Search Header Logo
Globalisasi

Globalisasi

Assessment

Presentation

Other

12th Grade

Practice Problem

Hard

Created by

MOHAMMAD HAZIQ BIN ANUAR

Used 3+ times

FREE Resource

14 Slides • 14 Questions

1

BAB 4 GLOBALISASI

2

Bab 4.2 Syarikat Multinasional

Maksud MNC

Syarikat multinasional (MNC) ialah firma yang mempunyai pengurusan ibu pejabat di negara asal dan beroperasi di beberapa buah negara secara serentak.

3

Dorongan Syarikat Multinasional dalam Operasi Antarabangsa

1) Meluaskan pasaran untuk menjual barang dan perkhidmatan di negara tuan rumah membolehkan MNC meningkatkan jumlah hasil jualan tahunan dan memperoleh keuntungan maksimum.

2) Membuka cawangan di luar negara memberi perlindungan antarabangsa kerana dapat mengelak bayaran tarif dan sekatan kuota.

4

Dorongan Syarikat Multinasional dalam Operasi Antarabangsa

3) Kos pengangkutan yang tinggi di negara asal dapat dikurangkan dengan beroperasi di luar negara. Hal ini kerana, semakin jauh pasaran dengan tapak operasi, semakin tinggi kos pengangkutan.

4) MNC dapat memastikan kelangsungan sumber bahan mentah untuk meneruskan operasi, hal ini kerana setiap negara mempunyai bahan mentah yang berbeza.

5

media

6

media

7

Dorongan Syarikat Multinasional dalam Operasi Antarabangsa

5) MNC memerlukan buruh dengan kemahiran khusus di luar negara dan kos rendah untuk meningkatkan keuntungan.

6) MNC mengembangkan perniagaan ke luar negara sebagai tindak balas terhadap persaingan industri seperti persaingan antara pengeluar kereta iaitu Toyota, Honda, dan Peugeot di ASEAN.

8

Risiko bagi Syarikat Multinasional

1) Kehilangan aset jika berlaku peperangan.
2) Perubahan parti politik di pasaran baharu menyebabkan dasar berubah dan mungkin merugikan MNC.
3) Kekurangan kemudahan asas seperti komunikasi, jalan raya dan logistik.
4) Kekurangan tenagara buruh mahir.
5) Bantahan masyarakat tempatan.
6) Kesukaran mendapat keuntungan kerana dihadkan membuat hantaran balik pendapatan pelaburan.
7) Risiko kadar pertukaran, jika mata wang negara luar jatuh, maka keuntungan menurun.

9

media

10

Faktor Penggalak Globalisasi

1) Peranan kerajaan : polisi mesra perniagaan

2) Dasar liberalisasi perdagangan : penghapusan sekatan perdagangan

3) Undang-undang atau insentif : insentif menggalakan pelaburan

4) Infrastruktut Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang Maju

5)Infrastruktur pengangkutan yang baik : memudahkan rantaian pengangkutan.

6) Pelancongan

11

Bab 4.4 Pelaburan langsung asing

MAKSUD PELABURAn LANGSUNG ASING

Syarikat multinasional (MNC) ialah firma yang mempunyai pengurusan ibu pejabat di negara asal dan beroperasi di beberapa buah negara secara serentak.

12

CARA pelaburan langsung asing

1) Membina kemudahan pengeluaran

2) Usahasama dengan syarikat tempatan

3) Pengambilalihan syarikat

4) Membuka subsidiari atau cawangan

13

KESAN POSITIF PELABURAN LANGSUNG ASING

1) Membantu pertumbuhan ekonomi

2) Pindahan teknologi

3) Meningkatkan kemahiran modal insan

4) Meningkatkan modal pelaburan

14

KESAN NEGATIF PELABURAN LANGSUNG ASING

1) Ketidakseimbangan pendapatan kerana syarikat MNC membayar gaji lebih mahal berbanding rakyat tempatan.

2) Memusnahkan alam sekitar kerana aktivti perlombongan, pertaniaan dan hasil laut.

3) Aliran untung ke luar negara menyebabkan keburukan imbangan pembayaran negara.

15

Multiple Choice

Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan ciri globalisasi?

I. Pasaran dengan jenama global.

II. Pengenaan sekatan perdagangan antarabangsa.

III. Saiz pasaran yang terhad.

IV. Perubahan struktur ekonomi kepada pasaran.

1

I dan II

2

I dan IV

3

II dan III

4

III dan IV

16

Multiple Choice

Maklumat yang berikut berkaitan dengan salah satu ciri globalisasi.

- Kesatuan Eropah (EU)

- Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

Apakah ciri tersebut?

1

Peserta baharu

2

Pasaran baharu

3

Kaedah komunikasi

4

Peraturan dan norma baharu

17

Multiple Choice

Maklumat yang berikut berkaitan dengan suatu organisasi antarabangsa.

"Membentuk dasar bagi pinjaman kewangan untuk projek pembangunan terutamanya kepada negara sedang membangun."

Organisasi antarabangsa yang dimaksdukan ialah ...

1

Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD)

2

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)

3

Kumpulan 7 (G-7)

4

Bank Dunia

18

Multiple Choice

Manakah yang merupakan indeks globalisasi ekonomi?

1

Pelancongan

2

Pelaburan langsung asing

3

Bilangan kedutaan dalam negara

4

Hantaran balik wang pekerja asing

19

Multiple Choice

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan syarikat multinasional?

1

Syarikat yang bersaiz besar dan mempunyai kuasa monopoli

2

Syarikat yang menumpukan dalam pengeluaran aktiviti pembuatan dan perkhidmatan

3

Syarikat yang bersaiz besar yang menggunakan buruh asing dalam pengeluaran

4

Syarikat yang beroperasi di bebrapa buah negara.

20

Multiple Choice

Manakah yang merupakan contoh syarikat multinasional?

1

IKEA

2

Sime Darby

3

Hotel Sheraton

4

Syarikat Bekalan Air Selongor

21

Multiple Choice

Mengapakah syarikat Honda membuka kilang di Malaysia?

I. Mengurangkan persaingan industri kereta

II. Meluaskan pasaran di pasaran ASEAN

III. Mengelakkan daripada bayaran tarif

IV. Meningkatkan kos pengeluaran

1

I dan II

2

I dan IV

3

II dan III

4

III dan IV

22

Multiple Choice

Aktivit manakah yang dilakukan oleh syarikat multinasional Jepun yang mempunyai cawangan di Malaysia yang mungkin meningkatkan pembangunan ekonomi Malaysia?

1

Pembelian bahan mentah yang diimport dari Jepun

2

Pemindahan keuntungan balik ke negara Jepun

3

Penggunaan peratusan buruh asing yang tinggi berbanding dengan buruh tempatan

4

Bayaran upah yang lebih rendah daripada Jepun tetapi bayaran upah yang lebih tinggi di Malaysia.

23

Multiple Choice

Syarikat multinasional Amerika Syarikat yang mengeluarkan peralatan komunikasi berpindah dari Malaysia ke China.

Apakah faktor yang mendorong firma tersebut berpindah operasinya?

I. Tenaga buruh yang lebih banyak di China

II. Saiz pasaran yang lebih luas di China

III. Upah yang lebih rendah di Malaysia

IV. Kecekapan kemudahan asas di Malaysia

1

I dan II

2

I dan IV

3

II dan III

4

III dan IV

24

Multiple Choice

Lynas Corporation Ltd. merupakan sebuah syarikat dari Australia yang mengeluarkan nadir bumi yang terletak di Gebeng, Pahang. Apakah risiko utama yang dihidapi oleh syarikat tersebut?

1

Kekurangan kemudahan asas

2

Bantahan masyrakat tempatan

3

Kesukaran mendapat balik keutungan

4

Kekurangan tenaga buruh mahir

25

Multiple Choice

Lebih banyak syarikat multinasional terutamanya dalam sektor minyak dan gas berpindah dari Singapura ke Malaysia. Mengapakah keadaan sedemikian berlaku?

1

Mengelakkan daripada bayaran tarif

2

Memperoleh bekalan buruh mahir

3

Mengurangkan kos pengeluaran

4

Menikmati kecekapan infrastruktur logistik

26

Multiple Choice

Apakah kesan positif pelaburan langsung asing kepda ekonomi Malaysia?

I Pemindahan teknologi dan kepakaran

II Penjimatan import

III Pengaliran keluar keuntungan

IV Pengurangan kutipan hasil kerajaan

1

I dan II

2

I dan IV

3

II dan III

4

III dan IV

27

Multiple Choice

Situasi manakah yang merupakan pelaburan langsung asing?

1

Syarikat Panasonic membuka usaha sama dengan syarikat tempatan.

2

Pengurus dana dari Amerika Syarikat membeli saham di Bursa Malaysia.

3

Kerajaan Malaysia menjual bon di pasaran modal antarabangsa.

4

Telekom Malaysia Berhad melabur dalam jalur lebar berkelajuan tinggi bagi pengguna Malaysia

28

Multiple Choice

Pernyataan manakah yang menunjukkan kesan negatif pelaburan langsung asing?

1

Pengaliran keluar wang

2

Alam sekitar terpelihara

3

Imbangan pembayaran lebihan

4

Pengagihan pendapatan buruh semakin setara

BAB 4 GLOBALISASI

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 28

SLIDE