Search Header Logo
SEJARAH WORKSHOP

SEJARAH WORKSHOP

Assessment

Presentation

History

University

Practice Problem

Easy

Created by

Qie Qie

Used 6+ times

FREE Resource

48 Slides • 12 Questions

1

media

2

media

Bahagian A

[40 markah]

Jawab semua soalan.

3

media

1.

Peta berikut menunjukkan kemaraan tentera Jepun menguasai Tanah Melayu dan Singapura.

4

media

1.

(a)

Mengapakah negara kita menjadi sasaran Jepun setelah dikenakan sekatan ekonomi oleh pihak bersekutu?




[2 markah]

5

media

1.

(b)

Serangan Jepun di Tanah Melayu bermula serentak di Kota Bharu dan Thailand. Terangkan serangan Jepun sehingga penawanan Singapura.

[4 markah]

6

media

1.

(c)

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah pengajaran
yang

diperoleh

rakyat

Malaysia

daripada

peristiwa

kedatangan Jepun di negara kita?

[4 markah]

7

media

2.

Jadual berikut berkaitan dengan Sistem Ahli 1951 – 1955.

Ahli

Portfolio

Dato’ Onn Jaafar

Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri

8

media

2.

(a)

Nyatakan peranan Dato’ Onn Jaafar dalam portfolio tersebut.

[2 markah]

9

media

2.

(b)

Jelaskan tujuan British melaksanakan Sistem Ahli. [4 markah]

10

media

2.

(c)

Sekiranya anda dilantik sebagai seorang ahli dalam Sistem
Ahli, apakah usaha anda untuk mempertahankan hak dan
maruah bangsa?

[4 markah]

11

media

3.

Kekukuhan sistem Persekutuan di Malaysia berkait rapat dengan
keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

12

media

3.

(a)

Jelaskan cara penyelarasan pentadbiran antara Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

[2 markah]

13

media

3.

(b)

Bagaimanakah

keluhuran

perlembagaan

mengukuhkan

sistem Persekutuan?

[4 markah]

14

media

3.

(c)

Pada pendapat anda, apakah kepentingan pembahagian
kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri?

[4 markah]

15

media

4.

Perjanjian Malaysia melibatkan pihak British, Persekutuan Tanah
Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

16

media

4.

(a)

Senaraikan tiga langkah pembentukan Malaysia.

[3 markah]

17

media

4.

(b)

Terangkan inti pati Perjanjian Malaysia.

[3 markah]

18

media

4.

(c)

Pembentukan Malaysia banyak membawa faedah kepada
negara kita sehingga hari ini. Buktikan.

[4 markah]

19

media

Bahagian B
[60 markah]

Jawab tiga soalan sahaja.

20

media

5.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai dua undang-undang yang berasaskan syariah dan hukum adat, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. Kedua-dua undang-undang ini diperkenalkan bagi melaksanakan pentadbiran untuk menjamin kemakmuran dan kesejahteraan Kesultanan Melayu Melaka.

21

media

5.

(a)

Jelaskan fasal yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka.

[6 markah]

22

Open Ended

Jelaskan fasal yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka.

Tips:
F1 Jenayah

C1 Membunuh, menikam dan mencuri

H1a Hukuman bunuh

H1b Membunuh orang lain tanpa pengetahuan raja atau pembesar

H1c Ingkar arahan dan memalsukan titah sultan

F2 Peranan sultan dan pembesar

H2a Arif dalam pelaksanaan undang-undang
H2b Tugas sultan, Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari

H2c Sultan melantik pembesar

3 KeFkeluargaan

H3a Berkaitan perkahwinan

H3b Pernikahan memerlukan empat orang saksi

H3c Jika tidak cukup dua saksi memadai

H3d Hamba abdi dan wanita tidak boleh menjadi saksi


F4 Ekonomi

H4a Peraturan tentang urus niaga untuk mengawal perdagangan

H4b Agar tidak berlaku sebarang kesalahan yang bertentangan dengan ajaran Islam

H4c Amalan riba diharamkan

H4d Orang yang menjalankan perniagaan hendaklah akil baligh, siuman, dan melafazkan niat jual beli

23

media

5.

(a)

Jelaskan fasal yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka.

[6 markah]

​Salah satu fasal yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka adalah mengenai Jenayah. Contohnya, jenayah membunuh, menikam dan mencuri. Hukuman terhadap mereka yang membunuh adalah hukuman bunuh. Hukuman ini berat kerana mereka membunuh orang lain tanpa pengetahuan raja atau pembesar. Mereka yang ingkar arahan dan memalsukan titah sultan juga akan dihukum. Fasal kedua ialah peranan sultan dan pembesar. Pembesar ialah seorang yang arif dalam pelaksanaan undang-undang manakala antara tugas Sultan ialah melantik pembesar.

Salah satu fasal dalam Hukum Kanun Melaka adalah berkenaan Kekeluargaan. Contohnya, urusan berkaitan perkahwinan. Fasal ini menjelaskan pernikahan memerlukan empat orang saksi. Tetapi jika tidak cukup empat saksi, dua saksi sudah memadai. Tetapi, hamba abdi dan wanita tidak boleh menjadi saksi. Fasal kedua ialah mengenai Ekonomi. Fasal ini menjelaskan peraturan tentang urus niaga untuk mengawal perdagangan. Fasal ini bertujuan agar tidak berlaku sebarang kesalahan yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti amalan riba adalah diharamkan. Selain itu, orang yang menjalankan perniagaan hendaklah akil baligh, siuman, dan melafazkan niat jual beli.

​atau

24

media

5.

(b)

Huraikan aspek pelayaran yang terkandung dalam Undang-Undang Laut Melaka.

[6 markah]

25

Open Ended

Huraikan aspek pelayaran yang terkandung dalam Undang-Undang Laut Melaka.

TIPS:

F1 Peranan beberapa pegawai selain nakhoda

C1 Jurumudi, malim dan jurubatu

 

F2 Pelaksanaan peranan masing-masing

H2 Menjadikan pelayaran selamat dan lancar

F3 Fasal 9 menjelaskan peranan seorang malim
H3a Malim harus arif tentang ilmu pelayaran
H3b Malim perlu mengetahui keadaan ombak, arus dan kedudukan bulan dan bintang

F4 Malim tidak boleh lalai dalam menjalankan tugas
H4a Jika menyebabkan perlanggaran dan kerosakan
H4b Akan dijatuhi hukuman bunuh

26

media

5.

(b)

Huraikan aspek pelayaran yang terkandung dalam Undang-Undang Laut Melaka.

[6 markah]

​Salah satu aspek pelayaran yang terkandung dalam Undang-Undang Laut Melaka ialah mengenai peranan beberapa pegawai selain nakhoda. Contohnya peranan jurumudi, malim dan jurubatu. Aspek ini mementingkan pelaksanaan peranan masing-masing. Ini kerana ia dapat menjadikan pelayaran selamat dan lancar. Selain itu, Fasal 9 di dalam undang-undang ini turut menjelaskan peranan seorang malim. Malim harus arif tentang ilmu pelayaran dan perlu mengetahui keadaan ombak, arus dan kedudukan bulan dan bintang.

​atau

​​Salah satu aspek pelayaran yang terkandung dalam Undang-Undang Laut Melaka ialah mengenai peranan beberapa pegawai selain nakhoda. Contohnya peranan jurumudi, malim dan jurubatu. Fasal 9 di dalam undang-undang ini turut menjelaskan peranan seorang malim. Malim harus arif tentang ilmu pelayaran dan perlu mengetahui keadaan ombak, arus dan kedudukan bulan dan bintang. Selain itu, fasal ini menjelaskan malim tidak boleh lalai dalam menjalankan tugas. Jika malim menyebabkan perlanggaran dan kerosakan, malim akan dijatuhi hukuman bunuh.

27

media

5.

(c)

Sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab, jelaskan kepentingan mematuhi undang-undang negara.

[8 markah]

28

Open Ended

Sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab, jelaskan kepentingan mematuhi undang-undang negara.

TIPS:

F1 Menjamin keamanan negara

F2 Memperkasa perpaduan rakyat

F3 Memakmurkan ekonomi negara

F4 Menjamin kesejahteraan hidup

F5 Mengelakkan penjajahan kuasa asing

F6 Mewujudkan hubungan yang sempurna sesama manusia

F7 Mengelakkan huru-hara

F8 Meningkatkan imej negara

F9 Mewujudkan politik yang stabil

29

media

5.

(c)

Sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab, jelaskan kepentingan mematuhi undang-undang negara.

[8 markah]

​Warganegara Malaysia yang bertanggungjawab harus mematuhi undang-undang negara. Ini dapat menjamin keamanan negara disamping memperkasakan perpaduan rakyat. Rakyat yang bersatu padu dapat memakmurkan ekonomi negara. Ekonomi yang bagus akan menjamin kesejahteraan hidup rakyat Malaysia. Selain itu, mematuhi undang-undang negara juga dapat mengelakkan penjajahan kuasa asing. Mematuhi undang-undang negara juga dapat mewujudkan hubungan yang sempurna sesama manusia dan mengelakkan huru-hara di kalangan masyarakat. Kesimpulannya, warganegara yang mematuhi undang-undang negara dapat meningkatkan imej negara di mata dunia kerana ia memberi gambaran kewujudan politik yang stabil di dalam negara.

30

media

6.

Parti Komunis Malaya melancarkan perjuangan bersenjata bagi menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu. Tindakan komunis melancarkan perjuangan bersenjata menyebabkan British mengisytiharkan darurat.

31

media

6.

(a)

Pada tahun 1952, Perang Saraf diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Gerald Templer yang bertujuan untuk menghapuskan komunis melalui usaha memenangi hati dan fikiran rakyat. Jelaskan usaha bagi menangani ancaman komunis dalam Perang Saraf.  [6 markah]

32

Open Ended

Pada tahun 1952, Perang Saraf diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Gerald Templer yang bertujuan untuk menghapuskan komunis melalui usaha memenangi hati dan fikiran rakyat.

Jelaskan usaha bagi menangani ancaman komunis dalam Perang Saraf.

TIPS:

F1 Mengadakan lawatan
H1a Mengetahui masalah dan pandangan rakyat
H1b Isteri Templer menubuhkan cawangan Palang Merah, Pandu Puteri dan pusat komuniti

F2 Melonggarkan syarat kewarganegaraan

H2a Menarik kaum bukan Melayu menjadi rakyat Tanah Melayu
H2b Untuk mewujudkan bangsa yang bersatu
H2c Seramai lebih kurang 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang India layak menjadi warganegara

F4 Menawarkan hadiah wang tunai

H4 Ditawarkan kepada penduduk yang dapat menangkap atau memberikan maklumat tentang gerila komunis

C4 Sesiapa yang berjaya menangkap Chin Peng akan diberikan hadiah sebanyak $250 ribu

F5 Memenangi kepercayaan orang asli

H5a Mendirikan 14 kubu untuk mendapatkan sokongan Orang Asli

H5b Menyediakan kemudahan barangan keperluan harian, perubatan, pendidikan dan perlindungan

F6 Memajukan perkhidmatan penerangan
H6a Jabatan Penerangan dan Perkhidmatan Radio Malaya dijadikan medium untuk menimbulkan kesedaran kepada masyarakat
H6b Jabatan ini bertanggungjawab menyebarkan risalah antikomunis kepada penduduk dan risalah kerajaan kepada komunis di dalam hutan

F7 Memperkenalkan kawasan hitam dan kawasan putih

H7a Kawasan hitam ialah kawasan yang terdapat kegiatan komunis yang aktif dan dikenakan perintah berkurung

H7b Kawasan putih ialah kawasan yang diisytiharkan bebas daripada ancaman komunis

33

media

6.

(a)

Pada tahun 1952, Perang Saraf diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Gerald Templer yang bertujuan untuk menghapuskan komunis melalui usaha memenangi hati dan fikiran rakyat. Jelaskan usaha bagi menangani ancaman komunis dalam Perang Saraf.  [6 markah]

​Antara usaha yang dilakukan ialah dengan mengadakan lawatan. Lawatan ini dapat membantu untuk mengetahui masalah dan pandangan rakyat. Sebagai contoh, isteri Templer menubuhkan cawangan Palang Merah, Pandu Puteri dan pusat komuniti setelah mengadakan lawatan. Selain itu, antara usaha lain yang dilakukan ialah melonggarkan syarat kewarganegaraan. Ini bertujuan untuk menarik kaum bukan Melayu menjadi rakyat Tanah Melayu. Usaha ini juga dapat mewujudkan bangsa yang bersatu. Melalui usaha ini, seramai lebih kurang 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang India layak menjadi warganegara.

​atau

Antara usaha yang dijalankan oleh Temper ialah menawarkan hadiah wang tunai. Hadiah ini ditawarkan kepada penduduk yang dapat menangkap atau memberikan maklumat tentang gerila komunis. Contohnya, sesiapa yang berjaya menangkap Chin Peng akan diberikan hadiah sebanyak $250 ribu. Selain itu, Templer turut menjalankan usaha untuk memenangi kepercayaan orang asli. Templer mendirikan 14 kubu untuk mendapatkan sokongan Orang Asli. Templer juga turut menyediakan kemudahan barangan keperluan harian, perubatan, pendidikan dan perlindungan,

34

media

6.

(b)

Huraikan kesan zaman darurat dari aspek politik.
[6 markah]

35

Open Ended

Huraikan kesan zaman darurat dari aspek politik.

F1 Peningkatan jumlah warganegara

H1a Kerajaan melonggarkan syarat kewarganegaraan

H1b Seramai lebih kurang 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang India menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu

H1c Menunjukkan pengorbanan orang Melayu terhadap kaum lain bagi mewujudkan perpaduan rakyat

F2 Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA)

H2a Meyakinkan British bahawa bukan semua orang Cina menyokong komunis

H2b Berganding bahu dengan kerajaan memerangi komunis

H2c Membantu kerajaan dari segi kewangan dan menempatkan 500 ribu orang penduduk semula ke Kampung Baru

H2d Menjalankan kutipan derma kepada penduduk di Kampung Baru melalui jualan loteri kebajikan

F3 Mempercepatkan kemerdekaan

H3a British tidak boleh menamatkan darurat melalui strategi ketenteraan semata-mata

H3b Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ditubuhkan untuk meningkatkan kesedaran politik dalam kalangan pemimpin kaum

H3c Mereka boleh berkongsi kepentingan dan hala tuju yang sama melalui penubuhan Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC)

H3d Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Umum 1955 memberikan keyakinan kepada British bahawa perpaduan penduduk yang berbilang kaum dapat menewaskan komunis

H3e British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu

H3f PKM tidak mempunyai alasan untuk meneruskan perjuangannya

36

media

6.

(b)

Huraikan kesan zaman darurat dari aspek politik.
[6 markah]

Salah satu kesan zaman darurat dari aspek politik ialah peningkatan jumlah warganegara. Ini terjadi apabila Kerajaan melonggarkan syarat kewarganegaraan. Seramai lebih kurang 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang India menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Ini menunjukkan pengorbanan orang Melayu terhadap kaum lain bagi mewujudkan perpaduan rakyat. Selain itu, kesan lain ialah penubuhan Malayan Chinese Association (MCA). Penubuhan MCA adalah bagi meyakinkan British bahawa bukan semua orang Cina menyokong komunis. Ia juga membuktikan kesanggupan orang Cina berganding bahu dengan kerajaan memerangi komunis. MCA juga membantu kerajaan dari segi kewangan dan menempatkan 500 ribu orang penduduk semula ke Kampung Baru. MCA menjalankan kutipan derma kepada penduduk di Kampung Baru melalui jualan loteri kebajikan.


​atau

​Kesan zaman darurat dari aspek politik ialah ia mempercepatkan kemerdekaan. Ini kerana pihak British tidak boleh menamatkan darurat melalui strategi ketenteraan semata-mata. Oleh itu, Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ditubuhkan untuk meningkatkan kesedaran politik dalam kalangan pemimpin kaum. Mereka boleh berkongsi kepentingan dan hala tuju yang sama melalui penubuhan Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC). Selain itu, kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Umum 1955 memberikan keyakinan kepada British bahawa perpaduan penduduk yang berbilang kaum dapat menewaskan komunis. Oleh itu, British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu kerana PKM tidak mempunyai alasan untuk meneruskan perjuangannya.

37

media

6.

(c)

Sekiranya anda adalah pemimpin pada masa itu, apakah tindakan anda bagi membendung keganasan yang dicetuskan oleh pihak komunis.

[8 markah]

38

Open Ended

Sekiranya anda adalah pemimpin pada masa itu, apakah tindakan anda bagi membendung keganasan yang dicetuskan oleh pihak komunis.

TIPS:

F1 Memperkukuhkan pertahanan negara

F2 Meminta bantuan negara luar

F3 Meningkatkan kemahiran ketenteraan

F4 Mewujudkan kerjasama dalam kalangan masyarakat untuk membanteras komunis

F5 Meningkatkan perlindungan rakyat

F6 Memutuskan bekalan makanan dan ubat-ubatan

F7 Memujuk komunis menyerah diri

F8 Melindungi kawasan-kawasan strategik

F9 Melakukan rundingan

39

media

6.

(c)

Sekiranya anda adalah pemimpin pada masa itu, apakah tindakan anda bagi membendung keganasan yang dicetuskan oleh pihak komunis.

[8 markah]

Sebagai seorang pemimpin, tindakan pertama yang boleh dilakukan ialah memperkukuhkan pertahanan negara. Ini dapat dilakukan dengan meminta bantuan negara luar. Selain itu, pertahan negara dapat dikukuhkan dengan meningkatkan kemahiran ketenteraan di kalangan tentera negara. Pemimpin juga harus mewujudkan kerjasama dalam kalangan masyarakat untuk membanteras komunis. Ini kerana, meningkatkan perlindungan rakyat pada masa itu adalah keutamaan penting. Contohnya, dengan memutuskan bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada pihak komunis dan memujuk komunis menyerah diri boleh membantu menbendung keganasan yang dicetuskan oleh pihak komunis. Pemimpin juga harus melindungi kawasan-kawasan strategik dan melakukan rundingan bagi membendung keganasan pihak komunis pada masa itu.

40

media

7.

Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen undang-undang bertulis yang menjadi teras pada sistem pemerintahan negara. Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai ciri tradisional dan moden yang menjadikan perlembagaan di negara kita unik.

41

media

7.

(a)

Huraikan ciri-ciri tradisional dalam Perlembagaan Persekutuan.

[6 markah]

42

Open Ended

Huraikan ciri-ciri tradisional dalam Perlembagaan Persekutuan.

F1 Kesultanan atau Pemerintahan Beraja

H1a Negeri Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja

H1b Sultan merupakan pemerintah berdaulat dan memiliki kuasa penuh di negeri masing-masing


F2 Selepas merdeka, pemerintahan beraja diteruskan dan disesuaikan dengan konsep Demokrasi Berparlimen

H2a Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan melalui perlembagaan kuasa pemerintahan sebagai pemerintah tertinggi negara

H2b Termasuklah kuasa mengampun dan menangguh hukuman orang yang disabitkan kesalahan oleh mahkamah

H2c Mempunyai kuasa membuat pelantikan bagi jawatan utama negara


F3 Pada peringkat negeri, raja merupakan ketua negeri

H3a Mempunyai kuasa mengampun dan menangguh hukuman kepada mereka yang disabitkan kesalahan oleh mahkamah

H3b Pelantikan jawatan utama negeri

H3c Berkuasa mengurniakan anugerah, penghormatan dan bintang kehormat kepada individu yang terpilih


F4 Agama Islam

H4a Pada zaman British, raja di negeri Melayu tidak perlu menerima nasihat daripada penasihat

H4b British berkaitan dengan hak dan kedaulatan raja, adat istiadat orang Melayu dan agama Islam

H4c Selepas merdeka, agama Islam bagi negeri Melayu terletak di bawah kuasa raja di negeri masing-masing

H4d Bagi Wilayah Persekutuan dan negeri tidak beraja, perkara ini terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.


F5 Bahasa Melayu

H5a Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu digunakan dalam pemerintahan

H5b Bahasa Melayu menjadi lingua franca dan memainkan peranan sebagai bahasa ilmu.

H5c Kini, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi


F6 Kedudukan Orang Melayu dan Bumiputera

H6a Sebelum merdeka, kedudukan orang Melayu dan bumiputera adalah di bawah kuasa raja dan ketua peribumi

H6b Selepas merdeka, Yang di-Pertuan Agong diberi tanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah serta kepentingan sah kaum lain

43

media

7.

(a)

Huraikan ciri-ciri tradisional dalam Perlembagaan Persekutuan.

[6 markah]

Salah satu ciri-ciri tradisional dalam Perlembagaan Persekutuan ialah mengenai Bahasa Melayu. Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu digunakan dalam pemerintahan. Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca dan memainkan peranan sebagai bahasa ilmu. Kini, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Selain itu, perlembangaan ini turut menyentuh kedudukan Orang Melayu dan Bumiputera. Sebelum merdeka, kedudukan orang Melayu dan bumiputera adalah di bawah kuasa raja dan ketua peribumi. Selepas merdeka, Yang di-Pertuan Agong diberi tanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah serta kepentingan sah kaum lain.

​atau

​Salah satu ciri-ciri tradisional dalam Perlembagaan Persekutuan ialah mengenai Kesultanan atau Pemerintahan Beraja. Negeri Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja. Sultan merupakan pemerintah berdaulat dan memiliki kuasa penuh di negeri masing-masing. Selepas merdeka, pemerintahan beraja diteruskan dan disesuaikan dengan konsep Demokrasi Berparlimen. Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan melalui perlembagaan kuasa pemerintahan sebagai pemerintah tertinggi negara. Antara kuasa Yang di-Pertuan Agiong termasuklah kuasa mengampun dan menangguh hukuman orang yang disabitkan kesalahan oleh mahkamah. Selain itu, Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa membuat pelantikan bagi jawatan utama negara.

44

media

7.

(b)

Huraikan ciri-ciri moden dalam Perlembagaan Persekutuan.

[6 markah]

45

Open Ended

Huraikan ciri-ciri moden dalam Perlembagaan Persekutuan.

F1 Kerajaan Persekutuan

H1a Mewujudkan satu sistem Kerajaan Persekutuan

H1b Menyarankan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri diberi kuasa dalam bidang tertentu

H1c Apabila Malaysia dibentuk, Sarawak dan Sabah diberi beberapa autonomi


F2 Sistem Demokrasi Berparlimen

H2a Asas kepada demokrasi ialah pilihan raya umum pada tahun 1955

H2b Bertujuan memberikan kebebasan kepada rakyat memilih wakil pemimpin dan menubuhkan Kerajaan


F3 Penubuhan Suruhanjaya Pilihan Raya

H3a Bagi menentukan pilihan raya dapat dijalankan dengan adil

H3b Bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjalankan pilihan raya

H3c Pilihan raya persekutuan memilih wakil bagi membentuk Kerajaan Persekutuan

H3d Pilihan raya negeri pula memilih wakil untuk membentuk Kerajaan Negeri


F4 Kewarganegaraan Persekutuan

H4a Diperkenalkan melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

H4b Sebelum merdeka, tidak terdapat satu kewarganegaraan yang sama

H4c Rakyat dikategorikan sebagai rakyat raja dan kerakyatan British

H4d

Kemerdekaan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia melahirkan taraf kewarganegaraan yang sama

46

media

7.

(b)

Huraikan ciri-ciri moden dalam Perlembagaan Persekutuan.

[6 markah]

Salah satu ciri-ciri moden dalam Perlembagaan Persekutuan ialah Penubuhan Suruhanjaya Pilihan Raya. Ini adalah penting bagi menentukan pilihan raya dapat dijalankan dengan adil. Suruhanjaya ini bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjalankan pilihan raya. Pilihan raya persekutuan memilih wakil bagi membentuk Kerajaan Persekutuan manakala pilihan raya negeri pula memilih wakil untuk membentuk Kerajaan Negeri. Selain itu, ciri lain ialah mengenai Kewarganegaraan Persekutuan. Ciri ini diperkenalkan melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Sebelum merdeka, tidak terdapat satu kewarganegaraan yang sama. Rakyat dikategorikan sebagai rakyat raja dan kerakyatan British. Kemerdekaan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia melahirkan taraf kewarganegaraan yang sama.

Salah satu ciri-ciri moden dalam Perlembagaan Persekutuan ialah berkaitan Kerajaan Persekutuan. Perkara utama ialah mewujudkan satu sistem Kerajaan Persekutuan. Ciri ini menyarankan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri diberi kuasa dalam bidang tertentu. Apabila Malaysia dibentuk, Sarawak dan Sabah diberi beberapa autonomi. Selain itu, ciri-ciri moden dalam perlembagaan ini ialah Sistem Demokrasi Berparlimen. Sistem in adalah asas kepada demokrasi ialah pilihan raya umum pada tahun 1955. Sistem ini bertujuan memberikan kebebasan kepada rakyat memilih wakil pemimpin dan menubuhkan Kerajaan.

​atau

47

media

7.

(c)

[8 markah]

Pada pandangan anda, mengapakah perlembagaan penting kepada sesebuah negara?

48

Open Ended

Pada pandangan anda, mengapakah perlembagaan penting kepada sesebuah negara?

49

media

8.

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia keempat pada 17 Jun 1991 untuk meneruskan hasrat mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dirangka untuk tempoh 10 tahun (1991 – 2000).

50

media

8.

(a)

Jelaskan matlamat Dasar Pembangunan Negara (DPN).

[4 markah]

51

Open Ended

Jelaskan matlamat Dasar Pembangunan Negara (DPN).

TIPS:

F1 Mencapai perpaduan negara

H1 melalui pengagihan kekayaan

F2 Dicapai melalui pembangunan seimbang

H2a antara negeri

H2b dan antara bandar dengan luar bandar

H2c melalui beberapa aspek

F3 Pelaksanaan

H3a melalui Rancangan Malaysia Keenam

H3b dan Rancangan Malaysia Ketujuh

52

media

8.

(b) Terangkan strategi yang digunakan untuk mencapai
matlamat DPN.

[8 markah]

53

Open Ended

Terangkan strategi yang digunakan untuk mencapai matlamat DPN.

TIPS:

F1 Ekonomi

H1a Penglibatan aktif pihak swasta dalam pembangunan ekonomi negara

H1b Melaksanakan program penanaman semula

H1c Penggunaan sains dan teknologi

H1d Meningkatkan pemilikan saham bumiputera


F2 Sosial

H2a Memberikan insentif dan kemudahan pendidikan

H2b Untuk kemajuan masyarakat miskin tanpa mengira kaum

H2c Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera [1m]

H2d Membentuk masyarakat yang berdisiplin dan progresif


F3 Kemudahan fizikal dan alam sekitar

H3a Menyediakan dan menambah baik kemudahan asas

H3b pembangunan mapan tanpa mengabaikan alam sekitar

54

media

8.

(b) Terangkan strategi yang digunakan untuk mencapai
matlamat DPN.

[8 markah]

Salah satu strategi ialah mengenai Ekonomi. Ini dilakukan melalui penglibatan aktif pihak swasta dalam pembangunan ekonomi negara. Antara strategi yang dijalankan ialah melaksanakan program penanaman semula. Strategi ini juga mengalakkan penggunaan sains dan teknologi dan bertujuan untuk meningkatkan pemilikan saham bumiputera.


Selain itu, strategi lain ialah berkaitan dengan Sosial. Strategi ini dijalankan dengan memberikan insentif dan kemudahan pendidikan. Ini bertujuan untuk kemajuan masyarakat miskin tanpa mengira kaum. Ia juga dapat ewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera. Malah, ia juga boleh membentuk masyarakat yang berdisiplin dan progresif


Strategi lain ialah menyediakan kemudahan fizikal dan alam sekitar. Ia dijalankan dengan menyediakan dan menambah baik kemudahan asas dan pembangunan mapan tanpa mengabaikan alam sekitar,

55

media

8.

(c)

Apakah kesan sekiranya kerajaan tidak melaksanakan DPN di negara kita?

[8 markah]

56

Open Ended

Apakah kesan sekiranya kerajaan tidak melaksanakan DPN di negara kita?

57

media

9.

Penggubalan dasar luar Malaysia dilaksanakan berpandukan perkembangan ekonomi, sosial dan politik pada peringkat domestik dan antarabangsa.

58

media

9.

(a)

Jelaskan matlamat penggubalan dasar luar Malaysia.

[4 markah]

59

media

9.

(b)

Huraikan faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia.

[8 markah]

60

media

9.

(c)

Penglibatan Malaysia secara aktif dalam pertubuhan serantau telah banyak memberi manfaat kepada masyarakat dan negara. Bincangkan.

[8 markah]

media

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 60

SLIDE