Search Header Logo
Asiah Samiah

Asiah Samiah

Assessment

Presentation

Education

University

Hard

Created by

Zubairi Yahaya

Used 9+ times

FREE Resource

55 Slides • 0 Questions

1

Asiah Samiah

by Zubairi Yahaya

media

2

​Pengenalan

​Drama ini tergolong dalam jenis drama lirik kerana pengarang menggunakan watak-watak bagi menyampaikan pemikiran dan amanat pengarang, Pengarang meluahkan emosi dan pemikiran yang berkaitan dengan pengaruh, wang dan kuasa yang mengorbankan perjuangan mempertahankan hak dan kasih sayang. Penggunaan watak Asiah Samiah dan Anas Samanda menggambarkan pemikiran pengarang tentang pengorbanan akibat pengaruh wang dan kuasa manakala watak Misa Sagaraga menggambarkan keberkesanan pemikiran pengarang tentang kekuasaan dan pengaruh wang mempengaruhi kehidupan manusia.

3

​Drama ini beraliran bukan realisme. Penggunaan unsur-unsur bukan realisme menjelaskan stail/aliran dalam drama ini. Kewujudan watak secara serentak seperti watak Asiah Samiah Muda dan Asiah Samiah Tua serta watak Marga Muda dan Marga Tua memperlihatkan drama ini bukan berunsur realisme. Penggunaan lirik lagu tradisional yang dinyannyikan oleh Asiah Samiah dalam drama menggambarkan aliran drma ini, contoh :

​Ligal-ligal manja

​Pelanduk bantal ia-ia

​Kaul anak syurga

​Pulas balas bantal puaka

4

​Penggunaan pantun yang dituturkan oleh watak Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin , contoh:

​Orang jauh bawa kain,

​Orang dekat bawa baju,

​Belum dapat cakap lain'

​Dalam hati belum tahu.

​Stail drama Asiah Samiah juga dapat dilihat melalui teknik penceritaan yang berunsur kompleksiti dan unsur seni yang membentuk kelainan karya tersebut. Gabungan penggunaan teknik penceritaan peristiwa, pantun, lagu serta watak memperlihatkan drama ini bukan berunsur realisme.

5

 

BABAK 1(Hlm. 190-196)

1. Asiah Samiah dan Marga Tua sedang bernyanyi yang seterusnya membawa kepada luahan hatiMarga Tua tentang raa tidank senangnya terhadap Asiah Samiah yang dianggapnya gila.

2. Sejak 15 tahun yang lalu Marga Tua berada di jalan itu mendengar Asiah Samiah tua menyanyi.

3. Kesetiaan dan keistimewaan Asiah Samiah dalam berkata-kata seperti seorang  sasterawan menyebabkan Marga Tua tetap mengikuti perkembangannya.

4. Marga Tua berasa simpati dengan Asiah Samiah yang menjadi gila kerana

teringatkan anak yang baru dilahirkannya

6

BABAK 2 (hlm. 196-203)

1. Peristiwa imbas kembali zaman muda Asiah Samiah, yang amat dikasihi oleh kedua orang tuanya Tuan Setiawan Tanjung dang Puan Suari Alimin.

2. Keistimewaan , kecerdikan serta kecantikan Asiah Samiah turut menjadikan beliau seorang yang sangat istimewa.

3. Marga Tua menceritakan bagaimana dia mengenali Asiah Samiah menerusi tugasnya sebagai guru bahasa yang turut memupuk minat Asiah Samiah dalam bidang sastera menerusi cerita-cerita yang diceritakannya.

4. Imbas kembali hubungan Asiah Samiah dengan Anas Samanda yang tidak dipersetujui oleh keluarga Asiah Samiah

7

BABAK 3(hlm. 203-210)

1.Marga tua teringatkan tentang anas samanda pada zaman mudanya begitu juga dengan Misa Sagaraga yang lebih hebat daripada segi kekayaan  dan pengaruh  sehingga  orang ramai mengkaguminya

2.Kehebatan  Misa Sagaraga digambarkan menerusi keupayaannya  membeli 

syarikat  besar termasuklah syarikat yang haram

3.Asiah Samiah tua teringatkan pada zaman mudanya dia dijaga oleh pembantu orang tuanya iaitu siti bunirah dan pak leh lak lak yang menjaganya dengan penuh 

kasih sayang

4 .Asiah Samiah dinasihati agar sentiasa menjaga diri dan jangan terpengaruh dengan kehidupan luar.

8

BABAK 4 (hlm. 210-217)

1. Peristiwa imbas kembali pada zaman muda antara Marga Muda dan Anas Samanda tentang Misa Sagaraga yang sangat berpengaruh dan berkuasa.

2. Anas Samanda menceritakan tentang tindakan Misa Sagaraga dan pengikut-pengikutnya yang datang ke rumah bapanya dengan tujuan untuk menghalau bapanya.

3. Anas Samanda cuba mempertahankan hak dan maruah keluarganya namun dinasihati  oleh Marga Muda yang dia pasti akan tewas jika menentang Misa Sagaraga.

9

4. Marga Muda menceritakan apa yang telah terjadi kepada keluarganya apabila ayahnya cubamemperjuangkan tanah yang bukan miliknya menyebabkan ayahnya dianggap penjenayah sertakeluarganya yang musnah apabila ayahnya dipenjarakan.

5. Marga Muda terpaksa memikul tanggungjawab menjaga adik-adiknya dan apa yang menyedihkannya apabila adiknya didera oleh jiran tetangganya yang hidup senang 

hasil perjuangan ayahnya.

10

BABAK 5(hlm. 218-227)

1. Asiah Samiah meminta Sari Saribiru membantunya dengan kebolehan Sari Saribiru dalam pembomohan tetapi ditolak kerana dia belum betul-betul menguasai

ilmu pembomohan.

2. Tuan Setiawan Tanjung bimbang akan perkembangan pemikiran Asiah Samiah yang agak

 tertutup kerana hanya berkawan dengan orang suruhannya sahaja.

3. Peristiwa Misa Sagaraga berkunjung ke rumah Asiah Samiah hingga

 mendorongnya menyuruh pembantunya menyiasat tentang Asiah Samiah.

11

4. Ibubapa Asiah Samiah lebih mementingkan kebendaan apabila mereka sanggup

menolak Anas Samanda yang merupakan pilihan anaknya.

5. Peristiwa Marga Tua merungut tentang ketidakadilan hidup yang dialami

olehnya manakala Misa Sagaraga yang hidup dalam kekayaan sejak dilahirkan.

6. Marga Tua juga merungut tentang ketidakadilan itu yang akan terus menghantui

Anas Samanda sampai bila-bila.

12

 

BABAK 6 (hlm.227-235)

1.Penduduk kampung meminta bantuan Misa Sagaraga dalam pelbagai masalah yang dihadapi olehmereka dan Misa Sagaraga berjanji akan membantu

mereka menyelesaikannya.

2.Ibu bapa Asiah Samiah berbincang tentang lamaran Misa Sagaraga .Ibu bapa

Asiah Samiah lebih mementingkan kekayaan daripada kebahagiaan anaknya.

3. Asiah Samiah berada dalam kekeliruan antara kebahagiaannya dengan

kemahuan ibubapanyamenyebabkan dia mula berubah sikap.

13

4. Asiah Samiah Tua beranggapan bahawa ayah dan ibunya mempergunakannya

sebagai alat bagimendapat kekayaan daripada Misa Sagaraga.

5.Sari Saribiru,Siti Bunirah dan Pak leh Lak Lak bimbang dengan keadaan

Asiah Samiah yang termenung di luar rumah, Asiah Samiah masih mentah

sedangkan Misa Sagaraga sudah 20 kali berkahwin

14

BABAK 7 (hlm. 235- 252)

1. Marga Tua teringatkan tentang kawannya seorang wartawan yang berhenti kerja ketika dia berada di kemuncak kerjayanya kerana terjerat dengan kebebasan dalam memperjuangjkan isu-isu rakyat.

2. Marga Tua teringatkan bagaimana dia terjebak dalam konflik antara Asiah Samiah, 

Misa Sagaraga dan Anas Samanda yang berpunca daripada keakrabanya dengan Asiah Samiah.

3. Marga Tua teringat bagaimana perjuangan ayahnya telah menyebabkan keluarganya berantakan.

4. Beliau mengagumi Misa Sagaraga kerana keturunan serta nasib baik, kehebatannya kerana penampilannya yang menggunakan jenama antarabangsa.

15

5. Misa Sagaraga meminta pembantunya menukar imej Asiah Samiah agar standing dengan dirinyamenerusi barang-barang berjenama antarabangsa.

6. Marga Tua berasa dia telah mengecewakan Anas Samanda dan Asiah Samiah kerana tidak mahumembantu mereka berdua menentang Misa Sagaraga.

7. Asiah Samiah mengalami pergolakkan jiwa apabila dia terpaksa berkahwin dengan 

Misa Sagaraga sedangkan Anas Samanda tidak dapat dikesan kerana berjuang mempertahankan hak dan maruah diri dan keluarganya.

16

BABAK 8 (hlm.252-262)

 1. Perubahan mulai dirasakan dalam kehidupan keluarga Tuan Setiawan Tanjung apabila MisaSagaraga masuk dengan pengaruh , kekayaan serta kuasanya dia telah dapat menguasai segala-galanya

2. Perkahwinan Asiah Samiah dengan Misa Sagaraga yang dilangsungkan dengan satu amaran jika sesiapa cuba menghalangnya mereka pasti akan dihukum.

3. Asiah Samiah berdepan dengan pergolakan jiwa apabila terpaksa menghadapi malam pertama dengan orang yang tidak dicintainya.

17

4. Asiah Samiah pernah terfikir untuk membunuh diri kerana tidak sanggup menghadapi kehidupan dengan Misa Sagaraga namun dia masih ingatkan agama beliau juga hendak membunuh Misa Sagaraga tapi bimbang keselamatan ahli keluarganya menyebabkan

dia tidak jadi untuk membunuhMisa Sagaraga.

5. Asiah Samiah akhirnya melarikan diri dari rumah Misa sagaraga kerana ingin melupakan segala keperitan yang terpaksa dilaluinya.

18

BABAK 9 (262- 268)

1.Misa Sagaraga telah menghalau Laila Anurisah dari rumahnya kerana anak itu telah mengingatkannya kepada Asiah Samiah yang sudah gila.

2.Marga Tua telah mengambil Laila Anurisah untuk dijaga selepas anak itu dihalau

dari rumah oleh Misa Sagaraga.

3.Asiah Samiah berkelakuan seperti orang tidak siuman kerana menyanyi, bergurindam, berpantun, dan berseloka tanpa hala tuju.

4.Anas Samanda telah berjuang dengan menentang Misa Sagaraga untuk mendapatkan haknya.Anas Samanda membenci Misa Sagaraga yang telah merosakkan hidup Asiah Samiah.

5.Anas Samanda meminta Marga Muda agar menjaga Laila Anurisah

19

BABAK 10 (hlm.268-275)

1. Mayat Anas Samanda diikat pada dua batang kayu dan tubuhnya berayun mengikut rentak orang yang membawanya dengan membiarkan mayatnya tergantung dalam perarakan yang besar.

2. Marga tua dipenjara selama 2 tahun kerana dianggap bersekongkol dalam perjuangan Anas Samanda untuk bertemu dengan Laila Anurisah.

3. Asiah Samiah teringatkan malam semasa dia melahirkan Laila Anurisah dengan

 diterangi cahaya bulan yang penuh dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.

20

4. Asiah Samiah terlalu merindui Anas Samanda sehinggakan dia merasa Anas Samanda sentiasa berada di sisinya.

5.Pada usia 24 tahun Laila Anurisah berjumpa dengan Marga Tua untuk bertanya

 tentang ibunya,Asiah Samiah.

6. Laila Anurisah terkejut kerana diberitahu oleh Marga Tua bahawa ibunya telah

meninggal dunia.

21

​Plot Drama

​Sekiranya kita menyusun drama mengikut kronologi (ikut urutan masa), maka drama ini akan bermula dengan perkembangan cerita ketika Asiah Samiah masih kecil. Beliau dijaga dengan penuh perhatian daripada keluarganya yang dikategorikan sebagai golongan berada. Orang gaji akan sentiasa memantau di mana sahaja Asiah berada. Sebarang masalah melibatkan Asiah sangat diambil berat oleh ibu bapanya.

22

Plot cerita semakin berkembang apabila Asiah semakin membesar di persekitaran yang pelbagai. Masyarakatnya ada golongan miskin dan kaya. Ada yang menjadi pejuang masyarakat dan ada yang mementingkan diri. Ada insan yang penyayang dan ada insan yang zalim. Ada yang menetap di rumah yang mereka miliki dan ada yang menumpang tanpa hak pemilikan tanah.

23

Asiah Samiah semakin dewasa dan berkenalan dengan ramai orang seperti Marga dan Anas Samanda. Pada masa yang sama ada golongan pemodal yang kaya raya dan mampu menguasai segalanya dengan wang ringgit. Misa Sagaraga adalah golongan kaya yang mampu membeli saham besar negara tanpa memikirkan halal haramnya. Beliau hidup gaya moden, berbelanja di luar negara dan mampu memiliki segala-gala keinginannya.

24

Keluarga Asiah menerima pinangan Misa Sagaraga dan mengahwinkan Asiah tanpa rela. Asiah sebenarnya mempunyai kekasih bernama Anas Samanda. Namun jiwa Anas lebih tertumpu kepada perjuangan menuntut hak rakyat. Marga pula adalah insan yang bersimpati dengan perjuangan Anas tetapi terbungkam kerana mengenangkan nasib ayahnya yang tersiksa ketika berjuang dahulu sedangkan orang yang tidak berbuat apa-apa berbahagia di atas apa yang telah diperjuangkan oleh ayahnya. Lalu Marga hanya hidup seolah-olah sebagai pemerhati,

25

Walaupun Asiah kahwin tanpa rela, namun dirinya dikurniakan zuriat yang juga. Anaknya yang bernama Laila Anurisa telah diabaikan oleh Asiah (dibuang) dan dibenci Misa Sagaraga lantaran isterinya yang tidak setia kepadanya. Marga mengambil Laila Anurisa dan memeliharanya.

26

Plot cerita sampai klimaknya apabila Anas Samanda membuat perhimpunan untuk memperjuangkan hak dan ketidak adilan. Beliau telah ditangkap, dipenjara dan akhirnya mati dibunuh. Marga yang dikaitkan dengan perjuangan ayahnya dahulu juga ditangkap kerana hadir dalam perhimpunan itu sekalipun hadirnya hanya untuk menunjukkan Laila Anurisa. Laila yang masih kecil disiksa oleh Misa Sagaraga, namun diselamatkan oleh orang gaji datuknya iaitu Pak Leh dan Siti bunirah dan dibawa kesatu tempat yang tidak diketahui. Disepanjang masa sebelum kemuculan Laila itu, Asiah Samiah menjadi tidak menentu dan setengah gila mengenangkan anaknya dan cintanya Anas. Lalu Marga telah menjadi insan yang sering melihat dan melayani kehidupan kosong Asiah Samiah.

27

Peleraian cerita dapat dilihat apabila Laila sudah besar dan berjumpa semula dengan Marga yang sudah tua. Laila mengucapkan terima kasih kerana menjaga dirinya semasa kecil dan mengambil berat tentang ibunya. Pada waktu tersebut juga, dimaklumkan bahawa ibu Laila telah meninggal dunia.

28

​Pemikiran

​Penderitaan hidup seorang wanita yang gagal dalam percintaan

​Asiah Samiah seorang wanita lembut dan cantik telah menjalinkan hubungan cinta dengan Anas Samanda iaitu seorang pemuda miskin. Pada masa yang sama ayah ibunya menjodohkannya dengan lelaki kaya iaitu Misa Sagaraga yang bernafsu serakah serta biadap. Darjat dan kekayaan Misa Sagaraga menjadi impian kedua ibu bapanya untuk melihat Asiah Samiah hidup bahagia, namun wang ringgit dan pangkat tidak menjamin segalanya. Perkahwinan itu mencetuskan derita di hati yang bertimpa-timpa sejak kekasihnya menghilangkan diri. Hatinya kosong dalam menerima Misa Sagaraga lebih-lebih lagi dengan kekasaran Misa Sagaraga melayannya sebagai seorang suami. Kemuncaknya deritanya dia menjadi tidak siuman.

29

​Persoalan

​1. Ketidakadilan sosial yang berlaku dalam masyarakat

​Kehidupan masyarakat yang terdiri daripada golongan yang mempunyai pengaruh, kuasa dan kekayaan yang berhadapan dengan golongan bawahan yang miskin dan tertindas. Anas Samanda yang mewakili golongan marhaen telah dianggap sebagi pemberontak dan pengkhianat, akhirnya dibunuh kerana memperjuangkan hakmilik tanah keluarga dan orang-orang kampungnya.

30

​2. Pengaruh, kuasa dan kekayaan mampu membeli hati dan jiwa masyarakat

​Mereka yang memiliki kelebihan ini dengan mudah mempengaruhi masyarakat. Contohnya, Misa Sagaraga dipilih oleh orang tua Asiah Samiah untuk dijadikan menantu. Orang-orang kampung sendiri menyandarkan segala masalah kepada Misa Sagaraga.

​3. Perjuangan menuntut hak

​Segelintir masyarakat yang tertindas cuba berjuang untuk menuntut hak mereka daripada ditindas oleh orang-orang atasan, walaupun hakikatnya perjuangan ini jarang-jarang mendapat kejayaan. Hal ini berlaku kepada Anas Samanda yang cuba berjuang untuk menjaga hak milik tanah keluarga dan masyarakatnya. Akhirnya dia dibunuh dan dianggap sebagai pengkhinat.

31

​4. Percintaan yang terhalang akibat perbezaan darjat

​Hubungan cinta tanpa darjat yang sama seringkali menemui kegagalan. Keadaan ini turut menimpa hubungan cinta Asiah Samiah dari kelas bangsawan yang gagal dalam cintanya dengan Anas Samanda, seorang pemuda miskin yang tidak memiliki apa-apa. Keadaan ini berbeza dengan Misa Sagaraga yang memiliki kekayaan, kuasa dan pengaruh.

​5. Kesetiaan dalam percintaan

​Perasaan cinta akan membuat seseorang sanggup menunggu biarpun tanpa jawapan yang pasti. Asiah Samiah yang terlalu mencintai Anas Samanda sanggup menunggunya biarpun masa telah berlalu selama 15 tahun tanpa kepastian.

32

​6. Kasih sayang sesama insan

​Kasih sayang ibu kepada anak, Puan Suari Alimin yang sangat menyayangi anaknya, dia sanggup memilih orang yang berharta serta mempunyai pengaruh agar Asiah Samiah bahagia. Perasaan kasih dan sayang juga melingkari hidup Asiah Samiah dalam hubungannya dengan Pak Leh Lak Lak, Siti Bunirah dan Marga.

7. Masyarakat Melayu mempercayai bomoh boleh membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kejiwaan. Sari Saribiru adalah anak buah Pawang Satam yang memiliki banyak makhluk halus yang dikatakan sangat membantu jika terkena sampuk.

33

​8. Pengorbanan yang tidak dihargai

​Seringkali setiap pengorbanan yang dilakukan tidak dihargai malah memberi kesan yang menyakitkan. Asiah Samiah berkorban rasa bila terpaksa dikahwinkan dengan Misa Sagaraga. Anas Samanda pula berkorban diri untuk memperjuangkan hak sekeping tanah milik keluarganya. Akhirnya semua pengorbanan itu menjadi sia-sia kerana ia tidak memberi kebahagiaan malah menyakitkan diri. Asiah Samiah menjadi gila dan Anas Samanda mati dibunuh.

34

​Watak

​Asiah Samiah

​Dari segi latar belakang Asiah Samiah berasal dari golongan bangsawan, anak kepada Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin. Digambarkan Asiah Samiah cantik pada usia mudanya dan mempunyai banyak pengetahuan yang berkaitan bahasa dan kesusasteraan. Pada penghujung usianya dia digambarkan menjadi tidak siuman. Mempunyai seorang anak perempuan iaitu Laila Anurisah hasil perkahwinan paksa dengan Misa Sagaraga.

35

​Asiah Samiah seorang penyayang, dia menyayangi kedua ibu bapanya oleh itu dia mengikut kemahuan orang tuanya walau pun cuba membantah pada awalnya. Dia menyintai kekasihnya, Anas Samanda hingga sanggup melakukan apa saja untuk mempertahankan hubungan tersebut. Dia juga menyayangi pengasuhnya Pak Lah Lek Lek dan Siti Bunirah.

​Seorang yang setia dalam percintaan. Sifat setia Asiah Samiah dalam percintaan terserlah dalam hubungannya dengan Anas Samanda. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan hubungan tersebut. Walaupun dia berkahwin Misa Sagaraga, namun hatinya tetap cintakan Anas Samanda. Kesetiaan yang keterlaluan menyebabkan dia memendam perasaan dan terbawa hingga hari tuanya dengan menyebut nama kekasihnya.

36

​Sanggup berkorban juga merupakan perwatakan Asiah Samiah. Sifat sanggup berkorban dapat dilihat melalui hubungannya dengan kedua ibu bapanya dengan merelakan dirinya dikahwini oleh Misa Sagaraga yang tidak dicintainya.

​Memiliki ketaatan yang tinggi kepada kedua ibu bapanya. Walaupun dia cuba menentang perkahwinannya dengan Misa Sagaraga, namun akhirnya dia terpaksa akur dan taat kepada kehendak kedua ibu bapanya dan melupakan cintanya dengan Anas Samanda.

37

​Menghormati orang-orang tua merupakan sifat luhur dan berbudi bahasa yang tinggi dalam diri Asiah Samiah. Sifat itulah yang membuat Marga mengkaguminya selain memiliki rupa paras yang cantik. Sifat hormatnya terserlah dalam bicaranya dengan Pak Lah Lek Lek dan Siti Bunirah.

​Seorang yang bijak dan memiliki ilmu pengetahuan. Kebijaksanaan Asiah Samiah terserlah dalam tutur bicaranya dan mempunyai banyak pengetahuan tentang bahasa dan sastera hasil pembelanjarannya dengan Marga.

38

​Anas Samanda

​Berasal dari keluarga miskin dan tinggal sekampung dengan Asiah Samiah. Merupakan kekasih Asiah Samiah. Fizikalnya tinggi dan kacak. Akhirnya dia mati dibunuh oleh Misa Sagaraga dan dianggap sebagai pengkhianat.

​Anas digambarkan memiliki sifat penyayang, dia menyayangi Asiah Samiah dengan sepenuh hati walaupun hubungan mereka tidak dapat dipertahankan. Sifat penyayangnya terserlah dalam setiap kali dia berbicara dengan Asiah Samiah yang lembut dan romantis.

39

​Berani memperjuangkan hak merupakan perwatakan Anas Samanda yang sinonim dengan perjuangannya menentang kebobrokan dalam masyarakat. Walaupun dia dari golongan miskin yang tidak punya apa-apa tetapi dia tetap berani melawan Misa Sagaraga yang berpengaruh dan berkuasa.

​Sanggup berkorban melepaskan cinta demi memenuhi perjuangan. Anas Samanda terpaksa menerima hakikat bahawa Asiah Samanda bukanlah jodohnya dan dia sanggup lepaskan Asiah Samiah demi perjuangan untuk menentang Misa Sagaraga yang rakus menindas masyarakatnya.

​Anas Samanda juga tegas berpegang kepada prinsip perjuangan. Walaupun Marga memberitahu bahawa ramai penduduk kampung menerima tawaran yang menarik, namun dia tetap tegas meneruskan perjuangan mendapatkan hak keluarganya.

40

​Misa Sagaraga

​Seorang ahli perniagaan yang kaya rasa, berasal dari kelas bangsawan. Pernah berkahwin sebanyak 20 kali dan akhirnya berkahwin dengan Asiah Samiah. Memiliki pelbagai projek pembangunan termasuk di kawasan kampung yang didiami oleh Asiah Samiah. Banyak menjalankan aktiviti perniagaan termasuk yang haram.

​ Seorang yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan. Sebagai contohnya merampas tanah milik Anas Samanda dan orang-orang kampung untuk dibangunkan kondominium. Hasrat untuk mengawhwini Asiah Samiah juga tercapai dengan cara membeli hati ibu bapa Asiah Samiah.

41

​Mementingkan diri sendiri, memaksa Asiah Samiah berkahwin dengannya dan cuba menukar identiti bakal isterinya. Misa Sagaraga tidak pedulikan perasaan Asiah Samiah sepanjang perkahwinan kerana baginya wnita berada pada darjat yang rendah. Oleh hal yang demikian dia sanggup mengasari isterinya.

​Seorang yang sombong dan angkuh. Kekayaan yang dimiliki digunakan untuk membeli hati orang-orang kampung dan inginkan kehidupan yang mewah serta barangan berjenama yang dibeli dari luar negara.

42

​Seorang suami yang kasar perlakuan terhadap isterinya. Perlakuan Misa Sagaraga terhadap Asiah Samiah digambarkan dengan penuh paksa pada malam pertama hingga meninggalkan trauma di hati Asiah Samiah.

​Tidak memiliki pegangan agama yang kukuh, beliau sanggup menjalankan aktiviti perniagaan haram termasuk membeli saham ternakan khinzir. Dia juga menindas masyarakat dalam diam dengan pengambilan tanah untuk dijadikan kondominium. Kemuncaknya dia mengupah orang memukul Anas Samanda hingga mati.

43

​Citra Masyarakat

​Dari segi latar belakang masyarakat, terdapat dua kelompok masyarakat iaitu golongan bangsawan dan golongan bawahan. Golongan bawahan dianggap sebagai penguasa yang boleh bertindak apa saja manakala golongan bawahan akur menurut perintah.

​1. Terdapat segelintir masyarakat yang memandang status dan darjat dalam perkahwinan. Tindakan Tuan Setiawan Tanjung menerima lamaran Misa Sagaraga yang kaya raya sebagai menantu menafikan hak Anas Samanda seorang pemuda miskin.

44

​2. Ada kelompok masyarakat yang berani memperjuangkan hak, Anas Samanda mewakili kelompok anak muda yang berani memperjuangkan hak milik keluarganya apabila tanahnya diambil oleh Misa Sagaraga untuk dibina kondominium.

​3. Sebahagian masyarakat masih percayakan bomoh. Sari Sari Biru mewakili masyarakat kampung yang cukup percaya kepada pengaruh bomoh untuk mengubati penyakit.

​4. Melakukan penindasan kepada masyarakat bawahan. Tindakan Misa Sagaraga yang mengambil tanah keluarga Anas Samanda dan orang-orang kampung untuk dibina kondominium.

45

​5. Pergantungan masyarakat bawahan kepada golongan atasan yang berpengaruh. Tindakan sebahagian besar penduduk kampung yang menganggap Misa Sagaraga adalah penyelesai segala masalah mereka.

​6. Adanya golongan prihatin terhadap masyarakat sekeliling. Hal ini dapat dilihat melalui watak Marga dan Pak Leh Lak Lak yang bertanggungjawab menjaga kebajikan Laila Anurisah.

46

​7. Golongan masyarakat yang memiliki sifat kasih sayang sesama insan sama ada hubungan antara kekasih, ibu bapa atau jiran tetangga. Asiah Samiah digambarkan memiliki sifat penuh kasih sayang.

​8. Masyarakat yang menghormati orang tua dalam interaksi seharian. Sifat Asiah Samiah yang lemah lembut ketika berbual dengan Pak Leh Lak Lak dan Siti bunirah menyerlahkan sifat-sifat kewanitaan timur.

47

​Mesej

​1. Kita hendaklah berani memperjuangkan hak apabila ditindas. Anas Samanda dengan beraninya mempertahankan hak keluarganya apabila tanah milik mereka diambil oleh Misa Sagaraga.

​2. Kita hendaklah bekerjasama sesama masyarakat. Jika hak milik diambil pihak luar, bukannya dengan cara menerima tawaran yang diberi. Sikap segelintir penduduk kampung yang mudah dipujuk dengan wang ringgit menyebabkan perjuangan Anas Samanda tidak mencapai matlamatnya.

48

​3. Kita hendaklah menghormati kedua ibu bapa dan orang-orang tua. Asiah Samiah digambarkan memilik keperibadian yang baik kerana menghormatiu kedua ibu bapanya serta pengasuhnya.

​4. Kita hendaklah bertanggungjawab dalam setiap amanah yang diberikan, contohnya menjaga anak yang dilhairkan hasil perkahwinan yang sah. Asiah Samiah melepaskan anaknya hasil perkahwinan dengan Misa Sagaraga dan sanggup membenci anaknya sendiri.

​5. Kita hendaklah menunjukkan sifat perikemanusiaan terhadap golongan bawahan. Sikap angkuh Misa Sagaraga yang menindas mereka yang menentangnya dianggap zalim sehingga sanggup membunuh Anas Samanda.

49

​Teknik

​1. Dialog, perbualan 2 orang watak atau lebih, keseluruhan drama ini digerakkan oleh dialog kerana ia merupakan teknik asas penceritaan drama. Melalui dialog kita boleh mengenali perwatakan sese;orang. Sebagai contohnya, dialog antara Asiah Samiah dengan kedua ibu bapanya.

​2. Monolog, percakapan sendirian watak-watak secara bersuara. Melalui teknik monolog dapat memperkukuhkan permainan perasaan watak. Sebagai contohnya, monolog Asiah Samiah yang berselang-seli menyanyi dan meluahkan perasaan terhadap Anas Samanda.

50

​3. Imbas kembali, mengimbas semula kenangan lama. Marga mengingati semula kenangannya berhadapan dengan Anas Samanda yang berani dalam perjuangannya.

​4. Unsur suspen, merupakan ketegangan yang dirasai oleh penonton untuk mengetahui apakah peristiwa yang berlaku seterusnya. Kita mungkin tertanya-tanya bagaimana kesudahan nasib Anas Samanda yang berani menentang Misa Sagaraga.

i

51

​5. Penyelitan lagu dan puisi juga menjadi teknik penceritaan drama Asiah Samiah. Lagu 'Ligal-ligal Manja' seakan sebati dengan diri Asiah yang mengalami tekanan perasaan. puisi seperti pantun dan runs (bahasa berirama) yang dipetik daripada cerita-cerita lipur lara.

​6. Pengarang juga menggunakan 2 pelakon berlainan untuk melakonkan watak yang sama. Sebagai contohnya watak Asiah Samiah dan Marga digambarkan pada waktu muda dan tua.

52

​Teknik pementasan

​1. Skrip, merupakan panduan lakonan yang disusun dalam babak, mengandungi dialog arahan yang disediakan oleh penulis skrip. Ia merupakan perkara paling penting dalam pementasan. Setiap lakonan berpandukan skrip yang telah disediakan namun terdapat pengubahsuaian bergantung kepada kehendak pengarah. Drama Asiah Samiah mempunyai 10 babak.

​2. Lakonan, merupakan aksi, dialog dan monolog yang dilakukan oleh sekumpulan pelakon mengikut skrip ysng disediakan. Keberkesanan sesebuah pementasan drama bergantung kepada penghayatan lakonan pelakon-pelakonnya. Dalam drama Asiah Samiah, watak Asiah Samiah dan Marga digambarkan mempunyai 2 watak ketika zaman muda dan tua. Dalam lakonan pentas ia memerlukan 2 orang pelakon untuk melakukan2 watak yang berbeza pada masa yang sama.

53

​3. Latar/setting, merupakan latar belakang yang menghiasi pentas sama ada ia kekal atau boleh dipindah mengikut suasana penceritaan. Latar belakang atau setting yang baik dapat memberi kesan kepada audien. Walau pun drama Asiah Samiah bukan drama berunsur realisme namun latar belakang masih diperlukan untuk memberi mood kepada penceritaan.

​4. Kostum/pakaian, tanpa pakaian yang sesuai pementasan drama kelihatan janggal keraba pakaian menggambarkan perilaku seseorang watak di pentas. Gambaran kesombongan Misa Sagaraga akan terserlah jika penampilannya bersama pakaian sut lengkap sebagai seorang bangsawan.

54

​5. Prop/alatan, merupakan barang atau objek yang digunakan sepanjang pementasan. Prop memainkan peranan penting kerana dapat mewujudkan gambaran sebenar. Contoh set sofa di rumah Tuan Setiawan Tanjung menggambarkan dirinya dari kelas bangsawan.

​6. Solekan juga mempengaruhi keberkesanan pementasan drama. Solekan yang baik dapat memberi impak kepada pelakon untuk lebih menjiwai watak dan meninggalkan kesan kepada audien. Watak Asiah Samiah ketika tua pastinya digambarkan dengan solekan yang menyerupai orang kurang siuman, tidak seperti solekan

55

​7. Teknik pencahayaan/lighting, penataan cahaya sangat penting dalam pementasan drama mengikut adegan pentas kerana ia menggambarkan suasana atau mood sebenar pelakon pada masa itu. Teknik pencahayaan yang baik dapat meninggalkan kesan kepada penonton, contohnya cahaya merah jingga ketika Marga mengenangkan penderitaan hidup Asiah Samiah.

​8. Muzik latar/kesan bunyi, pementasan drma bergantung kepada kesan-kesan

​bunyi dan muzik latar untuk menimbulkan mood mengikut suasana perasaan seperti riang, cemas, takut sedih dan sebagainya. Unsur suspens ketika babak Anas Samanda dibelasah oleh orang-orang Misa Sagaraga. Pelbagai kesan muzik dan lagu boleh memberi impak yang mendalam kepada drama dan ia menimbulkan kekaguman terhadap audien.

Asiah Samiah

by Zubairi Yahaya

media

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 55

SLIDE