Search Header Logo

KUIZ RASUAH DAN INTEGRITI UKS SIRI 1/2023

Authored by ezrie hanif

Education

1st Grade

Used 5+ times

KUIZ RASUAH DAN INTEGRITI UKS SIRI 1/2023
AI

AI Actions

Add similar questions

Adjust reading levels

Convert to real-world scenario

Translate activity

More...

    Content View

    Student View

6 questions

Show all answers

1.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

20 sec • 1 pt

Apakah definisi rasuah yang paling tepat secara umum?

Beri atau terima suapan berharga sebagai upah melakukan suatu berkaitan dengan bidang tugas seseorang.

Beri atau terima suapan berharga sebagai upah bagi mempengaruhi sesuatu keputusan bagi maksud tertentu.

Beri atau terima suapan berharga sebagai upah bagi menutup sesuatu kesalahan.

Tidak berkenaan.

Answer explanation

Secara umumnya, rasuah merupakan suatu perbuatan sama ada memberi atau menerima sesuatu suapan yang berbentuk wang tunai atau barangan berharga sebagai upah bagi melakukan suatu perbuatan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugas seseorang itu. Sebagai contoh, seorang kontraktor memberikan hadiah berbentuk jam tangan berharga kepada seorang pegawai Kerajaan bagi meluluskan projek kepada syarikatnya.

2.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

10 sec • 1 pt

Berdasarkan Akta SPRM 2009, berapakah jenis-jenis kesalahan rasuah yang utama?

3

4

5

6

Answer explanation

(1)       Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009].

(2)       Memberi suapan [seksyen 17(b) ASPRM 2009].

(3)       Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 ASPRM 2009].

(4)       Salah guna kuasa [Seksyen 23 ASPRM 2009].

3.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

20 sec • 1 pt

Di bawah seksyen berapakah seseorang boleh disabitkan dengan kesalahan “Mengemukakan Tuntutan Palsu”?

Seksyen 8 ASPRM 2009.

Seksyen 28 ASPRM 2009.

Seksyen 18 ASPRM 2009.

Seksyen 38 ASPRM 2009.

Answer explanation

[Seksyen 18 ASPRM 2009] Mana-mana orang mengemukakan dokumen tuntutan (resit, invoice) yang mempunyai butiran matan palsu dengan niat untuk memperdayakan prinsipal (pejabatnya). CONTOH: SHAH ALAM - Bekas Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Md. Saberi Md. Salleh dihukum penjara tiga tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di atas tuduhan memperakui invois pembekalan peralatan sukan palsu bernilai RM138,600 pada sekitar tahun 1999. Md. Saberi didakwa membuat perakuan penerimaan barangan bertarikh 24 Mac 1999 dengan memperakui bahawa Multi Joint 2 AP berharga RM138,600 telah diterima dalam keadaan memuaskan sedangkan ianya tidak dibekalkan. Hakim turut menjatuhkan hukuman yang sama ke atas pemilik syarikat pembekal peralatan sukan, Zaleha Abdul Rahman, 48, atas kesalahan bersubahat mengeluarkan invois tersebut.

4.

FILL IN THE BLANKS QUESTION

10 sec • 1 pt

Jika nilai hadiah yang diterima kurang dari RM100.00, kita perlu melapor tanpa kebenaran melalui lampiran B (Rujuk Para 10, 11 PP 3/1998). BETUL atau SALAH.

(a)  

Answer explanation

Benar dan jika nilainya kurang RM 100.00 perlulah melaporkan tanpa kebenaran melalui lampiran B. ( Rujuk Para 10, 11 PP 3/1998 )

5.

FILL IN THE BLANKS QUESTION

10 sec • 1 pt

Sesebuah Jabatan Kerajaan tidak boleh memberi hadiah kepada ahli politik. BETUL atau SALAH.

(a)  

Answer explanation

Boleh dan Hendaklah disediakan berbentuk plaque yang tidak mahal, pennat, barangan kraftangan jabatan atau bahan cetak jabatan.

6.

OPEN ENDED QUESTION

1 min • 5 pts

Apakah kaedah yang mungkin dirasakan sesuai dan berkesan bagi menerapkan pemahaman tentang rasuah dikalangan warga UKS?

Evaluate responses using AI:

OFF

Answer explanation

Cadangan jawapan perlu mengandungi elemen-elemen yang mampu memberi kesedaran serta memupuk budaya benci rasuah. Selain daripada itu, cadangan tersebut juga mestilah mampu untuk dilaksanakan serta bersifat menyeluruh dengan penglibatan warga UKS.

Access all questions and much more by creating a free account

Create resources

Host any resource

Get auto-graded reports

Google

Continue with Google

Email

Continue with Email

Classlink

Continue with Classlink

Clever

Continue with Clever

or continue with

Microsoft

Microsoft

Apple

Apple

Others

Others

Already have an account?