Search Header Logo
TING 3 - SAJAK KIJANG YANG LELAH

TING 3 - SAJAK KIJANG YANG LELAH

Assessment

Presentation

Education

9th Grade

Practice Problem

Medium

Created by

Syafiq Shariffuddin

Used 18+ times

FREE Resource

5 Slides • 5 Questions

1

(KOMSAS) SAJAK KIJANG YANG LELAH

karya Wan Marzuki Wan Ramli

Slide image

2

RANGKAP 1

  • Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema

    Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba

    Dia tidak lagi mampu menobat takhta

    Mengorak telapak di tanah menghijau.

  • MAKSUD : Kehidupan seekor kijang tua yang berasakan dirinya tidak lagi diperlukan seperti zaman mudanya yang gagah dan berkuasa.

3

RANGKAP 2

  • Saat itu

    Sebak menyentap dahan kalbu

    Dedaun resah mula berguguran

    Pepohon batin akhirnya tumbang

    Akarnya menguncup di perdu harap.

  • MAKSUD : Ketika itu sang kijang berasa sangat sedih dan resah. Kekuatan dalamannya semakin hilang dan yang tinggal hanyalah harapan.

4

RANGKAP 3

  • Hari ini

    Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki

    Menghambat waktu yang bersisa

    Walau dalam jera lelah

    Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga.

  • MAKSUD : Namun hari ini, sang kijang cuba membina kekuatan untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya walaupun berasa serik dan tidak berdaya lagi setelah keinginannya terhalang.

5

RANGKAP 4

  • Bimbang tersadung akar dan jerat

    Sang kijang lebih berhati-hati menapak

    Meski dalam peribadi yang keruh

    Diredah belantara yang mula teduh

    Nun jauh di batas nuraninya

    Dia tetap menjinjing tekad dan tabah

    terus mengorak penuh berhemah

    dengan akal dan hati

    dia tidak lagi gundah

    menyusun gerak dan langkah.

  • MAKSUD : Sang kijang tetap berhati-hati kerana takut tersadung akar dan terkena jerat manusia. Biarpun dalam keadaan yang lemah, sang kijang tetap meneruskan perjalanannya di dalam hutan tebal tersebut. Namun jauh di sudut hatinya, sang kijang telah menanam tekad untuk terus melangkah walaupun pelbagai halangan menantinya dengan menggunakan akal fikiran serta kewarasannya.

6

Multiple Choice

LATIHAN PENGUKUHAN 1


Berapakah rangkap yang terdapat dalam sajak "Kijang Yang Lelah" ?

1

empat

2

lima

3

enam

4

tujuh

7

Multiple Choice

LATIHAN PENGUKUHAN 2


Apakah tema yang sesuai bagi sajak "Kijang yang Lelah" ?

1

Keperitan hidup seekor kijang tua dalam mengharungi kehidupan.

2

Kepayahan kijang tua hidup di bandar.

3

Kebahagiaan hidup seekor kijang di hutan.

4

Keinginan kijang tuan untuk menikmati hidup yang selesa.

8

Multiple Choice

LATIHAN PENGUKUHAN 3


Yang manakah BUKAN persoalan dalam sajak "Kijang yang Lelah" ?

1

Ketabahan hidup dalam meneruskan kehidupan.

2

Hidup bebas membawa erti kebahagian.

3

Sikap berhati-hati dalam melakukan tindakan.

4

Kewarasan berfikir dalam menempuhi cabaran dan rintangan.

9

Multiple Choice

LATIHAN PENGUKUHAN 4


Hari ini

Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki

Menghambat waktu yang bersisa

Walau dalam jera lelah

Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga.


Apakah NILAI bagi rangkap di atas?

1

Ketabahan

2

Berhemah tinggi

3

Kerajinan

4

Keberanian

10

Multiple Choice

LATIHAN PENGUKUHAN 5


Yang manakah antara berikut merupakan pengajaran yang diperoleh daripada sajak "Kijang Yang Lelah"?

1

Kita mestilah tabah dalam menghadapi dugaan hidup.

2

Janganlah kita mementingkan diri sendiri.

3

Kita hendaklah melakukan sesuatu perkara tanpa memikirkan akibat.

4

Kita hendaklah membuat keputusan menggunakan kehendak dan nafsu.

(KOMSAS) SAJAK KIJANG YANG LELAH

karya Wan Marzuki Wan Ramli

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 10

SLIDE