

BAHASA MELAYU KERTAS 1
Presentation
•
Other
•
4th - 6th Grade
•
Medium
Hilmi Zulfadli Shahrom
Used 2+ times
FREE Resource
25 Slides • 21 Questions
1
KERTAS PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2021
BAHASA MELAYU KERTAS 1 BAHAGIAN A

2
Poll
KEHADIRAN MURID-MURID SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CENDANA
SAYA HADIR CIKGU
SAYA TIDAK HADIR CIKGU
3
KERTAS 1 BAHAGIAN A
Mengandungi 20 soalan.
Setiap soalan mempunyai empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D.
Pilih jawapan yang paling tepat.
4
TEKNIK MENJAWAB SOALAN
KERTAS 1 BAHAGIAN A
Baca setiap soalan dengan teliti.
Fahami kehendak soalan.
Garisi kata kunci bagi setiap soalan.
Baca dan teliti setiap pilihan jawapan.
Pilih jawapan yang paling tepat berdasarkan kata kunci yang telah dikenal pasti.
5
Multiple Choice
Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin ialah ____________ Malaysia yang kelapan.
Menteri Kesihatan
Perdana Menteri
Menteri Besar
Guru Besar
6
Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin ialah ____________ Malaysia yang kelapan.
Soalan pengetahuan am.
7
Multiple Choice
Tasik yang terbesar di Malaysia terletak di negeri _______________ ?
apa
siapa
mana
bagaimana
8
Tasik yang terbesar di Malaysia terletak di negeri _______________?
Kata tanya yang paling sesuai bagi mendapatkan sesuatu lokasi atau kedudukan ialah kata tanya mana.
9
Multiple Choice
Pak Yusuf __________________ setandan pisang yang sudah matang.
memikul
mengandar
menjunjung
menjinjing
10
Kata kunci bagi soalan ini terletak pada gambar soalan.
memikul = membawa barang dengan galas di atas bahu.
mengandar = membawa barang dengan kandar.
menjunjung = membawa sesuatu di atas kepala.
menjinjing = membawa sesuatu dengan tangan yang terhulur ke bawah.
11
Multiple Choice
Bau _________ sejambak bunga mawar yang baru dipetik oleh Hanna telah memenuhi ruang biliknya.
segar
mekar
tengik
harum
12
Bau _________ sejambak bunga mawar yang baru dipetik oleh Hanna telah memenuhi ruang biliknya.
segar = tidak layu.
mekar = mulai berkembang.
tengik = bau atau rasa yang tidak sedap.
harum = sedap baunya; wangi.
13
Multiple Choice
Terdapat lebih daripada 808 spesies orkid ________ dikenal pasti di Malaysia.
agar
yang
untuk
bahawa
14
Terdapat lebih daripada 808 spesies orkid ________ dikenal pasti di Malaysia.
yang = kata penghubung untuk menyatakan bahawa kata keterangan berikutnya dipentingkan.
15
Multiple Choice
Si Comel tidur di ___________ buku latihan kepunyaan Noran.
dalam
antara
luar
atas
16
Si Comel tidur di ___________ buku latihan kepunyaan Noran.
Si Comel = Kucing
atas = tempat atau bahagian yang lebih tinggi.
17
Multiple Choice
Dhia Syafiqa membeli _____________ majalah Kuntum.
senaskhah
sebuah
sehelai
sekeping
18
Dhia Syafiqa membeli _____________ majalah Kuntum.
naskah = penjodoh bilangan untuk menghitung buku, majalah.
19
Multiple Choice
Tugu Negara dibina bagi ___________________ pahlawan-pahlawan kita yang telah terkorban semasa mempertahankan negara Malaysia tercinta ini.
memperingatkan
diperingati
diperingatkan
memperingati
20
Tugu Negara dibina bagi ___________________ pahlawan-pahlawan kita yang telah terkorban semasa mempertahankan negara Malaysia tercinta ini.
memperingatkan = memberi ingat, memberi nasihat.
memperingati = mengenangkan sesuatu peristiwa.
21
Multiple Choice
Feri itu ________________ dari Pelabuhan Pasir Gudang ke Pulau Batam.
bolak-balik
umbang-ambing
mundar-mandir
olang-aling
22
Feri itu ________________ dari Pelabuhan Pasir Gudang ke Pulau Batam.
bolak-balik = ulang-alik, pergi balik.
umbang-ambing = menggerak-gerakkan turun naik (kapal dibuai ombak).
mundar-mandir = berjalan pergi balik.
olang-aling = bergerak atau berayun ke kiri ke kanan.
23
Multiple Choice
Kerajaan akan membina sebuah ______________ untuk kemudahan para pengkaji bintang.
balai raya
balai cerap
balai tinjau
balai kajian
24
Kerajaan akan membina sebuah ______________ untuk kemudahan para pengkaji bintang.
balai raya = rumah khas tempat orang-orang kampung mengadakan pertemuan.
balai cerap = bangunan yang dilengkapi peralatan tertentu untuk membolehkan ahli sains membuat pemerhatian terhadap fenomena cuaca, bintang.
25
Multiple Choice
“Tawaran Raja Mahendra itu akan ______________ pertimbangkan dan perhalusi terlebih dahulu,” titah Sultan Muzzafar kepada bendaharanya.
beta
patik
tuanku
baginda
26
“Tawaran Raja Mahendra itu akan ______________ pertimbangkan dan perhalusi terlebih dahulu,” titah Sultan Muzzafar kepada bendaharanya.
beta = kata ganti diri pertama untuk raja/ sultan.
27
Multiple Choice
Encik Saiful sedang ________________ mancis untuk menyalakan lilin bagi menerangi kegelapan.
membakar
menggores
menyangai
memetik
28
Encik Saiful sedang ________________ mancis untuk menyalakan lilin bagi menerangi kegelapan.
menggores = membuat sesuatu menjadi bergores; mencalar.
menyangai = menggoreng tanpa minyak.
29
Multiple Choice
Fikiran Muiz _____________ memikirkan masalah kewangan yang dihadapi oleh syarikatnya yang semakin ______________.
berbuai ....... merunsing
bercelaru ....... meruncing
berdetik ....... meruncing
bercelaru ....... merunsing
30
Fikiran Muiz _____________ memikirkan masalah kewangan yang dihadapi oleh syarikatnya yang semakin ______________.
berbuai = berayun.
bercelaru = tidak tentu arah, tidak keruan.
berdetik = berdebar.
merunsing = mengomel, bersungut, merungut.
meruncing = menjadi genting atau memuncak; menjadi tegang.
31
Multiple Choice
“Kita mestilah makan makanan yang berkhasiat ____________ seimbang mengikut kadar yang diperlukan oleh tubuh badan _______________ kita hendak kekal sihat,” kata Cikgu Safiya.
atau ....... serta
dengan ....... jika
serta ........ tetapi
dan ........ sekiranya
32
“Kita mestilah makan makanan yang berkhasiat ____________ seimbang mengikut kadar yang diperlukan oleh tubuh badan _______________ kita hendak kekal sihat,” kata Cikgu Safiya.
dan = menggabungkan dua unsur yang setara.
sekiranya = untuk menunjukkan syarat.
33
Multiple Choice
Pak Musa menunjukkan cara-cara memasang _____________ kepada anak buahnya bagi menghadapi serangan musuh atau lawannya.
jejari
sesiku
kekuda
tetulang
34
Kata kunci bagi soalan ini terletak pada gambar soalan.
kekuda = perbuatan kuda-kuda.
35
Multiple Choice
Anjing-anjing _____________ yang berkeliaran di kawasan itu telah ditangkap.
ganas
bengis
liar
garang
36
Anjing-anjing _____________ yang berkeliaran di kawasan itu telah ditangkap.
ganas = galak dan suka menyerang (umumnya binatang).
bengis = tidak berbelas kasihan, kejam, zalim.
liar = tidak dipelihara (binatang), tidak jinak, buas.
garang = suka atau lekas menyerang.
37
Multiple Choice
Rizman merupakan pereka fesyen yang berpengalaman ______________ dalam bidang rekaan pakaian tradisional Melayu.
luas
jauh
tinggi
kukuh
38
Rizman merupakan pereka fesyen yang berpengalaman ______________ dalam bidang rekaan pakaian tradisional Melayu.
Berpengalaman luas digunakan bagi menunjukkan seseorang itu mempunyai pengalaman yang banyak dalam sesuatu bidang.
39
Multiple Choice
Majalah Tinta Emas itu diterbitkan secara ______________ pada tahun ini.
dwisuku
dwifokus
dwipecahan
dwitahunan
40
Majalah Tinta Emas itu diterbitkan secara ______________ pada tahun ini.
dwi = kata imbuhan pinjaman yang membawa maksud dua.
dwisuku = kata mempunyai dua suku kata.
dwifokus = mempunyai dua fokus yang berbeza.
dwipecahan = dua cabang.
dwitahunan = berlaku atau diadakan setiap dua tahun.
41
Multiple Choice
Negara kita sangat istimewa daripada ________________ para pelancong asing yang melancong ke negara kita.
air mata
kaca mata
anak mata
mata keranjang
42
Negara kita sangat istimewa daripada ________________ para pelancong asing yang melancong ke negara kita.
air mata = air yang keluar dari mata.
kaca mata = sudut pandangan.
anak mata = bulatan kecil di tengah-tengah mata.
mata keranjang = suka melihat perempuan.
43
Multiple Choice
Kasihan Amar. Sudahlah ketinggalan bas, tayar basikalnya pula pancit.
Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
sudah jatuh ditimpa tangga
hilang di mata di hati jangan
sudah terhantuk baru tengadah
harapkan pagar, pagar makan padi
44
Kasihan Amar. Sudahlah ketinggalan bas, tayar basikalnya pula pancit.
sudah jatuh ditimpa tangga = mendapat malang atau kecelakaan yang berturut-turut.
45
Maksud peribahasa:
sudah jatuh ditimpa tangga = mendapat malang atau kecelakaan yang berturut-turut.
hilang di mata di hati jangan = walaupun berjauhan tempat tinggal, tetapi selalu diingat dalam hati.
sudah terhantuk baru tengadah = sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat.
harapkan pagar, pagar makan padi = Harapan diletakkan pada bahu seseorang tetapi akhirnya orang itu pula yang merosakkannya.
46
-TAMAT-
Terima kasih, semua.
KERTAS PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2021
BAHASA MELAYU KERTAS 1 BAHAGIAN A

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 46
SLIDE
Similar Resources on Wayground
39 questions
Pendidikan Kesihatan Tahun 5 - Pengaruh Rakan Sebaya
Presentation
•
4th - 5th Grade
44 questions
Pagsali sa Discussion Forum at Chat
Presentation
•
5th Grade
42 questions
Tema 5 Subtema 3 Kelas 5
Presentation
•
5th Grade
41 questions
ULANGAN PPKN KD.3.3.TEMA 7 KEBERAGAMAN BUDAYA DI INDONESIA
Presentation
•
5th Grade
43 questions
BAHASA MELAYU TAHUN 5 - KAD DEBIT
Presentation
•
5th Grade
41 questions
Pendidikan Jasmani Tahun 5 - Handal Jaring
Presentation
•
5th - 6th Grade
41 questions
PAS KELAS 6 TEMA 1
Presentation
•
6th Grade
42 questions
PJOK 6 BAB 1
Presentation
•
6th Grade
Popular Resources on Wayground
16 questions
Grade 3 Simulation Assessment 2
Quiz
•
3rd Grade
19 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_1 2526sy
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Cinco de Mayo Trivia Questions
Interactive video
•
3rd - 5th Grade
17 questions
HCS Grade 4 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
4th Grade
24 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
5th Grade
13 questions
Cinco de mayo
Interactive video
•
6th - 8th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
30 questions
GVMS House Trivia 2026
Quiz
•
6th - 8th Grade
Discover more resources for Other
19 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_1 2526sy
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Cinco de Mayo Trivia Questions
Interactive video
•
3rd - 5th Grade
17 questions
HCS Grade 4 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
4th Grade
24 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
5th Grade
13 questions
Cinco de mayo
Interactive video
•
6th - 8th Grade
30 questions
GVMS House Trivia 2026
Quiz
•
6th - 8th Grade
20 questions
Main Idea and Details
Quiz
•
5th Grade
20 questions
Context Clues
Quiz
•
6th Grade