
T3 Bab 4 : Tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia
Presentation
•
Geography
•
12th Grade
•
Hard
CHE Moe
FREE Resource
35 Slides • 8 Questions
1
Bab 4 Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia
PENDAHULUAN
Apakah yang akan anda pelajari ?
❑ Mengenal pasti jenis dan taburan tumbuh-tumbuhan semulajadi.
❑ Menghuraikan faktor yang mempengaruhi jenis dan taburan tumbuh-tumbuhan semula
jadi di Malaysia.
❑ Menjelaskan dengan contoh kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia.
❑ Merumus kesan kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia.
Malaysia kaya dengan pelbagai jenis
tumbuh-tumbuhan
semula
jadi
dan
terdapat
pelbagai
faktor
yang
mempengaruhi
taburannya.
Ia
juga
sangat
banyak
kepentingan.
Namun
kegiatan
manusia
banyak
memberi
kesan
positif
dan
negatif
terhadap
tumbuh-tumbuhan semula jadi ini.
2
4.1 Jenis dan taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia
❑ Iklim Khatulistiwa yang panas dan
lembab sepanjang tahun menggalakkan
pertumbuhan pelbagai jenis tumbuh-
tumbuhan semula jadi.
❑ Ia terbahagi kepada lima jenis iaitu:
a)
Hutan hujan tropika
b)
Hutan gunung
c)
Hutan paya air tawar
d)
Hutan paya air masin
e)
Hutan pantai
3
Multiple Select
HUTAN YANG TERDAPAT DI MALAYSIA (jawapan lebih daripada 1)
HUTAN HUJAN TROPIKA
HUTAN PAYA AIR MASIN
HUTAN LAUT
HUTAN PANTAI
HUTAN BUKIT
4
a) Hutan Hujan Tropika
❑ Pokok-pokok di hutan ini kelihatan berlapis-lapis dan malar hijau.
❑ Daun pokok bersaiz lebar, pokok yang tinggi, berakar banir dan dahan yang
tersebar.
❑ Hujung daun berbentuk tirus untuk membolehkan air hujan mengalir turun
dengan mudah dan cepat.
Akar banir
Dahan yang tersebar
Daun bersaiz lebar
5
Multiple Select
Antara yang berikut yang manakah ciri utama tumbuh-tumbuhan di Hutan Hujan Tropika?
Malar hijau
Akar pneumatofor
Daun pokok berduri
Lima lapisan utama
6
Empat jenis lapisan Hutan Hujan Tropika
I. Lantai hutan
•Ketinggian pokok kurang 10
meter.
•Tumbuhan jarang kerana kurang
dapat cahaya matahari.
•Diliputi daun kering dan dahan
reput.
•Terdapat tumbuhan saprofit.
II. Lapisan tengah
•Ketinggian pokok 10 - 20 meter.
•Tumbuhan jarang kerana kurang
dapat cahaya matahari.
•Diliputi daun kering dan dahan
reput.
•Terdapat tumbuhan epifit.
III. Lapisan kanopi (Silara)
•Ketinggian pokok 20 - 40 meter.
•Lapisan pelindung cahaya matahari
daripada menembusi lantai hutan.
IV. Lapisan renjong (Emergen)
•Ketinggian pokok 40 - 50 meter.
•Pokok berkayu keras dan tumbuh
rapat-rapat.
•Batang pokok lurus dan tinggi untuk
mendapatkan cahaya matahari.
7
Multiple Select
HUTAN HUJAN TROPIKA MEMPUNYAI CIRI-CIRI SEPERTI :
(jawapan lebih daripada 1)
BERLAPIS-LAPIS
MALAR HIJAU
TERDAPAT EMPAT LAPISAN
8
Multiple Select
HUTAN YANG TERDAPAT DI MALAYSIA
HUTAN HUJAN TROPIKA
HUTAN PAYA AIR MASIN
HUTAN LAUT
HUTAN PANTAI
HUTAN BUKIT
9
Multiple Choice
HUTAN HUJAN TERDIRI DARIPADA BERAPA LAPISAN?
1
4
3
5
10
b) Hutan Pantai
❑ Tumbuh di kawasan pantai berpasir.
❑ Contoh tumbuhan semulajadi:
Pokok ru, tapak kuda, mengkuang,
jemerlang laut, bintangor laut, kelat
jambu laut dan pokok kelapa.
❑ Ia mempunya ketinggian yang berbeza-beza.
Pokok tapak kuda
❑ Pokok ru tumbuh sehingga 40 meter,
berbatang lurus, tinggi dan berbentuk silinder.
❑ Pokok tapak kuda pula tumbuh menjalar di
pantai yang berpasir.
Pokok mengkuang
Pokok bintangor laut
Pokok jemerlang laut
11
Multiple Select
JENIS TUMBUHAN YANG BOLEH DIDAPATI DI HUTAN PANTAI IALAH?
POKOK RU
TAPAK KUDA
KELAPA SAWIT
GETAH
12
c) Hutan Paya Air Tawar
❑ Tumbuh di kawasan bersaliran buruk yang
sering ditenggelami air, khususnya di tepi
sungai atau tasik.
❑ Contoh tumbuhan semulajadi di sini:
Pokok meranti paya, kempas, mersawa paya
dan mengkuang.
❑ Ia tumbuh secara bercampur aduk, rapat -
rapat dan biasanya tiada dahan dibahagian
bawahnya.
❑ Terdapat pokok jenis berkayu keras,
berbatang besar, lurus dan tinggi.
Mengkuang
Meranti
Kempas
13
Multiple Select
HUTAN PAYA AIR TAWAR ADALAH KAWASAN......
BERSALIRAN BAIK
BERSALIRAN BURUK
DITELENGGAMI AIR
14
Profil Hutan Paya Air Tawar
15
Multiple Select
HUTAN PAYA AIR TAWAR TERDIRI DARIPADA 3 LAPISAN IAITU?
LAPISAN POKOK RENEK
LAPISAN BAWAH
LAPISAN TENGAH
LAPISAN EMERGEN
LAPISAN KANOPI
16
d) Hutan Paya Air Masin
❑ Banyak
terdapat
di
kawasan
pinggir
pantai
yang
besaliran
buruk,
berlumpur
dan
terlindung.
❑Contoh tumbuhan semulajadi:
Pokok bakau, nipah, lenggadai,
tumu merah, paku pakis, gelam,
ramin, jongkong dan nibong.
❑ Tumbuh-tumbuhannya
berbeza-
beza mengikut jarak dari laut.
❑ Ia
ditenggelami
oleh
air
laut
ketika air pasang.
Pokok tumu merah
Pokok nibong
Pokok nipah
Pokok bakau
17
Jenis akar dan huraiannya
Akar ceracak
Akar jangkang
Jenis akar
Pokok
Huraian
Akar
ceracak
Bakau api-api
dan perepat
➢ Berfungsi untuk pernafasan
➢ Kekurangan oksigen kerana ditenggelami air masin
➢ Keluar menegak dari tanih berlumpur
Akar
jangkang
Bakau kurap
dan bakau
minyak
➢ Tumbuh di bahagian pangkal batang pokok.
➢ Masuk ke dalam lumpur
➢ Menyerap udara ketika air pasang
➢ Menyokong pokok agar tidak mudah tumbang
18
e) Hutan Gunung
❑ Terdapat di kawasan
tanah
tinggi
yang
melebihi 1 200 meter
dari aras laut.
❑ Tumbuhan
di
sini
akan
cuba
untuk
mengadaptasikan
dengan
suhu
dan
kesuburan tanih.
❑ Jenis
tumbuhan
semulajadi
berbeza
mengikut ketinggian.
Profil Hutan Gunung
Bunga Rafflesia di Banjaran Crocker
19
Ketinggian
Lapisan hutan
Jenis pokok
1200 – 1800 m
Hutan montane bawah:
▪ Dikenali sebagai Hutan Daun Luruh
▪ Ketinggian pokok di antara 15 meter hingga 33
meter
▪ Pokok oak dan laurel
▪ Tumbuh-tumbuhan epifit seperti
orkid dan paku langsuyar
1800 – 2900 m
Hutan montane atas:
▪ Terdapat pokok-pokok daun tirus
▪ Kebanyakan pokok adalah rendah
▪ Ketinggian pokok di antara 1.5 meter hingga 18
meter
▪ Hanya terdapat satu lapisan hutan sahaja
▪ Lantai hutan yang lembap dan ditumbuhi lumut
▪ Pain
▪ Sprus
▪ Gelam-gunung
▪ Tumbuh-tumbuhan epifit (liken
dan lumut)
▪ Bunga rafflesia,periuk kera dan
pokok rhododendron
2900 – 3500 m
Tumbuhan hampir alpain:
▪ Terdapat hutan campur jenis pokok bantut dan
rumput
▪ Pokok renek konifer
▪ Rumput jenis Low’s
Buttercup,Bornean eyebright,red
sanicle dan periuk kera
Melebihi 3500 m
Tumbuhan alpain:
▪ Terdapat tumbuhan renek dan lumut
▪ Orkid dan lumut
Ciri-ciri empat lapisan Hutan Gunung
20
Bentuk muka bumi
4.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi taburan
tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia
Saliran
Iklim
Tanih
a.
b.
d.
c.
21
a) Bentuk muka bumi
i. Tanah pamah dan kaki bukit
• Hutan
Hujan
Tropika
tumbuh
di
kawasan tanah pamah dan kaki bukit
yang bersaliran baik.
• Terdiri dari pokok yang tinggi dan
bersaiz besar.
• Kawasan yang berada di bawah 180
meter dari aras laut.
• Akar
banir
berfungsi
untuk
menyokong pokok daripada tumbang
22
ii. Muara sungai, pinggir tasik dan pinggir laut
• Kawasan berpasir dan berlumpur
ditumbuhi hutan pantai.
• Kawasan pinggir laut yang terlindung
dan muara sungai berlumpur
ditumbuhi Hutan Paya Air Masin.
• Tanah pamah yang sering ditenggelami
air ditumbuhi oleh Hutan Paya Air
Tawar.
23
iii. Tanah tinggi melebihi 1200 meter dari aras laut
• Tumbuh pada ketinggian 1200
meter .
• Terdiri dari pokok-pokok bersaiz
kecil .
• Pada ketinggian 1800 – 2900
meter, terdapat pertumbuhan
lumut dan pokok tumpang seperti
orkid serta pokok-pokok bantut.
24
b. Saliran
Saliran
Jenis pokok
Lokasi
Bersaliran
baik
Pokok cengal, tualang, pokok
kelapa dan pokok ru
Pulau Sipadan (Sabah), Desaru (Johor)
dan Air Terjun Lasir (Terengganu)
Bersaliran
buruk
Pokok mengkuang, mersawa
paya, meranti paya, kempas,
nipah dan nibong
Tasik Chini dan Tasik Bera (Pahang)
Delta Labuk-Sugut (Sandakan)
Desaru
Air Terjun Lasir
Tasik Bera
Contoh lokasi:
25
c. Iklim
•Malaysia
mengalami
iklim
Khatulistiwa
yang panas dan lembap sepanjang tahun.
•Purata
suhu,
iaitu
27⁰C
dan
menerima
hujan
yang
banyak
kira-kira
2600
mm
setahun.
•Purata suhu yang tinggi serta penerimaan
cahaya matahari dan jumlah hujan yang
banyak menggalakkan pertumbuhan Hutan
Hujan Tropika.
•Suhu di kawasan tanah tinggi berbeza dari
kawasan tanah pamah.
•Suhu kira-kira 18⁰C di kawasan tanah tinggi
menggalakkan
pertumbuhan
Hutan
Gunung seperti yang terdapat di Gunung
Kinabalu.
26
d. Tanih
•Malaysia kaya dengan pelbagai jenis tanih,
antaranya ialah:
a)
Tanih aluvium
b)
Tanih laterit
c)
Tanih gambut
d)
Tanih berpasir
•Setiap jenis tanih sesuai untuk tumbuh-
tumbuhan semulajadi yang tertentu.
Kawasan tanih gambut
Kawasan tanih berpasir
Kawasan tanih laterit
27
Gunung Jerai
Pelbagai jenis tanih dan tumbuh-tumbuhan semulajadi
Hutan dan jenis pokok
Jenis tanih
Jenis pokok
Lokasi
Hutan Hujan Tropika
▪ Tanih aluvium
▪ Tanih laterit
Cengal, meranti, tualang
Kaki Banjaran Titiwangsa (Perak) dan
Banjaran Tahan (Pahang)
Hutan Paya Air Masin
▪ Tanih gambut
▪ Tanih aluvium
Pokok bakau, bakau
jongkong, bakau api-api
Laut Matang (Perak), Muara Sungai
Perak dan Tanjung Piai (Johor)
Hutan Paya Air Tawar
▪ Tanih gambut
▪ Tanih aluvium
Nipah, mengkuang, terap
Tasik Chini dan Tasik Bera (Pahang)
serta Delta Rajang (Sarawak)
Hutan Pantai
▪ Tanih berpasir
Tapak kuda, pokok ru, pokok
kelapa
Pantai Irama (Kelantan) dan Pantai
Tanjung Rhu (Langkawi)
Hutan Gunung
▪ Tanih laterit
Oak, laurel, paku pakis
Gunung Kinabalu (Sabah) dan Gunung
Jerai (Kedah)
Delta Rajang
Banjaran Titiwangsa
Contoh lokasi:
28
4.3 Kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia
e) Sumber bahan
mentah
a) Kawasan tadahan
hujan
b) Keseimbangan
ekosistem
d) Habitat
c) Sumber
perubatan
Kepentingan
tumbuh-
tumbuhan
semula jadi
di Malaysia
29
a. Kawasan tadahan hujan
Taman Negara Royal Belum
Banjaran Crocker
•Hutan bertindak sebagai span berongga
yang menyerap air serta mengalirkan air
ke sungai, empangan, kolam dan tasik.
•Air yang diserap ke dalam tanah ditapis
secara semulajadi yang bersih.
•Contoh lokasi:
i.
Banjaran Crocker (Sabah)
ii.
Taman Negara Royal Belum (Perak)
Contoh lokasi:
30
b. Keseimbangan ekosistem
Taman Negara Bako
Taman Negara
•Konsep
saling
bergantungan
antara
komponen biotik dengan abiotik.
✓ Biotik – organisma hidup contohnya
manusia, haiwan dan tumbuhan.
✓ Abiotik – bukan benda hidup seperti
batuan,
tanih,
udara,
mineral
dan
cahaya matahari
•Hutan merupakan satu ekosistem di mana
tumbuhan semulajadi menjadi salah satu
komponen biotik yang utama.
•Tumbuh-tumbuhan
saling
berinteraksi
dengan komponen biotik dan abiotik yang
lain
untuk
mewujudkan
keseimbangan
ekosistem.
•Contoh lokasi:
i.
Taman Negara Bako (Sarawak)
ii.
Taman Negara (Pahang)
31
c. Sumber perubatan
Senduduk
Sembong
Pegaga
•Kebanyakan tumbuh-tumbuhan di hutan
boleh digunakan dalam bidang
perubatan.
•Contohnya:
Tumbuh-
tumbuhan
Bahagian
tumbuh-tumbuhan
Tongkat ali
Akar
Sembong
Daun, akar dan bunga
Senduduk
Daun, pucuk dan akar
Pegaga
Keseluruhan pokok
Keremek
Daun
Tongkat ali
Keremek
32
d. Habitat
Antara pelbagai flora dan fauna yang
mendiami kawasan Lembah Danum
•Hutan menjadi habitat kepada pelbagai
spesis flora dan fauna.
•Hutan juga menjadi tempat perlindungan
dan menjadi sumber makanan kepada
hidupan liar.
•Haiwan memilih tempat tingal berbeza-
beza kerana faktor keselamatan, keperluan
sumber makanan dan kesesuaian diri.
•Jika komponen tumbuh-tumbuhan ini
rosak atau musnah, maka habitat
pelbagai spesis flora dan fauna akan
terjejas.
•Contoh lokasi:
i.
Taman Negara Bako Endau Rompin
ii.
Lembah Danum (Sabah)
33
e. Sumber bahan mentah
Perabot
Barang kraftangan
•Sebagai bahan mentah untuk:
i.
Membekalkan sumber kayu balak dalam
industri membuat perabot.
ii.
Membekalkan sumber buluh dan rotan
dalam industri kraftangan dan perabot.
iv.
Pokok-pokok seperti cengal, balau dan
keruing penting untuk aktiviti
pembalakan.
•Hasil eksport kayu balak ini akan menjadi
sumber pendapatan kepada negara.
•Antara negara pengimport kayu balak dari
Malaysia ialah India, Indonesia, Vietnam,
Jepun, China dan lain-lain.
iii.
Pokok bakau penting untuk industri
membuat arang kayu dan aktiviti
pembinaan (membuat cerucuk).
Kayu balak
Kayu bakau
dibuat cerucuk
Contoh
34
4.4 Kesan kegiatan manusia tumbuh-tumbuhan semula
jadi di Malaysia
Kesan positif
Kesan negatif
❑ Pembangunan hutan
❑ Penghutanan semula
❑ Pewartaan hutan
❑ Ketidakseimbangan ekosistem
❑ Hakisan tanah
❑ Kawasan tadahan terganggu
❑ Kepupusan flora dan fauna
Kesan kegiatan manusia
35
a. Kesan positif
Pokok akasia
i. Pembangunan hutan
•Penubuhan Program Penubuhan Ladang
Hutan (PPLH) pada tahun 2006 adalah
untuk mengurangkan tekanan
ke atas
hutan asli sebagai sumber bahan mentah
dan
memastikan
bekalan
industri kayu
tempatan berterusan.
•Semua pihak yang terlibat diarahkan agar
mengkaji
spesis
pokok
yang
hendak
ditanam serta penjagaan pokok yang telah
ditanam itu.
•Antara spesis yang terlibat adalah seperti
pokok jati, sentang, getah, khaya, akasia,
batai, kelempayan dan binuang. Namun
tumpuan
utama
adalah
kepada
pokok
getah dan akasia.
36
Ladang hutan pokok jati
ii. Penghutanan semula
•Agensi
seperti
Jabatan
Perhutanan,
Institusi
Penyelidikan
Hutan
Malaysia
(FRIM)
dan
Jabatan
Perlindungan
Hidupan
Liar
dan
Taman
Negara
(PERHILITAN) telah mengambil langkah
memulihara
hutan
di
kawasan
pembalakan. Antaranya ialah menanam
semula
dengan
pokok-pokok
yang
bermutu dan tahan serangan penyakit.
•FRIM pula
telah menjalankan aktiviti
penghutanan
semula
di
Hutan
Lipur
Bukit Lagong, Kepong
(Kuala Lumpur)
sebagai hutan rekreasi, dan kini diiktiraf
sebagai Hutan Tropika buatan manusia
yang tertua di dunia.
Contoh
37
Taman Negara
Similajau
(Sarawak)
iii. Taman negara
•Adalah kawasan yang terdiri daripada pelbagai
spesis
tumbuh-tumbuhan
semulajadi
yang
dijaga rapi bagi mengekalkan biodiversiti alam
sekitar .
•Pelbagai
prasarana
yang
dibina
juga
telah
menjadikannya satu tarikan pelancong.
•Di Malaysia , terdapat taman-taman negara
yang
diuruskan
oleh
kerajaan
negeri,
dan
terdapat
juga yang diuruskan oleh kerajaan
persekutuan.
•Di Sarawak, terdapat
30 buah taman negara
dengan jumlah keluasan 623 463 hektar yang
ditadbir oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak.
•Di Sabah terdapat 9 buah taman negara, yang
diuruskan
Lembaga
Pemegang
Amanah
Taman-taman Sabah iaitu:
➢ 3 taman negara terestrial.
➢ 6 taman negara marin.
Taman Negara
Kuala Koh
(Kelantan)
Taman Negara
Endau-Rompin
(Johor)
Taman Marin
Tunku Abdul Rahman
(Sabah)
Contoh lokasi
38
iv. Hutan simpan kekal
•Ia diwartakan sebagai kawasan sensitif alam
sekitar
kerana
hutan
penting
dan
bernilai
tinggi dari segi kepelbagaian biologi.
•Adanya program pembangunan hutan yang
terancang,
ia
akan
menggalakkan
penghasilan dan penggunaan hasil hutan
yang dapat memberi faedah kepada ekonomi
secara
maksimum
serta
menggalakkan
pembangunan
perundustrian
berkaitan
dengan hasil hutan.
•Contoh hutan simpan kekal:
➢ Hutan Simpan Kabili-Sepilok (Sabah)
➢ Hutan Simpan Bukit Nanas (Kuala Lumpur)
➢ Hutan Simpan Raja Musa (Selangor)
Hutan Simpan
Bukit Nanas
Hutan Simpan
Raja Musa
Hutan Simpan Kabili-Sepilok
Contoh
39
a. Kesan negatif
Banjir lumpur dan tanah runtuh
i. Ketidakseimbangan ekosistem
•Keseimbangan ekosistem hutan terganggu
akibat berlakunya penyahutanan, di mana
hutan dimusnahkan untuk tujuan pembinaan
dan pembukaan kawasan ladang, pembinaan
infrastruktur dan pembalakan.
•Penyahutanan menyebabkan ekosistem hutan
terganggu
dan
berlaku
ketidakseimbangan
dalam siratan makanan dan akan berlakunya
bencana alam seperti:
➢ Banjir lumpur
➢ Tanah runtuh
➢ Kawasan tadahan hujan
musnah
Penyahutanan
Contoh fenomena
40
Banjir
ii. Hakisan tanih
•Aktiviti pembalakan mendedahkan permukaan
bumi kepada hakisan air hujan.
•Daun pokok berfungsi mengurangkan halaju air
hujan yang menghentam permukaan tanah.
•Akar
pokok
berfungsi
menyerap
air
larian
permukaan ke dalam tanah (proses infiltrasi).
•Air
hujan
yang
jatuh
dengan
laju
ke
permukaan tanah akan meningkatkan kadar
hakisan.
•Tanih yang terhakis akan dibawa oleh aliran
air hujan dan dimendapkan di dasar sungai.
Akibatnya sungai menjadi cetek.
•Sungai
yang
cetek
tidak
akan
mampu
menampung kuantiti air yang banyak ketika
hujan lebat. Air sungai akan melimpah lalu
akan terjadi banjir yang memusnahkan harta
benda .
Hakisan tanih
Contoh
41
Empangan Bukit Merah (Perak)
iii. Kawasan tadahan hujan terganggu
• Hutan
merupakan
kawasan
semulajadi
yang
luas
untuk
menadah air hujan.
• Penerokaan
hutan
yang
tidak
terancang
oleh
manusia
menyebabkan
kawasan
tadahan
hujan terganggu.
• Hal ini menyebabkan empangan
yang menakung air akan cetek
kerana kelodak lumpur masuk ke
dalam empangan.
Kawasan tadahan hujan musnah
Contoh
42
Contoh flora dan fauna yang diancam kepupusan
iv. Kepupusan flora dan fauna
•Penerokaan hutan yang tidak terancang
menyebabkan flora dan fauna:
➢ Kehilangan habitat.
➢ Kekurangan sumber makanan
•Ini akan menyebabkan tumbuh-tumbuhan
semula jadi dan haiwan liar
ini, akan
diancam oleh kepupusan, contohnya:
Tumbuh-tumbuhan
semulajadi
Haiwan liar
Periuk kera
Gajah
Tongkat ali
Badak Sumatera
Pokok bakau
Tapir
Pokok cengal
Harimau Malaya
Pokok meranti
Kancil
Pokok bunga rafflesia
Kambing gurun
43
Sekian
Mohd Sharif Ab. Raman
SMK Bagan Serai 2019
Bab 4 Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia
PENDAHULUAN
Apakah yang akan anda pelajari ?
❑ Mengenal pasti jenis dan taburan tumbuh-tumbuhan semulajadi.
❑ Menghuraikan faktor yang mempengaruhi jenis dan taburan tumbuh-tumbuhan semula
jadi di Malaysia.
❑ Menjelaskan dengan contoh kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia.
❑ Merumus kesan kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia.
Malaysia kaya dengan pelbagai jenis
tumbuh-tumbuhan
semula
jadi
dan
terdapat
pelbagai
faktor
yang
mempengaruhi
taburannya.
Ia
juga
sangat
banyak
kepentingan.
Namun
kegiatan
manusia
banyak
memberi
kesan
positif
dan
negatif
terhadap
tumbuh-tumbuhan semula jadi ini.
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 43
SLIDE
Similar Resources on Wayground
37 questions
Latihan PAS PPKN Kelas 6
Presentation
•
12th Grade
40 questions
BIOTEKNOLOGI
Presentation
•
12th Grade
36 questions
Hindari Ajaran Sesat
Presentation
•
12th Grade
37 questions
Bencana Kegagalan Teknologi
Presentation
•
11th Grade
36 questions
Transformasi Geometri (1) Translasi dan Refleksi
Presentation
•
12th Grade
37 questions
Reformasi di Indonesia
Presentation
•
12th Grade
36 questions
KAIDAH PENCACAHAN : ATURURAN PENGISIAN TEMPAT
Presentation
•
12th Grade
39 questions
EVOLUSI
Presentation
•
12th Grade
Popular Resources on Wayground
10 questions
Factors 4th grade
Quiz
•
4th Grade
10 questions
Cinco de Mayo Trivia Questions
Interactive video
•
3rd - 5th Grade
13 questions
Cinco de mayo
Interactive video
•
6th - 8th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
20 questions
Main Idea and Details
Quiz
•
5th Grade
20 questions
Context Clues
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Inferences
Quiz
•
4th Grade
19 questions
Classifying Quadrilaterals
Quiz
•
3rd Grade