Search Header Logo
PANTUN TEKA TEKI

PANTUN TEKA TEKI

Assessment

Presentation

Education

1st Grade - University

Hard

Created by

Teena Awellnas

Used 3+ times

FREE Resource

12 Slides • 0 Questions

1

PANTUN TEKA TEKI

Oleh Kartina Awellnas

2

1

Kalau Tuan pergi ke kedai,

Belikan saya buah keranji,

Kalau tuan bijak pandai,

Apa binatang keris di kaki?

3

2

Ada sebiji roda pedati,

Bentuknya bulat daripada besi,

Bila bermain diikat sekuat hati,

Dilempar hidup dipegang mati?

4

3

Buah budi bedara mengkal,

Masak sebiji di tepi pantai,

Hilang budi bicara akal,

Buah apa tidak bertangkai?

5

4

Burung nuri burung dara,

Terbang ke sisi taman kayangan,

Cubalah teka wahai saudara,

Semakin diisi makin ringan?

6

5

Bunga orkid indah warnanya,

Penyeri taman dan juga hutan,

Ramai orang datang bertanya,

Bintang apa hidup di lautan?

7

6

​Jika tuan membeli tikar,

Tikar anyaman dari mengkuang,

Kalau Tuan bijak pintar,

Ular apa membelit pinggang?

8

7

Masak tumis sambal petai,

Makan kenyang sambil sendawa,

Anda menziarah sahabat handai,

Buah apakah yang akan dibawa?

9

​8

Tuan puteri belajar menari,

Tari diajar oleh Pak Harun,

Kalau Tuan bijak bestari,

Apa yang naik tak pernah turun?

10

9

Kalau tuan pakai lencana,

Pakailah songkok di atas kepala,

Kalau Tuan bijak laksana,

Binatang apakah tiada kepala?

11

10

​Jika ke kedai pergi berbelanja,

Belikan saya sudu dan senduk,

Jika pandai katakan ia,

Semakin berisi semakin menunduk?

12

TAHNIAH KERANA BERJAYA MENEKA !!!​

SEKIAN, TERIMA KASIH.

JUMPA LAGI PADA MASA AKAN DATANG.​

PANTUN TEKA TEKI

Oleh Kartina Awellnas

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 12

SLIDE