
Cerpen Mitos Secekak Tisu
Presentation
•
Education
•
University
•
Hard
Zubairi Yahaya
FREE Resource
16 Slides • 0 Questions
1
Cerpen Mitos Secekak Tisu
by Zubairi Yahaya
2
Rentetan Peristiwa
1. Kejatuhan nilai mata wang boleh terjadi pada bila-bila masa dalam keadaan apa jua sekali pun walaupun berada pada kedudukan yang tinggi mahupun ianya disayangi dengan sepenuh jiwa.
2. Mata wang yang ada terdiri dari pelbagai rupa dan bentuk ianya digunakan oleh pelbagai pihak untuk dimanipulasikan untuk kepentingan masing-masing.
3
3. Mata wang sebenarnya hanyalah kertas yang tidak bernilai yang sejarahnya bermula sejak zaman tamadun-tamadun ternama dunia antaranya tamadun Sumeria, Tiongkok dan Yunani malah ianya telah digunakan juga pada zaman tamadun Babylon, Assyria dan Hethit.
4. Penggunaan mata wang secara jelasnya bermula pada zaman selepas Revolusi Industri Eropah dan penggunaan secara meluas selepas perang dunia pertama.
5. Penggunaan mata wang banyak mempengaruhi kehidupan manusia pada zaman moden dengan segala tipu daya dan tipu helahnya.
4
Perlambangan
1. Wang kertas dikatakan bermula dengan tidak bernilai sama seperti kertas tisu tetapi telah diberi nilai seperti emas oleh masyarakat di seluruh dunia. Kejatuhannya boleh membawa kekacauan kepada masyarakat dan negara. Wang kertas digambarkan sebagai 'Dia' yang pada asalnya tidak bernilai seperti kertas tisu tandas. Apabila diberi nilai, maka nilainya meningkat mellebihi emas.
2. Kereta ambulans dilambangkan seperti Bank Dunia yang memberi bantuan pada saat kejatuhan nilai mata wang yang teruk berlaku kepada sesebuah negara. Situasi tersebut juga berlaku kepada negara kita sehingga Bank negara terpaksa menambat nilai ringgt pada nilai tertentu.
5
Tema
Bertemakan ekonomi tentang isu kejatuhan mata wang
Kejatuhan nilai mata wang telah menimbulkan kegelisahan dalam kehidupan masyarakat di seluruh dunia. Wang merupakan perantara yang cukup penting dalam masyarakat meskipun ia bermula dari sehelai kertas yang tidak bernilai. Kejatuhan nilainya boleh menghuru-harakan masyarakat dan kerana wang juga manusia sanggup melakukan apa sahaja.
6
Persoalanti
1. Krisis mata wang
Krisis ini menjadikan manusia hidup dalam trauma dan tekanan kerana ia boleh menjejaskan kehidupan seharian. Suasana menjadi hingar-bingar apabila nilai mata wang turun mendadak hingga menjejaskan aktiviti seharian.
2. Wang bukanlah penentu segalanya dalam kehidupan
Kebahagiaan dan kesejahteraan hidup tidak bergantung kepada wang semata-mata. Melalui cerpen ini, watak ayah tidak terpengaruh dengan wang dalam hidupnya. Ayah mementingkan hubungan kekeluargaan buktinya ibu sebagai pendorong dalam kehidupannya.
7
3. Berpegang teguh kepada agama
Jika seseorang memilik keimanan yang kukuh dan percaya kepada keesaan Allah, pasti ia menjadi benteng daripda kemelut kejatuhan nilai mata wang yang menjadi kegelisahan masyarakat. Contohnya watak Aku berdoa kepada Allah agar diteguhkan imannya dan tidak terpengaruh dengan kejatuhan mata wang dan yakin rezeki daripda Allah.
4. Wang menjadikan manusia lupa diri dan rakus nafsu
Manusia yang hidup berkiblatkan wang akan mudah terpengaruh dengan gejala negatif seperti penipuan kewangan. Contohnya seorang ahli politik Rusia yang terlibat dengan penipuan kewangan di Amerika telah disingkirkan dari negaranya.
8
Watak
Aku
1. Merupakan penulis yang taat kepada nasihat ibu bapa, dia mendengar nasihat bapanya bahaa hanya manusia beriman tidak akan tunduk kepada wang, lalu dia berdoa kepada Tuhan agar diperteguhkan imannya.
2. Seorang anak yang bertanggungjawab, menjaga kedua-dua ibu bapanya yang tua dan mata rabun serta separuh tuli.
3. Seorang mudah terpengaruh dengan kejatuhan mata wang. Aku mula gelabah dan cemas bila mata wang jatuh.
9
Ayah
1. Bersikap penyayang dengan sering memberi nasihat kepada anaknya. Antara nasihatnya bahawa manusia yang beriman tidak akan tunduk dan menjadi tamak kerana wang.
2. Bersikap nasionalisme, beliau berjuang dengan rakan-rakannya dalam tempoh yang lama hingga mencapai kemerdekaan.
3. Sentiasa mensyukuri pemberian Tuha.. Beliau gembira dengan dua pancainderanya yang kurang sempurna iairu matanya rabun dan telinganya kurang daya pendengaran.
10
Kesan-kesan kejatuhan nilai mata wang kepada masyarakat
1. Masyarakat menjadi kacau-bilau kerana bimbang harga barangan akan meningkat. Keadaan ini dapat dilihat kepada reaksi masyarakat di pekan ketika menerima berita kejatuhannya.
2. Masyarakat mula mementingkan diri dan mencari kesempatan untuk memperolehi keuntungan.
11
3. Masyarakat mula menyalahgunakan kuasa yang diberikan. Contohnya, ahli politik Rusia yang terlibat dalam penipuan kewangan.
4. Masyarakat mula kurang pegangan kepada agama apabila terlalu berkiblatkan wang ringgit. Mereka mudah trauma dengan kejatuhan nilai mata wang seolah-olah wang adalah penentu segala-galanya.
12
Teknik
1. Penceritaan langsung, pengarang memberi gambaran asal-usul penciptaan dan kelahiran wang kertas yang dikatakan berasal dari sehelai kertas yang tidak bernilai.
2. Diaolog, perbualan antara Aku dan Ayah tentang nilai mata wang yang jatuh dan meresahkan penduduk di kediamannya.
3. Imbas kembali, pengarang mengimbas kembali sejarah penggunaan mata wang dalam masyarakat di seluruh dunia.
13
Mesej
1. Kita janganlah terlalu memandang tinggi kepada nilai wang kerana sedikit kejatuhannya menyebabkan kehidupan kita kacau-bilau.
2. Kita hendaklah yakin kepada kekuasaan Allah dalam apa jua tindakan kerana keimanan yang tinggi menghalang kita dari terjebak dengan perkara-perkara yang tidak baik.
3. Kasih sayang seharusnya sentiasa disemai dalam keluarga untuk melahirkan situasi bahagia dan saling mengambil berat antara satu sama lain.
14
Nilai
1. Beriman, hanya mereka yang mempunyai keimanan yang teguh tidak mudah terpedaya dengan tipu helah yang berkaitan dengan mata wang sebagaimana pendapat ayah penulis.
Kasih sayang, kasih sayang antara suami isteri biarpun sudah menjangkau usia emas tetap utus seperti mana kasih sayang ibu penulis kepada suaminya. Begitu juga kasih sayang antara ayah dan anak yang sering memberi nasihat.
15
​
​
16
3. Rasional, manusia yang memilik rasional yang tinggi menggunakan kebijaksanaan untuk berfikir dan membuat keputusan, contohnya ayah penulis
yakin dengan akal fikirannya sebab itu dia dapat merasakan kesan kejatuhan mata wang turut mempengaruhi kehidupan penulis.
Kesetiaan, ibu penulis setia berada bersama dengan ayahnya biarpun kehidupan mereka diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran.
Cerpen Mitos Secekak Tisu
by Zubairi Yahaya
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 16
SLIDE
Similar Resources on Wayground
10 questions
Pengantar Pendidikan: Permasalahan Pendidikan 2
Presentation
•
University
11 questions
Design Thinking Part 2
Presentation
•
University
11 questions
MEASURING INGREDIENTS
Presentation
•
University
11 questions
TOPIK 4 PANCASILA SEBAGAI SISTEM FILSAFAT
Presentation
•
University
11 questions
B_008_Hasna Nabilah
Presentation
•
University
11 questions
Dominio 4 Núcleo Temático 12
Presentation
•
University
12 questions
Estado de derecho y Cultura de la legalidad
Presentation
•
University
11 questions
Vocational Curriculum
Presentation
•
University
Popular Resources on Wayground
20 questions
STAAR Review Quiz #3
Quiz
•
8th Grade
20 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
3rd Grade
6 questions
Marshmallow Farm Quiz
Quiz
•
2nd - 5th Grade
20 questions
Main Idea and Details
Quiz
•
5th Grade
20 questions
Context Clues
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Inferences
Quiz
•
4th Grade
19 questions
Classifying Quadrilaterals
Quiz
•
3rd Grade
12 questions
What makes Nebraska's government unique?
Quiz
•
4th - 5th Grade