Search Header Logo
7.0 Keselamatan (Bahagian 2)

7.0 Keselamatan (Bahagian 2)

Assessment

Presentation

Physical Ed

9th Grade

Easy

Created by

GRACIE Moe

Used 4+ times

FREE Resource

11 Slides • 1 Question

1

7.0 Keselamatan (Bahagian 2)

by Cikgu GRACIE

​PJPK Tingkatan 3

media
media
media

​7.1.2 Membincangkan punca dan cara mengelakkan diri daripada dieksploitasi

2

SPENCER Elden, bayi yang menghiasi gambar kulit album ‘Nevermind’ kumpulan terkenal Nirvana membuat tuntutan berjumlah RM630,000 daripada band rock tersebut.

Ini kerana menurut laporan BBC, dia mendakwa bahawa gambar yang digunakan oleh Nirvana pada tahun 1991 itu menyalahi undang-undang dan tanpa mendapat persetujuan.

Kata Elden, tuntutan tersebut dibuat atas kesalahan eksploitasi kanak-kanak kerana memperlihatkan gambarnya dalam keadaan berbogel.

media

​https://www.astroawani.com/berita-hiburan/bayi-pada-gambar-album-nirvana-tuntut-ganti-rugi-rm630000-dari-setiap-ahli-kumpulan-316038

3

Isu eksploitasi kanak-kanak menggunakan internet boleh membarah memandangkan kanak-kanak serta remaja hari ini membesar dengan gajet yang mempunyai akses kepada pelbagai bentuk kandungan tidak sesuai dalam talian.

"Sajian internet" saban hari kepada kanak-kanak terutamanya sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibimbangi memberi implikasi negatif kepada minda serta rohani mereka.

Malahan, situasi ini turut membebankan ibu bapa dengan tanggungjawab untuk memastikan keselamatan anak mereka daripada menjadi mangsa eksploitasi penjenayah siber.

media

​https://www.astroawani.com/berita-malaysia/waspada-penjenayah-siber-elak-anak-jadi-mangsa-mcmc-315912

4

Seorang remaja ditahan atas dakwaan mengendalikan sindiket pelacuran dalam talian dengan mengeksploitasi kanak-kanak.

Remaja 17 tahun yang dikenali sebagai EGR itu diberkas dalam satu operasi di utara Jakarta pada 10 pagi Khamis lalu.

“Kami menjalankan operasi selepas mendapat aduan daripada unit siber bahawa suspek mengendalikan khidmat pelacuran menerusi akaun Facebook menggunakan nama 'Tasya Ayusari'," kata ketua Unit Siasatan Jenayah Tanjung Priok, Moh Faruk Rozi pada Ahad. “Suspek beroleh Rp500,000 (kira-kira RM145) bagi setiap tempahan pelacur kanak-kanak,” kata Faruk. Mengikut undang-undang Indonesia, remaja itu berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun jika didapati bersalah.

media

https://www.astroawani.com/berita-dunia/remaja-17-tahun-dalang-pelacuran-kanakkanak-diberkas-200810

5

media

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-patahkan-sindiket-eksploitasi-kanakkanak-jadi-peminta-sedekah-118781

Seramai 12 kanak-kanak perempuan berusia 11 hingga 13 tahun berjaya diselamatkan

daripada sindiket pemerdagangan manusia yang mengeksploitasi mereka sebagai peminta

sedekah dalam operasi dijalankan polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di

bandaraya Ipoh pada malam Jumaat.

Dalam serbuan sekitar 11.15 malam dan 1.45 pagi itu, pihak polis turut memberkas dua suspek

lelaki dan wanita berusia 40-an yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mengeksploitasi kesemua

kanak-kanak tempatan berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, kesemua kanak-kanak

malang berkenaan dipercayai digunakan sebagai 'ejen' peminta sedekah selain menjual

ubat-ubatan herba selain kalendar di sekitar daerah Ipoh dan Taiping.

6

​Kenapa Berlaku,

Bagaimana Mengelak?

7

Punca eksploitasi ini dilihat daripada tiga perspektif, iaitu:

media
  • ​individu

  • ​perhubungan keluarga

  • ​komuniti tempatan dan masyarakat

8

Individu

​• Dalam kebanyakan kes, individu yang dieksploitasi ini mengalami sesuatu kekurangan dari aspek keupayaan fizikal, intelek atau emosi.

• Mereka ini ditindas kerana datang daripada golongan tidak berupaya. Contohnya, individu di bawah kategori anak yatim.

• Tahap pendidikan seseorang individu juga mungkin mempengaruhi dirinya untuk dieksploitasi kerana mereka yang tidak berpendidikan tinggi mungkin tidak tahu hak mereka dan tidak berani menyuarakan perasaan mereka itu.

• Cara terbaik untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku adalah dengan mendapat pendidikan yang baik supaya individu-individu ini tahu akan hak asasi mereka.

9

​Perhubungan Keluarga

​• Pengeksploitasian ini mungkin berlaku dalam perhubungan keluarga yang bilangan ahlinya ramai dan status ekonomi keluarga yang rendah.

• Penggunaan bahan terlarang seperti alkohol, dadah dan bahan tembakau juga mungkin mengakibatkan kanak-kanak ini dieksploitasi. Mereka ini dinafikan peluang pendidikan kerana disuruh membantu untuk mengurangkan beban keluarga.

• Mereka diajar kemahiran asas sahaja dan mungkin terpaksa bekerja sebagai buruh kasar untuk seumur hidup mereka nanti.

• Cara terbaik untuk menghalang daripada berlakunya keadaan ini adalah dengan meningkatkan taraf mutu kehidupan mereka dengan menyediakan peluang pekerjaan dan melalui pendidikan.

10

​Komuniti Tempatan dan Masyarakat

​• Amalan sesetengah komuniti tempatan iaitu perempuan tidak diberi hak yang sama seperti lelaki.

• Di sesetengah tempat pula, kanak-kanak lelaki mungkin diminta untuk bekerja mencari nafkah hidup untuk keluarga. Ini merupakan salah satu bentuk eksploitasi komuniti tempatan itu sendiri yang mengamalkan budaya-budaya tertentu.

• Masyarakat kurang diberi pendedahan mengenai eksploitasi. Kurangnya sensitiviti masyarakat terhadap eksploitasi menjadikan kes ini tidak dilaporkan.

• Salah satu cara untuk mengelakkan daripada berlakunya keadaan ini ialah melalui pelbagai kempen kesedaran dan penguatkuasaan pihak tempatan.

11

Open Ended

SENARAIKAN TIGA (3) PUNCA EKSPLOITASI YANG TELAH DIBINCANGKAN SEBENTAR TADI

12

​Terima kasih, jumpa di kelas seterusnya ;)

7.0 Keselamatan (Bahagian 2)

by Cikgu GRACIE

​PJPK Tingkatan 3

media
media
media

​7.1.2 Membincangkan punca dan cara mengelakkan diri daripada dieksploitasi

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 12

SLIDE