kangaroo start" merupakan nama gelaran untuk gaya dekam yang digunakan di Australia.

11

PENGENALAN TERHADAP LATAR BELAKANG SUKAN OLAHRAGA

SEJARAH LOMPATAN

12

SEJARAH ACARA LOMPATAN

  • Meliputi dua (2) bentuk lompatan iaitu lompat tinggi dan lompat jauh.

  • Acara lompat tinggi mula terkenal pada abad ke-20 manakala acara lompat jauh merupakan sukan yang terkenal pada zaman purba.

  • Gaya lompatan untuk acara lompat tinggi adalah menggunakan teknik lompat tinggi gaya gunting manakala untuk lompat jauh pula, ia menggunakan teknik lompat jauh berdiri

13

Sambungan ...

  • Tempat pendaratan untuk acara lompat tinggi pada ketika itu adalah di atas tanah rumput dan pasir longgok.

  • Cara larian untuk acara lompat jauh sebelum ini adalah dengan memegang beban yang dikenali sebagai "halteres", seberat di antara 1 sehingga 4.5 kilogram.

  • Pada tahun 1930-an, tempat pendaratan telah diubah dengan menggunakan tilam dan getah.

  • Pada tahun 1854, seorang atlet yang bernama J. Howard telah melakukan lompatan sejauh 9.02 meter tanpa memikul sebarang beban untuk acara lompat jauh.

14

PENGENALAN TERHADAP LATAR BELAKANG SUKAN OLAHRAGA

JENIS PERTANDINGAN OLAHRAGA

15

JENIS PERTANDINGAN OLAHRAGA

ACARA-ACARA BALAPAN

16

ACARA-ACARA BALAPAN

  • Terdapat tujuh (7) jenis acara balapan utama serta kategori-kategori acara mengikut ketetapan jarak dalam meter.

  • Acara lari pecut mengandungi tiga (3) kategori acara iaitu 100 meter, 200 meter dan 400 meter.

  • Acara lumba lari berganti-ganti mengandungi tiga (3) kategori acara iaitu 4 x 100 meter, 4 x 200 meter dan 4 x 400 meter.

  • Acara lari berpagar mengandungi tiga (3) kategori acara iaitu 100 meter wanita, 110 meter untuk lelaki dan 400 meter.

17

Sambungan ...

  • Acara 3000 meter atau lari halang-rintang lebih dikenali sebagai Steeplechase.

  • Acara lari jarak sederhana mengandungi dua (2) kategori acara iaitu 800 meter dan 1500 meter.

  • Acara lari jarak jauh mengandungi lapan (8) kategori acara iaitu 1000 meter, 2000 meter, 3000 meter, 5000 meter, 10000 meter perlumbaan lebuh raya, merentas desa, marathon dan medley relay.

  • Acara lumba jalan kaki mengandungi tiga (3) kategori acara iaitu 3000 meter, 5000 meter dan 10000 meter.

18

JENIS PERTANDINGAN OLAHRAGA

ACARA-ACARA PADANG

19

ACARA-ACARA PADANG

  • Terdapat dua (2) jenis acara padang iaitu acara lompatan dan acara balingan.

  • Acara lompatan mengandungi empat (4) kategori acara manakala acara balingan pula, juga mengandungi empat (4) kategori acara.

  • Empat (4) kategori acara di bawah acara lompatan adalah lompat jauh, lompat kijang, lompat tinggi dan lompat bergalah.

  • Untuk acara balingan pula, empat (4) kategori acara adalah merejam lembing, lempar cakera, lontar peluru dan membaling tukul besi.

20

PENGENALAN TERHADAP LATAR BELAKANG SUKAN OLAHRAGA

SUKAN OLIMPIK

21

SUKAN OLIMPIK

  • Bermula di Olympia, Greece pada tahun 776 Sebelum Masihi (S.M)

  • Ketika itu, hanya ada satu sahaja acara dipertandingkan.

  • Dihidupkan semula oleh seorang bangsawan Perancis yang diberi nama Baron Pierre de Coubertin pada akhir abad ke-19.

  • Turut dikenali sebagai Olimpik Musim Panas, ia diadakan setiap empat (4) tahun sejak tahun 1896 kecuali ketika Perang Dunia.

  • Bendera Sukan Olimpik dikibar buat kali pertama semasa Sukan Olimpik tahun 1920.

22

Sambungan ...

  • Lima cincin yang bersambungan antara satu sama lain merupakan simbol rasmi yang melambangkan lima buah benua.

  • Lima buah benua pula diwakili dengan lima jenis warna :

  • Biru - benua Eropah.

  • Kuning - benua Asia.

  • Hitam - benua Afrika.

  • Hijau - benua Australia.

  • Merah - benua Amerika.

23

Sambungan ...

  • Idea simbol tersebut diambil daripada imej cincin serupa pada artifak Yunani purba

  • Simbol tersebut melambangkan perpaduan, kedamaian dan persahabatan yang bakal diperoleh menerusi sukan antarabangsa ini.

  • Obor Olimpik yang dinyalakan merupakan satu amalan yang diteruskan daripada Sukan Olimpik purba sehingga kini yang menandakan bahawa sukan tersebut telahpun bermula dan akan dipadam semasa majlis penutupan.

24

SUKAN OLIMPIK

OLYMPIC VALUES IN EDUCATION PROGRAMMES (OVEP)

25

Lima nilai pendidikan semangat Olimpik

  • Keseronokan atas usaha (Joy of Effort)

  • Bersukan secara adil (Fair play)

  • Menghormati orang lain (Respect for others)

  • Mengejar kecemerlangan (Pursue of excellence)

  • Keseimbangan antara jasmani, keinginan dan minda (Balance between body, will and mind)

26

Slide image

SIMBOL SUKAN OLIMPIK

27

Slide image

FIRST OLYMPIC FLAG

28

Slide image

JAPAN OLYMPIC TORCH YEAR 2020

29

KUIZ

Baca setiap penyataan dan soalan dengan berhati-hati dan teliti. Kemudian, pilih jawapan yang betul.

Slide image

30

Multiple Select

1. Olahraga atau lebih dikenali sebagai ...

1

acara balapan dan padang

2

acara larian dan lompatan

3

acara lumba perahu layar dan lumba perahu mendayung

4

acara renang dan terjun

31

Multiple Select

2. Apakah yang dimaksudkan dengan olahraga ?

1

Merupakan sukan di mana dua pasukan bermain saling menentang dengan cuba menggerakkan bola atau cakera ke dalam gol lawan menggunakan kayu hoki

2

Merupakan seni bela diri yang menggunakan senjata bilah yang menekankan kepada ketangkasan memegang senjata serta teknik menggunakan keterampilan dalam memanfaatkan kelincahan tangan

3

Merupakan satu terapi terbaik untuk mengekalkan kesihatan di mana ia meningkatkan stamina otot dan merangsang sistem peredaran darah dan sistem pernafasan

4

Merupakan aktiviti fizikal yang berasaskan pergerakan semula jadi seperti berlari, melompat, melempar dan berjalan kaki

32

Multiple Select

3. Siapakah yang BOLEH mengambil bahagian dalam sukan olahraga ?

1

Perempuan sahaja

2

Lelaki dan perempuan

3

Lelaki sahaja

4

Dua-dua tidak boleh

33

Multiple Select

4. Di manakah TEMPAT bermulanya Sukan Olimpik Kuno ?

1

Cyprus

2

German

3

Greece

4

Perancis

34

Multiple Select

5. Siapakah nama ahli sukan Sparta yang berjaya melompat sejauh 23 KAKI 1 SETENGAH INCI ?

1

Baron

2

Chionis

3

Pierre

4

Sheathbill

35

Multiple Select

6. Pada tahun berapakah SUKAN OLIMPIK MODEN pertama kali diadakan ?

1

1893

2

1894

3

1895

4

1896

36

Multiple Select

7. Apakah TIGA (3) BENTUK ACARA TERAWAL dalam sukan olahraga ?

1

Anthropos, dialos, logos

2

Kosmos, pistis, stade

3

Stade, dolichos, dialos

4

Zoe, theos, dolichos

37

Multiple Select

8. Apakah NAMA GELARAN untuk gaya dekam yang digunakan di Australia ?

1

Kangaroo start

2

Koala start

3

Wallaby start

4

Wombat start

38

Multiple Select

9. Pelompat acara lompat jauh akan berlari sambil memegang beban yang dikenali sebagai "halteres" SEBERAT di antara ...

1

1 sehingga 1.5 kilogram

2

1 sehingga 2.5 kilogram

3

1 sehingga 3.5 kilogram

4

1 sehingga 4.5 kilogram

39

Multiple Select

10. Berapakah JENIS acara balapan utama ?

1

5

2

6

3

7

4

8

40

Multiple Select

11. Apakah NAMA LAIN bagi acara lari halang-rintang ?

1

Steeplechain

2

Steeplechase

3

Steeplechose

4

Steeplechoose

41

Multiple Select

12. MARATHON dikategorikan di bawah acara ...

1

lumba lari berganti-ganti

2

lumba jalan kaki

3

lari jarak jauh

4

lari jarak sederhana

42

Multiple Select

13. Berapakah JUMLAH KESELURUHAN untuk acara-acara padang ?

1

8

2

6

3

4

4

2

43

Multiple Select

14. Apakah kategori acara yang TIDAK TERMASUK dalam acara balingan ?

1

Merejam lembing

2

Lontar peluru

3

Lompat kijang

4

Lempar cakera

44

Multiple Select

15. Siapakah NAMA seorang bangsawan Perancis yang MENGHIDUPKAN SEMULA Sukan Olimpik ?

1

Baron Pierre de Stanislav

2

Baron Pierre de Hamblin

3

Baron Pierre de Demetrios

4

Baron Pierre de Coubertin

45

Multiple Select

16. Apakah NAMA PERANG yang menyebabkan Sukan Olimpik tidak dapat diadakan ?

1

Perang Abad

2

Perang Dunia

3

Perang Kurun

4

Perang Masihi

46

Multiple Select

17. LIMA CINCIN yang bersambungan antara satu sama lain merupakan SIMBOL RASMI yang melambangkan lima buah ...

1

pulau

2

negara

3

kawasan

4

benua

47

Multiple Select

18. Apakah WARNA CINCIN yang mewakili BENUA ASIA ?

1

Merah

2

Kuning

3

Hijau

4

Biru

48

Multiple Select

19. Apakah yang dimaksudkan dengan FAIR PLAY dalam erti kata Bahasa Melayu ?

1

Menghormati orang lain

2

Mengejar kecemerlangan

3

Keseronokan atas usaha

4

Bersukan secara adil

49

Multiple Select

20. Apakah NAMA negara yang sepatutnya mengadakan Sukan Olimpik tahun 2020 ?

1

Korea

2

Jepun

3

Malaysia

4

Thailand

50

Slide image

TAMAT

SUKAN OLAHRAGA SESI PETANG TAHUN 2021

PERJUMPAAN KE-4 (19 MEI 2021)

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 50

SLIDE