Search Header Logo
Kefahaman (Bawang Merah)

Kefahaman (Bawang Merah)

Assessment

Presentation

Other

8th Grade

Easy

Created by

Ihsan Nadia

Used 5+ times

FREE Resource

7 Slides • 10 Questions

1

KEFAHAMAN

2

​Bawang Merah

media

3

​    Bawang merah dikelaskan dalam keluarga Alliaceae. Nama saintifik adalah Allium Cepa Var. Aggregatum. Bawang merah lebih kecil serta lebih manis rasanya berbanding bawang besar. Bawang merah merupakan tanaman semusim. Ia memiliki sejenis umbi yang berlapis-lapis dengan akar serabut dan daun berbentuk silinder berongga. Umbinya terbentuk daripada pangkal daun yang bersatu dan membentuk batang yang kemudian berubah bentuk dan fungsinya yang seakan-akan umbi berlapis. Jadi, umbi bawang merah bukanlah ubi sebenarnya seperti ubi kentang, ataupun ubi keledek. Ia terbentuk dari lapisan-lapisan daun yang membesar dan kemudiannya bersatu.

4

​   Rasa bawang merah adalah sedikit pedas dan berangin. Herba ini kecil sahaja, setinggi 30-45 cm. Akar serabut. Daun tunggal, susunan berpilin, panjang dengan hujung meruncing, tengah daun berlubang, berwarna hijau muda, permukaan berkulat, dan mempunyai aroma yang kuat.

​   Bawang merah mengandungi vitamin C, potassium, serat dan asid folik. Ia juga mengandungi kalsium, zat besi dan protein yang tinggi.

media

5

​   Beberapa penyelidikan telah dijalankan tentang khasiat bawang merah terhadap kesihatan manusia. Dari hasil penyelidikan tersebut, mereka mendapati bahawa bawang merah mengandungi 2 sebatian utama, iaitu sulfur dan flavonoids. Flavonoid dipercayai mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis kerana ia mempunyai unsur-unsur anti-kanser, anti-bakteria, anti-viral, anti-alergenik dan anti-radang. Dari penyelidikan terkini, bawang merah didapati efektif terhadap sel kanser hati. Bawang merah didapati mengandungi 6 kali ganda kandungan phenolic berbanding bawang biasa (bawang besar). Bawang merah boleh menolong hati membuang toksin dari badan dan ia mempunyai saponins untuk menghindar dan membunuh sel kanser.

6

​   Bawang merah juga didapati boleh menghindarkan kanser perut. Ia mengeluarkan anti-coagulant yang boleh mencairkan darah dan seterusnya meningkatkan tahap tinggi aktiviti anti-platelet yang baik. Ia juga membantu meningkatkan fungsi otak seterusnya mengurangkan risiko penyakit Alzheimer's (pelupa). Bawang merah juga boleh mengurangkan tahap gula dengan menghadkan keberkesanan insulin dan meninggikan metabolisma glukosa.

  Memakan bawang merah setiap hari boleh membantu penumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis sehingga 20%. Ia mengandungi Prostaglandin A-1, agen yang kuat untuk mengurangkan tekanan darah. Kandungan sulfurnya juga boleh membantu kulit kelihatan muda.

7

Open Ended

Apakah nama saintifik bagi bawang merah?

8

Open Ended

Bagaimanakah pembentukan umbi bawang merah?

9

Open Ended

Jelaskan ketinggian bawang merah.

10

Open Ended

Apakah fungsi Flavoniod?

11

Open Ended

Apakah fungsi sulfur di dalam bawang merah?

12

Multiple Choice

Umbinya terbentuk daripada pangkal daun yang bersatu.

'Pangkal' bermaksud ____________.

1

tepi

2

depan

3

hujung

4

bawah

13

Multiple Choice

Mempunyai aroma yang kuat. "Aroma" bermaksud ___________.

1

warna

2

rasa

3

kesan

4

bau

14

Multiple Choice

Beberapa penyelidikan telah dijalankan. 'Penyelidikan' bermaksud ___________.

1

kajian

2

soalan

3

rawatan

4

andaian

15

Multiple Choice

Flavonoid dipercayai mengurangkan risiko kanser. 'Risiko' bermaksud _______.

1

jangkitan

2

kesan

3

bahaya

4

penyakit

16

Multiple Choice

Menghadkan keberkesanan insulin. 'Menghadkan' bermaksud _________.

1

menambah

2

mengawal

3

mengurangkan

4

melambatkan

17

​Sekian.

​Terima kasih.

media

KEFAHAMAN

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 17

SLIDE