

MANTERA
Presentation
•
Education
•
University
•
Hard
Zubairi Yahaya
FREE Resource
17 Slides • 0 Questions
1
by Zubairi Yahaya
2
Mantera merupakan puisi tua yang wujud pada zaman pengaruh hindu hingga ke zaman pengaruh Islam di nusantara. Mereka dikenali sebagai jampi, serapah, tawar, sembur, cuca, puja seru, dan tangkla. Mantera dituturkan oleh orang tertentu sahaja seperti pawang dan bomoh. mantera dipercayai dapat menimbulkan kuasa ghaib atau konotasi magis untuk tujuan perubatan ( Harun Mat Piah 1989 ). Keseluruhan mantera Melayu adalah dalam bentuk puisi atau sekurang-kurangnya mengandungi unsur-unsur puisi dan puisi ini agak unik bentuk dan isinya daripada yang lain.
3
Mantera adalah sejenis puisi bebas dari segi jumlah baris dalam rangkap, jumlah perkataan dalam baris, jumlah sukukata dalam baris dan rima akhirnya
Isi mantera menyentuh persoalan tentang magis, perubatan dan perbomohan
Isi dan konsep yang dikandungi dan dipancarkan oleh sesebuah mantera menunjukkan hubungan yang amat erat dengan sisitem kepercayaan masyarakat. Khususnya dalam zaman dan konteks di mana mantera itu dicipta dan diamalkan secara total oleh masyarakat yang berkenaan
Pengabdian sesebuah mantera dalam perlakuan yang berkenaaan hanya dilakukan oleh seseorang pawang atau bomoh yang memperolehi tauliah untuk menajalankan perlakuan tersebut
4
Tujuan utama mantera adalah untuk menyembuhkan penyakit dan menghalau makhluk halus yang mendiami sesuatu tempat atau menggangu kehidupan sesorang
Mantera juga digunakan untuk perlindungan diri dari musuh. Sebagai contohnya mantera pendinding tubuh
Mantera sebagai pemanis wajah untuk menarik perhatian seseorang atau masyarakat supaya lebih dihormati dan disayangi
Mantera sebagai sumber pendapatan iaitu pengamalnya menggunakan mantera untuk menyeru unsur alam seperti hantu rayamenyelesaikan pekerjaan seharian contohnya di sawah padi
Mantera juga terdapat dalam alat istiadat, mantera dijampi dalam beberapa adat isitiadat tertentu seperti uapcara puja pantai, berpindah rumah baru, menuai padi dan sebagainya
5
6
Maksud
Bahagian 1
Menjelaskan tentang penegtahuan bomoh/pawang tentang asal-usul dalam perubatan tersebut. Asal-usul mayang pinang yang dikatakan mempunyai kuasa magis yang boleh menyembuhkan penyakit. Bomoh meyeru dan memberi penghormatan terhadapa tuan puteri (dikatakan berasal dari bukit puteri- semangat yang akan membantu dalam proses pembomohan.
7
Bahagian 2
Bomoh berusaha memujuk semangat dengan mengulang-ngulang mantera agar keluar dari tubuh pesakit yang dirasu. Permintaan yang agak mendalam dengan menyeru cara berpakaian tuan puteri. Bahagian ini dengan tegasnya meminta agar semangat atau benda yang merasuk pesakit keluar dengan segera. Jika sekirannya ianya datang dari laut hendaklah balik ke laut jika sekiranya datang dari darat hendaklah balik semula ke darat.
Bahagian 3
Akhirnya nasri berwarna(pulut kuning) akan dipersembahkan yang merupakan makanan yang sangat disukai sebagai memujuk untuk keluar dari tubuh yang dirasuk. Matera ini diakhiri dengan harapan agar pesakit akan pulih seperti sedia kala
8
Kepercayaan masyarakat lama kepada unsur-unsur ghaib yang dianggap magis. Dalam kehidupan seharian, masyarakat Melayu tradisional mempercayai setiap objek ada roh, oleh itu tidak hairanlah sebahagian besar kehidupan mereka terikat dengan unsur-unsur mistik. kerana kepercayaan itulah maka apabila mereka sakit pasti akan kembali kepada unsur mistik, contohnya dalam mantera tersebut mereka menggunakan pawang untuk menyeru kuasa ghaib dengan menggunakan mayang pinang.
9
Anafora, pengulangan pada awal baris;
Seri Bersila nama asalmu,
Seri Berdiir nama batangmu
Responsi, pengulangan di tengah baris;
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Inversi, pembalikan kata; nasi berwarna hamba sembahkan
Asonansi, pengulangan vokal; 'Puteri empat berselendang kuning' (vokal e)
Aliterasi, pengulangan konsonan; ' umbuk mayang diumbuk ' ( kosnonan m)
10
Masyarakat Melayu terdedah dengan unsur-unsur mistik sejka zaman animisme hingga ke zaman moden. Mereka mempercayai setiap benda ada roh dan saling berinteraksi dengan unsur-unsur tersebut. Berdasarkan mantera di atas, masyarakat Melayu menggunakan mantera ini untuk mengubati mereka yang disampuk makhluk halus dengan menggunkan mayang pinang sebagai alat untuk 'memujuk' entiti tersebut. Memandangkan ia menjadi satu kepercayaan, maka mantera ini diamalkan dengan meluas selaras dengan pemikiran orang-orang Melayu pada masa itu yang masih terikat dengan unsur-unsur magis dan mempercayai bomoh dan pawang.
11
12
Bismi'llahi 'I-rahmani 'Rahim
Tepung tawar tepung jati
Ketiga dengan tepung kedangsa
Jika boleh kehendak hati
Jangan sakit jangan mati
Jangan punah jangan ranah
Tepung tawar tepung jati
Ketiga tawar semula jadi
Naik emas berkati-kati
Naik orang beribu laksa
Tepung tawar semula jadi
Barangku citaku perolehi
Allah menawar, Muhammad menjampi
Dengan berkat doa
La ilaha 'illah, Muhammad Rasullulah
13
Mantera dimulakan dengan menyebut nama Allah dan ditutup dengan nama Allah dan rasul dengan harapan diberi kemurahan dan kasih sayang Allah. Seterusnya ia berharap agar penghuni rumah itu tidak mendapat kecelakaan dan kesusahan. Pembaca mantera juga berharap agar rumah yang diduduli akan sentiasa dikunjungi ramai dan penghuninya memperolehi kekayaan. Kebayakan mantera disulami dengan alatan dan perkakasan sebagai satu bentuk uapcara menepung tawar. Antara bahan yang sering digunakan seperti tepung, beras, kunyit , air mawar dan sebagainya. Oleh itu upacara mambaca mantera akan diikuti dengan upacara menepung tawar. penutup mantera itu disebut nama nabi dan Allah selepas kedatangan Islam yang mengganti penyebutan dewa-dewa mengikut pengaruh agama Hindu
14
Kepercayaan masyarakat terhadap unsur-unsur alam yang bersifat animisme. Kepercayaan ini didorong oleh keiginan mereka untuk mendapatkan pertolongan dalam sesuatu pekerjaan atau kehidupan. Dalam mantera di atas ia menggambarkan masyarakat Melayu lama yang mempercayai magis mantera untuk menduduki rumah baru harapan agar seluruh penghuninya memperolehi keuntungan dan keselamatan.
15
Anafora, perulangan pada awal baris
Naik emas berkati-kati
Naik orang beribu laksa
Responsi, perulangan di tengah baris
Jangan sakit jangan mati
Jangan punah jangan ranah
Perulangan dalam baris, contoh Tepung tawar tepung jati
Asonansi, perulangan huruf vokal. Sebagai contohnya; Jangan sakit jangan mati (hruf a)
Aliterasi, perulangan huruf konsonan, contohnya; ketiga dengan tepung kedangsa (huruf n)
Penggunaan diski Arab yang berupa ayat al-Quran iaitu 'Bismi 'Ilahi 'I-Rahmani 'I-Rahim
16
Masyarakat tradisional yang mementingkan kekayaan dan kemakmuran dalam hidup
Masyarakat yang mempunyai unsur-unsur mistik untuk memberikan pertolongan dalam setiap pekerjaan.
Walaupun mempercayai unsur-unsur misitik tetapi masyarakatnya masih berpegang kepada agama Islam
17
Masyarakat Melayu sering menjadikan amalan membaca jampi serapah sebagai salah satu upacara ketika mereka berpindah ke rumah baru. Sebelum memulakan kerja di tapak rumah baru mereka akan membaca mantera tertentu. Sebaik sahaja rumah siap dan hendak diduduki, mantera seperti di atas akan dibacakan dalam satu upacara khas. Tujuan mantera ini diamalkan agar penghuninya diberi keamanan dan selesa serta dimurahkan rezeki.
by Zubairi Yahaya
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 17
SLIDE
Similar Resources on Wayground
10 questions
pengkayaan
Presentation
•
University
12 questions
PEMAHAMAN MERDEKA BELAJAR
Presentation
•
KG - University
11 questions
Quiz Rayap Erapest
Presentation
•
KG - University
14 questions
Pengantar Penelitian Kualitatif dalam Pendidikan
Presentation
•
University
13 questions
Inovasi Guru
Presentation
•
University
13 questions
MANAJEMEN KRISIS KOMUNIKASI
Presentation
•
University
10 questions
Belum Berjudul
Presentation
•
KG
10 questions
Konsep dan Teori Etika
Presentation
•
University
Popular Resources on Wayground
10 questions
How much do you know about our Portrait of an Eagle?
Quiz
•
10th Grade
10 questions
Fast Food Slogans
Quiz
•
6th - 8th Grade
21 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Parts of Speech
Quiz
•
5th Grade
16 questions
Subject & Predicate
Quiz
•
5th Grade
25 questions
Multiplication Facts
Quiz
•
5th Grade
12 questions
Map Skills
Quiz
•
3rd Grade
22 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
5th Grade
Discover more resources for Education
11 questions
NFL Football logos
Quiz
•
KG - Professional Dev...
20 questions
Disney Trivia
Quiz
•
University
10 questions
Identifying equations
Quiz
•
KG - University
16 questions
Water Modeling Activity
Presentation
•
11th Grade - University
20 questions
Logos
Quiz
•
KG - University
21 questions
Spanish-speaking Countries
Quiz
•
KG - University
36 questions
Unit 5 Key Terms
Quiz
•
11th Grade - University
21 questions
Mapa países hispanohablantes
Quiz
•
1st Grade - University