
SASTERA KATATANEGARAAN
Presentation
•
Education
•
University
•
Hard
Zubairi Yahaya
Used 1+ times
FREE Resource
13 Slides • 0 Questions
1
SASTERA KETATANEGARAAN
by Zubairi Yahaya
2
DEFINISI SASTERA KETATANEGARAAN
Karya yang mengisahkan tentang raja-raja, pegawai-pegawai, serta hal-hal yang berkaitan dengan perundangan, pentadbiran dan pemerintahan. Isi karya sebagai panduan agar pemerintah dapat menjalankan pentadbiran yang adil dan bijaksana seperti raja-raja Islam dan ditegah daripada bertindak secara kejam. Karya-karya ketatanegaraan mengandungi aturan-aturan pemerintahan sebagai pandaun kepada pemerintah sama ada kepada khalifah/raja/sultan. Selain itu, panduan ini juga ditujukan kepada para pegawai di dalam menjalankan tugas mereka. Karya ini juga turut membicarakan tentang peranan rakyat jelata. Misalnya peranan ibu bapa di dalam mendidik anak-anak. Karya ada pengaruh yang rapat dengan penagruh Islam.
3
CIRI-CIRI
Kandungan sastera ketatanegaraan mengandungi nasihat,petunjuk, panduan, pengajaran yang amat berharga kepada raja-raja dan pemerintah dalam menjalankan pentadbiran dan pemerintahan negara ada mencatatkan huraian tentang raja-raja yang adil serta pembesar negeri yang arif dan bijaksana,
Terdapat kisah yang berkaitan dengan nabi-nabi dan tokoh-tokoh islam yang terkenal dalam sejarah.
4
3. Kaya dengan ilmu pengetahuan dan sangat berguna untuk dijadikan sebagai panduan bukan saja untuk golongan raja, pembesar tetapi juga semua lapisan masyarakat, terkadnung dalam hal-hal seperti cara mendidik anak-anak tentang budi bahasa,pekerti yang mulia, tanggungjawab rakyat terhadap raja dan hubungan sesama manusia dan menyatakan sifat-sifat yang mulia dan pemurah.
4. Mengandungi falsafah pemikiran Islam yang tinggi. Mengandungi unsur-unsur pengajaran serta amalan hidup islam yang tinggi dan tidak boleh di tangini oleh kepercayaan lain.
5
FUNGSI SASTERA KETATANEGARAAN
Sebagai panduan kepada golongan raja dan pemerintah. Melalui syarat-syarat digariskan para pemimpin boleh memahami tugas masing-masing.
Sebagai alat pendidikan dan panduan kepada seluruh masyarakat. Banyak peraturan yang tercatat boleh dijadikan panduan dan pengajaran kepada seluruh masyarakat dalam memahami hak masing-masing.
Sebagai gambaran masyarakat Melayu lama. Melalui peraturan-peraturan yang tercatat ia bolleh menggambarkan susun lapis masyarakat.
Tanggungjawab pemerintah dan juga rakyat. Setiap anggota masyarakat ada peranan masing-masing dalam memastikan keharmonian dan kemakmuran negara.
6
a) SYARAT-SYARAT YANG HARUS DIPELIHARA OLEH SEGALA RAJA
SYARAT PERTAMA
- Raja hendaklah adil. Iaitu merasakan dirinya seperti kedudukan pengadu masalah
SYARAT KEDUA
- Raja hendaklah sedia menerima aduan rakyatnya dengan sifat terbuka dan mengalu-alukan kedatangan rakyat.
SYARAT KETIGA
- Raja hendaklah beriman dan jangan mengikut nafsu
7
SYARAT KEEMPAT
- Raja hendaklah menghukum dengan sabar, lemah lembut dan menghindarkan rasa kebencian terhadap pelaku. Rujuk kisah Raja Ma'mun.
SYARAT KELIMA
- Raja hendaklah menghukum demi mendapat keredaan Allah. Menghukum dengan kebenaran (hak)
SYARAT KEENAM
- Raja hendaklah ingat bahawa segala pekerjaannya itu mendapat balasan kebajikan di dunia dan akhirat. Sebaliknya jika raja berbuat dosa, dirinya akan dibalas dengan kejahatan juga.
8
SYARAT KETUJUH
- Raja hendaklah menghormati golongan bijak pandai ( orang berilmu ). Perlu bersikap merendah diri dan tidak bangga dengan kedudukannya sebagai sultan. Sesungguhnya ilmu orang bijak pandai (pendeta) itu lebih mulai daripada kedudukan seorang raja.
SYARAT KELAPAN
- Raja hendaklah menghindarkan diri daripada sikap takbur
SYARAT KESEMBILAN
- Hendaklah segera bertindak menyiasat aduan rakyat dan menyegerakan hukuman demi menjaga kebajikan rakyat. Jika raja berdiam diri terhadap sebarang aduan rakyat, ia akan menyebabkan rakyat teraniaya.
9
SYARAT KESEPULUH
- Raja hendaklah bijaksana dan berhati-hati terhadap rakyat yang mengadu hal kepadanya.
10
b) SYARAT YANG HARUS DIPELIHARA OLEH SEGALA MENTERI
SYARAT PERTAMA -Menteri hendaklah memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat.
SYARAT KEDUA - Menteri hendaklah berterima kasih kerana pemberian raja dan anugerahnya
SYARAT KETIGA - Menteri hendaklah berbelanja dengan kebenaran raja. Perbelanjaan hendaklah mebgikut keperluan dan tidak membazir
SYARAT KEEMPAT - Menteri hendaklah mencari sumber harta bagi raja
SYARAT KELIMA - Menteri hendaklah menyediakan segala keperluan raja, pakaian dan kenderaan raja
SYARAT KEENAM - Menteri hendaklah mengingatkan raja supaya jangan melanggar hukum syarak
SYARAT KETUJUH - Menteri hendaklah menegur kesilapan raja jika melanggar hukum syarak
SYARAT KELAPAN - Menteri jangan sombong (maghrur) kerana pangkatnya. Jangan mengasari rakyat
SYARAT KESEMBILAN - Menteri hendaklah mencari harta untuk dirinya sekadar memenuhi keperluan dirinya sahaja dan jangn berlebih-lebihan
SYARAT KESEPULUH - Menteri hendaklah mencari maklumat tentang keselamatan negara melalui maklumat rakyat jelata.
11
SYARAT YANG HARUS DIPELIHARA OLEH SEGALA PEGAWAI
SYARAT PERTAMA - Pegawai hendaklah mendahulukan perintah Allah dan menyedari bahawa raja juga makhluk Allah
SYARAT KEDUA - Pegawai hendaklah menghargai pemberian raja dan memuliakan rajanya
SYARAT KETIGA - Pegawai hendaklah menunjukkan perkara yang baik di depan raja dan menyembunyikan apa-apa perkara yang sukar tentang dirinya.( baca kisah dalam teks)
SYARAT KEEMPAT - Pegawai harus mengutamakan tugasnya berbanding mendapat keredaan sultan(Baca kisah dalam teks)
SYARAT KELIMA - Pegawai hendaklah lebih takut dan taqwa kepada Allah berbanding rajanya.
SYARAT KEENAM - Pegawai hendaklah menyempurnakan segala pekerjaan dunia raja namun jangan lupa dengan pekerjaan akhirat dirinya
SYARAT KETUJUH - Pegawai hendaklah jangan bersubahat dengan raja untuk menganiaya rakyat,kerana dirinya akan mendapat balasan yang sama di akhirat kelak
12
SYARAT KELAPAN - Pegawai jangan memuji orang lain yang tidak di kenalinya di hadapan raja
SYARAT KESEMBILAN - Pegawai hendaklah menunjukkan kepada raja dahulu akan segala milik kesukaannya
SYARAT KESEPULUH - Pegawai hendaklah menjaga tutur kata dan tingkah laku dan seluruh anggotanya apabila berhadapan dengan rajanya
13
PENGAJARAN
Sebagai seorang pemerintah mestilah berlaku adil terhadap rakyatnya kerana hubungan timbal balik antara golongan pemerintah dengan yang dipertintah harus dijaga
Pemerintah haruslah beriman dan jangan mengikut nafsu dalam pemerintahannya. Hal ini terbukti apabila pemerintah zalim rakyat akan menderita dan kerajaannya akan tumbang
Pemerintah mestilah bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kebajikan rakyatnya. Setiap raja dan pembesar ada peranan masing-masing
Pemerintah tidak boleh bersikap sombong kerana kuasa yang dimiliki adalah anugerah yang harus dipertanggungjawabkan
SASTERA KETATANEGARAAN
by Zubairi Yahaya
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 13
SLIDE
Similar Resources on Wayground
10 questions
REPORT TEXT
Presentation
•
12th Grade - University
8 questions
Mengembangkan Isi teks Eksposisi
Presentation
•
University
8 questions
Teks Berita
Presentation
•
KG - University
10 questions
ASESMEN
Presentation
•
University
10 questions
PTK KOLABORATIF
Presentation
•
University
10 questions
Evaluasi Pembelajaran Matematika
Presentation
•
University
10 questions
Ilmu Bahan - Diagram Fasa (Widya Emilia Primaningtyas : Bimtek Spada)
Presentation
•
University
9 questions
Air Traffic Service
Presentation
•
University
Popular Resources on Wayground
11 questions
Hallway & Bathroom Expectations
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Assessment 2
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
Home Scope
Quiz
•
7th - 8th Grade
12 questions
2026 TAP Technology in the Classroom
Presentation
•
Professional Development
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 2 Review
Quiz
•
5th Grade
15 questions
HCS SCI 04 Summer School Review 2
Quiz
•
4th Grade
59 questions
Geometry Unit 3 Review
Quiz
•
9th - 12th Grade
14 questions
FAST ELA READING SMAPLE TEST MATERIALS
Passage
•
3rd Grade