wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SN6 INTERAKSI ANTARA HIDUPAN

Total questions: 32

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.
Antara haiwan berikut, yang manakah merupakan haiwan yang hidup bersendirian?
a)
Gajah
b)
Harimau
c)
Singa
d)
Rusa
2.
Antara haiwan-haiwan berikut, yang manakah BUKAN haiwan yang hidup bersendirian?
a)
Harimau bintang
b)
Ikan tuna
c)
Panda
d)
Kucing hutan
3.
Apakah kelebihan kepada haiwan yang hidup bersendirian?
a)
Mudah mencari pasangan
b)
Mudah mencari makanan
c)
Kurang persaingan untuk kawasan
d)
Persaingan tinggi untuk mendapatkan 
4.
Yang manakah kelebihan haiwan yang hidup berkumpulan?
a)
Bekerjasama mencari makanan
b)
Kurang persaingan untuk mendapatkan makanan
c)
Saling bekerjasama untuk mendapatkan cahaya matahari
d)
Kurang persaingan untuk mendapatkan kawasan
5.
Pokok Langsuyar menumpang di atas pokok lain untuk mendapatkan cahaya matahari.
Namakan jenis interaksi ini?
a)
Nasionalisme
b)
Parasitisme
c)
Mutualisme
d)
Komensalisme
6.
Ikan Remora mengikut Ikan Yu untuk mendapatkan sisa makanan.
Namakan jenis interaksi ini.
a)
Mutualisme
b)
Komensalisme
c)
Intraspesis
d)
Parasitisme
7.
Antara yang berikut, yang manakah BUKAN kelebihan haiwan yang hidup berkumpulan?
a)
Dapat melindungi diri daripada musuh
b)
Dapat mencari makanan bersama
c)
Tidak perlu berkongsi makanan
d)
Bersama-sama menjaga anak
8.
Dua ekor rusa jantan bertarung untuk menunjukkan kekuatannya bagi menarik perhatian rusa betina.
Apakah faktor yang menyebabkan persaingan tersebut?
a)
Air
b)
Pasangan
c)
Makanan
d)
Ruang/wilayah
9.
Apakah maksud interaksi?
a)
Perhubungan antara dua spesis haiwan berbeza untuk mencari pasangan
b)
Persaingan antara haiwan dan tumbuhan
c)
Perhubungan aktif antara hidupan yang saling bergantung antara satu sama lain
d)
Pergerakkan haiwan dalam kumpulan ke habitat yang lain
10.
Interaksi interspesis merupakan ....
a)
Interaksi spesis yang berlainan
b)
Interaksi spesis yang sama
c)
Interaksi spesis yang lebih kuat
d)
Interaksi spesis manusia
11.
Lebah bekerjasama untuk membina sarangnya.
Interaksi di atas merupakan interaksi ...
a)
Interspesis
b)
Intraspesis
c)
Internet
d)
Infrastruktur
12.
Haiwan ini hidup berkumpulan dan bekerjasama membina sarangnya.
Antara haiwan-haiwan di bawah yang manakah sesuai dengan penyataan di atas.
a)
Semut
b)
Siput babi
c)
Kala jengking
d)
Landak
13.
Ikan bilis hidup berenang dalam kumpulan yang besar.
Bagaimanakah cara hidup ikan bilis di atas dapat memastikan keselamatan spesisnya?
a)
Bersama-sama menyerang musuhnya apabila diserang
b)
Melarikan diri apabila diserang musuh
c)
Membenarkan musuh menyerang mereka dengan mudah
d)
Menampakkan bentuk yang lebih besar untuk mengelirukan musuhnya
14.
Singa laut jantan akan menyerang jantan lain yang memasuki kawasannya.
Apakah tujuan singa laut jantan berbuat demikian?
a)
Menghalang singa laut jantan yang lain untuk menyerang anaknya
b)
Mengelakkan singa laut jantan lain berebut makanannya
c)
Untuk mendapatkan sekumpulan singa laut betina bagi tujuan mengawan
d)
Memastikan kawasannya lebih luas dari singa laut jantan yang lain
15.
Antara berikut, yang manakah merupakan kekurangan haiwan yang hidup berkumpulan?
a)
Wabak penyakit mudah merebak
b)
Makanan dicari bersama-sama
c)
Sukar untuk mendapatkan pasangan
d)
Persaingan tinggi untuk mendapatkan udara
16.
Antara berikut, yang manakah kekurangan haiwan yang hidup bersendirian?
a)
Mengelakkan persaingan memburu makanan
b)
Sukar untuk mencari pasangan
c)
Persaingan tinggi untuk mendapatkan air
d)
Kurang kawasan untuk mencari makanan
17.
Antara berikut, yang manakah BUKAN faktor persaingan haiwan?
a)
Air
b)
Pasangan
c)
Makanan
d)
Udara
18.
Namakan interaksi di antara harimau dan rusa
a)
mangsa-pemangsa
b)
komensalisme
c)
mutualisme
d)
parasitisme
19.
Namakan interaksi antara dua spesies yang berlainan yang bersaing untuk mendapatkan sumber yang terhad
a)
persaingan intra-spesis
b)
persaingan inter-spesis
20.
Yang manakah di bawah ini merupakan contoh bagi interaksi mutualisme
a)
cacing pita dan usus manusia
b)
liken dan alga
c)
pokok duit-duit dan pokok ketapang
d)
afid dan tumbuhan
21.
Persaingan berlaku kerana organisma bersaing untuk mendapatkan sumber yang terhad.  Betul atau salah?
a)
betul
b)
salah
22.
Pemangsa adalah haiwan yang diburu sebagai makanan dan mangsa pula adalah haiwan yang memburu haiwan lain sebagai sumber makanan.
Betul atau salah?
a)
betul
b)
salah
23.
Apakah maksud kepupusan haiwan?
a)
Haiwan kehilangan tempat tinggal.
b)
Haiwan yang telah lenyap dimuka bumi.
c)
Haiwan yang masih wujud tetapi dalam kuantiti yang sedikit.
d)
Haiwan yang diancam kepupusan.
24.
Antara haiwan berikut, yang manakah telah pupus?
a)
Rusa
b)
Badak Sumbu
c)
Harimau dahan Taiwan
d)
Orang Utan
25.
Kesemua haiwan berikut telah pupus kecuali...
a)
Aquangga
b)
Mamot
c)
Harimau bertaring lengkung
d)
Dugong
26.
Burung dodo banyak terdapat di kepulauan Mauritius. Namun ianya telah pupus. Pada pendapat kamu apakah punca kepupusan burung dodo?
a)
Hujan meteor.
b)
Perubahan suhu yang mendadak.
c)
Diburu oleh pelayar untuk dagingnya
d)
Hentaman komet.
27.
Apakah maksud haiwan diancam kepupusan?
a)
Haiwan yang telah mati.
b)
Haiwan yang telah pupus.
c)
Haiwan yang masih hidup tetapi semakin sedikit.
d)
Haiwan yang masih hidup tetapi jumlahnya masih banyak.
28.
Haiwan-haiwan ini diancam kepupusan, kecuali....
a)
Panda dan dugong
b)
Penyu hijau dan orang utan
c)
Tapir dan badak sumbu
d)
Ayam dan tupai
29.
Antara contoh aktiviti berikut, yang manakah menjadi punca haiwan dan tumbuhan diancam kepupusan?
a)
Menanam rumput dilereng bukit
b)
Menanam padi dilereng bukit.
c)
Meneroka hutan secara berlebihan.
d)
Penebangan pokok secara terancang.
30.
Ikan paus diburu untuk mendapatkan.....
a)
Lemak
b)
Kulit
c)
Sirip
d)
Gigi
31.
Apakah maksud pemeliharaan hidupan?
a)
Pemeliharaan bermaksud mengekalkan keadaan asal haiwan dan tumbuhan daripada musnah.
b)
Pemuliharaan bermaksud mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang.
c)
Mendidik masyarakat tentang melindungi haiwan dan tumbuhan daripada ancaman kepupusan.
d)
Mewartakan spesies haiwan dan tumbuhan sebagai spesies yang dilindungi
32.
Aktiviti berikut menunjukkan aktiviti pemeliharaan, kecuali...
a)
Elakkan membeli produk yang diperbuat daripada bahagian badan spesies haiwan terancam.
b)
Menebang pokok terpilih sahaja bagi mengelakkan kepupusan tumbuhan.
c)
Menganjurkan kempen yang menentang pembalakan dan pemburuan haram.
d)
Menanam semula pokok.