
Kuiz Tetamu Yang Dinanti
Authored by Aina Zulkifli
Religious Studies, Other
University
Used 1+ times

AI Actions
Add similar questions
Adjust reading levels
Convert to real-world scenario
Translate activity
More...
Content View
Student View
8 questions
Show all answers
1.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Ibadah puasa diwajibkan ke atas seorang muslim yang baligh, berakal dan bersih dari haid dan nifas. Pensyariatan ibadah puasa dinyatakan dalam dalil Al Quran surah:
Al Qdar: 3
Ali Imran:183
Al Baqarah:183
Al Alaq: 5
Answer explanation
Allah berfirman yang ertinya:
“Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan juga kepada orang-orang yang sebelum kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa”. (al-Baqarah: 183)
2.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Bilakan puasa pada bulan Ramadan disyariatkan?
Tahun ke-2 Hijrah
Tahun ke-5 Hijrah
Tahun ke-7 Hijrah
Answer explanation
Puasa bulan Ramadan telah difardhukan pada bulan sya’ban tahun kedua hijrah. Sebelum ini, ibadah puasa telah diamalkan di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi Muhammad SAW. Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 183
3.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
‘Period” saya dah habis, dah mandi wajib, dah solat dan berpuasa, tiba-tiba pukul 5 petang tengok masih ada berbaki sedikit darah. Adakah sah puasa saya?
Sah
Tidak Sah
Answer explanation
Darah yang keluar dari rahim wanita sekalipun selepas mandi dan berpuasa, adalah darah hadi. Darah itu bukan darah fasad atau istihadah kerana ia masih keluar dalam tempoh 15 hari maksimum haid. Manakala tempoh berhenti yang sebentar itu, sekalipun lebih sehari, disebut sebagai fatrah naqa’ yang masih dianggap sebagai tempoh haid apabila ia menyelangi antara dua darah selagi mana dalam tempoh 15 hari.
4.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Doreen seorang wanita kristian yang suka berpuasa bila tiba bulan Ramadan. Dia akan download jadual imsak dan berbuka untuk pastikan dia dapat bersahur dan berbuka tepat waktu. Dia juga akan menjaga perlakuan sepanjang hari dalam bulan Ramadan. Apakah hukum ibadah puasa Doreen?
Makruh
Terbatal
Sah
Tidak sah
Answer explanation
Tidak sah puasa orang kafir kerana puasa merupakan ibadah dan orang kafir bukan ahli ibadah. Berdasarkan dalil Al Quran Surah Al Baqarah :183
5.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Shazana sedang berpuasa dan mengambil booster Vaksin Covid-19. Apakah hukum puasanya kerana dos booster masuk kedalam badannya?
Puasanya terbatal dan wajib Qada'
Puasanya Sah dan boleh teruskan berpuasa
Answer explanation
Hukum melakukan suntikan vaksin Covid-19 pada siang hari di bulan Ramadan adalah diharuskan dan tidak membatalkan puasa kerana suntikan tersebut tidak melalui rongga yang terbuka
6.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Nora dan Alia menderma darah pada 5 Ramadan ketika mereka sedang berpuasa. Apakah hukum puasa mereka?
Batal Puasa
Tidak Batal Puasa
Answer explanation
Antara perbuatan yang
membatalkan puasa adalah sengaja memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka seperti mulut dan hidung dan telinga dan kemaluan.
Ada pun menderma darah maka ia bukanlah memasukkan suatu tetapi mengeluarkan.
7.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Puasa merupakan ibadah yang istimewa kerana ia merupakan ibadah yang akan dikurniakan ganjaran oleh Allah SWT kepada hamba-Nya. Berikut merupakan hari diharamkan berpuasa kecuali:
29 Syaaban
1 Syawal
10 Zulhijjah
1 Muharam
Answer explanation
Terdapat larangan daripada berpuasa pada sehari atau dua hari sebelum Ramadan. Antaranya, daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: (Maksudnya): “Janganlah kalian mendahulukan Ramadan dengan sehari berpuasa atau dua hari kecuali bagi sesiapa yang telah terbiasa berpuasa sebelumnya.”
Access all questions and much more by creating a free account
Create resources
Host any resource
Get auto-graded reports

Continue with Google

Continue with Email

Continue with Classlink

Continue with Clever
or continue with

Microsoft
%20(1).png)
Apple
Others
Already have an account?