
KDM SKOP 4 : AMALAN KESIHATAN PERGIGIAN
Presentation
•
Social Studies, Specialty
•
1st Grade - University
•
Medium
Rohani Maju
Used 10+ times
FREE Resource
20 Slides • 21 Questions
1
SKOP 4 :
AMALAN KESIHATAN PERGIGIAN
by Guru Pemimpin Kelab Doktor Muda SKPM
Arahan :
1. Baca dan fahami isi penting
2. Jawab soalan Uji Minda
3. TUGASAN hari ini
2
UNIT 1 : KESIHATAN PERGIGIAN
PENGENALAN
Unit ini mendedahkan Doktor Muda kepada kesedaran kesihatan pergigian dan langkah-langkah bagi mengekalkan kesihatan pergigian sepanjang hayat.
3
OBJEKTIF
Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :
1. Menerangkan tentang kepentingan penjagaan kesihatan pergigian.
2. Menyenaraikan masalah kesihatan pergigian.
3. Menyatakan amalan yang baik dan tidak baik untuk kesihatan pergigian.
4. Menunjukkan cara memberus gigi yang betul.
5. Memilih dan menjaga berus gigi yang betul.
6. Menunjukkan cara menggunakan flos gigi dengan betul.
4
TAJUK yang akan dibincangkan pada hari ini :
1. Kepentingan penjagaan kesihatan pergigian.
2. Masalah kesihatan pergigian.
3. Amalan yang baik dan tidak baik untuk kesihatan
pergigian.
4. Cara memberus gigi dengan berkesan.
5. Cara memilih dan menjaga berus gigi yang betul.
6. Cara menggunakan flos gigi dengan betul
5
Tajuk 1 : Kepentingan Penjagaan Kesihatan Pergigian : Gigi dan gusi
= Kepentingan Penjagaan Kesihatan Pergigian Gigi dan gusi perlu dikekalkan dalam keadaan sihat sepanjang hayat untuk pengunyahan makanan dan pertuturan yang jelas. Ia dapat menambah keyakinan dan kecantikan paras rupa.
= Manusia mempunyai dua peringkat perkembangan gigi iaitu gigi susu dan gigi kekal. Gigi susu berjumlah 20 batang. Gigi susu akan digantikan secara berperingkat dengan gigi kekal yang berjumlah 32 batang.
6
Tajuk 2 : Masalah Kesihatan Pergigian
Masalah kesihatan pergigian yang sering berlaku ialah :
i. Karies gigi • Gigi yang berlubang atau rosak.
ii. Penyakit gusi / periodontol • Gusi yang mudah berdarah, merah dan bengkak. Plak adalah selaput bakteria yang melekat pada permukaan gigi. Ia mengandungi berbagai jenis bakteria. Bakteria dalam plak boleh menyebabkan karies gigi dan penyakit gusi.
7
Tajuk 2 : Masalah Kesihatan Pergigian
Masalah kesihatan pergigian yang sering berlaku ialah :
iii. Gigi tidak teratur (maloklusi)
• Maloklusi ialah keadaan gigi yang tidak tersusun.
• Maloklusi disebabkan oleh beberapa faktor seperti :
- Kehilangan gigi susu terlalu awal.
- Keturunan.
- Tabiat buruk seperti menghisap jari dan menggigit pensel atau objek lain.
8
Tajuk 2 : Masalah Kesihatan Pergigian
Masalah kesihatan pergigian yang sering berlaku ialah :
Akibat apabila Maloklusi/ gigi tidak teratur
• Gigi sukar digosok dengan berkesan
• Masalah mengunyah dengan sempurna
• Penampilan diri terjejas
• Makanan mudah terperangkap dicelahan gigi
iv. Mulut berbau
9
Tajuk 3 : Amalan Yang Baik Dan Tidak Baik Untuk Kesihatan Pergigian
• Memberus gigi dengan sempurna setiap hari
dengan ubat gigi berfluorida dan berus gigi yang
sesuai.
• Mengamalkan pemakanan yang sihat.
• Mengurangkan kekerapan pengambilan makanan
atau minuman manis / bergula.
Amalan Yang Baik Untuk Kesihatan Pergigian
10
Tajuk 3 : Amalan Yang Baik Dan Tidak Baik Untuk Kesihatan Pergigian
• Mendapatkan pemeriksaan oral sekurang-kurangnya sekali setahun.
• Berus gigi setiap hari selepas makan dan sebelum tidur malam.
• Berkumur selepas makan.
• Gunakan flos gigi untuk membersihkan celahan gigi.
• Kurangkan pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi
gula
Amalan Yang Baik Untuk Kesihatan Pergigian
11
Tajuk 3 : Amalan Yang Baik Dan Tidak Baik Untuk Kesihatan Pergigian
• Mengambil makanan snek atau minuman manis di
antara masa makan utama dengan kerap.
• Tidak memberus gigi di waktu malam sebelum tidur.
• Tabiat menghisap jari.
• Tabiat merokok.
Amalan Yang Tidak Baik Untuk Kesihatan Pergigian
12
Tajuk 4 : Cara Memberus Gigi Dengan Berkesan
i. Berus setiap permukaan gigi di rahang atas dan bawah.
ii. Berus permukaan luar dan dalam di bahagian belakang gigi atas.
iii. Berus bahagian luar dan dalam di bahagian hadapan gigi atas.
iv. Berus permukaan mengunyah gigi atas.
v. Ulangi langkah ii-iv bagi gigi bawah.
vi. Bersihkan permukaan atas lidah dengan berus gigi.
Berikut adalah cara memberus gigi dengan berkesan untuk mengeluarkan plak dari semua permukaan gigi :
13
Tajuk 5 : Panduan Pemilihan dan Penjagaan Berus Gigi dan Ubat Gigi
i. Guna berus gigi yang lembut.
ii. Pilih saiz berus gigi yang sesuai dengan mulut.
iii. Ganti berus gigi yang rosak.
iv. Pastikan berus gigi diletak di tempat yang sesuai.
v. Elakkan berkongsi berus gigi.
vi. Guna ubat gigi berfluorida
14
Tajuk 6 : Cara Penggunaan Flos Gigi dengan Betul
Menggunakan flos dapat membantu menjaga kebersihan gigi. Ia dapat mengeluarkan sisa makanan dan plak gigi yang melekat di antara gigi yang tidak boleh dibersihkan ketika memberus gigi.
a. Kekerapan menggunakan flos gigi
• Sekurang-kurangnya sekali sehari terutama
sebelum tidur.
15
Tajuk 6 : Cara Penggunaan Flos Gigi dengan Betul
b. Panduan menggunakan flos gigi
• Lilitkan sepanjang 18 inci flos di jari hantu dan pegang bahagian 1
inci dengan tegang.
• Arahkan flos dengan lembut di celah gigi anda. Gerakkan ke atas dan
ke bawah beberapa kali dan lengkokkan keliling gigi dan tepi garisan
gusi.
• Gunakan flos untuk membersih gigi belakang yang akhir.
• Buka flos yang bersih dari lilitan jari dan teruskan membersih gigi.
16
Tajuk 6 : Cara Penggunaan Flos Gigi dengan Betul
c. Perkara yang perlu diberi perhatian ketika menggunakan flos
• Anda mesti menggunakan cara pergerakan yang betul. Teknik yang
salah akan menyebabkan kecederaan pada gusi.
• Anda mungkin mengalami kesakitan atau pendarahan di bahagian
gusi ketika mula menggunakan flos. Jika pendarahan masih berlaku
selepas seminggu menggunakan flos, berjumpalah dengan doktor
pergigian.
17
18
Jom UJI MINDA PULAKK..
Semoga peroleh keputusan cemerlang ya..
~ TAMAT ~
19
Multiple Choice
Kita mestilah memberus gigi sekurang-kurangnya _______________ .
2 hari sekali
2 kali sehari
2 kali seminggu
20
Multiple Choice
Berus gigi yang bagus ialah ____________________ .
Berus gigi yang sesuai dengan mulut
Berus gigi yang telah rosak
Berus gigi yang dikongsi
Berus gigi yang keras
21
Multiple Choice
Bilakah berus gigi perlu ditukar ?
1 bulan
6 bulan
12 bulan
22
Multiple Choice
Apakah saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya kita mudah ingat untuk berjumpa doktor gigi sekurang-kurangnya sekali setahun ?
"Ada Karang Gigi Jumpalah Doktor Gigi"
"Sakit Gigi Terus Pergi Klinik Gigi"
"Ingat Hari Jadi, Ingat Doktor Gigi"
23
Multiple Choice
Amalan berikut merupakan penjagaan kebersihan gigi KECUALI
memberus gigi
berkumur selepas makan
menggigit objek keras seperti pen atau pensel
menggunakan flos gigi
24
Multiple Choice
Yang berikut adalah penjagaan gigi yang betul KECUALI
Berkumur setiap kali selepas makan.
Gunakan flos setiap kali selepas menggosok gigi.
Berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya setahun sekali.
Gunakan ubat gigi tanpa florida untuk menggosok gigi.
25
Multiple Choice
Ubat gigi yang mengandungi ________________ membantu melindungi gigi dari cepat rosak.
Florida
Karbon dioksida
Oksigen
Kaviti
26
Multiple Choice
Namakan alat yang digunakan untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi.
berus gigi
flos
pin
27
Multiple Choice
Apa yang akan berlaku kepada gigi kita apabila kita tidak menggosok gigi ?
Berkilat
Bersih
Berlubang
28
Multiple Choice
Apakah kegunaan flos gigi ?
Membantu memutihkan gigi
Menjadikan gigi cantik
Menolong mencegah sakit gigi
Mengeluarkan makanan yang terselit di celah gigi
29
Multiple Choice
Mengapakah amalan harian penjagaan kesihatan gigi penting kepada kita ?
Supaya kuman membiak di celah gigi kita
Supaya gigi kita cepat rosak
Supaya gigi kita sihat dan cantik
Supaya gigi kita berlubang
30
Multiple Choice
Berapa kerapkah kita perlu menjalani pemeriksaan gigi biasa ?
Setiap 2-3 bulan.
Tidak perlu - hanya periksa apabila sakit.
Setiap bulan.
Sekurang-kurangnya sekali setahun.
31
Multiple Select
Gigi dewasa tumbuh kembali setelah dicabut.
Betul
Salah
32
Multiple Select
Pilih makanan yang BAIK untuk kesihatan gigi kita.
33
Multiple Select
Pilih makanan yang TIDAK BAIK untuk kesihatan gigi kita.
34
Multiple Choice
Adakah pengambilan makanan manis seperti coklat, ais krim dan gula-gula perlu dikurangkan ?
35
Multiple Choice
Yang berikut adalah penjagaan gigi yang betul kecuali...
Berkumur setiap kali selepas makan
Gunakan flos setiap kali selepas menggosok gigi
Berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan gigi sekurang-kuranya setahun sekali
Gunakan ubat gigi tanpa florida untuk menggosok gigi
36
Multiple Choice
BERAPAKAH BILANGAN GIGI SUSU ?
40
10
20
30
37
Multiple Select
Kuman yang membiak boleh merosakkan gigi.
Betul
Salah
38
Multiple Select
Cara penyimpanan berus gigi yang betul.
39
Multiple Choice
Gusi yang sihat berwarna ________.
Hijau
Merah jambu
Hitam
Kuning
40
Jom lihat TUGASAN MINGGU INI..
Semoga peroleh ilmu yang bermanfaat..
~ TAHNIAH ~
ANDA BERJAYA MENJAWAB SEMUA SOALAN
41
TUGASAN HARI INI :
1. Salin Isi penting tajuk di bawah ke dalam buku log lampiran dalam grup wasap)
2. Pilih 1 tajuk di bawah dan terangkan dalam 1 video ringkas.
3. Hantar video dalam grup masing2.
SKOP 4 :
AMALAN KESIHATAN PERGIGIAN
by Guru Pemimpin Kelab Doktor Muda SKPM
Arahan :
1. Baca dan fahami isi penting
2. Jawab soalan Uji Minda
3. TUGASAN hari ini
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 41
SLIDE
Similar Resources on Wayground
30 questions
Peramban dan Search Engine (TIK/Informatika)
Presentation
•
KG - University
33 questions
BM Kata Sendi Nama
Presentation
•
1st - 12th Grade
32 questions
BAB 8: PILIHANRAYA
Presentation
•
1st - 12th Grade
34 questions
Unit 4b Han, Tang & Song
Presentation
•
KG - University
35 questions
Pram, Bumi Manusia, dan Bahasa_KKH
Presentation
•
KG
38 questions
Presentasi G7KAIH
Presentation
•
KG - University
33 questions
Penghidup Motor Star Delta
Presentation
•
KG - University
40 questions
Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita
Presentation
•
1st Grade - University
Popular Resources on Wayground
25 questions
The Ultimate College Knowledge Quiz
Quiz
•
8th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
15 questions
Fast food
Quiz
•
7th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Context Clues
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Inferences
Quiz
•
4th Grade
19 questions
Classifying Quadrilaterals
Quiz
•
3rd Grade
20 questions
Figurative Language Review
Quiz
•
6th Grade
Discover more resources for Social Studies
10 questions
Memorial Day
Quiz
•
2nd - 5th Grade
20 questions
The United States 2000s
Quiz
•
6th - 8th Grade
27 questions
VA Studies SOL Review: Who Am I?
Quiz
•
4th Grade
20 questions
The Government of Michigan
Quiz
•
3rd Grade
26 questions
Ancient ROME CSA Review
Quiz
•
6th Grade
11 questions
American Revolution
Quiz
•
4th Grade
26 questions
US FINAL 2026
Quiz
•
11th Grade
25 questions
Media and Problem-Solving Quiz
Quiz
•
7th Grade