Search Header Logo

KERTAS BAHASA MELAYU SPM 2021

Authored by Pee Wah

Other

KG

Used 519+ times

KERTAS BAHASA MELAYU SPM 2021
AI

AI Actions

Add similar questions

Adjust reading levels

Convert to real-world scenario

Translate activity

More...

    Content View

    Student View

10 questions

Show all answers

1.

OPEN ENDED QUESTION

15 mins • Ungraded

Kesalahan Ejaan Dan Imbuhan (2 Soalan)


Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.


Soalan 1

"Perpaduan ialah kunci pemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup aman dan damai. Perpaduan dapat melahirkan melalui hubungan baik dengan jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupok semangat muhibbah, saling dipercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka."

Evaluate responses using AI:

OFF

2.

OPEN ENDED QUESTION

15 mins • Ungraded

Soalan 2

"Dari jauh, di salah sebuah kafe popular di ibu kota, terlihat sekumpulan remaja begitu rancak bersembang, sambil menikmati anika makanan yang terhidang di atas meja. Keadaan di kafe "lima bintang" itu begitu sesak dengan kunjungan yang majoritinya remaja berbangsa Melayu. Persoalannya, adakah mereka tidak memperdulikan pengumuman Jabatan Kemajuan Islam Malaysia baru-baru ini bahawa kafe tersebut tidak disenaraikan dalam premis makanan halal."

Evaluate responses using AI:

OFF

3.

OPEN ENDED QUESTION

15 mins • Ungraded

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. (2 Soalan)


Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Soalan 1

(i) Satu pamiran barang-barang antik telah berada di pusat kraf tangan bermula semalam.


(ii) Kita mestilah mempertahan martabat bahasa Melayu sebagai lambang jatidiri bangsa daripada dicemari oleh bahasa asing.


(iii) Pengarah syarikat itu telah melantik seorang juru ukur untuk menyukat perluasan tanah terbiar.

Evaluate responses using AI:

OFF

4.

OPEN ENDED QUESTION

15 mins • Ungraded

Soalan 2


(i) Penunggang motorsikal itu berjaya melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang dilaku oleh polis trafik.


(ii) Melalui e-mail yang dikirimnya malam tadi, adik diharap supaya kami sekeluarga tidak bimbang akan keselamatannya.


(iii) Semua bekerja di kilang itu akan keluar makan pada waktu tengahari selama satu jam setengah.

Evaluate responses using AI:

OFF

5.

OPEN ENDED QUESTION

15 mins • Ungraded

Peribahasa


Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.


(i) Melakukan pekerjaan yang sia-sia.


(ii) Orang lain yang berbuat salah, orang lain pula yang menanggung akibatnya.


(iii) Keadaan orang yang berilmu tetapi tidak menunjuk-nunjukkan dirinya.

Evaluate responses using AI:

OFF

6.

MULTIPLE SELECT QUESTION

15 mins • 1 pt

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian pilih tiga peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi tersebut.


Walaupun Shahida dan Shahira adik-beradik kembar tetapi kedua-duanya mempunyai minat dan perwatakan yang sangat berbeza. Mereka sentiasa berselisih faham dan sering bertengkar dalam menegakkan pendirian masing-masing. Ibu mereka selalu memberi nasihat agar mereka bertolak ansur antara satu sama lain namun tidak dihiraukan. Perselisihan yang berlarutan itu berakhir apabila mereka mula insaf dan bermaafan-maafan.

rambut sama hitam hati lain-lain

menegakkan benang basah

mencurah air di daun keladi

carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

air ditetak tiada akan putus

7.

OPEN ENDED QUESTION

15 mins • Ungraded

Kesalahan Tatabahasa


Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.


Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


(i) Peristiwa semasa berkhemah di Taman Negara itu meninggalkan ingatan manis yang sukar dilupakan olehku.


(ii) Kegiatan pemerdagangan orang telah mendapat prihatin dunia dan menjadi isu antarabangsa di masa ini.


(iii) Ayah mencantas semak samun di kebunnya pada tiap hujung minggu.

Evaluate responses using AI:

OFF

Access all questions and much more by creating a free account

Create resources

Host any resource

Get auto-graded reports

Google

Continue with Google

Email

Continue with Email

Classlink

Continue with Classlink

Clever

Continue with Clever

or continue with

Microsoft

Microsoft

Apple

Apple

Others

Others

Already have an account?