wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains Ting 1 Bab 1 A

Total questions: 15

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.
Teknologi adalah aplikasi ilmu pengetahuan sains dalam 
a)
penciptaan alat-alat yang canggih
b)
rawatan dan pencegahan penyakit
c)
kehidupan seharian manusia 
d)
penghasilan baka-baka yang lebih bermutu
2.
Apakah maksud sains ?
a)
makmal-makmal sains dan radas-radasnya
b)
kajian sistematik tentang alam dan fenomena
c)
tumbuhan dan haiwan sahaja
d)
penggunaan pengetahuan untuk emudahan manusia 
3.
Antara berikut yang manakah bukan ciptaan teknologi mengikut takrifan yang sebenar?
a)
robot serbaguna
b)
komputer canggih
c)
kapal terbang yang pantas 
d)
senjata nuklear dalampeperangan 
4.
Antara berikut yang manakah bukan peraturan makmal?
a)
bahan-bahan kimia pepejal yang tidak digunakan hendaklah dibuang ke dalam sinki
b)
aktiviti makan dan minum dalam makmal adalah tidak dibenarkan 
c)
kemalangan atau kerosakan yang berlaku hendaklah dilaporkan segera kepada guru
d)
label pada botol bahan kimia hendaklah dibaca sebelum digunakan  
5.
Langkah pertama yang perlu dilakukan sekiranya seorang rakan anda terkena renjatan elektrik ialah 
a)
tarik tangan rakandengan serta merta
b)
hentikan pengaliran arus elektrik 
c)
siram rakan dengan air
d)
beri rakan minum air
6.
Berikut merupakan sikap-sikap yang harus diamalkan ketika berada di makmal kecuali 
a)
masuk dan keluar makmal dengan teratur
b)
elakkan pembaziran air, gas dan elektrik 
c)
nyalakan penunu bunsen dengan mancis 
d)
tuang semula bahan kimia berlebihan ke dalam botol asal untuk elak pembaziran 
7.
Antara berikut yang manakah merupakan radas yang digunakan untuk memindahkan sedikit bahan kimia berbentuk cecair?
a)
spatula 
b)
buret 
c)
penitis 
d)
tabung uji 
8.
Apakah kegunaan mangkuk penyejat?
a)
untuk mengasingkan campuran pasir dan air
b)
untuk mendapatkan garam dari air laut
c)
untuk mengasingkan gas hidrogen daripada air
d)
untuk mengisi larutan semasa eksperimen dijalankan
9.
Antara berikut yang manakah bukan unit untuk kuantiti asas?
a)
meter
b)
darjah celcius 
c)
kilogram 
d)
saat 
10.
Kesilapan akibat salah posisi semasa mengambil bacaan menyebabkan bacaan yang diperolehi tidak tepat. Kesilapan ini dipanggil 
a)
ralat paralaks
b)
kesilapan perimeter
c)
kesilapan pengukuran
d)
ralat mata
11.
Radas-radas berikut digunakan untuk menyukat isipadu cecair kecuali 
a)
picagari
b)
buret 
c)
pipet
d)
bikar
12.
Manakah antara langkah berikut tidak berkaitan dengan teknik semasa menuangkan larutan dalam makmal? 
a)
memeriksa label botol
b)
mencium bau bahan untuk memastikan jenis bahan
c)
memegang botol pada bahagian label
d)
menggunakan penitis untuk cecair mengakis
13.
Bahan yang mempunyai label di atas mesti disimpan di 
a)
tempat yang jauh dari sumber api
b)
dalam minyak parafin
c)
dalam peti sejuk
d)
sebelah alat pemadam api
14.
Antara yang berikut yang manakah bukan pendekatan yang digunakan untuk mempelajari sains? 
a)
mengumpul maklumat melalui eksperimen 
b)
mengkaji sesuatu fenomena melalui eksperimen 
c)
membuat kesimpulan tanpa menjalankan eksperimen
d)
menganalisis dan menginterpretasi data yang diperolehi melalui eksperimen 
15.
Antara berikut yang manakah bukan tindakan yang sesuai diambil untuk jenis kemalangan yang berlaku?
a)
tertelan bahan kimia - cuba muntah dan berkumur dengan air yang banyak
b)
melecur - letakkan bahagian yang melecur di bawah air yang mengalir selama beberapa minit
c)
terhidu gas beracun - bawa keluar dari makmal untuk menyedut udara segar
d)
mata terkena asid - meneutralkan mata dengan alkali