wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

HOLIDAY PACKAGE - SPN(5UUM)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.
Pernyataan di bawah berkaitan dengan kesan faktor iklim terhadap tumbesaran dan pengeluaran hasil ternakan. Pilih pernyataan yang betul..
a)
Ternakan akan kehilangan air daripada badan pada kelembapan udara yang tinggi.
b)
Kadar persenyawaan akan menurun pada suhu yang tinggi.
c)
Kadar pengambilan makanan akan meningkat apabila ternakan mengalami himpitan iklim.
2.
Pernyataan di bawah menerangkan kesan faktor iklim terhadap tumbesaran dan keluaran ternakan. Pilih pernyataan yang betul.
a)
Kesan bebanan haba tinggi menyebabkan saiz lembu pedaging baka tempatan lebih kecil berbanding baka import.
b)
Suhu dan kelembapan yang tinggi akan memanjangkan tempoh galak serta meninggikan kadar persenyawaan ternakan.
c)
Di bawah cahaya matahari terik, ternakan akan lebih banyak minum dan kurang selera makan.
3.
Pernyataan di bawah menerangkan beberapa amalan yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kesan himpitan iklim terhadap ternakan. Pilih pernyataan yang betul.
a)
Memastikan perumahan ternakan mempunyai pengudaraan yang baik.
b)
Menggunakan bumbung jenis zink dan asbestos untuk mengurangkan haba.
c)
Membekalkan air minuman ketika panas terik bagi meningkatkan pengambilan kuantiti makanan.
4.
Fungsi karbohidrat adalah...
a)
Mengatur proses badan bagi tumbesaran, pembiakan dan daya tahan terhadap serangan penyakit.
b)
Sumber utama tenaga dalam menjalankan aktiviti fizikal di samping pengeluaran susu.
c)
Diperlukan sebagai sumber tenaga, penebat haba dan pelarut vitamin A, D, E dan K.
5.
Fungsi protein adalah...
a)
Diperlukan bagi pembinaan otot, pemulihan tisu badan dan pengeluaran susu.
b)
Mengatur proses badan bagi tumbesaran, pembiakan dan daya tahan terhadap serangan penyakit.
c)
Sumber utama tenaga dalam menjalankan aktiviti fizikal di samping pengeluaran susu.
6.
Fungsi  vitamin adalah...
a)
Diperlukan bagi pembinaan otot, pemulihan tisu badan dan pengeluaran susu.
b)
Mengatur proses badan bagi tumbesaran, pembiakan dan daya tahan terhadap serangan penyakit.
7.
Gambar menunjukkan sistem pencernaan ternakan ruminan. Pilih pernyataan yang tepat. Bahagian bertanda B adalah
a)
Esofagus
b)
Rumen
c)
Abomasom
8.
Gambar menunjukkan sistem pencernaan ternakan ruminan. Pilih pernyataan yang tepat. Bahagian bertanda C adalah
a)
Omasom
b)
Rumen
c)
Abomasom
9.
Gambar menunjukkan sistem pencernaan ternakan ruminan. Pilih pernyataan yang tepat. Bahagian bertanda C berfungsi
a)
Menyimpan bahan makanan yang telah dikunyah halus untuk ditelan dan memisahkan bahan makanan yang masih kasar.
b)
Tempat menyimpan makanan dan berlakunya proses fermentasi ke atas selulosa menghasilkan protein dan vitamin.
c)
Tempat menyimpan air yang diminum dan proses pemuntahan semula (regurgitasi)
10.
Gambar menunjukkan sistem pencernaan ternakan ruminan. Pilih pernyataan yang tepat. Bahagian bertanda D berfungsi
a)
Tempat menyimpan makanan dan berlakunya proses fermentasi ke atas selulosa menghasilkan protein dan vitamin.
b)
Menghasilkan asid hidroklorik, enzim pepsin dan enzim renin serta merupakan organ pencernaan sebenar.
c)
Tempat menyimpan air yang diminum dan proses pemuntahan semula (regurgitasi)
11.
Berikut merupakan kelebihan foraj, kecuali
a)
Kandungan fiber kasar lebih tinggi
b)
Bentuk/ keadaan lebih segar
c)
Kandungan nutrien lebih rendah
d)
Kos lebih murah
12.
Berikut merupakan tiga faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan bahan makanan untuk catuan makanan seimbang, kecuali
a)
Kandungan nutrien
b)
Kos
c)
Mudah diperolehi
d)
Kesesuaian rasa
13.
Catuan makanan seimbang didefinisikan sebagai
a)
membekalkan nutrien dalam kuantiti yang sama.
b)
mengandungi foraj dan makanan pati secukupnya.
c)
membekalkan nutrien untuk keperluan saraan dan pengeluaran pada kuantiti dan kadar yang mencukupi
d)
membekalkan nutrien untuk keperluan saraan dan pengeluaran pada kuantiti yang sama setiap hari
14.
Berikut merupakan amalan untuk pencegahan dan pengawalan penyakit, kecuali
a)
Pemvaksinan mesti dilakukan setelah ternakan diserang penyakit
b)
Amalan sanitasi ladang dapat mengawal vektor pembawa penyakit
c)
Kuarantina kurang berkesan untuk mengawal penyakit berjangkit
15.
Berikut merupakan amalan sanitasi sebagai langkah pencegahan penyakit, kecuali
a)
mengawal vektor dan perosak
b)
mempastikan peredaran udara yang baik
c)
membersihkan tinja ternakan dengan sempurna
d)
mengasingkan ternakan mengikut peringkat umur