Search Header Logo
KATA GANTI NAMA DIRI

KATA GANTI NAMA DIRI

Assessment

Presentation

Education

10th - 12th Grade

Medium

Created by

Siti Khadijah Hassan

Used 34+ times

FREE Resource

8 Slides • 10 Questions

1

media

KATA GANTI NAMA DIRI

by Siti Khadijah Hassan

2

Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.Perkataan Ganti nama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Ganti nama Diri, Ganti nama Umum, Ganti nama Pertanyaan, Ganti nama Petunjuk dan Ganti nama Sendi.

Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang

2. Kata ganti diri terdiri daripada:

(a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);

(b)kata ganti diri singkat;

(c) kata ganti tanya;

(d) kata ganti tempat; dan

(e) kata ganti tak tentu.

3

Kata Ganti Diri Pertama

1.       Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.

2.       Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.

4

Kata Ganti Diri Pertama

Penggunaannya

aku (tunggal)

digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan

saya (tunggal)

digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi

hamba (tunggal)

digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu

patik (tunggal)

digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan

beta (tunggal)

digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat

kami (jamak)

digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua

kita (jamak)

digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua

5

Kata ganti nama Diri Kedua Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :

6

Bentuk

contoh kata Ganti Diri kedua

Tunggal

tuanku, wak, kamu, anda, engkau

Jamak

kalian

Kata Ganti Diri Kedua

Penggunaannya

anda (tunggal)

digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita

awak (tunggal)

digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita

engkau (tunggal)

digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga

tuanku (tunggal)

digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja

kalian (jamak)

digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap

kamu (tunggal dan jamak)

digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita

7

Kata Ganti diri ketiga kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.

8

Bentuk

Contoh kata ganti diri ketiga

tunggal

ia, dia, beliau, baginda

jamak

mereka

Kata Ganti Diri Ketiga

Penggunaannya

baginda (tunggal)

digunakan untuk raja dan sultan

beliau (tunggal

digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpin

dia dan ia (tunggal)

digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan

mereka (jamak)

digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang

9

Multiple Choice

"Ibu, duit _______ hilang," kata Umair kepada ibunya.

1

kita

2

kami

3

saya

4

mereka

10

Multiple Choice

Darus dan Intan bersahabat karib. _______ tinggal sekampung.

1

Dia

2

Kita

3

Kami

4

mereka

11

Multiple Choice

"Ampun _______ tuanku," sembah Hang Tuah kepada raja.

1

beta

2

patik

3

hamba

4

baginda

12

Multiple Choice

"Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya," kata Ani kepada kawan-kawannya.

1

dia

2

awak

3

beliau

4

kalian

13

Multiple Choice

"Ali, suruh _______ datang ke sekolah petang ini untuk latihan sukan,” kata Cikgu Maimun kepada saya.

1

kami

2

kamu

3

beliau

4

mereka

14

Multiple Choice

" Sebagai tentera, _______ berikrar akan memperjuangkan tanah air sehingga titisan darah yang terakhir," kata askar-askar itu kepada pegawai mereka.

1

kita

2

kami

3

beliau

4

mereka

15

Multiple Choice

Kalau engkau tidak ada kerja marilah ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti dan Yusni kepada Nurul.

1

mereka

2

engkau

3

kami

4

kalian

16

Multiple Choice

"Kalau ________izinkan sekarang juga patik akan melaksanakan tugas itu,"sembah ahli nujum kepada sultan.

1

tuan

2

tuanku

3

baginda

4

tuan hamba

17

Multiple Choice

"Saya harap _______ dapat mempersembahkan permainan yang bermutu nanti," kata jurulatih bola sepak itu kepada pemain-pemainnya.

1

mereka

2

kalian

3

kami

4

k

18

Poll

Adakah kamu memahami cara penggunaan kata ganti nama diri dengan betul?

ya

sedikit

kurang faham

tidak faham

media

KATA GANTI NAMA DIRI

by Siti Khadijah Hassan

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 18

SLIDE