Search Header Logo
9.3.3 Berkomunikasi mengenai ciri dan proses pemvulkanan getah

9.3.3 Berkomunikasi mengenai ciri dan proses pemvulkanan getah

Assessment

Presentation

•

Chemistry

•

4th Grade

•

Hard

Created by

Mohd Anuar Nasri Nasir

Used 1+ times

FREE Resource

12 Slides • 18 Questions

1

9.3.3 Berkomunikasi mengenai ciri
dan proses pemvulkanan getah

by Mohd Anuar Nasri Nasir

2

​Getah Asli
  1. ​Susu getah asli atau disebut lateks

  2. ​Susu getah asli diproses menjadi getah asli.

media

3

​Ciri-ciri getah asli
  • ​kenyal

  • ​lembut

  • ​tidak tahan haba

  • ​penebat elektrik yang baik

  • ​tidak telap udara

media

4

Lateks wujud dalam keadaan cecair
  • ​Di dalam lateks, terdapat molekul-molekul getah berbentuk rantai yang diselaputi oleh satu lapisan membran protein.

  • ​Terdapat cas-cas negatif yang mengelilingi permukaan luar membran tersebut

  • ​Hal ini menyebabkan molekul getah menolak antara satu sama lain.

  • ​Maka, lateks kekal wujud sebagai cecair

media

5

​Lateks menggumpal (bertukar kepada pepejal)
  • ​Apabila asid ditambah ke dalam lateks, ion-ion hidrogen yang bercas positif daripada asid akan meneutralkan cas negatif pada permukaan membran protein.

  • ​Tanpa cas-cas negatif tersebut, molekul-molekul getah akan berlanggar antara satu sama lain.

  • ​Hal ini akan menyebabkan membran protein pecah dan rantai polimer getah akan keluar dan saling berbelit lalu membentuk gumpalan pepejal.

media

6

​Mengelakkan lateks menggumpal
  • ​Jika lateks dibiarkan tanpa ditambah asid, lama-kelamaan, lateks itu akan menggumpal juga akibat daripada tindakan bakteria yang menghasilkan asid dan meneutralkan membran protein molekul getah.

  • ​Apabila alkali ditambah ke dalam lateks, ion-ion hidroksida daripada alkali akan meneutralkan ion hidrogen daripada asid.

  • ​Tanpa asid, cas-cas negatif kekal pada membran protein dan molekul getah tetap menolak antara satu sama lain dan tidak berlanggar. Maka, molekul getah akan kekal dalam keadaan cecair.

media

7

Aktiviti mengkaji kesan asid dan alkali terhadap lateks​

​Sila tonton video di sebelah:

8

Multiple Choice

Antara berikut yang manakah bukan ciri getah asli ?

1

Kenyal

2

Lembut

3

Penebat elektrik

4

Tahan haba

9

Multiple Choice

Apakah cara terbaik bagi mengekalkan lateks dalam bentuk cecair ?

1

Menambahkan asid kepada lateks

2

Menambahkan alkali kepada lateks

3

Menambahkan air suling kepada lateks

4

Membiarkan lateks tanpa sebarang penambahan

10

Multiple Choice

Question image

Yang manakah TIDAK berlaku jika asid ditambah ke dalam lateks ?

1

Ion hidrogen yang bercas positif daripada asid meneutralkan cas negatif pada membran protein

2

Molekul getah akan berlanggar antara satu sama lain

3

Membran protein pecah dan saling berbelit

4

Ion hidroksida meneutralkan ion hidrogen dari asid

11

Multiple Choice

Apakah maksud KENYAL yang merupakan salah satu ciri getah asli?

1

Boleh meregang dan kembali ke saiz asal

2

Boleh meregang dan memanjang

3

Boleh menganjal

4

Boleh berubah bentuk

12

Multiple Choice

Mengapakah lateks menggumpal walaupun tidak ditambah asid ?

1

Lateks meruap dan menghasilkan asid seterusnya menggumpalkan lateks

2

Bakteria akan membebaskan ion hidroksida dan menggumpalkan lateks

3

Bakteria dalam lateks akan membebaskan asid dan menggumpalkan lateks

4

Lateks bertindak balas dengan cepat akibat kehadiran udara

13

Multiple Choice

Apakah kesan asid terhadap lateks?

1

Menyebabkan lateks bergumpal

2

Mengekalkan keadaan lateks

3

Menyebabkan lateks lebih keras

4

Menyebabkan lateks lebih tahan haba

14

Multiple Choice

Apakah ion bebas yang terdapat di dalam asid?

1

Ion oksigen

2

Ion hidroksida

3

Ion hidrogen

15

Multiple Choice

Apakah ion bebas yang terdapat di dalam ammonia?

1

Ion oksigen

2

Ion hidroksida

3

Ion hidrogen

16

Multiple Choice

Mengapakah lateks menggumpal jika dibiarkan selama beberapa jam?

1

Air di dalam lateks tersejat

2

Bakteria di dalam lateks merembeskan alkali

3

Bakteria di dalam lateks merembeskan asid

4

Air di dalam lateks bertambah

17

Multiple Choice

Ciri getah asli.

1

Boleh mengalirkan elektrik

2

Tahan kakisan asid

3

Tidak tahan lama

4

Lembut dan kenyal

18

Pemvulkanan Getah

​Sifat semula jadi getah asli yang lembut dan tidak tahan haba.

​

​Bagaimanakah sifat getah asli dapat dipertingkatkan untuk menjadikannya sebagai bahan yang sesuai untuk membuat pelbagai jenis barangan?

media

19

​Pemvulkanan Getah
  1. ​Pemvulkanan ialah proses pemanasan getah bersama sulfur.

  2. ​atom-atom sulfur ditambahkan ke dalam molekul-molekul polimer getah asli yang berbentuk rantai.

  3. ​Getah yang diperoleh melalui proses ini disebut getah tervulkan.

media

20

​Kelebihan Getah Tervulkan
  • ​Struktur molekul bagi getah tervulkan dilihat mempunyai ikatan antara setiap rantai polimer getah, manakala bagi getah asli tidak.

  • ​atom sulfur yang ditambah menghasilkan rangkai silang antara rantai polimer getah.

  • ​apabila daya dikenakan, rantai polimer getah tervulkan sukar untuk menggelongsor dan apabila haba dikenakan, struktur molekul getah tervulkan sukar diputuskan.

  • ​Maka, getah tervulkan adalah lebih keras dan mempunyai ketahanan terhadap haba yang tinggi.

media

21

media
​Ciri-ciri getah tervulkan.

22

​Teknologi Terkini Berasaskan Getah
media

23

Multiple Choice

Nama proses untuk menghasilkan getah tervulkan.

1

Pempolimeran

2

Penyahpolimeran

3

Penapaian

4

Pemvulkanan

24

Multiple Choice

Kelebihan getah tervulkan berbanding getah asli...

1

Lebih lembut

2

Lebih mahal

3

Lebih tahan haba

4

Lebih melekit

25

Multiple Choice

Antara berikut, perbandingan manakah benar?

1

Getah tervulkan lebih lembut berbanding getah asli

2

Getah tervulkan boleh mengalirkan elektrik manakala getah asli boleh menebat elektrik

3

Getah asli lebih tahan haba berbanding getah tervulkan

4

Getah asli lebih lembut manakala getah tervulkan lebih keras

26

Multiple Choice

Question image

Apakah nama proses di atas?

1

Pempolimeran

2

Pemvulkanan

3

Penyahpolimeran

4

Saponifikasi

27

Multiple Choice

Ciri getah tervulkan.

1

Tidak tahan haba

2

Lebih lembut

3

Lebih kenyal

4

Lebih keras

28

Multiple Choice

Tindakan atom sulfur terhadap rantaian molekul getah.

1

Menarik rantaian molekul getah

2

Mengikat rantaian molekul getah

3

Menggumpalkan rantaian molekul getah

4

Meningkatkan ketegangan rantaian molekul getah

29

Multiple Choice

Sekeping getah dicelup ke dalam bikar yang mengandungi pelarut organik dan sebatian X selama beberapa minit. Selepas itu, kepingan getah dikeluarkan dan dikeringkan. Didapati kepingan getah menjadi lebih kenyal dan tahan panas. Apakah sebatian X?

1

Asid etanoik

2

Air kapur

3

Disulfur diklorida

4

Natrium hidroksida

30

Multiple Choice

Antara berikut, yang manakah struktur yang betul bagi getah asli tervulkan?

1
2
3
4
pattern-tertiary
9.3.3 Berkomunikasi mengenai ciri
dan proses pemvulkanan getah

by Mohd Anuar Nasri Nasir

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 30

SLIDE