Search Header Logo
USIA EMAS

USIA EMAS

Assessment

Presentation

Other, Education

University

Hard

Created by

Zubairi Yahaya

Used 2+ times

FREE Resource

29 Slides • 0 Questions

1

USIA EMAS

media

2

Rentetan Peristiwa

  • Cikgu Baharum telah menerima anugerah tokoh warga emas daerah dan berita tersebut telah disiarkan di akhbar Utusan Malaysia.

  • Penulis terkenangkan semula Cikgu Baharum yang tidak ditemuinya iaitu kira-kira 5 tahun yang lalu, ketika sama-sama merayakan hari lahir yang ke-75 tahun.

  • Penulis juga turut mengingati semula perwatakan Cikgu Baharum ketika waktu mudanya dahulu, dan bagaimana dia berkenalan dengan Cikgu Baharum.

3

Rentetan Peristiwa

  • Keakraban hubungan antara Cikgu Baharum dan penulis digambarkan apabila mereka saling berutus poskad dan akhirnya mereka sudah menjadi seperti saudara sehingga beranak dan bercucu.

  • Penulis mengutuskan poskad mengucapkan tahniah atas penganugerahan tokoh warga emas kepada Cikgu Baharum membawa penulis terkenang semula rahsia awet muda yang turut ditulis oleh wartawan yang menemuramahnya.

4

​Rentetan Peristiwa

6.Penulis dan Cikgu Baharum saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain untuk bertukar-tukar ilmu pengetahuan kerana Cikgu Baharum seorang yang banyak ilmu pengetahuannyaekoran minatnya yang suka membaca.

7. ​Penulis akhirnya mendapat juga jawapan bagi persoalan yang sengaja dibiarkan oleh Cikgu Baharum untuknya berfikir iaitu tentang usia emas dan dia merumuskan tentang kewajipan anak untuk berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapa apabila mereka menginjak usia emas,

5

Rentetan Peristiwa

​8. Penulis bermimpi melihat Cikgu Baharum turun dari rumahnya dengan memakai jubah putih, kepalanya tidak bertutup dan dia melambaikan tangan tanpa suara ke arah penulis.

​9. Selepas selesai solat Sunat Tahajud dan berzikir, isteri penulis menjawab panggilan telefon yang membawa khabar tentang kematian Cikgu Baharum. Penulis pasrah dan redha dengan pemergiannya.

6

​Tema

​Kemanusiaan berkaitan dengan usia dan kehidupan

​Setiap yang muda pasti akan menjadi tua. Usia adalah satu pinjaman dari Allah dan bukan anugerah. Sebahagian daripada manusia mampu lalui usia emas (usia pencen) dan sebahagian lebih awal dipanggil Ilahi. Oleh itu, pengarang menyarankan agar usia emas harus dihabiskan dengan perkara-perkara yang baik dan mendekati agama agar ada bekalan yang ingin dibawa ke akhirat. Usia yang dipinjamkan juga mungkin berisiko iaitu seseorang itu mungkin menjadi beban kepada orang lain selain daripada terdedah dengan pelbagai fitnah dunia.

7

​Persoalan

​1. Kasih sayang dalam kehidupan

​Kasih sayang daripada anak-anak dan masyarakat yang diperlukan oleh warga emas dalam menghabiskan sisa hidup mereka. Curahan kasih sayang perhatian jauh lebih penting daripada pemberian anugerah. Pengarang (Aku) mengupas tentang konsep kasih sayang terhadap warga emas seiring dengan dirinya dan Cikgu Baharum yang sedang menjalani usia emas.

8

​2. Keagamaan

​Banyak kupasan penulis berkaitan ayat-ayat suci al-Quran yang ada merupakan panduan dan pedoman tentang kehidupan kepada manusia yang ingin mengambilnya sebagai iktibar. Penulis banyak memasukkan petikan-petikanayat-ayat al-Qurandari beberapa surah antaranya surah an-Nahl ayat 70, surah al-Isra' ayat 23 dan surah al-Ahfat. Kesemua petikan ayat-ayat al-Quran itu menceritakan tentangkehidupan manusia yang antara lainnya tanggungjawab anak terhadap orang tuanya.

9

​3. Pentingnya menghormati orang tua

​Anak-anak seharusnya menghormati dan mengasihani orang tua yang sudah lanjut usia kerana ianya adalah tuntutan agama. Orang tua terutama ibu bapa bukanlah beban kepada anak-anak tetapi satu tanggungjawab.

10

​4. Persahabatan atau setiakawan

​Hubungan yang akrab antara dua orang sahabat akan berpanjangan hingga ke akhir hayat. Dalam hal ini, pengarang dan Cikgu Baharum saling ziarah-menzirahi antara satu lain malah mereka juga sering berutus poskad tanda ingatan yang berkekalan.

11

​5. Pentingnya menjaga kesihatan

​Kesihatan yang dijaga menerusi amalan senaman dan pemakanan akan mengekalkan tahap kesihatan dan boleh memanjangkan usia seseorang. Cikgu Baharum seorang yang mementingkan kesihatan dirinya, terbukti sejak zaman muda dia telah mengamalkan senaman radio-taisyo setiap pagi yang dipelajari pada zaman Jepun lagi.

12

​6. Pengaruh budaya asing

​Masyarakat di negara kita mudah terikut-ikut dengan budaya dari luar sehingga semua yang dibuat masyarakat luar hendak ditiru biarpun ianya tidak sesuai dan relevan dengan budaya kita. Buktinya Cikgu Baharum menganggap penganugerahan tokoh warga emas adalah tidak relevan dengan budaya masyarakat Melayu yang sepatutnya diberi peluang untuk beribadat kepada tuhan.

13

​7. Disiplin diri

​Seseorang yang berdisiplin dalam melakukan rutin kehidupan pasti akan mencapai kejayaan. Cikgu Baharum seorang yang mementingkan disiplin diri sebagaimana yang diceritakan kepada wartawan yang menemuramahnya. Setiap hari dia akan bangun seawal jam 5.00 pagi melakukan radio-taisyo, mandi serta berwuduk dan menunaikan solat subuh, bersarapan dan berpagi-pagian ke tempat kerja.

14

​Watak dan perwatakan

​Cikgu Baharum

​1. Latar belakang

​Seorang guru pelatih yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke MPSI tetapi gagal. Dilahirkan pada tanggal 25 Mac (kini berusia 80 tahun). Merupakan seorang gduru senaman dan juga pengawas disiplin pelajar pada zaman mudanya. Cikgu Baharum seorang penulis yang prolifik berkaitan cerpen, puisi, pantun dan rencana. Karya-karyanya banyak disiarkan oleh Warta Malaya (Singapura). Beliau juga pandai jawi (tulisan jawinya halus dan cantik). Beliau pernah dianugerahkan sebagai tokoh warga emas daerah. Dari aspek fizikal beliau seorang yang tinggi, maskulin dan berbadan tegap seperti tentera.

15

​Perwatakan Cikgu Baharum 1 dan 2

​1. Berterus terang menyatakan perasaaan terhadap sesuatu yang difikirkan betul atau salah. Cikgu Baharum tidak bersikap hipokrit tentang sesuatu perkara dan meluahkannya mengikut kebijaksanaannya.

​2. Lantang bersuara tentang sesuatu perkara. Sikapnya yang tidak munafik atau berpura-pura menyebabkan beliau tidak disukai dan kesannya beliau tidak mempunyai ramai kawan.

16

​Perwatakan Cikgu Baharum 3 dan 4

​3. Seorang yang memiliki banyak ilmu pengetahuan, Cikgu Baharum digambarkan mempunyai pengetahuan yang luas meliputi disiplin ilmu kerana banyak membaca pelbagai jenis buku.

4. Mementingkan ikatan persahabatan/setiakawan. Sikap prihatin dan mementingkan persahabatan jelas tergambar pada watak Cikgu Baharum yang sering menziarahi penulis dan saling berutus berita melalui poskad.

17

​Perwatakan Cikgu Baharum 5 dan 6

​5. Seorang yang alim dan berpegang kepada ajaran agama Islam, Cikgu Baharum sering berhujah menggunakan ayat-ayat al-Quran sebagai rujukan apabila memperkatakan sesuatu isu, contohnya apabila dia memberitahu kepada penulis dia menerima anugerah tokoh warga emas kerana dia 'malu alah' saja sebagaimana yang termaktub dalam ayat 70 surah an-Nahl.

​6. Mementingkan kesihatan, Cikgu Baharum seorang yang mementingkan kesihatan, buktinya, rutin harian yang dilaluinya sejak zaman muda membawa ke usia warga emas , termasuklah rahsia kesihatannya yang kekal sihat kerana disiplin mengamalkan senama radio-taisyo.

18

​Watak Penulis

​Latar belakang

​Watak. 'Saya' mewakili diri penulis. Berusia 80 tahun dan memiliki seorang isteri.

19

​Perwatakan Penulis 1 dan 2

  1. ​Seorang sahabat yang mementingkan semangat setiakawan, Beliau dan Cikgu Baharum saling berhubung melalui poskad untuk bertanya khabar dan ziarah menziarahi.

  2. ​Alim dan sentiasa menunaikan ibadat sama ada sunat atau wajib, contohnya beliau menunaikan solat tahajud dan menerima berita kematian sahabatnya sebaik selesai solat Tahajud dan berzikir.

20

​Perwatakan Penulis 3 dan 4

​3. Seorang yang merendah diri, penulis berasa rendah diri apabila membandingkan tulisan jawi Cikgu Baharum yang halus dan cantik berbanding tulisannya seperti cakar ayam.

​4. Seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan agama yang luas. Hal ini dapat dilihat apabila beliau selalu merujuk pada petikan-petikan ayat al-Quran sebagai sumber rujukan.

21

​Petua Cikgu Baharom

​1. Bangun seawal jam 5.00 pagi untuk mendapat hikmat dari Allah.

2. Melakukan senaman ringan radio-taisyo dari Jepun yang melakukan pergerakan 12 kali.

3. Bersarapan dengan kopi O bersama sepiring pulut atau pisang goreng.

22

4. Keluar bekerja di awal pagi sebelum matahari terbit dan pulang ke rumah ketika cahaya matahari sudah tiada.

​5. Mementingkan disiplin dalam kehidupan, menerapkan disiplin selaku pengawas disiplin.

​6. Seringkali membaca al-Quran dan memahami maksudnya.

23

​Gambaran Masyarakat 1

​Gambaran masyarakat kini dan zaman sebelumnya diselang-seli melalui imbas kembali pengarang. Masyarakat kini digambarkan watak pengarang yang sentiasa beribadat termasuk amalan sunat. Penghargaan juga diberikan kepada mereka yang menjadi contoh warga emas seperti Cikgu Baharum. Masyarakat yang mementingkan setiakawan dalam persahabatan juga digambarkan melalu hubungan pengarang dan cikgu Baharum.

24

​Gambaran Masyarakat 2

​Melalui imbas kembali digambarkan masyarakat yang berdisiplin dalam rutin seharian. Contohnya Cikgu Baharum memiliki rutin seharian tentang beberapa aktivitinya seperti pemakanan dan senaman. Masyarakat yang berilmu pengetahuan juga digambarkan melalui watak Cikgu baharum yang suka membaca pelbagai jenis buku.

25

​Teknik 1

​1. Penceritaan langsung, sebahagian besar cerpen ini digerakkan dengan teknik penceritaan langsung, contohnya pengarang menceritakan suasana pengarang yang menyelak akhbar.

2. Imbas Kembali, menyorot semula peristiwa lepas. Cerpen ini juga banyak menggunakan teknik imbas kembali, contohnya pengarang teringat kali terakhir pertemuannya dengan Cikgu Baharum.

26

​Teknik 2

3. Dialog, perbualan antara dua atau lebih watak. Contohnya, dialog antara pengarang dengan Cikgu Baharum tentang usia yang dipinjamkan.

​4. Penyelitan tafsir al-Quran, pengarang mengambil tafsir al-Quran berdasarkan kepada beberapa surah yang terpilih, contohnya tafsir berkaitan mengasihani kedua ibu bapa.

27

​Mesej 1

​1. Kita hendaklah menjaga dan menyayangi kedua ibu bapa kita apabila mereka telah tua nanti kerana merekalah yang bersusah payah menjaga kita semasa kecil.

​2. Kita seharusnya sentiasa menjaga kesihatan dari aspek pemakanan dan juga senaman kerana kesihatan yang baik menjamin kesejahteraan diri dan dipanjangkan usia.

28

​Mesej

​3. Kita hendaklah menjaga persahabatan yang telah terjalin dengan cara sentiasa berhubung dan berkunjung satu sama lain.

​4. Amalan membaca seharusnya diamalkan sepanjang masa kerana ia sumber pengetahuan yang boleh menjadikan seseorang lebih berwibawa.

29

​Nilai

​1. Kasih sayang sesama manusia, Kasih sayang orang tua dan anak-anak tidak pernah putus.

​2. Setiakawan dalam persahabatan, persahabatan Aku dan Cikgu Baharum terjalin dengan indah dan saling berhubung.

​3. Kerajinan dalam mencari ilmu pengetahuan, ilmu yang banyak akan lebih dihormati oleh masyarakat.

USIA EMAS

media

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 29

SLIDE