Search Header Logo
Untitled Lesson

Untitled Lesson

Assessment

Presentation

Other

KG

Practice Problem

Hard

Created by

Suffian Aris

FREE Resource

20 Slides • 0 Questions

1

media

34

KERJA LEBIH MASA DAN ELAUN LEBIH MASA


TUJUAN

1.Ceraian ini bertujuan menjelaskan mengenai peraturan dan pelaksanaan Kerja

Lebih Masa (KLM) dan Elaun Lebih Masa (ELM) bagi pegawai yang meliputi
kelayakan ELM, formula pengiraan ELM dan nilai pekali ELM.

LATAR BELAKANG

2.

Secara amnya pegawai adalah tertakluk kepada pematuhan peraturan Waktu

Bekerja dengan memenuhi syarat waktu bekerja sehari dan mematuhi tempoh waktu
masuk dan waktu pulang yang ditetapkan.

3.

Walau bagaimanapun, apabila seseorang pegawai yang dikehendaki bekerja

lebih daripada masa bekerja biasa yang ditetapkan baginya atau dipanggil bertugas
dalam masa kecemasan, pegawai tersebut layak menerima ELM mengikut syarat dan
kadar yang ditetapkan berdasarkan jenis kerja lebih masa yang dijalankan.

TAFSIRAN

4.

Bagi maksud ceraian ini:


“kerja lebih masa” bermaksud:

sebarang jenis kerja lebih masa atas arahan Ketua Jabatan secara bertulis yang
dilaksanakan di luar waktu bekerja biasa ditetapkan kepada seseorang pegawai (Waktu
Bekerja Pejabat/ Waktu Bekerja Bukan Pejabat) termasuk Hari Rehat Mingguan
(HRM), Hari Kelepasan Mingguan (HKM) dan Hari Kelepasan Am (HKA) untuk
menjalankan tugas-tugas rasmi seseorang pegawai yang berkaitan dengan tugas
hakikinya atau tugas rasmi bagi jabatannya atas kepentingan awam atau kepentingan
perkhidmatan.

“jenis kerja lebih masa” bermaksud:

Kerja siang

Sebarang giliran bertugas tambahan yang
dilaksanakan di antara jam 6 pagi hingga 10
malam.

2

media

3

media

4

media

5

media

6

media

7

media

8

media

9

media

10

media

11

media

12

media

35

Kerja malam

Sebarang giliran bertugas tambahan yang
dilaksanakan di antara jam 10 malam hingga 6
pagi.

Kerja kecemasan

Kerja-kerja kecemasan yang berkaitan dengan
pemulihan

semula

perhubungan

atau

perkhidmatan yang terputus atau terganggu, di
mana ia dianggap berakhir apabila perhubungan
telah tersambung semula/ perkhidmatan penting
telah berjalan semula/ kedua-duanya terlepas
daripada gangguan/ ancaman.

Pegawai boleh diarahkan untuk menjalankan
tugas atau mengendalikan pengurusan bencana
atau memberi bantuan apabila berlakunya
keadaan-keadaan seperti banjir, tanah runtuh,
gempa bumi, jambatan runtuh atau lain-lain
malapetaka

dan

bencana

alam,

perintah

berkurung dan perintah sekatan am oleh pihak
berkuasa.

Waktu bekerja bagi seseorang pegawai sedang
bertugas yang diisytiharkan sebagai kecemasan
akan dianggap sebagai termasuk dalam kerja
kecemasan.

Sesuatu tempoh kecemasan itu hendaklah
dianggap berakhir apabila Ketua Jabatan
mengisytiharkan keadaan telah kembali pulih
dan semua tugas boleh dilaksanakan seperti
biasa.


PELAKSANAAN

5.Ketua Jabatan boleh mengarahkan seseorang pegawai untuk bekerja lebih masa.


6.Kerja lebih masa yang dilaksanakan dalam atau luar pejabat layak dibayar ELM

tertakluk kepada peraturan-peraturan yang berkuat kuasa.

13

media

36

7.Kerja-kerja yang berkaitan dengan kerja-kerja peribadi tidak dikira sebagai kerja

lebih masa.

8.Arahan untuk bekerja lebih masa boleh diberikan dalam keadaan memerlukan

sahaja seperti berikut:

i.kerja-kerja mustahak yang boleh memudaratkan perkhidmatan sekiranya
ditangguhkan pada hari berikutnya;


ii.kerja-kerja rasmi yang berhubungan dengan perkhidmatan awam yang
dikehendaki dibuat oleh pegawai melebihi daripada bidang tugas
biasanya; dan


iii.kerja-kerja yang perlu diuruskan dalam jangka masa yang terhad.


ELAUN LEBIH MASA

9.

Pegawai yang diarah kerja lebih masa adalah layak dipertimbangkan ELM

kecuali pegawai seperti di Jadual 1 berikut:

Jadual 1: Tidak Layak Dipertimbangkan ELM

Bil.

Perkara

a)Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi;

b)
Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional;

c)Angkatan Tentera Malaysia;

d)Polis Diraja Malaysia;

e)Pegawai Penguat kuasa Maritim;

f)
Pegawai Penjara;

g)
Pegawai Bomba;

h)
Pegawai

Perkhidmatan

Pendidikan

Kumpulan

Pelaksana yang

mengajar di sekolah atau institusi pendidikan yang menikmati Cuti
Rehat Khas;

i)
Pegawai yang Bekerja Dari Rumah (BDR);

j)
Pegawai yang menjadi peserta kursus/ seminar/ perhimpunan/
perarakan/ perbarisan dan seumpamanya; dan

14

media

37

Bil.

Perkara

k)
Pegawai yang telah diberi Cuti Gantian atau diberi Bayaran Khas Lain
untuk kerja lebih masanya.


9.

Pegawai yang tidak layak dibayar ELM/ Bayaran Khas Lain boleh menuntut Cuti

Gantian (CG) kerana dipanggil bertugas lebih masa tertakluk kepada syarat yang
ditetapkan di perenggan 11 di bawah. Ketua Jabatan boleh dengan budi bicaranya
memberi CG kepada pegawai tertakluk kepada kepentingan awam/ kepentingan
perkhidmatan. Sembilan (9) jam kerja lebih masa (tidak termasuk waktu rehat) adalah
bersamaan dengan satu (1) hari CG. Tempoh sah laku CG adalah dalam tempoh 6 bulan
setelah diluluskan oleh Ketua Jabatan.

10.

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan kemudahan ELM dan CG:

(i)

Tidak layak ELM tetapi layak dipertimbangkan CG seperti di
Jadual 2 berikut:

Jadual 2: Tidak Layak ELM Tetapi Layak CG

Bil

.

Perkara

a)Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi;
b)Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional kecuali

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang mengajar di sekolah
atau institusi pendidikan yang menikmati Cuti Rehat Khas;

c)Pegawai Penjara.

(ii)

Tidak layak ELM dan CG seperti di Jadual 3.

Jadual 3: Tidak Layak ELM dan CG

Bil.

Perkara

a) Angkatan Tentera Malaysia

b) Polis Diraja Malaysia

c) APMM

d) Bomba

e) pegawai yang diarah menjalankan kerja-kerja lebih masa, tetapi telah

diberi sesuatu imbuhan khas seperti saguhati

15

media

38

Bil.

Perkara

f) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar di sekolah atau

institusi pendidikan yang menikmati Cuti Rehat Khas


11.Kadar bayaran ELM adalah mengikut formula seperti berikut:

Gaji Pokok x 12 bulan x Pekali x Jumlah Jam KLM
313 hari x 8 jam

12.Pekali bayaran ELM adalah mengikut jenis Kerja Lebih Masa dengan kadar

seperti berikut:

Bil
.
Jenis

PEKALI

Hari

Bekerja

Biasa

Hari Rehat

Biasa

Hari

Kelepasan

1. Kerja Siang

1 ⅛ kali

1 ¼ kali

*1 ¾ kali

2. Kerja Malam

1 ¼ kali

1 ½ kali

*2 kali

3. Kerja Kecemasan

(i)Pegawai sedang

bertugas

(a)Bagi baki masa

dalam giliran

1 ½ kali
(siang)

1 ½ kali
(siang)

1 ¾ kali
(siang)

1 ¾ kali
(malam)

1 ¾ kali
(malam)

2 kali

(malam)

(b)Selepas tamat

giliran

*1 ¾ kali
(siang)

*1 ¾ kali
(siang)

*1 ¾ kali
(siang)

*2 kali
(malam)

*2 kali
(malam)

*2 kali
(malam)

(ii)Pegawai tidak

bertugas

*1 ¾ kali
(siang)

*1 ¾ kali
(siang)

*1 ¾ kali
(siang)

*2 kali
(malam)

*2 kali
(malam)

*2 kali
(malam)

* Pegawai boleh mendapat bayaran minima tidak kurang daripada 2 jam bagi tugas ini, walaupun tugas
itu tidak sampai 2 jam.

16

media

39


13.Ketua Jabatan hendaklah memastikan arahan bekerja lebih masa dibuat

berdasarkan kepada kepentingan perkhidmatan dan mentadbir KLM supaya jumlah
tuntutan ELM sebulan tidak melebihi 1/3 daripada gaji pokok bulanan pegawai. Walau
bagaimanapun, ELM yang jumlahnya melebihi 1/3 daripada gaji pokok bulanan
boleh dibayar sekiranya menepati syarat-syarat berikut:-

i.semua pegawai yang terlibat dalam sesuatu urusan di tempat yang sama
telah menjalankan kerja lebih masa yang melibatkan pelangkauan had 1/3
daripada gaji pokok bulanan;

ii.pegawai yang telah diarahkan untuk membuat kerja lebih masa namun
menolak, hendaklah membuat pengakuan sebegitu dengan surat bagi
membolehkan pegawai lain yang menggantinya membuat tuntutan
walaupun telah melebihi 1/3 daripada gaji pokok bulanan;

iii.sesuatu keadaan yang difikirkan sangat-sangat munasabah tetapi terkeluar
daripada panduan di (i) dan (ii); dan

iv.tuntutan hendaklah diluluskan oleh pegawai Kumpulan Pengurusan dan
Profesional Gred 12 dan ke atas.

ELM Pembantu Khidmat Am (Melaksanakan Tugas Pemandu Kenderaan)

14.Pembantu Khidmat Am yang melaksanakan tugas sebagai pemandu kenderaan

(selepas ini disebut sebagai PKA) yang diarah bekerja lebih masa di luar pejabat adalah
layak menuntut bayaran ELM termasuk masa dalam perjalanan kerana tugas memandu
merupakan tugas hakiki pemandu berkenaan.

15.Masa menunggu bagi seorang PKA kerana menjalankan tugas rasmi yang ada

kaitan dengan tugas hakikinya atau jabatannya atau pegawai yang dibawanya boleh
dikira sebagai kerja lebih masa. Walau bagaimanapun, jika tugas menunggu itu ada
kaitan dengan kerja-kerja peribadi sama ada bagi dirinya atau bagi pegawai yang
dibawanya, maka ia tidak dikira sebagai kerja lebih masa. Contohnya masa rehat makan
tengah hari dan mengambil anak di sekolah.

16.PKA layak menuntut ELM bagi masa perjalanannya dari rumah pegawai ke

pejabat atau sebaliknya. PKA adalah tidak layak menuntut bayaran ELM dari rumah
PKA ke pejabat dan sebaliknya, sebelum bermula waktu bekerja pejabat (pagi) atau
selepas waktu bekerja pejabat (petang) kerana menjalankan kerja-kerja lebih masa.

17

media

40

Lain-lain

17.Pegawai yang layak menuntut bayaran ELM dan diarah menjalankan kerja-kerja

lebih masa di luar kawasan pejabat adalah layak menuntut bayaran ELM dan juga elaun-
elaun bertugas rasmi di luar pejabat (seperti elaun makan, harian, sewa hotel, elaun
perjalanan kenderaan dan sebagainya) tertakluk kepada peraturan dan syarat-syarat
berkuat kuasa.

18.Bagi seseorang pegawai selain daripada PKA, masa dalam perjalanan boleh

dikira sebagai kerja lebih masa jika tempoh waktu bertugas di luar waktu pejabat itu
kurang daripada 24 jam. Jika tempoh tersebut melebihi 24 jam, maka seseorang pegawai
tersebut adalah tidak layak dibayar ELM bagi masa dalam perjalanan itu.

Contoh 1:
Pegawai telah diarahkan untuk menjalankan kerja di luar pejabat. Pegawai
bertolak pada jam 5 pagi dari Labuan (Ibu Pejabat pegawai) ke Putrajaya dan
Pegawai menjalankan tugas-tugasnya dan setelah tamat pegawai pulang
semula ke Labuan pada hari yang sama.

Sekiranya masa perjalanan pergi dan balik pegawai adalah di luar waktu
bekerja biasanya, maka pegawai layak menuntut ELM.

Contoh 2:
Pegawai telah diarahkan untuk menjalankan kerja di luar pejabat. Pegawai
bertolak dari Labuan (Ibu Pejabat pegawai) ke Putrajaya. Pegawai
menjalankan tugas-tugasnya dan setelah tamat, pegawai bermalam di
Putrajaya.

Dalam hal ini, pegawai tidak layak menuntut ELM bagi masa dalam perjalanan
di luar waktu bekerja biasanya.


19.Bagi pegawai yang bertugas di luar kawasan pejabatnya, maka tuntutan bayaran

ELM hendaklah dikira berdasarkan lokasi pejabat pegawai berkenaan.


Contoh:
Situasi 1
Jika seorang pegawai yang pejabatnya di Kuala Lumpur dan diarah
menjalankan tugas hakikinya pada hari Ahad ke Terengganu. Hari Kelepasan

18

media

41

Mingguan Pegawai adalah Hari Ahad manakala Hari Kelepasan Mingguan di
Terengganu adalah pada hari Jumaat.


Maka, pegawai adalah layak menuntut bayaran ELM pada hari Ahad atas
kadar Hari Rehat Biasa.

Situasi 2
Jika pegawai yang pejabatnya di Terengganu dan diarah menjalankan tugas
hakikinya ke Kuala Lumpur pada hari Jumaat. Hari Kelepasan Mingguan
pegawai adalah hari Jumaat, manakala Hari Kelepasan Mingguan di Kuala
Lumpur adalah pada hari Ahad.


Pegawai adalah layak menuntut bayaran ELM pada hari Jumaat atas kadar
Hari Rehat Biasa.


20.Jika tempat bekerja jauh dari tempat melapor diri, bayaran ELM pegawai dikira

dari tempat melaporkan diri dan dianggap menamatkan kerja di tempat yang sama.

21.Pegawai yang sedang bercuti rehat boleh diarahkan bekerja lebih masa dan layak

bayaran ELM setelah membatalkan cuti rehatnya.

22.Bagi pegawai yang bekerja secara Waktu Bekerja Syif/ Waktu Bekerja Terputus-

putus, tuntutan ELM hanya boleh dilakukan apabila jumlah waktu bekerja dalam
seminggu telah melebihi jumlah waktu bekerja yang ditetapkan iaitu 45 jam seminggu
atau purata 45 jam bagi empat (4) minggu berturutan.

23.Bagi pegawai yang terlibat dengan Waktu Bekerja Syif/ Waktu Bekerja

Terputus-putus, jika Hari Kelepasan Am jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan pegawai,
maka kelayakan Hari Kelepasan Am itu adalah dibawa ke hari berikutnya. Jika pegawai
diarahkan bertugas pada hari tersebut, maka pegawai adalah layak dibayar ELM.

Contoh:

Hari Kelepasan Mingguan
Pegawai

Hari Kelepasan Am

Kelayakan Hari Kelepasan Am
Pegawai

Rabu

Rabu

Dibawa ke hari Khamis

Tuntutan ELM: Layak dibayar ELM atas kadar Hari Kelepasan Am jika pegawai
bertugas pada Hari Khamis.

24.ELM dibayar berdasarkan tempoh masa KLM sebenar tidak termasuk antaranya

masa rehat, masa makan dan masa sembahyang.

19

media

42

25.Pegawai yang menanggung kerja layak menerima ELM. ELM tersebut hanya

boleh dibayar bagi KLM yang dilaksanakan dengan menolak dua (2) jam 15 minit
daripada jumlah jam KLM pada hari pegawai menjalankan KLM tersebut, tidak
termasuk kerja-kerja lebih masa yang dilaksanakan pada Hari Rehat Mingguan, Hari
Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am. Peruntukan ini tidak termasuk
pengumpulan jumlah KLM untuk Cuti Gantian di bawah peraturan semasa.

26.Ketua Jabatan hendaklah memastikan arahan KLM yang dikeluarkan itu benar-

benar perlu dilakukan. Ketua Jabatan juga hendaklah memastikan jabatan mempunyai
peruntukan kewangan yang mencukupi bagi tujuan membayar ELM tersebut.

TARIKH BERKUAT KUASA

27.Ceraian ini berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024.


PEMBATALAN

28.Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, peraturan-peraturan seperti berikut adalah

dibatalkan:

i.Lampiran D, perkara 9 dan 10 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun

1977;

ii.Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 1977;
iii.Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 1989;
iv.Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1990;
v.Lampiran D6, perkara 24 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun

1991;

vi.Surat Edaran JPA63/31 SK17 Klt.3(85) bertarikh 27 Februari 1997;
vii.Surat Edaran JPA(S)63/31(SV12) bertarikh 15 November 2001; dan
viii.Surat Edaran JPA(SARAAN)(S)1619 Klt.16(93) bertarikh 11 Ogos 2010.


PEMAKAIAN

29.Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian

PPSM berkenaan peraturan kemudahan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada
semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa
Tempatan.

20

media

43


KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA

media

34

KERJA LEBIH MASA DAN ELAUN LEBIH MASA


TUJUAN

1.Ceraian ini bertujuan menjelaskan mengenai peraturan dan pelaksanaan Kerja

Lebih Masa (KLM) dan Elaun Lebih Masa (ELM) bagi pegawai yang meliputi
kelayakan ELM, formula pengiraan ELM dan nilai pekali ELM.

LATAR BELAKANG

2.

Secara amnya pegawai adalah tertakluk kepada pematuhan peraturan Waktu

Bekerja dengan memenuhi syarat waktu bekerja sehari dan mematuhi tempoh waktu
masuk dan waktu pulang yang ditetapkan.

3.

Walau bagaimanapun, apabila seseorang pegawai yang dikehendaki bekerja

lebih daripada masa bekerja biasa yang ditetapkan baginya atau dipanggil bertugas
dalam masa kecemasan, pegawai tersebut layak menerima ELM mengikut syarat dan
kadar yang ditetapkan berdasarkan jenis kerja lebih masa yang dijalankan.

TAFSIRAN

4.

Bagi maksud ceraian ini:


“kerja lebih masa” bermaksud:

sebarang jenis kerja lebih masa atas arahan Ketua Jabatan secara bertulis yang
dilaksanakan di luar waktu bekerja biasa ditetapkan kepada seseorang pegawai (Waktu
Bekerja Pejabat/ Waktu Bekerja Bukan Pejabat) termasuk Hari Rehat Mingguan
(HRM), Hari Kelepasan Mingguan (HKM) dan Hari Kelepasan Am (HKA) untuk
menjalankan tugas-tugas rasmi seseorang pegawai yang berkaitan dengan tugas
hakikinya atau tugas rasmi bagi jabatannya atas kepentingan awam atau kepentingan
perkhidmatan.

“jenis kerja lebih masa” bermaksud:

Kerja siang

Sebarang giliran bertugas tambahan yang
dilaksanakan di antara jam 6 pagi hingga 10
malam.

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 20

SLIDE