Search Header Logo
GOLONGAN KATA : KATA KERJA BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

GOLONGAN KATA : KATA KERJA BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

Assessment

Presentation

Other

10th Grade

Practice Problem

Hard

Created by

NASTASHA Moe

Used 19+ times

FREE Resource

13 Slides • 0 Questions

1

GOLONGAN KATA : KATA KERJA BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

Slide image

2

KATA KERJA

Kata kerja merupakan salah satu golongan kata yang digunakan untuk menyatakan makna perbuatan atau perlakuan. Kata kerja biasanya didahului oleh kata bantu. 

3

KATA KERJA TRANSITIF (KKT)


  • Kata kerja yang memerlukan objek atau penyambut yang terdiri daripada kata nama untuk melengkapkan maksud ayat.


  • meN-...                      -           (mencangkul, menebang, memukul)

    meN-...-I                   -            (menjalani, menghadiahi, menghadapi)

    meN-...-kan               -             (melarikan,


  • memasukkan, menjalankan)

    memper-...                -             (memperbesar, mempercantik, mempersuami, memperisteri)

    memper-...-kan         -             (mempertingkatkan, mempertunjukkan)

    memper-...-i            -            (memperdengari, memperingati)

4

KATA KERJA TRANSITIF (KKT)


KKT boleh dipasifkan. Contoh:

AYAT AKTIF - Ah Moi sedang membasuh kain di dalam bilik air.

AYAT PASIF - Kain sedang dibasuh oleh Ah Moi di dalam bilik air. 

5

KATA KERJA TAK TRANSITIF (KKTT)


Kata kerja tak transitif (intransitif) ialah kata kerja yang sudah sempurna maknanya dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. Oleh itu, KKTT tidak memerlukan objek atau penyambut untuk menyempurnakan maksudnya. KKTT tidak boleh dipasifkan.

6

KATA KERJA TAK TRANSITIF (KKTT)


  • KKTT boleh dikenal pasti melalui imbuhannya, contohnya adalah seperti yang di bawah ini.


  • meN-...                (mengalir, meletup, menangis, membisu)

    ber-...                  (berbicara, bercadang, berbincang, berkereta)

    ter-...                   (terkeluar, terjatuh, terpelosok, tertarik)

    ber-...-an            (berguguran,

  • ber-...-kan          (berselimutkan, bersuamikan, beristerikan, berbantalkan)



7

KKTT terbahagi kepada dua iaitu;


  •  KKTT tanpa pelengkap

  • KKTT berpelengkap


8

KKTT Tanpa Pelengkap -kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap.

Contoh:

Gadis itu asyik termenung.

Ayah dan ibu sedang berbicara.

Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban.


9

KKTT Tanpa Pelengkap -kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap.

Contoh:

Gadis itu asyik termenung.

Ayah dan ibu sedang berbicara.

Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban.

10

KKTT boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberikan keterangan lanjut tentang ayat tersebut.

Contoh:

1. Si Dara itu asyik termenung di dalam kamar.

2. Hanif dan Nazimah sedang berbicara tentang pilihan raya.

3. Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban ke dalam gaung yang dalam.


11

KKTT Berpelengkap

Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap (terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata sendi nama) untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap tidak sama dengan objek atau penyambut kerana objek atau penyambut hadir selepas Kata Kerja Transitif yang boleh mengalami proses pasif. Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan.


12

KKTT Berpelengkap

Contoh:

1. Keadaan banjir sudah beransur surut.

2. Pasaran saham di Malaysia sudah bertambah baik.

3. Pengemis itu tidur berbantalkan lengan.

4. Ying Ying bercita-cita untuk menjadi arkitek.

5. Cikgu Zakiah tinggal di Kepala Batas.

6. Hampir lima tahun Mak Limah menetap di kampung ini.

13

Daripada perbincangan di atas, dapatlah kita rumuskan bahawa KKTT dan KKT mempunyai fungsi yang berbeza. Perbezaan ini dapat dilihat dengan jelas melalui frasa kerja tak transitif dan frasa kerja transitif.



GOLONGAN KATA : KATA KERJA BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 13

SLIDE