

PPM 1 (5 AR RAZI /5 IBNU KHALDUN)
Presentation
•
World Languages
•
4th Grade - University
•
Medium
learningtech1 learningtech1
Used 2+ times
FREE Resource
14 Slides • 28 Questions
1
PPM 1
(5 AR RAZI /5 IBNU KHALDUN)
PERBINCANGAN SOALAN PPM 1

2
TAHNIAH!!!!
Anda telah berjaya menyelesaikan PPM 1 2021 :)
3
Open Ended
Apakah perasaan anda selepas menjawab PPM 1?
4
PERBINCANGAN SOALAN PPM 1 BAHASA MELAYU
Jom kita jawab bersama :)
5
SOALAN 1: MORFOLOGI
Pemakaian tanjak atau turut dikenali sebagai tengkolok dan dastar kini semakin popular dalam kalangan masyarakat, terutamanya golongan muda. Tanjak yang paling mendapat sambutan ialah tanjak Mahkota Alam kerana sejarahnya dan material kain yang digunakan lebih lembut. Adab pemakaian tanjak yang disarankan ialah supaya seseorang individu itu menutup aurat. “ Kalau diikutkan dalam semua perbuatan, kita perlu menjaga adab sopan orang Melayu.’’Kata Iskandar pembuat tanjak dari Johor kepada pelanggannya.
6
Multiple Choice
1. Telitikan ayat di bawah ini dan pilih kata adjektif yang terdapat dalam ayat ini:
Tanjak yang paling mendapat sambutan ialah tanjak Mahkota Alam kerana sejarahnya dan material kain yang digunakan lebih lembut.
sambutan
alam
material
lembut
7
Multiple Choice
2. Baca ayat berikut dan pilih kata kerja yang terdapat dalam ayat ini:
Adab pemakaian tanjak yang disarankan ialah supaya seseorang individu itu menutup aurat.
menutup
pemakaian
disarankan
seseorang
8
Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan berikutnya :
Sejak akhirakhir ini, semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dikatakan semakin tipis. Masyarakat didakwa memandang enteng perkara ini sedangkan semangat cinta akan negara ini sepatutnya diterapkan dalam diri sebagaimana peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Seharusnya, kita memainkan peranan masing-masing bagi memastikan semangat patriotik ini kembali menebal dalam diri.
9
Multiple Choice
3. Telitikan ayat di bawah ini dan pilih kata adjektif yang terdapat dalam ayat tersebut :
Sejak akhir-akhir ini, semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dikatakan semakin
sejak
kalangan
masyarakat
tipis
10
Multiple Choice
4. Baca ayat berikut dan pilih kata nama am hidup yang terdapat dalam ayat tersebut.
Masyarakat didakwa memandang enteng perkara ini sedangkan semangat cinta akan negara ini sepatutnya diterapkan dalam diri
masyarakat
enteng
semangat
negara
11
Multiple Choice
5. Berikan jenis kata yang digariskan dalam ayat berikut :
Seharusnya, kita memainkan peranan masing-masing bagi memastikan semangat patriotik ini kembali menebal dalam diri.
kata nama am
kata adjektif
kata ganda penuh
12
SOALAN 2: SINTAKSIS
Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat bagi setiap ayat yang anda pilih seperti yang berikut:
Subjek : __________________________________________________________
Predikat : _________________________________________________________
Sebahagian daripada perkhidmatan pengangkutan awam telah dikendalikan oleh syarikat berhad kesan daripada pengenalan dasar penswastaan. Pengusaha syarikat ini perlu memastikan kelayakan pemandu untuk menjamin keselamatan penumpang. Pemandu bas awam mestilah mengikuti kursus supaya mereka dapat menghadapi sebarang situasi kecemasan berasaskan prosedur tertentu. Jadual perjalanan perlu diperketat supaya penumpang tidak perlu menunggu bas dalam tempoh yang lama. Sebagai contohnya, di Jepun jadual perjalanan diwajibkan dalam 10 minit sekali. Laluan bas awam pula ditambah meliputi seluruh bandar dan luar bandar di negara itu.
13
Multiple Select
1) Sebahagian daripada perkhidmatan pengangkutan awam telah dikendalikan oleh syarikat berhad kesan daripada pengenalan dasar penswastaan.
Subjek: Sebahagian daripada perkhidmatan pengangkutan awam
Subjek : Sebahagian
Prediket : telah dikendalikan oleh syarikat berhad kesan daripada pengenalan dasar penswastaan.
Prediket : daripada perkhidmatan pengangkutan awam telah dikendalikan oleh syarikat berhad kesan daripada pengenalan dasar penswastaan.
14
Multiple Select
2) Pengusaha syarikat ini perlu memastikan kelayakan pemandu untuk menjamin keselamatan penumpang.
Subjek: Pengusaha syarikat ini perlu memastikan kelayakan pemandu
Subjek : Pengusaha syarikat ini
Prediket : untuk menjamin keselamatan penumpang.
Prediket: perlu memastikan kelayakan pemandu untuk menjamin keselamatan penumpang.
15
Multiple Select
3) Pemandu bas awam mestilah mengikuti kursus supaya mereka dapat menghadapi sebarang situasi kecemasan berasaskan prosedur tertentu.
Subjek:Pemandu bas awam mestilah mengikuti kursus
Subjek:Pemandu bas awam
Prediket:supaya mereka dapat menghadapi sebarang situasi kecemasan berasaskan prosedur tertentu.
Prediket:mestilah mengikuti kursus supaya mereka dapat menghadapi sebarang situasi kecemasan berasaskan prosedur tertentu.
16
Multiple Select
4) Jadual perjalanan perlu diperketat supaya penumpang tidak perlu menunggu bas dalam tempoh yang lama.
Subjek: Jadual perjalanan
Subjek : Jadual perjalanan perlu diperketat
Prediket: supaya penumpang tidak perlu menunggu bas dalam tempoh yang lama.
Prediket: perlu diperketat supaya penumpang tidak perlu menunggu bas dalam tempoh yang lama.
17
Multiple Select
5) Laluan bas awam pula ditambah meliputi seluruh bandar dan luar bandar di negara itu.
Subjek: Laluan bas awam pula ditambah
Subjek: Laluan bas awam
Prediket: pula ditambah meliputi seluruh bandar dan luar bandar di negara itu.
Prediket: meliputi seluruh bandar dan luar bandar di negara itu.
18
19
SOALAN 3: PENYUNTINGAN
Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Bagi setiap petikan, anda boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan itu.
(Terus tulis jawapan yang betul)
20
Fill in the Blanks
Type answer...
21
Fill in the Blanks
Type answer...
22
Fill in the Blanks
Type answer...
23
Fill in the Blanks
Type answer...
24
Fill in the Blanks
Type answer...
25
Fill in the Blanks
Type answer...
26
Fill in the Blanks
Type answer...
27
Fill in the Blanks
Type answer...
28
29
SOALAN 4 : BAHASA MELAYU STANDARD
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya menampar-nampar pahanya. Maka titah baginda, “Wah , datanglah pula bala atas negeriku! (1) Baiknya ada Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang, binasalah negeri ini.”
30
Multiple Choice
1.Baiknya ada Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang, binasalah negeri ini.”
Nasib baik ada Laksamana, andai kata kuutuskan Laksamana ke negeri lain, pasti binasa negeri ini.”
Nasib Laksamana yang baik , tidak kuutuskan ke negeri lain, pastilah binasa negeri ini.
31
Multiple Choice
2.Maka dilihatnya oleh Kertala Sari orang berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya.
Kertala Sari melihat banyak orang berkawal dengan pelbagai jenis senjata.
Kertala Sari melihat pelbagai senjata berkawal di kawasan orang yang banyak.
32
Multiple Choice
3. Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu.
Kertala Sari membaca doa kemudian berjalan di tengah-tengah orang yang ramai itu
Kertala Sari membaca jampi kemudian dia berjalan di tengah-tengah orang yang ramai itu
33
Multiple Choice
4. Maka sembah Patih Gajah Mada, “Adapun penjurit tujuh orang yang dititahkan oleh paduka Bentara pergi ke Melaka itu khabarnya sudah mati dibunuh oleh Laksamana ketujuhnya
Patih Gajah Mada menyembah “Penjurit tujuh orang yang dititahkan oleh baginda pergi ke Melaka itu khabarnya sudah mati dibunuh oleh Laksamana ketujuhnya
Sembah Patih Gajah Mada, “Tujuh orang pahlawan yang dititahkan oleh paduka Bentara pergi ke Melaka khabarnya telah mati dibunuh oleh Laksamana semuanya.
34
Multiple Choice
5. Akan sekarang baharulah patik beroleh penjurit terlalu kepetangan;
Sekarang patik telah mendapat seorang pahlawan yang sangat hebat;
Sekarang patik mendapat seorang pahlawan yang sangat berpengalaman
35
Multiple Choice
6. Kertala Sari namanya, anak Petala Bumi yang dipesan oleh bapanya kepada patik.
Petala Bumi, anak Kertala Sari yang diserahkan kepada hamba oleh bapanya.”
Kertala Sari, anak Petala Bumi yang diserahkan kepada patik oleh bapanya.”
36
37
SOALAN 5: PERIBAHASA
Soalan 1 hingga 3
Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai untuk melengkapkan tempat kosong dalam petikan tersebut.
38
Multiple Select
Masyarakat moden mestilah berpaksikan sebuah masyarakat yang bermaklumat. Setiap maklumat itu pula hendaklah betul dan sahih sumbernya. Penyebaran ___ (1) ____ tidak seharusnya berlaku kerana akan memberi kesan negatif kepada anggota masyarakat dan mengundang perasaan curiga pihak luar terhadap bangsa kita. Jika perkara itu dilakukan oleh segelintir masyarakat sekalipun, maruah bangsa tetap terjejas kerana perbuatan itu samalah seperti _____(2) __ . Amalan negatif sebegitu hendaklah kita hindari agar masyarakat tidak dilabel sebagai berfikiran __(3) ___ apabila tidak dapat membezakan berita itu benar atau palsu.
indah khabar daripada rupa
khabar angin
menanam tebu di bibir
seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit
setengah masak
39
Soalan 4 hingga 5
Petikan atau ayat di bawah mengandungi peribahasa. Pilih peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.
40
Multiple Select
4. Para belia yang ingin berjaya dalam permohonan kerja mestilah berusaha menimba ilmu dengan menghadiri karnival kerjaya. Bak kata pepatah Melayu, jika pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang.
(Pilih 2 jawapan)
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Bagai kaca terhempas ke batu
Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu
Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan
41
Multiple Select
5. Anak-anak tidak wajar menempatkan ibu bapa di rumah orang tua-tua kerana tindakan itu merupakan perbuatan yang sangat memeritkan mereka. Untuk menunaikan tanggungjawab terhadap orang tua, adik-beradik hendaklah bersepakat dan berjanji untuk menjaga ibu bapa secara bergilir-gilir barulah dapat dikatakan yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.
Air dicencang takkan putus
Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai
Buka pekung di dada
Bagai aur dengan tebing
42
SEMOGA BERJAYA UNTUK PPM2 NANTI
Ikhlas daripada Cikgu Aisyah :)
PPM 1
(5 AR RAZI /5 IBNU KHALDUN)
PERBINCANGAN SOALAN PPM 1

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 42
SLIDE
Similar Resources on Wayground
35 questions
Majas metafora, personifikasi, hiperbola
Presentation
•
5th Grade - University
37 questions
Materi Cerpen Kelas XI
Presentation
•
3rd - 12th Grade
38 questions
Presentasi G7KAIH
Presentation
•
KG - University
34 questions
Presentasi bagian tumbuhan
Presentation
•
4th Grade - University
33 questions
Penghidup Motor Star Delta
Presentation
•
KG - University
33 questions
Peta
Presentation
•
4th Grade - University
34 questions
Petualangan Sains sehari-hari
Presentation
•
5th Grade - University
42 questions
KOSP & P5
Presentation
•
KG - University
Popular Resources on Wayground
10 questions
Factors 4th grade
Quiz
•
4th Grade
10 questions
Cinco de Mayo Trivia Questions
Interactive video
•
3rd - 5th Grade
13 questions
Cinco de mayo
Interactive video
•
6th - 8th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
20 questions
Main Idea and Details
Quiz
•
5th Grade
20 questions
Context Clues
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Inferences
Quiz
•
4th Grade
19 questions
Classifying Quadrilaterals
Quiz
•
3rd Grade
Discover more resources for World Languages
13 questions
Cinco de mayo
Interactive video
•
6th - 8th Grade
10 questions
Cinco De Mayo
Presentation
•
10th Grade
20 questions
Cinco de Mayo
Quiz
•
7th - 9th Grade
7 questions
CINCO DE MAYO IS ABOUT ...
Interactive video
•
6th - 8th Grade
50 questions
AP Spanish Language and Culture Exam
Quiz
•
8th Grade
20 questions
El Verbo IR Practice
Quiz
•
9th Grade
20 questions
-AR -ER -IR present tense
Quiz
•
10th - 12th Grade
25 questions
Direct object pronouns in Spanish
Quiz
•
7th Grade