

BAB 5: AKHLAK MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN DI AKHIRAT
Presentation
•
Religious Studies
•
Professional Development
•
Practice Problem
•
Hard
Shilah Wahid
Used 2+ times
FREE Resource
13 Slides • 0 Questions
1
AKHLAK MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN DI AKHIRAT
2
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran, pelajar akan dapat:
1.Memberikan 2 perbezaan alam barzakh dan alam Akhirat dengan baik.
2.Menyatakan 2 persiapan untuk kematian/alam akhirat.
3
4
Menyedari Hakikat Mati
⮚Setiap sesuatu yang diciptakan Allah SWT akan binasa termasuk manusia.
⮚Hakikat kematian itu pasti dan tidak dapat disangkal oleh semua manusia.
⮚Hanya sahaja tidak dapat diketahui bila, di mana dan bagaimana ia berlaku.
5
Mengingati Mati
⮚Rasulullah SAW menganjurkan umatnya supaya sentiasa mengingati mati tetapi tidak bermaksud perlu meninggalkan segala urusan dunia.
6
Faedah Mengingati Mati
•kita dapat memelihara diri daripada kelalaian oleh kenikmatan dan kelazatan dunia
•kita akan sentiasa sedar dan menginsafi diri bahawa Allah SWT sentiasa melihat apa yang kita lakukan.
•kita juga akan sentiasa ada rasa takut untuk melakukan perkara-perkara yang dibenci oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW serta memperbanyakkan amalan.
7
Daripada Ibn Abbas RA berkata: Berkata Rasulullah SAW sedang ia menasihati seorang lelaki:
“Ambillah peluang yang lima, sebelum (datang) yang lima: Masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum masa sakitmu, masa senangmu sebelum masa susahmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum matimu.”
8
Menginsafi Adanya Persoalan Kubur dan Azab Kubur
⮚Kematian adalah penutup alam dunia dan permulaan kepada kehidupan yang hakiki.
⮚Seorang Muslim yang meninggal dunia wajib diuruskan jenazahnya iaitu:
1.Memandikan
2.Mengkafankan
3.Menyolatkan
4.Mengebumikannya
9
Menginsafi Adanya Persoalan Kubur dan Azab Kubur
⮚Alam kubur (alam barzakh) merupakan perantaraan antara kehidupan dunia dan kehidupan akhirat.
⮚Ia merupakan alam pembalasan yang pertama bagi manusia.
⮚Ketika jenazah dimasukkan ke dalam kubur, maka tibalah malaikat Munkar dan Nakir dan mulalah persoalan kubur.
⮚Keadaan jenazah di dalam kubur tergantung kepada amalannya di dunia. Jika baik amalannya, maka ringanlah ujian dan dugaan. Namun jika buruk amalannya, beratlah azabnya.
⮚Umat Islam disunatkan untuk menziarahi kubur agar mengingati mati dan hari akhirat.
10
Bertafakur Mengenai Kedahsyatan Hari Kiamat
⮚Percaya kepada Hari Kiamat adalah rukun Iman yang kelima.
⮚Hari Kiamat itu di antara perkara ghaib. Allah menerangkan keadaan kiamat dalam al-Qur’an:
i.Langit yang berdiri kukuh akan terbelah dan digulung
ii.Bintang-bintang yang menghiasi langit akan jatuh berserakkan
iii.Gunung-gunung akan dihancurkan dan menjadi seperti bulu yang berhamburan.
iv.Lautan yang luas akan menjadi panas meluap-luap.
v.Bumi digegarkan dan memuntahkan segala isi perutnya.
vi.Manusia akan menjadi seperti kupu-kupu.
11
Bertafakur Mengenai Kedahsyatan Hari Kiamat
Tanda-tanda kecil hari Kiamat:
1.Ilmu agama diremehkan
2.Perbuatan zina berleluasa
3.Urusan diserahkan kepada yang bukan ahli
4.Berlakunya pembunuhan di merata tempat
Tanda-tanda besar hari Kiamat:
1.Munculnya Dajjal
2.Turunnya Nabi Isa a.s.
3.Matahari terbit dari arah barat
4.Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
12
Bertafakur Mengenai Kedahsyatan Hari Kiamat
⮚Sebagai Muslim, hendaklah sentiasa beringat dan bertafakur akan amaran Allah SWT mengenai kedatangan hari Kiamat kerana semua amalan akan diperlihatkan semula.
⮚Kita hendaklah sentiasa segera dalam melaksanakan ibadah, amal kebaikan serta menyempurnakan akhlak agar termasuk dikalangan orang yang beruntung dan terselamat dari azab Allah SWT.
13
Kebahagiaan Manusia Tergantung Kepada Timbangan Amalannya
⮚Setelah seluruh isi dunia dihancur, manusia akan dibangkitkan semua untuk dipertanggungjawabkan segala amal perbuatannya.
⮚Allah SWT tidak memandang remeh perbuatan manusia walau seberat dzarrah.
⮚Di hari perhitungan amal, manusia tidak lagi dapat membantu antara satu sama lain. Sabda Nabi SAW:
“Orang yang paling bijaksana di kalangan kamu ialah orang yang sentiasa menghisab dan menghitung dirinya serta beramal sebagai persediaan untuk menghadap Allah selepas mati. Sedangkan orang yang lemah (akalnya) ialah orang yang sentiasa menuruti hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah.” (HR. Tirmidzi)
AKHLAK MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN DI AKHIRAT
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 13
SLIDE
Similar Resources on Wayground
8 questions
W1 Risk
Presentation
•
Professional Development
12 questions
PUJAN KAPAT
Presentation
•
Professional Development
9 questions
ANBK
Presentation
•
Professional Development
6 questions
Islamic studies
Presentation
•
6th Grade
7 questions
W7 Quiz 2024
Presentation
•
Professional Development
8 questions
SAHABATQU
Presentation
•
Professional Development
8 questions
W10 Quiz 2024
Presentation
•
Professional Development
9 questions
Risk W31
Presentation
•
Professional Development
Popular Resources on Wayground
10 questions
Safety Day 2026 – Student Review
Quiz
•
9th Grade
21 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Parts of Speech
Quiz
•
5th Grade
16 questions
Subject & Predicate
Quiz
•
5th Grade
25 questions
Multiplication Facts
Quiz
•
5th Grade
12 questions
Map Skills
Quiz
•
3rd Grade
22 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
5th Grade
15 questions
Rounding Decimals
Quiz
•
5th Grade