Search Header Logo
AMANAT MENTERI PENDIDIKAN 2023

AMANAT MENTERI PENDIDIKAN 2023

Assessment

Presentation

Education

University

Practice Problem

Hard

Created by

KOLEJ 1

FREE Resource

43 Slides • 0 Questions

1

media

Selamat Tahun Baharu

2

media

Konsep MADANI telah dirangka sebagai ikhtiar
kita untuk memetakan strategi bagi mentadbir
negara dengan berkesan. Negara dan peradaban
yang kita citakan, dan akan bangunkan kelak
haruslah M.A.D.A.N.I. - Mampan, sejahterA,
berDaya cipta, saling menghormAti, punyai
keyakiNan dan bersifat Ihsan.

MADANI

3

media

16 Disember 2022

• Kejadian tanah runtuh berlaku

di tapak perkhemahan
Father’s Organic Farm,
Batang Kali, Selangor.

• Marilah kita hadiahkan al-

Fatihah dan bertafakur selama
seminit bagi mendoakan
rakan-rakan yang terkorban
dan terkesan dalam insiden
ini.

4

media

Bencana Banjir

• Antara negeri yang terkesan teruk dengan

kejadian banjir ialah negeri Terengganu,
Sarawak, Kelantan, Pahang dan Perak.

• Saya berharap semua yang terlibat dan

terkesan dengan bencana banjir, tabah dalam
menempuh ujian ini.

5

media

Melangkah ke tahun 2023

• Agenda

untuk

menjajarkan

semula

pendidikan kita pada masa hadapan.

• Pendidikan adalah suatu misi penting

yang dituntut agama.

• Misi utamanya, tidak lain adalah untuk

mengangkat karamah insaniah, atau
martabat dan kemuliaan insan setinggi-
tingginya.

6

media

‘Walaqad

Karramna

bani

Adam’

yang

bermaksud ‘Dan sesungguhnya telah kami
muliakan anak-anak Adam’. (al-Isra, 17:70).

Kesemua

mempunyai

kemuliaan

yang

perlu

dihormati

dan

punyai

potensi

masing-masing.

• Justeru, menghormati martabat keinsanan

dan maruah manusia perlu menjadi asas
utama untuk kita bergerak ke hadapan.

7

media

Mendepani

Cabaran

Pendidikan

8

media

Kesaksamaan
Pendidikan

Memastikan kesaksamaan

pendidikan sebagai teras

perkhidmatan dan

kesaksamaan pengurusan

pendidikan pada semua

peringkat dapat direalisasikan.

Ini penting bagi memastikan

semua murid tanpa mengira

lokaliti, latar belakang termasuk

murid paling lemah dan rentan

pendidikan, mendapat peluang

pembelajaran yang saksama

seperti murid yang lain.

9

media

Kebajikan Guru

Oleh itu, untuk mengangkat martabat

manusia menjadi mulia, guru sendiri

perlu terlebih dahulu diangkat martabat

dan maruahnya. Keyakinan kita, manusia

itu sendiri telah pun diciptakan Tuhan

sebagai sebaik-baik kejadian.

ْ دَقَلاَنقَلَخَْناَس نِلْاْ يِفِْنَس حَاْقَتْ م يِو

(At- Tin: 4)

10

media

Pengajaran dan
Pembelajaran

Cabaran teras untuk meningkatkan
capaian pendigitalan pendidikan
sebagai usaha menguruskan
kemiskinan multidimensi dan
membantu murid B40 ini, agar
kembali meneruskan persekolahan dan
keluar dari kemelut keciciran.

11

media

Murid Berkeperluan
Pendidikan Khas

Hak untuk mendapat pendidikan itu wajib
difahami, termasuk untuk murid
berkeperluan pendidikan khas yang terdiri
daripada enam kategori, iaitu
ketidakupayaan pendengaran,
ketidakupayaan penglihatan,
ketidakupayaan pertuturan,
ketidakupayaan fizikal, masalah
pembelajaran dan ketidakupayaan
pelbagai.

12

media

Fokus Strategik

/ Hala Tuju
KPM 2023

13

media

Murid
Guru
Infrastruktur

3 Elemen Utama

14

media

Teras
Pertama

• Kita berazam untuk menjadikan komunikasi antara

Kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus.

• Dalam hal ini, saya memastikan laporan berkaitan diambil

tindakan segera melalui kaedah solusi yang terbaik, dan
insya-Allah akan memperkenalkan saluran baharu
untuk memberikan pilihan yang lebih berkesan kelak.

15

media

Teras Kedua

Usaha pembangunan
ummah perlu berfokus
kepada agenda
pembinaan watak bangsa
menerusi program
perubahan budaya yang
berintikan perubahan
dalaman, iaitu perubahan
jiwa dan minda.

16

media

Teras Ketiga
dan Keempat

• Memberi Perhatian Terhadap

Isu Kemiskinan Multidimensi
Murid Daripada Keluarga B40:
Malnutrisi, peranti dan ruang
belajar murid

• Memberi Perhatian Keciciran

Pendidikan Serta Masalah
Literasi dan Numerasi.

17

media

Teras Kelima

KPM akan memastikan mereka
diberi sokongan profesional
berterusan yang sewajarnya dan
memberi tumpuan kepada kebajikan
termasuk tekanan yang dihadapi
oleh guru disebabkan beban tugas
dan berjauhan daripada pasangan.
KPM akan berusaha untuk
meningkatkan peruntukan bagi
latihan profesional.

18

media

Teras Keenam

Memberi tumpuan kepada usaha
Ubah Suai Dan Naik Taraf
Bangunan Sekolah Yang Daif
Terutamanya di Sabah dan Sarawak
yang menjadi teras keenam,
komitmen menangani sekolah daif
akan menjadi antara tumpuan paling
utama.

19

media

Teras Ketujuh

Dasar Pendidikan Digital akan
menjelaskan empat objektif
pendidikan digital yang disokong
dengan enam teras, 18 strategi dan
41 inisiatif secara terperinci bagi
mencapai hasrat melahirkan
generasi fasih digital yang
berdaya saing.

20

media

Tujahan Ke Hadapan:
Amanat Untuk Warga Pendidikan

21

media

Sesi libat urus (townhall) kepada
pemegang taruh akan dijadikan
budaya bagi mendapat maklum balas
profesional dan maklum balas awam
selain daripada dapatan kajian,
laporan pendidikan dalam dan
antarabangsa, serta bersandarkan
kepada data-data perangkaan yang
meyakinkan.

22

media

Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia

…perancangan

Pelan

Pendidikan

selepas

tahun 2025 perlu difikirkan dan dirancang.
Pelan Hala Tuju Pendidikan berserta dengan
Pelan Tindakan yang strategik perlu dibuat
daripada sekarang agar perjalanan sistem
pendidikan tidak tergendala.

Bahagian

utama

di

KPM

khususnya

berkaitan dasar dan perancangan perlu
memberi fokus kepada Pelan Hala Tuju
Pendidikan KPM ini.

23

media

Pemerkasaan
Pendidikan
Prasekolah

Pendidikan prasekolah perlu diberikan perhatian khusus dan

prasekolah yang sedia ada perlu diperkasa.

• Kementerian Pendidikan juga sedang dalam usaha untuk

menaikkan kadar bantuan makanan prasekolah.

• Inisiatif meningkatkan enrolmen murid, kualiti guru dan

pembantu pengurusan murid (PPM) sedang diperhalusi dan diteliti.

• KPM komited untuk menambah bilangan kelas prasekolah pada

setiap tahun.

• Untuk tahun 2023, KPM telah mencadangkan sebanyak 118 buah

peluasan kelas prasekolah untuk beroperasi di seluruh negara,
termasuk di kawasan miskin bandar, luar bandar dan pedalaman.

24

media

Murid Berkeperluan
Pendidikan Khas

• Semua murid termasuk murid berkeperluan

pendidikan khas (MBPK) berhak untuk
menerima pendidikan.

• KPM juga turut meningkatkan bilangan

projek pembangunan yang dimohon melalui
Unit Perancang Ekonomi (UPE) bagi
membina bangunan tambahan yang
merangkumi bilik darjah dan kemudahan
lain untuk Program Pendidikan Khas
Integrasi

25

media

Pendidikan anak-anak
masyarakat Orang Asli
dan Peribumi

26

media

Majlis Penasihat Pendidikan
Kebangsaan (MPPK)
Sesi 2023-2025

MPPK ditubuhkan berdasarkan Seksyen
10, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]
yang memperuntukkan bahawa;

“Maka bolehlah ditubuhkan bagi maksud
Akta ini suatu Majlis Penasihat
Pendidikan Kebangsaan; dan Majlis
Penasihat Pendidikan Kebangsaan
hendaklah terdiri daripada seorang
pengerusi dan orang lain yang dilantik
oleh Menteri”.

27

media

Membuktikan keterbukaan
Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) untuk
mendengar pandangan
dan buah fikiran dari
pelbagai pihak termasuk
di luar KPM berkaitan
perkara dan isu yang
berhubungan dengan
pendidikan

28

media

1. 6 daripada 9 ahli MPPK ini dipilih

dalam kalangan mereka yang
berlatar belakang profesion
keguruan (Skim DG – skim
perkhidmatan pendidikan).

2. Pengerusi MPPK dipilih dalam

kalangan mantan Ketua
Pengarah Pendidikan.

3. Garapan tokoh-tokoh pendidikan

yang berupaya membawa hasrat
7 teras keutamaan KPM.

29

media

Pengerusi
Datuk Dr. Amin Bin Senin

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia 2018-2020

Kepakaran:

Kepimpinan pelbagai peringkat organisasi dalam
KPM, dan hal ehwal pengurusan perubahan institusi
pendidikan, serta pembangunan sumber manusia.

30

media

Timbalan Pengerusi

Prof. Dato’ Dr. Mohamad Fauzan
Bin Noordin

Profesor di Kuliyyah Information and
Communication Technology, UIAM.

Kepakaran:

Teknologi Pengetahuan, Sistem
Pengurusan Maklumat, dan Pengauditan.

31

media

Dato’ Prof. Dr. Noor
Inayah Binti Ya’akub

Presiden dan Naib Canselor Infrastructure
University Kuala Lumpur

Kepakaran:

Undang-undang

dan

Syariah,

serta Governans

32

media

Prof Dr. Omar
Bin Yaakob

Felo Akademi Profesor Malaysia

Mantan Ahli Majlis Penasihat Pendidikan
Kebangsaan sesi 2018 - 2020

Kepakaran:

Kejuruteraan

dan

Pendidikan

Islam Bersepadu

33

media

Dato’ Dr. Mehander
Singh Nahar Singh

Wakil rasmi di Malaysia, Program kepimpinan
dan Pengurusan Pendidikan Oulu University,
Teacher Training School, Finland

Kepakaran:

Kepimpinan pendidikan dan sukan

34

media

Tuan Mohd Abd Aziz
Bin Mahmud

Yang DiPertua Majlis Pengetua Sekolah
Malaysia 2019-2021

Kepakaran:

Kepimpinan pendidikan

35

media

Tuan Aminuddin Bin
Awang

Presiden

Kesatuan

Perkhidmatan

Perguruan

Kebangsaan

Semenanjung

Malaysia

(NUTP

Malaysia)

Kepakaran:

Kepimpinan pendidikan

36

media

Puan Rusilawati Binti
Mohd Salleh

Guru Cemerlang Matematik 2013-2021

Kepakaran:

Pendidikan matematik, pedagogi

37

media

Puan Chee Poh Kiem

Pengetua SMK St Mary Kuala Lumpur 2015-
2022

Kepakaran:

Kepimpinan pendidikan

38

media

sebagai tindakan segera dan arahan pertama saya, saya arahkan laporan

pertama MPPK adalah untuk memberikan perhatian kepada teras yang

sering saya tegaskan berkali-kali, iaitu hal berkaitan beban tugas dan

kebajikan guru. Dan saya mahu laporan tersebut di atas meja saya

sebelum pertengahan bulan hadapan (15hb Februari 2023).

39

media

Jawatankuasa-jawatankuasa kecil

akan dibentuk mengikut kluster yang

lebih khusus, yang akan turut

melibatkan wakil murid sebagai

suara utama yang akan saya dan

barisan pengurusan tertinggi KPM

akan dengari.

40

media

Saya berharap pegawai di Kementerian,

JPN dan PPD, bersama-sama

bergerak dan diberdayakan sebagai

pemikir dan pemimpin perubahan

yang dapat memberikan sokongan dan

bantuan kepada pihak pelaksana dan

sekolah yang paling memerlukan.

41

media

Tonggak Dua Belas

1. Menghargai masa

2. Ketekunan membawa kejayaan

3. Keseronokan bekerja

4. Kemuliaan keserderhanaan

5. Ketinggian peribadi

6. Kekuatan sifat baik hati

7. Pengaruh teladan

8. Kewajipan menjalankan tugas

9. Kebijaksanaan berhemat

10.Keutamaan kesabaran

11.Peningkatan bakat

12.Nikmat mencipta

42

media

Murid Ceria, Guru Bahagia,

Sekolah Bitara, Negara Sejahtera.

43

media
media

Selamat Tahun Baharu

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 43

SLIDE