
KUIZ PINTAR PERIBAHASA TINGKATAN 3
Authored by MOHD AFFIQ AFFANDY BIN AZLIZAN KPM-Guru
World Languages
1st Grade
Used 5+ times

AI Actions
Add similar questions
Adjust reading levels
Convert to real-world scenario
Translate activity
More...
Content View
Student View
15 questions
Show all answers
1.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
Peribahasa "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak" membawa maksud
orang yang suka bertangguh akan rugi.
pandai menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan.
berjaya melarikan diri daripada sesuatu yang berbahaya tetapi mendapat bahaya yang lain pula.
orang yang berdagang akhirnya kembali ke tempat asalnya.
2.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
Kita mestilah saling bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara bak kata pepatah
bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
mencegah lebih baik daripada mengubati.
melepaskan batuk di tangga.
terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
3.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
Peribahasa yang membawa maksud mana-mana adat atau kebiasaan yang sudah dilupakan dihidupkan kembali, manakala yang lama dibaiki atau diganti ialah
usang dibarui, lapuk dikajangi.
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga.
masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
4.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
Kita perlu bijak merencanakan setiap tindakan dan memanfaatkan masa sebaik mungkin kerana
ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
masa itu emas.
air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya.
5.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
Peribahasa yang sama erti dengan "mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi" ialah
bapa borek, anak rintik.
sediakan payung sebelum hujan.
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan.
6.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
Walaupun pada mulanya Hisham malu diejek rakan-rakan sekelas kerana keluarganya miskin, namun lama-kelamaan dia sudah lali dengan ejekan tersebut kerana
alah bisa tegal biasa.
tak kenal maka tak cinta.
ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
7.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
Tidak ada jalan pintas untuk berjaya. Oleh sebab itu, kita perlu berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan sesuatu.
Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah
biar lambat asal selamat.
muafakat membawa berkat
bersatu teguh bercerai roboh.
jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Access all questions and much more by creating a free account
Create resources
Host any resource
Get auto-graded reports

Continue with Google

Continue with Email

Continue with Classlink

Continue with Clever
or continue with

Microsoft
%20(1).png)
Apple
Others
Already have an account?