
Keindahan dan Kemakmuran Ngeri
Presentation
•
Education
•
University
•
Hard
Zubairi Yahaya
FREE Resource
23 Slides • 0 Questions
1
Keindahan dan Kemakmuran Ngeri
by Zubairi Yahaya
2
Gambaran Keindahan Negeri
Talibun di atas memaparkan tentang keindahan sesebuah negeri bernama Teluk Bidung Kota Lama. Keindahan tersebut dilihat dari aspek persekitaran dan sempadan yang ada. Keadaan kawasan negeri mempunyai keistimewaan tertentu berbanding dengan tempat lain. Perkataan medan dan boleh diertikan sebagai persempadanan bagi sesebuah negeri yang diperintah. Rantau pula adalah gambaran keluasan kawasa negeri berkenaan.
3
Tebing pula dilihat sangat indah seolah-olah seperti diraut. Keadaan ini menambah keindahan pemerian sesebuah negeri kerana tercipta sebegitu rupa. Tebing juga boleh bermaksud kawasan yang boleh menjadi pertahanan sesebuah negeri. Keadaan tersebut boleh juga dimaksudkan dengan jaminan keselamatan kawasan tersebut. Disebut juga tentang sifat objek yang besar seperti batu dan objek yang paling kecil seperti pasir.
4
Tebing pula dilihat sangat indah seolah-olah seperti diraut. Keadaan ini menambah keindahan pemerian sesebuah negeri kerana tercipta sebegitu rupa. Tebing juga boleh bermaksud kawasan yang boleh menjadi pertahanan sesebuah negeri. Keadaan tersebut boleh juga dimaksudkan dengan jaminan keselamatan kawasan tersebut. Disebut juga tentang sifat objek yang besar seperti batu dan objek yang paling kecil seperti pasir.
5
Balam dalam puisi tersebut boleh ditafsirkan sejenis pokok kayu. Balam berfungsi sebagai bahan yang menjadi sasaran iaitu batu. Sekiranya batu gagal mencapai sasarannya, ia masih tetap berguna apabila jatuh ke tanah semula. Mungkin sekurang-kurangnya menjadikan tanah yang ada diliputi oleh batu-batan.
6
Perkataan ibu ayam memberi maksud ketua negeri yang sering berdoa akan keselamatan penduduk negeri daripada ancaman musuh. Manakala helang menggambarkan ancaman yang mungkin dihadapi oleh penduduk negeri. Punai tanah pula ialah penyelamat penduduk negeri yang mampu menghalang serangan helang yang ganas.
7
Hasil negeri makmur diibaratkan seperti pokok kundur dan labu. Walaupun pokok tersebut kecil tetapi menghasilkan buah yang banyak. Ini menggambarkan bahawa sesebuah negeri yang makmur itu ialah negeri yang mempunyai hasil mahsul yang banyak.
8
Mencari rezeki yang di negeri yang makmur boleh didapati di mana-mana tempat samada di darat maupun di lautan. Malah hasil ternakan begitu banyak termasuk lembu dan kerbau.
9
Sumber-sumber persekitaran secara semula jadi begitu banyak di hutan. Suasana persekitaran dalam negeri tersebut juga begitu nyaman dan dingin sesuai dengan keindahan negeri.
10
Tema
Talibun tersebut bertemakan keindahan dan kebesaran sesebuah negeri. Teluk Bidung kota lama digambarkan sebagai sebuah negeri yang luas dan indah serta makmur dengan pelbagai hasil mashsulnya sama ada di darat mahupun di laut, Persekitarannya juga mengkagumkan dengan flora dan fauna menyumbang kepada kekayaan dan kemakmuran negara.
11
Persoalan
*Persoalan keindahan sebuah negeri
- Negerinya indah dan luas dengan tebing yang tinggi dari aras laut,pasirnya cantik dan batu yang pelbagai saiz.
*Persoalan kemakmuran sebuah negeri
- Negeri Teluk Bidung Kota Lama terdapat banyak sumber rezeki seperti ayam,itik,lembu dan kerbau.
· * Persoalan rezeki yang terdapat di banyak tempat
- Rezeki yang terdapat di merata tempat seperti cari di laut beroleh di laut,cari di darat beroleh di darat.
12
Nilai Estetika
Ansonansi
Huraian : pengulangan huruf vokal;a,e,i,o,u
contoh :
“ Medannya indah bukan kepalang “
( baris di atas adalah pengulangan vokal a sebanyak 4 kali )
13
Aliterasi
Huraian : pengulangan huruf konsonen
contoh :
“ rantaunya luas bagai dibentang “
( baris dia atas adalah pengulangan konsonen n sebanyak 4 kali )
14
Anafora
Huraian : pengulangan di awal baris
contoh : Baris 7 dan 8
Jikalau untung kena ke balam
Jikalau tidak kena ke tanah
Baris 14 dan 15
Cari di darat boleh di darat
Cari di laut boleh di laut
15
Responsi
Huraian : pengulangan di tengah baris
contoh : Baris 7 dan 8
Jikalau untung kena ke balam
Jikalau tidak kena ke tanah
Baris 14 dan 15
Cari di darat boleh di darat
Cari di laut boleh di laut
Baris 16,17 dan 18
Ayam itik penuh di reban
Lembu kerbau penuh di tengah padang
Gajah badak penuh tengah hutan
16
Epifora
Huraian : pegulangan di akhir baris
contoh : Baris 6 dan 7
Yang kecil pelontar balam
Jikalau untung kena ke balam
Baris 8 dan 10
Jikalau tidak ke tanah
Helang disambar punai tanah
17
Simile
Huraian : perumpamaan seperti,bak,bagai,umpaman
Contoh : Baris 2 dan 3
Rantaunya luas bagai dibentang
Tebingnya tinggi bagai diraut
Baris 11
Seumpama kundur dengan labu
Baris 19
Sejuk dingin seperti ular cintamani
18
Hiperbola
Huraian : menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan
Contoh : Baris 1 “medannya indah bukan kepalang “
Baris 2 “rantaunya luas bagai dibentang “
Baris 3 “tebingnya tinggi bagai diraut “
Baris 4 “pasirnya serong bentuk taji “
19
Personafikasi
Huraian : sifat manusia
Contoh : Baris 9 “menderu selawat ibu ayam “
Baris 13 “negerinya beruntung Bandar rayanya bertuah “
20
Paradox
Huraian : bertentangan
Contoh : Baris 11 “helang disambar punai tanah “
Baris 13 “kecilpohon besar buahnya “
21
Nilai Masyarakat
*Masyarakat yang cinta akan keindahan
· *Masyarakat yang cinta akan kemakmuran
· * Masyarakat yang rajin mencari rezeki
· * Masyarakat yang beruntung/bertuah
22
Gambaran Kehebatan Negara Kota
1. Negerinya dikatakan luas terbentang dengan pemandangan yang indah.
2. Tebingnya tinggi bagai diraut dengan hamparan pasir yang putih dan indah.
3. Batunya pelbagai saiz kecil dan besar yang sesuai dijadikan pelontar balam.
]4. Negerinya perolehi kenikmatan dan rezeki yang melimpah ruah.
23
5. Rakyatnya boleh mendapatkan apa saja dengan mudah sama ada di darat atau di laut.
6. Terdapat banyak binatang ternakan dan binatang liar di reban, kandang atau di laut.
7. Cuacanya yang sejuk dan nyaman.
Keindahan dan Kemakmuran Ngeri
by Zubairi Yahaya
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 23
SLIDE
Similar Resources on Wayground
20 questions
Dasar-dasar Perpajakan
Presentation
•
University
17 questions
Game-Base Learning - HE - Perlembagaan
Presentation
•
University
19 questions
Aspek Hukum Lembaga Penjamin Simpanan
Presentation
•
University
18 questions
Holland xã hội (Thanh Huy - CVGDHN K12)
Presentation
•
University
18 questions
Literacidad digital: elementos clave en el entorno académico
Presentation
•
University
19 questions
Strategi Pembelajaran di Kelas Virtual
Presentation
•
University
18 questions
Aula invertida Electivo políticas e interculturalidad
Presentation
•
University
18 questions
Gaya, Gerak, Pesawat Sederhana (Shanta Rezkita: Bimtek SPADA)
Presentation
•
University
Popular Resources on Wayground
6 questions
Secondary Safety Quiz
Presentation
•
9th - 12th Grade
10 questions
Afterschool Activities & Sports
Quiz
•
6th - 8th Grade
19 questions
ROAR Week 2026
Quiz
•
9th - 12th Grade
20 questions
Lab Safety Quiz
Quiz
•
6th Grade
15 questions
Cool Tool:Chromebook
Quiz
•
6th - 8th Grade
22 questions
would you rather
Quiz
•
3rd - 11th Grade
21 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Parts of Speech
Quiz
•
5th Grade