
PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL PJPK TINGKATAN 2
Presentation
•
Physical Ed
•
2nd Grade
•
Hard
Maureen Anthony
Used 4+ times
FREE Resource
25 Slides • 20 Questions
1
PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS)
PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI
2
PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI
STANDARD PEMBELAJARAN
3
STANDARD PEMBELAJARAN
MENYATAKAN PELBAGAI SITUASI KONFLIK DAN SITUASI STRESS .
MENGAPLIKASIKAN CARA MENGURUS KONFLIK DAN MENGURUS STRESS .
MENILAI KESAN KONFLIK DAN KESAN STRESS TERHADAP KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA .
4
PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
5
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Terdapat tiga (3) objektif yang anda harus capai iaitu :
Menyatakan perasaan seperti gembira, sedih, takut, marah dan malu berdasarkan lima (5) jenis situasi .
Membaca dan memahami nota-nota berkenaan dengan pengurusan konflik dan stress dengan lebih mendalam dan teliti .
Menjawab 15 soalan dengan mendapatkan sekurang-kurangnya 7 daripada 15 jawapan yang betul .
6
PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI
MEMAHAMI PERASAAN
7
PENGAJARAN
Bahan bantuan pengajaran : Whatsapp dan Quizizz .
Langkah pengajaran :
Guru menyediakan lima (5) jenis situasi perasaan kepada para pelajar .
Setiap pelajar diminta untuk menyatakan perasaan mereka seperti gembira, sedih, takut, marah dan malu .
8
TUGASAN
Nyatakan perasaan anda dengan memilih satu (1) daripada lima (5) perasaan berdasarkan lima (5) jenis situasi .
9
KENAL PASTI LIMA (5) PERASAAN
Gambar pertama : perasaan MARAH .
Gambar kedua : perasaan SEDIH .
Gambar ketiga : perasaan MALU .
Gambar keempat : perasaan GEMBIRA .
Gambar kelima : perasaan TAKUT .
10
Multiple Select
1. NYATAKAN PERASAAN ANDA KETIKA ANDA MENDAPAT HADIAH . (BOLEH PILIH LEBIH DARIPADA SATU PERASAAN)
11
Multiple Select
2. NYATAKAN APA YANG ANDA RASA APABILA BARANG ANDA HILANG . (BOLEH PILIH LEBIH DARIPADA SATU PERASAAN)
12
Multiple Select
3. NYATAKAN PERASAAN ANDA SEKIRANYA DITINGGALKAN BERSENDIRIAN DI RUMAH . (BOLEH PILIH LEBIH DARIPADA SATU PERASAAN)
13
Multiple Select
4. NYATAKAN PERASAAN ANDA JIKA KUCING KESAYANGAN ANDA MATI . (BOLEH PILIH LEBIH DARIPADA SATU PERASAAN)
14
Multiple Select
5. NYATAKAN PERASAAN ANDA JIKA DIMARAHI OLEH IBU BAPA DI HADAPAN SAUDARA MARA . (BOLEH PILIH LEBIH DARIPADA SATU PERASAAN)
15
PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI
PENGURUSAN KONFLIK DAN STRESS
16
PENGURUSAN KONFLIK DAN STRESS
Apakah yang dimaksudkan dengan konflik ?
Situasi seseorang yang mempunyai persepsi atau pandangan bahawa terdapat pihak lain cuba untuk menentang dan melakukan perbuatan atau tindakan yang merosakkan pihak lain .
Tiga (3) bentuk perkataan yang membawa maksud yang sama iaitu :
Perselisihan .
Pertelingkahan .
Pertikaian .
17
Sambungan ...
Apakah yang dimaksudkan dengan stress ?
Maksud pertama :
Keadaan wujudnya ketidaksesuaian antara situasi yang diinginkan dengan keadaan dan keseimbangan psikologi, biologi atau sistem sosial individu yang terlibat .
Maksud kedua :
Keadaan fizikal atau ketegangan mental yang menyebabkan perubahan pada sistem tubuh badan serta menghasilkan perasaan risau terhadap sesuatu perkara .
18
Sambungan ...
Punca konflik dalam organisasi :
Ketidakjelasan tanggungjawab dan kuasa berlaku apabila seseorang pekerja masih samar dengan kerjanya dan mengharapkan orang lain untuk menyelesaikan masalah tersebut .
Matlamat yang berbeza terjadi kerana setiap individu atau kumpulan mempunyai pemikiran yang berbeza .
19
Sambungan ...
Punca konflik di tempat kerja :
Kesalah fahaman ketika berkomunikasi iaitu merangkumi cara berbual dan tingkah laku .
Perbezaan individu dari segi kepentingan, nilai dan pengalaman di mana setiap orang mempunyai watak dan cerita yang berbeza .
20
Sambungan ...
Punca konflik dalam keluarga :
Masalah kewangan sering kali menjadi punca utama dalam konflik keluarga .
Kekurangan kasih sayang dalam keluarga disebabkan oleh kesibukan ibu bapa dalam pekerjaan .
21
Sambungan ...
Lapan (8) sebab terjadinya stres :
Perubahan dalam hidup atau perihal hidup yang penting .
Kerunsingan atau ancaman terhadap keperluan peribadi .
Ancaman terhadap konsep kendiri .
22
Sambungan ...
Kehilangan seseorang atau sesuatu benda yang kita ambil berat atau perlu .
Percanggahan kehendak atau harapan .
Mengejar dalam memenuhi tarikh tutup, dan kerja yang terlampau banyak .
Perselisihan atau kesulitan berdepan dengan orang .
23
Sambungan
Kesan konflik dan stress terhadap kesihatan diri :
Emosi menjadi tidak stabil dan tidak mampu menyelesaikan masalah .
Kecewa serta cepat naik darah dan marah .
Rasa letih sepanjang masa .
Sukar fokus terhadap pekerjaan yang dilakukan .
24
Sambungan ...
Mudah risau walaupun terhadap perkara kecil .
Sering berasa cemas .
Sering berimaginasi perkara-perkara buruk yang akan berlaku .
25
Sambungan ...
Kesan konflik dan stres terhadap keluarga :
Hubungan kekeluargaan akan menjadi renggang .
Berasa tersisih dan tidak disayangi .
Kurang berlaku komunikasi yang mesra dan tiada gurau senda dalam keluarga .
Mudah merajuk, bermasam muka dan iri hati antara adik-beradik .
Tingkah laku anak-anak yang liar, suka bergaduh dan mempunyai masalah disiplin .
26
Sambungan ...
Lima (5) cara dalam menangani konflik :
Berbincang dengan ibu bapa, guru, sahabat karib atau kaunselor .
Berbincang untuk menyelesaikan masalah .
Bersikap toleransi terhadap sesuatu isu .
Banyakkan bersabar .
Didik diri untuk sentiasa menerima hakikat terhadap sesuatu kejadian yang berlaku .
27
Sambungan ...
Lima (5) langkah dalam menangani stres :
Merujuk masalah kepada kaunselor, guru atau ibu bapa .
Berehat dengan secukupnya .
Mempunyai hobi yang mendatangkan ketenangan .
Mendapatkan rawatan pakar .
Melakukan aktiviti sukan dan riadah sekurang-kurangnya tiga (3) kali seminggu .
28
Sambungan ...
Lima (5) cara yang salah dalam menguruskan konflik dan stres :
Sengaja mencederakan diri sendiri .
Terlibat dalam penyalahgunaan bahan .
Mengambil ubat tanpa preskripsi pegawai perubatan bertauliah .
Mengamalkan cara pemakanan yang tidak sihat dan tidak seimbang .
Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah .
29
LATIHAN
Pilih jawapan yang betul berdasarkan soalan atau penyataan yang dinyatakan .
30
Multiple Choice
1. Apakah yang dimaksudkan dengan konflik ?
Situasi seseorang yang mempunyai persepsi atau pandangan bahawa terdapat pihak lain cuba untuk menentang dan melakukan perbuatan atau tindakan yang merosakkan pihak lain .
Situasi seseorang yang mempunyai persepsi atau pandangan bahawa terdapat pihak lain cuba untuk bekerjasama dan melakukan perbuatan atau tindakan yang mengukuhkan pihak lain .
Situasi seseorang yang mempunyai persepsi atau pandangan bahawa terdapat pihak lain cuba untuk menentang dan melakukan perbuatan atau tindakan yang mengukuhkan pihak lain .
Situasi seseorang yang mempunyai persepsi atau pandangan bahawa terdapat pihak lain cuba untuk bekerjasama dan melakukan perbuatan atau tindakan yang merosakkan pihak lain .
31
Multiple Choice
2. Apakah perkataan yang TIDAK MEMBAWA MAKSUD YANG SAMA dengan perkataan konflik ?
Pertikaian
Pertelingkahan
Perselisihan
Persahabatan
32
Multiple Choice
3. Pilih maksud stres yang BETUL .
Keadaan wujudnya keseragaman antara situasi yang diinginkan dengan keadaan dan keseimbangan psikologi, biologi atau sistem sosial individu yang terlibat .
Keadaan wujudnya ketidaksesuaian antara situasi yang diinginkan dengan keadaan dan keseimbangan psikologi, biologi atau sistem sosial individu yang terlibat .
Keadaan wujudnya ketidaklayakan antara situasi yang diinginkan dengan keadaan dan keseimbangan psikologi, biologi atau sistem sosial individu yang terlibat .
Keadaan wujudnya kebenaran antara situasi yang diinginkan dengan keadaan dan keseimbangan psikologi, biologi atau sistem sosial individu yang terlibat .
33
Multiple Choice
4. Yang mana satukah BUKAN punca konflik ?
Perbezaan individu dari segi kepentingan, nilai dan pengalaman di mana setiap orang mempunyai watak dan cerita yang berbeza .
Maklumat yang mencukupi kerana wujudnya komunikasi yang kukuh antara individu .
Ketidakjelasan tanggungjawab dan kuasa berlaku apabila seseorang pekerja masih samar dengan kerjanya dan mengharapkan orang lain menyelesaikan tugasan tersebut .
Kekurangan kasih sayang dalam keluarga disebabkan oleh kesibukan ibu bapa dalam pekerjaan .
34
Multiple Choice
5. Pilih satu sebab stres yang BETUL .
Tidak takut untuk gagal .
Persekitaran dan kawasan kejiranan yang selamat dan selesa .
Memperoleh kasih sayang yang secukupnya daripada ibu bapa dalam kalangan adik-beradik .
Mengejar dalam memenuhi tarikh tutup, dan kerja yang terlampau banyak .
35
Multiple Choice
6. Apakah kesan yang akan terjadi sekiranya konflik dan stres menjejaskan kesihatan diri ?
Tingkah laku anak-anak yang liar, suka bergaduh dan mempunyai masalah disiplin .
Hubungan kekeluargaan akan menjadi renggang .
Emosi menjadi tidak stabil dan tidak mampu untuk menyelesaikan masalah .
Berasa tersisih dan tidak disayangi .
36
Multiple Choice
7. Yang mana satukah langkah yang SALAH dalam menangani stres ?
Berehat dengan secukupnya .
Melakukan aktiviti sukan dan riadah sekurang-kurangnya tiga (3) kali seminggu .
Mengamalkan cara pemakanan secara berlebihan .
Merujuk masalah kepada kaunselor, guru atau ibu bapa .
37
Multiple Choice
8. Ibu bapa Rashid seringkali bertengkar dan sibuk bekerja menyebabkan Rashid terbiar . Sikapnya mula berubah menjadi pemarah, kemurungan dan selalu melakukan vandalisme. Apakah yang dilalui oleh Rashid ?
stres
konflik
eustres
distres
38
Multiple Choice
9. Semasa berbincang tentang keceriaan di dalam kelas, Nora dan Danish telah bercanggah pendapat tentang warna kelas yang akan digunakan . Apakah situasi yang dialami oleh Nora dan Danish ?
Tekanan
Stres
Pergaduhan
Konflik
39
Multiple Choice
10. Mengapakah kita perlu saling bermaafan antara satu sama lain ?
Agar kita dapat mengelakkan emosi yang negatif .
Agar kita disanjung tinggi .
Agar kita menjadi lebih kaya .
Agar kita menjadi lebih sihat sejahtera .
40
Multiple Choice
11. Berikut ialah contoh keadaan stres yang dialami oleh seorang remaja kecuali ...
Berbeza pendapat dengan ibu bapa .
Dibuli oleh rakan-rakan sekelas .
Gembira kerana mendapat tempat pertama dalam pertandingan melukis dan mewarna .
Remaja perempuan khususnya sering dipandang serong kerana bermain futsal .
41
Multiple Choice
12. "Kecewa serta cepat naik darah dan marah ." Berikut merupakan kesan konflik dan stres terhadap ...
ahli keluarga .
jiran tetangga .
kesihatan diri .
kesihatan orang lain .
42
Multiple Choice
13. Apakah cara yang SALAH dalam menangani konflik ?
Banyakkan bersabar dan berdoa .
Berbincang untuk menyelesaikan masalah .
Bersikap toleransi terhadap sesuatu isu .
Melepaskan kemarahan kepada ahli keluarga .
43
Multiple Choice
14. "Mudah merajuk, bermasam muka dan iri hati antara adik-beradik" merupakan kesan konflik dan stres terhadap ...
kesihatan orang lain .
kesihatan diri .
jiran tetangga .
ahli keluarga .
44
Multiple Choice
15. Antara kesan konflik terhadap kesihatan diri ialah sering __________ perkara-perkara buruk yang akan berlaku .
berangan
berimaginasi
membentuk
mengingkari .
45
-TAMAT-
PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS)
PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 45
SLIDE
Similar Resources on Wayground
44 questions
BM Tahun 2 Unit 15 ms 94 Kata Ganda Penuh & Penilaian
Presentation
•
2nd Grade
35 questions
Pengolahan Bahan Pangan SeTengah Jadi dari Serealia, Kacang-Kaca
Presentation
•
2nd Grade
40 questions
SAINS TAHUN 3 : Unit 4 (Haiwan) 06/07
Presentation
•
2nd Grade
40 questions
Tema 2 KELAS 2 ST4
Presentation
•
2nd Grade
42 questions
Materi quiziz
Presentation
•
KG
41 questions
ULANGKAJI BAHASA MELAYU
Presentation
•
1st - 2nd Grade
40 questions
ORGAN GERAK HEWAN
Presentation
•
3rd Grade
43 questions
MATERI BAB 1 DAN 2
Presentation
•
1st Grade
Popular Resources on Wayground
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
15 questions
Fast food
Quiz
•
7th Grade
20 questions
Context Clues
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Inferences
Quiz
•
4th Grade
19 questions
Classifying Quadrilaterals
Quiz
•
3rd Grade
20 questions
Figurative Language Review
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
3rd Grade
10 questions
Identify Fractions, Mixed Numbers & Improper Fractions
Quiz
•
3rd - 4th Grade