Search Header Logo
ASK T3 - 4.1.5 MEMBINA PANGKALAN DATA

ASK T3 - 4.1.5 MEMBINA PANGKALAN DATA

Assessment

Presentation

Computers

8th Grade

Medium

Created by

Natalie Damie Jacob Enggah

Used 3+ times

FREE Resource

21 Slides • 10 Questions

1

Hello murid-murid!

Jadi sebelum kita meneruskan topik kita pada minggu ini, jom imbas kembali apa yang telah kita pelajari sebelum ini dengan menjawab beberapa soalan kuiz.

Good luck! ​

2

Multiple Choice

Entiti merujuk kepada suatu objek unik dan boleh dikenalpasti dalam sesuatu persekitaran seperti orang, tempat atau benda yang mempunyai data-data ____ yang boleh dikutip dan disimpan.

1

induk

2

atribut

3

deskriptif

4

rekod

3

Multiple Choice

Suatu objek unik dan boleh dikenal pasti dalam sesuatu persekitaran seperti orang, tempat atau benda dan mempunyai data deskriptif yang boleh dikutip dan disimpan.  

1

Entiti 

2

Atribut

3

Set hubungan 

4

Kekardinalan 

4

Multiple Choice

Merupakan data deskriptif bagi sesuatu entiti dan menerangkan ciri-ciri sesuatu entiti.

1

Entiti

2

Atribut

3

Set hubungan

4

Kekardinalan

5

Multiple Choice

Koleksi sepasang entiti subjek-objek yang mempunyai hubungan yang sama. 

1

Entiti 

2

Atribut

3

Set hubungan 

4

Kekardinalan 

6

Multiple Choice

Merujuk hubungan di antara rekod-rekod dalam satu jadual kepada rekod-rekod dalam jadual yang lain.

1

Entiti

2

Atribut 

3

Set hubungan 

4

Kerkadinalan 

7

Multiple Choice

Seorang peminjam hanya mempunyai satu ID Peminjam dan ID Peminjam dimiliki oleh seorang peminjam.

1

1:1

2

1:M

8

Multiple Choice

Seseorang boleh memiliki banyak kereta dan kereta hanya boleh dipunyai oleh seorang pemilik.

1

1:1

2

1:M

9

Multiple Choice

Jenis kekardinalan antara kereta dan nombor pendaftaran.

1

1:1

2

1:M

10

Multiple Choice

Yang manakah hubungan kekardinalan yang sesuai untuk menunjukkan pernyataan satu kepada satu (1:1)?

1

"Ramai orang guru mengajar dalam satu sekolah."

2

"Ramai orang guru mengajar dalam satu kelas."

3

"Satu sekolah mempunyai ramai orang guru."

4

"Satu orang murid hanya dalam satu kelas."

11

Multiple Choice

Yang manakah hubungan kekardinalan yang sesuai untuk menunjukkan pernyataan satu kepada banyak (1:M)?

1

"Ramai orang guru mengajar dalam satu sekolah."

2

"Ramai orang guru mengajar dalam satu kelas."

3

"Satu sekolah mempunyai ramai orang guru."

4

"Satu orang murid hanya dalam satu kelas."

12

media

​Yay! Tahniah! Anda telah menjawab soalan kuiz sebelum memulakan topik baharu untuk minggu ini.

13

ASK T3 - 4.1.5 MEMBINA PANGKALAN DATA

by Madam Natalie Jacob

14

Topik kita pada minggu ini ialah...

15

Objektif pembelajaran

​Murid boleh:

  • ​Membina pangkalan data yang terdiri daripada:

    • ​entiti (table)

    • ​atribut (field)

    • ​hubungan

media
media
media

16

Apa itu pangkalan data?

  • Tempat pengumpulan dan penyimpanan data secara berpusat bagi sistem maklumat yang berasaskan komputer

  • ​Merupakan koleksi data yang saling berhubung antara satu sama lain yang disimpan tanpa berlaku pengulangan data yang tidak dikehendaki

  • ​Memudahkan data dan maklumat untuk disimpan, dicapai atau dikemas kini

Imbas kembali

17

​Membina Pangkalan Data

  • ​dibina menggunakan perisian sistem pengurusan pangklan data atau lebih dikenali sebagai DBMS (Database Management System)

  • ​DBMS

    • satu perisian yang membolehkan pengguna mentakrif, mencipta, menyusun, mengemaskini, mengurus dan menyelenggara pangkalan data

    • ​mengawal capaian terhadap data dalam pangkalan data

    • ​juga dianggap sebagai antaramuka di anatara pengguna dan pangkalan data

    • ​perisian yang biasa digunakan: Microsoft Access, Microsoft's SQL Server, Oracle, Informix, Foxbase Plus, DB2, dll.

18

Langkah untuk membina pangkalan data

Langkah 1 :

Tentukan tujuan pembinaan pangkalan data 

19

Langkah untuk membina pangkalan data

Langkah 2 :

Menentukan entiti yang diperlukan

20

Langkah untuk membina pangkalan data

Langkah 3 :

Menentukan atribut yang diperlukan

21

Langkah untuk membina pangkalan data

Langkah 4 :

Menentukan hubungan dan kekardinalan yag diperlukan

22

Langkah untuk membina pangkalan data

Langkah 5 :

Menghasilkan pangkalan data

23

  • membolehkan anda membina pangkalan data tanpa menulis kod atau menjadi seorang pakar dalam pangkalan data

    terdapat banyak template yang direka dengan baik untuk membantu anda dengan cepat membina pangkalan data

    mudah untuk mencari data yang diinginkan dengan menggunakan pertanyaan (queries)

media

24

  • membolehkan anda membina borang (form) untuk tujuan kemasukan data yang lebih mesra pengguna

    ​juga terdapat banyak Wizards membantu untuk memudahkan anda membina pangkalan data

media

25

​JOM KENALI

OBJEK-OBJEK PANGKALAN DATA DALAM PERISIAN APLIKASI

MICROSOFT ACCESS

26

​OBJEK-OBJEK PANGKALAN DATA

Jadual (Table)

  • ​satu entiti diwakili oleh satu jadual. Atribut-atribut entiti yang berkenaan disimpan dalam lajur (atau medan) pada jadual.

  • ​menyimpan data mengikut baris. Setiap baris dat dipanggil saru rekod.

27

​OBJEK-OBJEK PANGKALAN DATA

Pertanyaan (Query)

  • ​meminta data yang tertentu daripada satu atau lebih daripada satu jadual.

  • ​data yang diperoleh boleh dicetak atau dipaparkan

  • ​data yang dipaparkan boleh dibuat perubahan

28

​OBJEK-OBJEK PANGKALAN DATA

Borang (Form)

  • ​merupakan antara muka antara pengguna dan komputer

  • ​memudahkan kemasukan data

  • ​memaparkan data daripada satu atau lebih daripada satu jadual dalam bentuk selain daripada baris dan lajur

  • ​memaparkan data daripada pertanyaan

  • ​mengubh data yang dipaparkan melalui satu borang

  • ​mengubah, melihat atau memasukkan data

29

​OBJEK-OBJEK PANGKALAN DATA

Laporan (Report)

  • ​menyediakan laporan berdasarkan dta dalam satu atau lebih daripada satu jadual entiti atau berdasarkan satu pertanyaan

  • ​laporan boleh dicetak atau menganalisis data

30

Capaian kepada perisian Microsoft Access

​Sila pergi ke pautan dibawah untuk menonton video bagi lebih memahami cara capaian ke Microsoft Access. 

​https://www.youtube.com/watch?v=g42bFpJssCA

​(kredit kepada cikgu Nor Hafeza Binti Ezzadin)

31

media

Sekian, terima kasih.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi cikgu ye...

Hello murid-murid!

Jadi sebelum kita meneruskan topik kita pada minggu ini, jom imbas kembali apa yang telah kita pelajari sebelum ini dengan menjawab beberapa soalan kuiz.

Good luck! ​

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 31

SLIDE