Search Header Logo
TING 2 - HIKMAH MENABUNG

TING 2 - HIKMAH MENABUNG

Assessment

Presentation

Education

8th Grade

Medium

Created by

Syafiq Shariffuddin

Used 1+ times

FREE Resource

1 Slide • 6 Questions

1

KEMAHIRAN MENULIS

​KARANGAN -

KEBAIKAN AMALAN MENABUNG WANG

media

2

Multiple Choice

Pendahuluan

Menabung bermaksud menyimpan __________ wang untuk masa hadapan. Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung memberi banyak faedah kepada kita.

1

sebahagian

2

separuh

3

semua

4

sedikit

3

Multiple Choice

Question image

Isi Pertama

Antara kebaikan menabung ialah boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan wang di dalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan atau _______ bank. Justeru, wang ini membolehkan kita hidup dengan selesa pada masa hadapan tidak menyusahkan orang lain.

1

dividen

2

insentif

3

hadiah

4

bonus

4

Multiple Choice

Question image

Isi Kedua

Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti serta membantu kita membeli barang-barang keperluan diri kita sendiri. Ibu bapa pasti akan berasa ______ dengan sikap kita yang pandai berjimat cermat.

1

bangga

2

terkilan

3

terkejut

4

hairan

5

Multiple Choice

Question image

Isi Ketiga

Menabung juga dapat memupuk sikap berjimat-cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala ___________ harian. Kita hendaklah menyimpan baki duit yang diberi ibu bapa untuk persekolahan ke dalam tabung. Oleh itu, buku, alat tulis dan keperluan lain dapat dibeli sendiri dengan menggunakan simpanan tadi.

1

perbelanjaan

2

pembelajaran

3

aktiviti

4

tugasan

6

Multiple Choice

Question image

Isi Keempat

Menabung juga mendatangkan faedah iaitu dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit, wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan jika ________________ sakit atau ditimpa kemalangan.

1

ahli keluarga kita

2

ahli keluarga jiran

3

ahli keluarga rakan

4

ahli keluarga orang lain

7

Multiple Choice

Penutup

Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Bak kata pepatah, 'ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis'. Oleh itu , mulalah menabung dari sekarang kerana "____________________".

1

sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

2

harapkan pagar, pagar makan padi

3

sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

4

ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi

KEMAHIRAN MENULIS

​KARANGAN -

KEBAIKAN AMALAN MENABUNG WANG

media

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 7

SLIDE