Search Header Logo

LATIHAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1

Authored by Mohd Roslan

Education

1st Grade

Used 420+ times

LATIHAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1
AI

AI Actions

Add similar questions

Adjust reading levels

Convert to real-world scenario

Translate activity

More...

    Content View

    Student View

1 questions

Show all answers

1.

MULTIPLE SELECT QUESTION

15 mins • 1 pt

[ 30 markah ]


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor berlakunya longgokan sampah dan kesan-kesan longgokan sampah. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.


Secara purata, setiap rakyat Malaysia membuang dua kilogram sampah sehari. Kira-kira 45 peratus daripada sampah tersebut ialah sisa makanan, 25 peratus plastik dan 30 peratus bahan-bahan lain. Hal ini bererti hampir setengah daripada jumlah sampah di negara kita terdiri daripada sisa makanan. Keadaan ini disebabkan oleh sikap kebanyakan rakyat Malaysia yang suka membeli makanan mengikut nafsu, bukan mengikut keperluan. Sampah terhasil apabila isi rumah membuang apa-apa yang tidak perlukan oleh mereka. Apabila sistem kutipan sampah tidak sempurna, sampah mula bertimbun di tempat sendiri.


Terdapat orang ramai yang gagal menguruskan sampah mereka dan tidak melupuskannya mengikut cara yang betul, sehingga menyebabkan berlakunya longgokan sampah. Selain itu, amalan penggunaan pinggan mangkuk dan bungkusan pakai buang seperti polisterina dan beg plastik yang semakin berleluasa pada masa ini turut menjadi penyumbang kepada longgokan sampah sarap. Oleh itu, kerajaan seharusnya menguatkuasakan larangan penggunaan polisterina dan beg plastik kerana penguraiannya memakan masa yang sangat lama. Selain itu, terdapat juga sesetengah barangan dibungkus secara berlebih-lebihan untuk menarik minat pengguna. Namun demikian, tanpa disedari bahan pembungkusan barangan yang dibuang begitu sahaja boleh menyebabkan timbunan sampah semakin bertambah. Masalah tersebut menjadi semakin serius apabila terdapat pihak yang dipertanggungjawab untuk mengutip dan melupuskan sampah tidak menjalankan tugas secara berkesan.


Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan bahawa sikap pembaziran dalam kalangan rakyat Malaysia semakin menjadi-jadi khususnya semasa musim perayaan. Masyarakat kita yang gemar membeli barangan baharu dan membuang barangan lama menjadikan masalah longgokan sampah tiada penyelesaiannya. Perkara ini tidak akan berlaku jika amalan kitar semula dilaksanakan dalam kalangan rakyat. Malangnya, amalan kitar semula di negara kita kurang mendapat sambutan. Keadaan ini diburukkan lagi apabila tempat pengumpulan bahan kitar semula yang ada di seluruh negara tidak mencukupi. Seharusnya, tong kitar semula disediakan di banyak tempat dan ada pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskannya secara berkesan.


Di samping itu, sikap masyarakat yang tidak ada kesedaran akan pentingnya menjaga alam sekitar dengan membuang bahan buangan domestik sewenang-wenangnya turut menyebabkan masalah longgokan sampah yang tidak terkawal. Contohnya, penggunaan lampin pakai buang yang menjadi gaya hidup masyarakat moden pada hari ini telah menambahkan lagi masalah longgokan sampah. Seharusnya, penggunaan lampin bayi jenis kain yang boleh dicuci menjadi pilihan kerana lampin pakai buang amat sukar untuk dilupuskan. Sehubungan dengan itu, masyarakat perlu segera beralih kepada penggunaan bahan mesra alam. Dalam hal ini, pendidikan memainkan peranan utama untuk melahirkan masyarakat pengguna yang bijak demi kesejahteraan hidup manusia.


Dipetik dan diubah suai daripada

‘Longgokan Sampah Masalah yang Tiada Noktah’

oleh Amlir Ayat,

Dewan Masyarakat, November 2011

sila buat rumusan selengkapnya

sila hantar rumusan anda dengan segera sebelum 10 OGOS 2018 kepada saya.

Access all questions and much more by creating a free account

Create resources

Host any resource

Get auto-graded reports

Google

Continue with Google

Email

Continue with Email

Classlink

Continue with Classlink

Clever

Continue with Clever

or continue with

Microsoft

Microsoft

Apple

Apple

Others

Others

Already have an account?