Search Header Logo
Untitled Lesson

Untitled Lesson

Assessment

Presentation

•

Education

•

University

•

Practice Problem

•

Hard

Created by

FADZILAH KPM-Guru

FREE Resource

11 Slides • 0 Questions

1

media

PERIBAHASA

2

media

MEMBERI MAKSUD

PERIBAHASA

MENYATAKAN PERIBAHASA

BERDASARKAN SITUASI

MEMBERI PERIBAHASA

SAMA MAKSUD

MEMBERI PERIBAHASA
BERLAWANAN MAKSUD

MENGISI TEMPAT KOSONG

MENYATAKAN PERIBAHASA

BERDASARKAN MAKSUD

2

6

4

5

1

3

3

media

MEMBERI MAKSUD

PERIBAHASA

Nyatakan maksud peribahasa berikut:

1) Melentur buluh biarlah dari rebungnya
2) Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Jawapan:

1) Mendidik anak-anak hendaklah semasa kecil
2) Kita melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh,

begitu juga sebaliknya

4

media

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Ketika banjir, ketua kampung menasihati penduduk kampung supaya
tidak mementingkan diri sendiri seperti _________________.
Bencana banjir menyebabkan harta benda dan rumah penduduk musnah
dan ada yang tinggal ______________.

Jawapan:

1) Enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
2) Sehelai sepinggang

MENGISI TEMPAT KOSONG

5

media


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan dua peribahasa
yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut.

Minat membaca hendaklah dipupuk sejak kecil lagi. Kita bersyukur

kerana ada pihak yang berani tampil dengan beberapa pendekatan
sistematik bagi menimbulkan minat membaca dalam kalangan kanak-kanak
yang berusia tiga hingga empat tahun agar mereka mahir membaca. Kita
seharusnya mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah seperti
mengamalkan hobi mebaca kerana masa itu sangat berharga.

(2 markah)

MENYATAKAN PERIBAHASA

BERDASARKAN SITUASI

6

media

JAWAPAN

Minat membaca hendaklah dipupuk sejak kecil lagi. Kita bersyukur

kerana ada pihak yang berani tampil dengan beberapa pendekatan
sistematik bagi menimbulkan minat membaca dalam kalangan kanak-kanak
yang berusia tiga hingga empat tahun agar mereka mahir membaca. Kita
seharusnya mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah seperti
mengamalkan hobi mebaca kerana masa itu sangat berharga.

1) Melentur buluh biarlah dari rebungnya
2) Masa itu emas

7

media

MENYATAKAN PERIBAHASA

BERDASARKAN MAKSUD

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan maksud
berikut:

1) Terlalu banyak pada sesuatu masa
2) Berbelanja mengikut kemampuan diri

Jawapan:

1) Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
2) Ukur baju di badan sendiri

8

media

Senaraikan 2 peribahasa dalam petikan. Kemudian berikan
peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa tersebut.

Pak Azad berharap anaknya mengikut jejak langkahnya menjadi
jurutera ibarat bagaimana acuan begitulah kuihnya. Pak Azad tidak
mahu anaknya melakukan sesuatu kerja dengan tidak bersungguh-
sungguh seperti hangat-hangat tahi ayam.

MEMBERI PERIBAHASA

SAMA MAKSUD

9

media

Jawapan:

1) Bagaimana acuan begitulah kuihnya

-Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi


2) hangat-hangat tahi ayam

- Melepaskan batok di tangga

10

media

MEMBERI PERIBAHASA
BERLAWANAN MAKSUD

Senaraikan 2 peribahasa dalam petikan. Kemudian berikan
peribahasa lain yang berlawanan maksud dengan peribahasa
tersebut.

Daniel dan Aiman sering bergaduh bagai anjing dengan kucing.
Sikap mementingkan diri seperti enau dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing menyebabkan tidak permuafakatan dalam
perbincangan.

11

media

MEMBERI PERIBAHASA
BERLAWANAN MAKSUD

Jawapan:

1) Bagai anjing dengan kucing

-Bagai isi dengan kuku


2) Seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

- Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

pattern-tertiary
media

PERIBAHASA

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 11

SLIDE