Search Header Logo
7.0 Keselamatan (KHAMIS 2 DISEMBER 2021)

7.0 Keselamatan (KHAMIS 2 DISEMBER 2021)

Assessment

Presentation

Physical Ed

9th Grade

Easy

Created by

GRACIE Moe

Used 3+ times

FREE Resource

11 Slides • 6 Questions

1

PJPK Tingkatan 3

7.0 Keselamatan

​7.1.1 Memerihal maksud dan jenis-jenis eksploitasi

oleh Cikgu Gracie

media
media
media

2

​https://www.astroawani.com/berita-hiburan/bayi-pada-gambar-album-nirvana-tuntut-ganti-rugi-rm630000-dari-setiap-ahli-kumpulan-316038

​​SPENCER Elden, bayi yang menghiasi gambar kulit album ‘Nevermind’ kumpulan terkenal Nirvana membuat tuntutan berjumlah RM630,000 daripada band rock tersebut.

Ini kerana menurut laporan BBC, dia mendakwa bahawa gambar yang digunakan oleh Nirvana pada tahun 1991 itu menyalahi undang-undang dan tanpa mendapat persetujuan.

Kata Elden, tuntutan tersebut dibuat atas kesalahan eksploitasi kanak-kanak kerana memperlihatkan gambarnya dalam keadaan berbogel.

media

3

Pengenalan

​Menurut Kamus Dewan, eksploitasi boleh didefinisikan sebagai perbuatan mengambil kesempatan untuk mempergunakan seseorang atau sesuatu keadaan secara tidak adil demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri.

Eksploitasi ini wujud dalam pelbagai bentuk dan merupakan satu kesalahan yang berat dari segi perundangan.

Eksploitasi berlaku di seluruh pelosok dunia dan tidak terbatas kepada umur atau kedudukan sosioekonomi seseorang.

4

Multiple Choice

Eksploitasi boleh didefinisikan sebagai perbuatan ______________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________

1

memanipulasi objek untuk memudahkan pekerjaan yang dilakukan

2

menipu seseorang supaya masing-masing boleh mendapat keuntungan

3

mengambil

kesempatan untuk mempergunakan seseorang atau sesuatu keadaan secara tidak adil demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri.

4

melibatkan diri sendiri dalam aktiviti-aktiviti tidak bermoral supaya digunakan oleh orang lain

5

​Kepelbagaian Eksploitasi

​Eksploitasi merupakan satu masalah global yang serius. Sebagai seorang warga yang bertanggungjawab, kita harus mengambil tahu isu tersebut.

Eksploitasi wujud dalam pelbagai bentuk sama ada fizikal, mental, emosi, psikologi, seksual dan ekonomi. Antara jenis

eksploitasi ialah:

​*sila klik untuk seterusnya

6

Eksploitasi seksual​

​Penipuan, paksaan atau memujuk seseorang untuk terlibat dalam sesuatu perlakuan seksual. Aktiviti

yang tergolong dalam jenis eksploitasi ini adalah pelacuran, tukang urut, agensi teman, kahwin paksa, seks siber, seks pelancongan, seks talian, mail order bride dan filem lucah.

media
media

7

​Kahwin paksa

​Ibu bapa yang memaksa anak mereka berkahwin dengan individu-individu tertentu. Kanak-kanak

ini mungkin diugut secara fizikal, seksual atau dikenakan tekanan

emosi dan psikologi yang tinggi untuk mengikut kehendak mereka.

media

8

​Pedofilia

​Orang dewasa yang mengambil kesempatan untuk memenuhi kehendak nafsu seksualnya ke atas

individu-individu di bawah umur. Pedofilia mungkin berlaku secara fizikal atau secara maya dengan adanya pelbagai perkembangan

media sosial.

media

9

​Eksploitasi buruh

​Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dipaksa untuk bekerja. Paksaan ini mungkin wujud

dalam bentuk kekerasan, penderaan atau keganasan. Kanak-kanak ini juga diminta untuk bekerja bagi menjelaskan hutang keluarga.

media

10

​Eksploitasi untuk melakukan jenayah

​Menjadi keldai dadah, mengemis, menyeluk saku, meragut beg dan penjualan barang-barang tiruan.

media

11

Mengupah kanak-kanak sebagai askar

​Pihak-pihak tertentu menggunakan kanak-kanak untuk mempertahan dan menyebarkan ideologi terpesong mereka.

media

12

Fill in the Blanks

Type answer...

13

Poll

Jika anda ditawarkan pekerjaan daripada orang yang tidak dikenali dengan bayaran yang sangat lumayan, adakah anda akan terima?

Ya

Tidak

Mungkin jika ada kawan yang ikut

14

Poll

Adakah perbuatan meng"upload" gambar kita sendiri atau adik-adik kita yang masih kecil di dalam Facebook selalu merupakan satu tindakan yang bijak?

Ya

Tidak

15

Open Ended

Pada pendapat anda, hukuman apakah yang paling sesuai untuk jenayah pedofilia?

16

Poll

Pada pendapat anda, di manakah kedudukan yang paling sesuai untuk individu di bawah umur 18 tahun?

berkahwin

bersekolah

bekerja

menjadi buruh

17

​Terima kasih, kita jumpa lagi di kelas yang seterusnya!

media

PJPK Tingkatan 3

7.0 Keselamatan

​7.1.1 Memerihal maksud dan jenis-jenis eksploitasi

oleh Cikgu Gracie

media
media
media

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 17

SLIDE