
PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL PJPK TINGKATAN 2
Presentation
•
Physical Ed
•
8th Grade
•
Medium
Maureen Anthony
Used 3+ times
FREE Resource
33 Slides • 16 Questions
1
PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS)
KESELAMATAN
2
KESELAMATAN
STANDARD KANDUNGAN
3
STANDARD KANDUNGAN
KEMAHIRAN KECEKAPAN PSIKOSOSIAL UNTUK MENJAGA KESELAMATAN DIRI
BERKATA TIDAK KEPADA :
Gangguan seksual
Penderaan seksual
4
KESELAMATAN
STANDARD PEMBELAJARAN
5
STANDARD PEMBELAJARAN
MEMBINCANGKAN TENTANG GANGGUAN SEKSUAL DAN PENDERAAN SEKSUAL
MENGAPLIKASI KEMAHIRAN BERKATA TIDAK KEPADA GANGGUAN SEKSUAL DAN PENDERAAN SEKSUAL
MENJANA IDEA CARA MENANGANI GANGGUAN SEKSUAL DAN PENDERAAN SEKSUAL
6
KESELAMATAN
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
7
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Terdapat tiga (3) objektif yang anda harus capai iaitu :
Memilih empat (4) gambaran situasi yang betul berdasarkan empat (4) bentuk penyataan
Membaca dan memahami nota berkenaan dengan keselamatan dengan lebih mendalam dan teliti
Menjawab dua belas (12) soalan / penyataan dengan mendapatkan sekurang-kurangnya enam (6) daripada dua belas (12) jawapan yang betul
8
KESELAMATAN
KEHIDUPAN YANG SELAMAT
9
PENGAJARAN
Bahan bantuan pengajaran : Whatsapp dan Quizizz
Langkah pengajaran :
Guru menyediakan empat (4) gambaran situasi berdasarkan empat (4) bentuk penyataan yang berkaitan dengan keselamatan kepada para pelajar
Setiap pelajar diminta untuk memilih satu (1) gambaran situasi yang betul untuk setiap penyataan
10
TUGASAN
Pilih satu (1) daripada empat (4) gambaran situasi yang betul berdasarkan empat (4) bentuk penyataan
11
Multiple Select
1. Pilih situasi yang BETUL yang menggambarkan keadaan yang selamat di mana mereka menggunakan lintasan pejalan kaki untuk menyeberang jalan
12
Multiple Select
2. Pilih situasi yang BETUL yang menggambarkan keadaan yang selamat di mana dia memberikan sepenuh perhatian semasa memandu kereta
13
Multiple Select
3. Pilih situasi yang BETUL yang menggambarkan keadaan yang selamat di mana mereka sedang berbaris untuk menaiki bas
14
Multiple Select
4. Pilih situasi yang BETUL yang menggambarkan keadaan yang selamat di mana dia menggunakan topi keledar dengan cara yang sepatutnya semasa membonceng motosikal
15
KESELAMATAN
APAKAH ITU KESELAMATAN ?
16
MAKSUD KESELAMATAN
Maksud pertama :
Suatu keadaan terpelihara atau terhindar daripada bahaya, bencana atau gangguan yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan
Maksud kedua :
Suatu perkara atau langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan berlakunya peristiwa yang tidak diingini seperti kecederaan atau kehilangan nyawa
17
KESELAMATAN
APAKAH ITU KESELAMATAN DIRI ?
18
MAKSUD KESELAMATAN DIRI
Maksud pertama :
Keupayaan atau kebolehan seseorang untuk melindungi diri daripada mendapat kemudaratan secara fizikal dan emosi sebagai gerak balas terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam dirinya dan di sekitarnya
Maksud kedua :
Keupayaan menjaga keselamatan diri ini melibatkan adanya usaha dan tindakan awal seseorang untuk mengelak sesuatu kemudaratan seperti kemalangan dan kecederaan daripada berlaku
19
KESELAMATAN
JENAYAH SEKSUAL
20
APAKAH BENTUK JENAYAH SEKSUAL ?
Terdapat dua (2) bentuk utama jenayah seksual iaitu :
Gangguan seksual
Penderaan seksual
21
KESELAMATAN
GANGGUAN SEKSUAL
22
PENERANGAN MENGENAI GANGGUAN SEKSUAL
Turut dikenali sebagai serangan seksual
Apakah maksud gangguan seksual ?
Maksud pertama :
Tingkah laku berunsur lucah yang tidak diminta, tidak diundang serta tidak ditawarkan oleh mana-mana individu yang terlibat sama ada secara langsung atau sebaliknya menyebabkan gangguan mental dan emosi seseorang
Maksud kedua :
Perlakuan yang kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan, psikologi dan visual yang berunsurkan seks yang biasanya dilakukan berulang-ulang
23
Sambungan ...
Terdapat lima (5) kategori gangguan seksual dari segi perlakuan, keadaan atau perbuatan :
Kategori pertama - Gangguan secara lisan
Maksud - Penggunaan bahasa lucah melalui perbualan, berjenaka, membuat bunyi-bunyian, memberi kritikan, pujian atau mengajukan soalan berunsur seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual
24
Sambungan ...
Kategori kedua - Gangguan secara isyarat (bukan lisan)
Maksud - Dipamerkan melalui sikap atau perlakuan yang memberi maksud atau gambaran keinginan yang berunsurkan seksual seperti menjeling, menggoda, merenung, mengintai, menjilat bibir atau mengguna bahasa isyarat lain
Kategori ketiga - Gangguan secara visual
Maksud - Perlakuan menghantar nota, surat, e-mel, khidmat pesanan ringkas (sms), khidmat pesanan multimedia (mms), gambar, poster, objek atau bahan bacaan yang berunsur seksual melalui penggunaan apa jua peralatan media, peralatan elektronik atau peralatan komunikasi
25
Sambungan ...
Kategori keempat - Gangguan secara psikologi
Maksud - Perbuatan cuba merapati secara seksual, mendorong, mendesak, mengugut atau memujuk rayu bagi memenuhi keinginan seksual sama ada melalui surat, telefon, e-mel atau sebarang bentuk peralatan komunikasi yang menimbulkan tekanan emosi dan mental
Kategori kelima - Gangguan secara fizikal
Maksud - Mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga orang tersebut berasa kurang selesa (memegang, memeluk, menepuk, menggosok, mencubit, mencium atau meraba sehingga mangsa berasa tersinggung atau terhina)
26
KESELAMATAN
PENDERAAN SEKSUAL
27
PENERANGAN MENGENAI PENDERAAN SEKSUAL
Turut dikenali sebagai pencabulan
Apakah maksud penderaan seksual ?
Maksud pertama :
Sebarang perlakuan individu (pelaku) yang memaksa, memperdaya atau mengugut mangsa serta mendorong berlakunya hubungan seksual antara mereka semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual si pelaku
Maksud kedua :
Seorang pelaku dalam kedudukan berkuasa atau mengawal mangsa, di mana mangsa digunakan sebagai stimulasi seksual bagi pelaku tersebut
28
Sambungan ...
Terdapat tiga (3) contoh pelaku yang melakukan penderaan seksual ke atas kanak-kanak iaitu :
Seseorang yang jauh lebih dewasa
Seseorang dalam kedudukan berkuasa
Seseorang yang dikenali dan dipercayai oleh kanak-kanak
Pelaku yang melakukan penderaan seksual ke atas kanak-kanak lebih dikenali sebagai pedofilia
29
Sambungan ...
Apakah maksud pedofilia ?
Maksud pertama :
Seseorang individu yang mempunyai minat seks yang utama atau eksklusif terhadap kanak-kanak belum baligh berusia tiga belas (13) tahun atau lebih muda
Maksud kedua :
Mempunyai tarikan atau perasaan seksual terhadap kanak-kanak yang belum atau baru sahaja memasuki fasa akil baligh
30
Sambungan ...
Terdapat empat (4) contoh penderaan seksual terhadap kanak-kanak iaitu :
Menunjukkan bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak
Menggalakkan kanak-kanak menonton atau mendengar aksi seksual
Mengambil gambar kanak-kanak dalam aksi seksual
Menyentuh bahagian sulit kanak-kanak
31
Sambungan ...
Terdapat empat (4) contoh petunjuk kanak-kanak mengalami penderaan seksual iaitu :
Kenyataan daripada mangsa seperti "dia menyentuh saya"
Kerisauan tinggi, keraguan dan kemurungan
Kesakitan yang tidak dapat diterangkan
Perubahan kelakuan, masalah kelakuan atau melakukan perbuatan jahat
32
Sambungan ...
Terdapat empat (4) contoh kesan penderaan seksual terhadap kanak-kanak iaitu :
Hidup terasing dan kurang mempercayai orang
Gangguan personaliti diri
Konflik dalaman terhadap kasih sayang
Kecenderungan untuk membunuh diri
33
KESELAMATAN
CARA
34
CARA UNTUK MENANGANI JENAYAH SEKSUAL
Terdapat empat (4) contoh cara untuk menangani gangguan seksual dan penderaan seksual iaitu :
Cara pertama - Berpakaian sopan / Jangan keterlaluan dalam cara berpakaian
Penerangan - Kanak-kanak perlu diperkenalkan dengan aurat dan sebab mereka perlu menjaga tubuh badan mereka daripada dipertontonkan kepada orang ramai
Cara kedua - Kenal anggota sulit masing-masing / Perlu diingatkan bahawa badan anda adalah tanggungjawab anda
Penerangan - Memberitahu mereka istilah yang sebenar seperti buah dada, dubur, zakar atau faraj untuk membantu mereka menghargai tubuh badan sendiri dan mempunyai hak ke atasnya
35
Sambungan ...
Cara ketiga - Tidak bebas disentuh sesuka hati / Membezakan antara sentuhan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan
Penerangan - Terangkan tentang sentuhan yang 'dibolehkan' seperti bersalaman dan tidak perlu digalakkan untuk berpelukan serta elakkan ciuman atau belaian yang boleh menimbulkan rangsangan
Cara keempat - Tidak salah berkata "Tidak !" / Berani berkata "Tidak !"
Penerangan - Galakkan kanak-kanak untuk memberitahu serta-merta jika berlakunya sesuatu yang tidak selesa atau luar daripada kebiasaan serta bantu untuk membuat keputusan dan tindakan yang sewajarnya
36
LATIHAN
Pilih jawapan yang betul berdasarkan soalan / penyataan yang dinyatakan
37
Multiple Choice
1. Yang mana satukah merujuk kepada maksud keselamatan yang BETUL ?
Tuntutan kejadian yang berlaku secara tidak sengaja dan tidak dirancang, sering kali tanpa sengaja atau diperlukan
Suatu perkara atau langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan berlakunya peristiwa yang tidak diingini seperti kecederaan atau kehilangan nyawa
Trauma fizikal, iaitu kerosakan kepada tubuh yang disebabkan oleh kuasa luaran
Keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan ketidakselesaan, disfungsi atau tekanan / stres kepada orang yang terbabit atau berhubung rapat dengannya
38
Multiple Choice
2. "Keupayaan atau kebolehan seseorang untuk melindungi diri daripada mendapat kemudaratan secara fizikal dan emosi sebagai gerak balas terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam dirinya dan di sekitarnya ."
Berdasarkan penyataan di atas, ia merujuk kepada
Keselamatan siber
Keselamatan pekerjaan
Keselamatan jalan raya
Keselamatan diri
39
Multiple Choice
3. Pilih bentuk utama jenayah seksual yang BETUL
Gangguan seksual dan penderaan seksual
Gangguan seksual
Penderaan seksual
Tidak dinyatakan
40
Multiple Choice
4. Berapakah JUMLAH kategori gangguan seksual dari segi perlakuan, keadaan atau perbuatan ?
Tiga (3)
Empat (4)
Lima (5)
Enam (6)
41
Multiple Choice
5. "Mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga orang tersebut berasa kurang selesa (memegang, memeluk, menepuk, menggosok, mencubit, mencium atau meraba sehingga mangsa berasa tersinggung atau terhina) ."
Berdasarkan penyataan di atas, ia merujuk kepada ?
Gangguan secara fizikal
Gangguan secara isyarat
Gangguan secara psikologi
Gangguan secara visual
42
Multiple Choice
6. Apakah maksud gangguan secara psikologi ?
Dipamerkan melalui sikap atau perlakuan yang memberi maksud atau gambaran keinginan yang berunsurkan seksual seperti menjeling, menggoda, merenung, mengintai, menjilat bibir atau mengguna bahasa isyarat lain
Mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga orang tersebut berasa kurang selesa (memegang, memeluk, menepuk, menggosok, mencubit, mencium atau meraba sehingga mangsa berasa tersinggung atau terhina)
Penggunaan bahasa lucah melalui perbualan, berjenaka, membuat bunyi-bunyian, memberi kritikan, pujian atau mengajukan soalan berunsur seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual
Perbuatan cuba merapati secara seksual, mendorong, mendesak, mengugut atau memujuk rayu bagi memenuhi keinginan seksual sama ada melalui surat, telefon, e-mel atau sebarang bentuk peralatan komunikasi yang menimbulkan tekanan emosi dan mental
43
Multiple Choice
7. Yang mana satukah perkataan yang merujuk kepada penderaan seksual ?
Pelacuran
Pencabulan
Penggoda
Perawan
44
Multiple Choice
8. Yang mana satukah BUKAN contoh pelaku yang melakukan penderaan seksual ke atas kanak-kanak ?
Seseorang yang jauh lebih dewasa
Seseorang dalam kedudukan berkuasa
Seseorang yang sama umur
Seseorang yang dikenali dan dipercayai oleh kanak-kanak
45
Multiple Choice
9. Apakah istilah yang merujuk kepada pelaku yang melakukan penderaan seksual ke atas kanak-kanak ?
Cenderamulia
Hypercholesterolia
Pedofilia
Pluvofilia
46
Multiple Choice
10. Yang mana satukah BUKAN contoh penderaan seksual terhadap kanak-kanak ?
Menunjukkan bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak
Menggalakkan kanak-kanak menonton atau mendengar aksi seksual
Mengambil gambar kanak-kanak dalam aksi seksual
Tidak menyentuh bahagian alat sulit kanak-kanak
47
Multiple Choice
11. Yang mana satukah BUKAN contoh petunjuk kanak-kanak mengalami penderaan seksual ?
Kenyataan seperti "dia tidak menyentuh saya"
Kerisauan tinggi, keraguan dan kemurungan
Kesakitan yang tidak dapat diterangkan
Perubahan kelakuan, masalah kelakuan atau melakukan perbuatan jahat
48
Multiple Choice
12. "Memberitahu mereka istilah yang sebenar seperti buah dada, dubur, zakar atau faraj untuk membantu mereka menghargai tubuh badan sendiri dan mempunyai hak ke atasnya ."
Berdasarkan penyataan di atas, ia merujuk kepada ?
Berpakaian sopan
Perlu diingatkan bahawa badan anda adalah tanggungjawab anda
Tidak bebas disentuh sesuka hati
Tidak salah berkata "Tidak !"
49
-TAMAT-
PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS)
KESELAMATAN
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 49
SLIDE
Similar Resources on Wayground
40 questions
PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL PJPK TINGKATAN 2
Presentation
•
8th Grade
45 questions
PLURALITAS SUKU BANGSA
Presentation
•
8th Grade
42 questions
TEKANAN BAGIAN 2
Presentation
•
8th Grade
42 questions
Makanan Halal dan Haram
Presentation
•
8th Grade
45 questions
Belum Berjudul
Presentation
•
8th Grade
42 questions
Persiapan ANBK 2022
Presentation
•
8th Grade
41 questions
7 KEELEKTRIKAN DAN KEMAGNETAN
Presentation
•
8th Grade
43 questions
KLASIFIKASI MATERI DAN PERUBAHANNYA
Presentation
•
7th Grade
Popular Resources on Wayground
16 questions
Grade 3 Simulation Assessment 2
Quiz
•
3rd Grade
19 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_1 2526sy
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Cinco de Mayo Trivia Questions
Interactive video
•
3rd - 5th Grade
17 questions
HCS Grade 4 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
4th Grade
24 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
5th Grade
13 questions
Cinco de mayo
Interactive video
•
6th - 8th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
30 questions
GVMS House Trivia 2026
Quiz
•
6th - 8th Grade