Search Header Logo

Soalan tahun lepas S1

Authored by Cameron RM350

History

11th Grade

Used 1+ times

Soalan tahun lepas S1
AI

AI Actions

Add similar questions

Adjust reading levels

Convert to real-world scenario

Translate activity

More...

    Content View

    Student View

25 questions

Show all answers

1.

MULTIPLE SELECT QUESTION

45 sec • 1 pt

Usaha yang dilakukan oleh Bismark bagi menyatupadukan penduduk berbangsa Jerman selepas penyatuan negara Jerman pada tahun 1871.

memulihkan keamanan di Jerman dan Eropah

Berperang dengan Denmark

menggubal perlembagaan Jerman

membangunkan sektor Perindustrian

pemulihan sosial

2.

MULTIPLE SELECT QUESTION

30 sec • 1 pt

Bincangkan usaha Otto Van Bismarck untuk menyatukan Jerman pada abad ke-19 Masihi.

menguatkan keupayaan militer/ketenteraan

mengukuhkan pengaruh Prusia

mengamalkan taktik real politic

melancarkan siri peperangan

3.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Huraikan Struktur masyarakat feudal Jepun dalam era pemerintahan kesyogunan Tokugawa dari 1603 - 1868 dari bawah ke atas

pedagang, petani, petukang, Samurai, Daimyo, Shogun, Maharaja

Hamba, petani, Tukang, Daimo, Samurai Shogun, Maharaja

Petani, Samurai, Daimo, Shogun, Maharaja

Padagang, Petukang, Petani, Samurai, Daimyo, Shogun, Maharaja

Answer explanation

Soalan ini menghendaki calon menghuraikan struktur masyarakat feudal Jepun dalam era pemerintahan

kesyogunan Tokugawa dari tahun 1603 hingga tahun 1868. Terdapat calon yang memberikan jawapan yang

tidak mengikut urutan struktur masyarakat Jepun dengan tepat dan ada calon yang menggunakan istilah

kelas masyarakat mengikut sistem feudal di England. Jawapan yang baik ialah jawapan yang menghuraikan

struktur masyarakat feudal Jepun era Tokugawa, iaitu

 

a.      Maharaja

b.     Shogun

c.      Daimyo

d.     Samurai

e.      Petani

f.        Tukang-2 mahir (nomin)

g.      Pedagang (cohin)

4.

MULTIPLE SELECT QUESTION

45 sec • 1 pt

Huraikan ciri-ciri masyarakat feudal di England pada abad ke-16 hingga abad ke-17.

hubungan antara tuan tanah dengan petani

kewujudan hubungan golongan pemerintah dengan yang diperintah

hubungan kelas hulubalang iaitu knight yang bertanggungjawab melindungi dan memelihara keselamatan Lord

Hubungan antara petani dam hamba

hubungan pemilikan tanah antara golongan bangsawan dan Raja

Answer explanation

Soalan ini menghendaki calon menghuraikan ciri-ciri masyarakat feudal di England pada abad ke-16 dan abad ke-17. Terdapat calon yang memberikan jawapan yang umum tentang ciri-ciri masyarakat feudal tanpa menyediakan maklumat sokongan bagi menjelaskan ciri tersebut. Jawapan yang baik ialah calon dapat memberikan definisi tentang masyarakat feudal dan mengidentifikasikan ciri-ciri masyarakat tersebut dengan ciri-ciri masyarakat feudal seperti

 

a.      hubungan antara tuan tanah dengan petani

b.     kewujudan hubungan golongan pemerintah dengan yang diperintah

c.      hubungan kelas hulubalang iaitu knight yang bertanggungjawab melindungi dan memelihara keselamatan Lord

d.     hubungan pemilikan tanah antara golongan bangsawan dan Raja

5.

MULTIPLE SELECT QUESTION

45 sec • 1 pt

Huraikan ciri-ciri masyarakat agraria di China pada abad ke-16 dan abad ke-17 Masihi

hubungan antara kelas pahlawan dan petani

kegiatan pertanian yang dijalankan

pola petempatan penduduk di kawasan lembah Sungai

sistem pengairan yang dibina

kemahiran dalam bidang teknologi pertanian/peralatan

Answer explanation

Soalan ini menghendaki calon menghuraikan ciri-ciri masyarakat agraria di China pada abad ke-16 dan abad ke-17 Masihi. Terdapat calon yang memberikan jawapan yang umum tentang ciri-ciri masyarakat agraria tanpa menyediakan maklumat sokongan bagi menjelaskan ciri tersebut. Jawapan yang baik ialah calon dapat memberikan definisi tentang masyarakat agraria dan mengidentifikasikan ciri-ciri masyarakat tersebut seperti

 

a.    kegiatan pertanian yang dijalankan

b.    pola petempatan penduduk di kawasan lembah Sungai

c.     sistem pengairan yang dibina

d.    pengetahuan masyarakat mengenai aspek kesuburan tanah

e.    kemahiran dalam bidang teknologi pertanian/peralatan.

6.

MULTIPLE SELECT QUESTION

45 sec • 1 pt

Huraikan kemahiran teknologi pertanian masyarakat agraria di Belanda dari abad ke-16 hingga abad ke-17.

teknologi dan kaedah guna tanah

penciptaan kolar kuda dan kereta sorong beroda dua

teknik tanaman

pertanian hortikultur

kemajuan teknologi peralatan pertanian

Answer explanation

Soalan ini menghendaki calon menghuraikan kemahiran teknologi pertanian masyarakat agraria diBelanda dari abad ke-16 hingga abad ke-17. Prestasi jawapan calon adalah baik untuk soalan ini keranacalon memahami kemahiran teknologi masyarakat agraria di Belanda. Jawapan calon yang baik ialahmenghuraikan isi utama seperti

a.    teknologi dan kaedah guna tanah

b.    teknik tanaman

c.     pertanian hortikultur

d.    kemajuan teknologi peralatan pertanian

 

 Namun begitu, terdapat calon memberikan jawapan yang kurang menepati kehendak soalan iaitu, calon hanya memberikan jawapan ciri-ciri masyarakat agraria

secara umum.

 

7.

MULTIPLE SELECT QUESTION

45 sec • 1 pt

Bincangkan faktor kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim pada abad ke-15 dan ke-16 Masihi

Pengaruh Reformation

perkembangan kapitalisme dan merkantilisme

usaha pedagang Portugal memecahkan monopoli perdagangan pedagang Itali dan Islam

penyebaran agama Kristian

kemajuan teknologi pelayaran

Answer explanation

Soalan ini menghendaki calon membincangkan faktor kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim pada

abad ke-15 dan abad ke-16 Masihi. Sebahagian kecil daripada calon memahami konsep kuasa maritim

dan dapat menjelaskan faktor yang menyumbang kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim. Namun,

kebanyakan calon tidak memiliki pengetahuan yang mencukupi untuk menyediakan jawapan yang baik

dengan memberikan jawapan yang umum. Calon sepatutnya membincangkan

 

a.     perkembangan kapitalisme dan merkantilisme

b.    usaha pedagang Portugal memecahkan monopoli perdagangan pedagang Itali dan Islam

c.     penyebaran agama Kristian

d.    pengaruh Renaisans

e.     kemajuan teknologi pelayaran

f.      perang salib

g.    pengetahuan tentang dunia luar.

 

 

Access all questions and much more by creating a free account

Create resources

Host any resource

Get auto-graded reports

Google

Continue with Google

Email

Continue with Email

Classlink

Continue with Classlink

Clever

Continue with Clever

or continue with

Microsoft

Microsoft

Apple

Apple

Others

Others

Already have an account?