
Kuiz Sirah: Khalifah Ar-Rasyidin
Authored by Anonymous Anonymous
Professional Development
Used 8+ times

AI Actions
Add similar questions
Adjust reading levels
Convert to real-world scenario
Translate activity
More...
Content View
Student View
14 questions
Show all answers
1.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Antara berikut, siapakah bukan tergolong dalam khalifah ar-rasyidin?
Umar al-Khattab
Uthman bin Aufan
Abdullah bin Uthman
Answer explanation
Empat khalifah ar-Rasyidin
1) Abu Bakar as-Siddiq
(Nama sebenar: Abdullah bin Uthman)
2) Umar bin al-Khattab
3) Uthman bin Affan
(bukan Uthman bin AUFAN)
4) Ali bin Abi Talib
2.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Perang Yarmuk merupakan peperangan yang dimenangi oleh umat Islam, menentang Rom yang merupakan kuasa besar dunia ketika itu. Siapakah khalifah yang memegang tampuk pemerintahan ketika itu?
Abu Bakar as-Siddiq
Umar al-Khattab
Uthman bin Affan
Ali bin Abi Talib
Answer explanation
Di medan Yarmuk, 30,000~40,000 tentera Muslimin menghadapi 240,000 tentera Romawi yang ternyata jauh lebih besar. Jumlah tersebut merupakan jumlah pasukan Muslim terbesar yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam sejarah Arab. Tentera Muslimin dipimpin oleh Khalid al-Walid.
Hasil peperangan ini, kaum Muslimin berjaya menakluk Syam dan mengalahkan tentera Rom (maharaja Herkulis).
3.
MULTIPLE SELECT QUESTION
45 sec • 3 pts
Pilih SEMUA masalah utama yang perlu diselesaikan oleh Saidina Abu Bakar semasa pemerintahannya. (3 jawapan)
Nabi palsu
Murtad
Perang Saudara
Menolak membayar zakat
Answer explanation
Kebanyakan yang mahu murtad ialah mereka yang baru memeluk Islam dan belum benar-benar memahami hakikat Islam kerana masuknya mereka ke dalam Islam hanyalah dipengaruhi oleh gerakan ramai, dan segan kepada kekuasaan Nabi SAW.
Ada pula satu golongan yang mahu mendirikan solat, tetapi tidak mahu mengeluarkan zakat. Golongan ini malah bersedia untuk berperang semata-mata kerana tidak mahu membayar zakat. Kata-kata Abu Bakar, "Demi Allah kalau mereka itu enggan menunaikan kepada ku seutas tali pengikat unta seperti yang telah ditunaikan kepada Rasulullah saw., pasti aku akan perangi mereka selagi pedang masih berada di tanganku."
Muncul juga nabi-nabi palsu dan yang paling terkenal ialah Musailamah al-Kazzab, yang akhirnya diperangi semasa Perang Yamamah.
4.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Yang mana BUKAN gelaran kepada mana-mana khalifah ar-rasyidin?
Al-Faruq
Saifullah
Zunnurain
As-Siddiq
Answer explanation
Al-Faruq: gelaran kepada Umar yang bermaksud 'yang membezakan antara haq dan batil'. Gelaran ini diberikan oleh Rasulullah semasa Umar membawa sekumpulan umat Islam untuk bersolat di hadapan Kaabah secara terbuka untuk pertama kalinya dalam sejarah Islam. Umar sendiri yang menjaganya daripada gangguan orang-orang Quraisy
As-Siddiq: gelaran kepada Abu Bakar kerana sentiasa menyokong & membenarkan kata-kata Rasulullah SAW. Dia membenarkan Rasulullah saat orang-orang kafir Quraisy menuduh baginda gila selepas peristiwa Isra’ Mikraj, dan dia juga tetap menyokong keputusan Rasulullah saw. semasa perjanjian Hudaibiyah tatkala yang lain merasakan seolah-olah tertindas dan berat sebelah dengan isi kandungan perjanjian tersebut.
Zunnurain: gelaran kepada Ali kerana mengahwini 2 anak perempuan Rasulullah iaitu Ruqayyah (mati ketika Perang Badar) & Umi Kalthum.
Saifullah: gelaran kepada Khalid al-Walid yang bermaksud 'Pedang Allah'.
5.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Khalifah manakah yang tidak mati dibunuh?
Saidina Abu Bakar
Saidina Umar
Saidina Uthman
Saidina Ali
Answer explanation
ABU BAKAR meninggal kerana sakit.
UMAR ditikam ketika mengimamkan solat subuh oleh Abu Lu'lu, seorang Majusi dari Parsi. Abu Lu'lu kemudian membunuh diri sebelum sempat ditangkap oleh orang ramai.
UTHMAN dibunuh di rumahnya oleh orang-orang yang termakan fitnah seorang Yahudi, Abdullah bin Saba yang berpura-pura masuk Islam. Dia menuduh Uthman gagal memerintah dengan baik sehingga menyebabkan inflasi, kehancuran, penyakit berjangkit di kawasan pemerintahannya.
ALI dibunuh ketika hendak ke masjid Kufah (Iraq) untuk solat subuh oleh Abdulrahman bin Muljam, seorang khawarij yang merasakan Ali, Muawiyah dan Amr bin Ash ialah punca perpecahan umat Islam ketika itu.
6.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 2 pts
Al-Quran mula dihimpun pada zaman Khalifah X setelah dicadangkan oleh Saidina Y kerana ramai huffaz yang syahid semasa Perang Yamamah (melawan Nabi Palsu).
X: Uthman
Y: Ali
X: Umar
Y: Abdul Rahman bin Auf
X: Abu Bakar
Y: Umar
X: Ali
Y: Muawiyah
Answer explanation
Perang Yamamah ialah perang melawan Musailamah al-Kazzab yang mengaku sebagai seorang Nabi.
12,000 tentera muslimin mengalahkan 40,000 orang yang murtad. Huffaz al-Quran selalunya berada di barisan paling depan tentera, dan dikatakan 1200 orang syahid, termasuk 73 sahabat yang juga huffaz.
Disebabkan itu, Saidina Umar mencadangkan penghimpunan Al-Quran ini. Lalu Abu Bakar memerintahkan kepada Zaid bin Tsabit untuk menghimpun Al-Quran daripada pelepah kurma, kulit binatang dan daripada hafalan kaum muslimin.
7.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Kenapa Saidina Umar letak jawatan sebagai hakim di Madinah semasa pemerintahan Saidina Abu Bakar?
Tiada kerja
Merasakan bukan bidang kepakarannya
Rakyat takut dengan beliau
Answer explanation
Umar telah dilantik oleh Abu Bakar untuk menjadi hakim di Madinah. Setelah setahun berlalu, tiada walaupun satu permasalahan yang diadukan kepada Umar. Sememanganya masyarakat Madinah waktu itu hidup aman damai dan penuh harmoni sehingga tidak timbul satu masalahpun untuk dibicarakan.
Maka, datanglah Umar kepada Abu Bakar sambil berkata, “Hai Abu Bakar, ambillah kembali tugas ini dariku.” Abu Bakar bertanya, “Kenapa Umar?” Umar menjawab, “Aku makan dari yang haram. Aku menerima gaji dari Baitul Mal tanpa bekerja.”
Access all questions and much more by creating a free account
Create resources
Host any resource
Get auto-graded reports

Continue with Google

Continue with Email

Continue with Classlink

Continue with Clever
or continue with

Microsoft
%20(1).png)
Apple
Others
Already have an account?