NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsWE LOVE physics!!!
Total questions: 50
Worksheet time: 21mins
Name
Class
Date
1.
" Suatu objek terus berada dalam keadaan pegun, atau bergerak dengan halaju malar, kecuali terdapat satu daya luar yang mengubah keadaan gerakannya."
Apakah hukum yang diterangkan oleh pernyataan di atas?
Apakah hukum yang diterangkan oleh pernyataan di atas?
a)
Hukum gerakan Newton kedua
b)
Hukum gerakan Newton ketiga
c)
Hukum gerakan Newton pertama
d)
Hukum gerakan Newton keempat
2.
Suatu tilam digunakan dalam suatu acara lompat tinggi.Apakah fungsi tilam itu?
a)
Untuk memendekkan masa hentaman atlet itu dengan tilam
b)
Untuk mengurangkan perubahan momentum atlet itu apabila dia mendarat di atas tilam
c)
Untuk menambahkan daya impuls yang bertindak ke atas atlet itu apabila dia mendarat di atas tilam
d)
Untuk mengurangkan daya impuls yang bertindak ke atas atlet itu apabila dia mendarat di atas tilam
3.
Pernyataan manakah adalah betul mengenai keseimbangan daya?
a)
Suatu objek mesti dalam keadaan pegun
b)
Suatu objek mesti bergerak dengan halaju seragam
c)
Suatu objek sama ada bergerak dengan halaju seragam atau pecutan seragam
d)
Suatu objek sama ada dalam keadaan pegun atau sedang bergerak dengan halaju seragam
4.
KUANTITI TERBITAN ADALAH .................... KUANTITI ASAS.
a)
GABUNGAN DUA ATAU LEBIH
b)
TIADA GABUNGAN
c)
GANDINGAN ANTARA DUA ATAUPUN LEBIH
d)
SEJENIS
5.
ANTARA YANG BERIKUT, YANG MANAKAH MERUPAKAN KUANTITI SKALAR?
a)
SESARAN
b)
HADLAJU
c)
LAJU
d)
MOMENTUM
6.
Antara berikut yang manakah mempunyai inersia yang sangat besar
a)
Lembu yang berlari
b)
Kereta tidak bergerak
c)
Gajah duduk
d)
Pesawat Rayani Air
7.
Antara berikut yang manakah aplikasi bagi mengurangkan inersia?
a)
Memenuhkan bas dengan penumpang
b)
Memakai tali pinggang keledar
c)
Acara lompat tinggi tanpa menggunakan tilam
d)
Menambah jisim berat bagi lori
8.
Momentum ialah hasil darab jisim dan pecutan
a)
Betul
b)
Salah
9.
Prinsip keabadian momentum menyatakan, Jumlah momentum sebelum pelanggaran = Jumlah momentum selepas pelanggaran
a)
Benar
b)
Tidak Benar
10.
Daya ditakrifkan sebagai sesuatu yang dapat mengubah keadaan pegun atau keadaan gerakan sesuatu objek
a)
Tidak benar
b)
Benar
11.
Impuls bermaksud perubahan momentum
a)
Betul
b)
Salah
12.
Impuls merupakan perubahan momentum, manakala daya impuls merupakan kadar perubahan momentum.
a)
Betul
b)
Salah
13.
Tilam tebal digunakan dalam acara lompat tinggi. Apabila atlit jatuh ke atas tilam tebal, masa hentaman dapat dipanjangkan.Maka daya impuls yang terhasil dapat ditambah.
a)
Salah
b)
Benar
14.
Ahli payung terjun membengkokkan kaki semasa pendaratandi atas tanah. Dengan cara ini, ia mampu mengurangkan daya impuls dengan memanjangkan masa hentaman kaki denganpermukaan tanah.
a)
Benar
b)
Salah
15.
Inersia sesuatu objek bergantung kepada __________ objek itu
a)
Berat
b)
Jisim
c)
Ketinggian
d)
Ketumpatan
16.
Antara bidang berikut, yang manakah paling hampir berkaitan dengan fizik?
a)
Pembedahan
b)
Elektronik
c)
Pengiklanan
d)
Nyanyian
17.
Berapakah ralat sifar angkup vernier di bawah?
a)
0.3cm
b)
0.03cm
c)
-0.3cm
d)
-0.03cm
18.
Tanda yang manakah di bawah menerangkan konsep persis tetapi tidak jitu pada target sasaran?
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
19.
Inersia sesuatu objek merupakan sifat objek itu untuk menerima perubahan terhadap keadaan asalnya.
a)
Betul
b)
Salah
20.
Semakin besar jisim suatu objek, lebih besar inersianya
a)
Betul
b)
Salah
21.
a)
Benar
b)
Salah
22.
Rajah 9 menunjukkan sebuah hidrometer digunakan untuk menentu ketumpatan bagi sesuatu cecair.Prinsip fizik yang manakah digunakan untuk menerangkan hidrometer?
a)
Hukum Boyle
b)
Prinsip Pascal
c)
Prinsip Bernoulli
d)
Prinsip Archimedes
23.
Rajah 18 menunjukkan sebuah sistem hidraulik. Daya, F1 dikenakan ke atas omboh X. Luas keratan rentas bagi omboh Y adalah lebih besar daripada omboh X.Antara pernyataan yang berikut, manakah benar tentang daya, F2 yang dikenakan ke atas omboh Y?
a)
F2 << F1
b)
F2 > F1
c)
F2 = F1
d)
F2 = F1
24.
Jika ingin mengukur jisim, apakah alat yang anda gunakan?
a)
jam randik
b)
pita ukur
c)
neraca penimbang
d)
spring newton
25.
Berapakah nilai Tera?
a)
106
b)
107
c)
1014
d)
1012
26.
Kajian fizik adalah seperti berikut, kecuali
a)
Melibatkan kuantiti yang diukur
b)
penyiasatan benda hidup
c)
Kajian berkaitan fenomena alam
d)
mesin dan unit
27.
Yang manakah antara berikut adalah benar?
a)
Jam randik lebih sensitif daripada jam elektronik.
b)
Ammeter lebih peka daripada daripada miliammeter
c)
Angkup vernier lebih peka daripada tolok skru mikrometer
d)
Termometer dengan bebuli kaca berdinding nipis lebih peka daripada termometer dengan bebuli kaca berdinding tebal.
28.
Kebolehan suatu alat mengesan suatu perubahan yang kecil pada kuantiti yang diukur boleh dikaitkan dengan
a)
kejituan
b)
kepekaan
c)
kepersisan
d)
ralat
29.
Antara graf-graf berikut, manakah graf yang terbaik?
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
30.
Sebuah bandul pada panjang tertentu diayunkan dan tempoh ayunan dicatatkan. Panjang bandul merupakan
a)
Pemboleh ubah dimanipulasi
b)
Pemboleh ubah bergerak balas
c)
Pemboleh ubah dimalarkan
31.
Apakah fenomena fizik dalam gambar ini?
a)
pantulan cahaya
b)
pembiasan cahaya
c)
daya
d)
halajau
32.
Antara berikut, yang manakah bukan bidang fizik?
a)
astronomi
b)
geologi
c)
kejuruteraan biologi
d)
kesusasteraan
33.
Apakah yang maksudkan dengan hukum ohm
a)
Beza keupayaan berkadar terus dengan arus
b)
Beza keupayaan berkadar terus dengan arus jika suhu dimalarkan
c)
Beza keupayaan berkadar terus dengan arus jika rintangan dimalarkan
d)
Beza keupayaan berkadar terus dengan arus jika suhu adalah meningkat
34.
Mengapakah bola X perlu dicatkan dengan cat metalik
a)
boleh mengalirkan arus
b)
membolehkan cas melompat
c)
boleh mengalirkan positif cas
d)
boleh mengalirkan cas
35.
Litar manakah yang sesuai digunakan untuk mencari rintangan suatu perintang?
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
36.
Apakah maksud rintangan
a)
Nisbah arus kepada beza keupayaan
b)
nisbah rintangan kepada arus
c)
nisbah beza keupayaan kepada arus
d)
Nisbah rintangan kepada voltan
37.
Antara graf V melawan I berikut, yang manakah menunjukkan rintangan meningkat apabila arus meningkat ?
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
38.
Rajah menunjukkan 5 buah bandul yang di gantung pada dawai logam MN . Bandul P disesarkan ke sisi dan kemudian dilepaskan.
Bandul yang manakah berayun dengan amplitud yang maksimum ?
Bandul yang manakah berayun dengan amplitud yang maksimum ?
a)
W
b)
X
c)
Y
d)
Z
39.
Gema adalah merupakan fenomena yang disebabkan _______________________ gelombang bunyi.
a)
Pembelauan
b)
Pembiasan
c)
Pantulan
d)
Interferens
40.
Gema adalah merupakan fenomena yang disebabkan _______________________ gelombang bunyi.
a)
Pembelauan
b)
Pembiasan
c)
Pantulan
d)
Interferens
41.
Rajah menunjukkan gelombang satah merambat menuju satu kawasan air cetek dalam sebuah tangki riak.
Manakah antara berikut boleh berlaku semasa gelombang melalui kawasan cetek itu?
Manakah antara berikut boleh berlaku semasa gelombang melalui kawasan cetek itu?
a)
Arah perambatan gelombang tetap
b)
Frekuensi gelombang tetap
c)
Panjang gelombang bertambah
d)
Halaju gelombang bertambah
42.
Rajah menunjukkan satu pemerhatian yang diperolehi dalam satu eksperimen gelombang air dengan menggunakan tangki riak Pemerhatian ini menunjukkan fenomena
a)
Pantulan
b)
Pembiasan
c)
Pembelauan
d)
Interferens
43.
Rajah menunjukkan ombak sedang menuju ke sebuah pelabuhan.
Antara pernyataan-pernyataan berikut, yang manakah betul mengenai ombak di Q?
Antara pernyataan-pernyataan berikut, yang manakah betul mengenai ombak di Q?
a)
Frekuensi berkurang
b)
Halaju bertambah
c)
Panjang gelombang bertambah
d)
Tenaga gelombang berkurang
44.
Rajah menunjukkan gelombang dipancarkan oleh stesen pemancar dihalang oleh bukit. Antara berikut yang manakah menerangkan set televisyen masih dapat menerima pancaran gelombang.
a)
Pantulan
b)
Pembiasan
c)
Pembelauan
d)
Interferens
45.
Manakah pernyataan berikut adalah paling baik menerangkan mengapa bunyi lebih mudah di belau berbanding cahaya?
a)
Bunyi ialah gelombang membujur
b)
Laju bunyi lebih lambat berbanding cahaya
c)
Bunyi memerlukan medium untuk perambatannya.
d)
Panjang gelombang bunyi lebih panjang berbanding cahaya.
46.
Rajah menunjukkan corak interferens yang dihasilkan oleh gelombang air Antara titik-titik A,B,C atau D, titik manakah mempunyai amplitud sifar?
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
47.
Rajah menujukkan gelombang satah bagi gelombang air menuju dua bukaan yang sempit. Fenomena-fenomena gelombang yang terlibat selepas gelombang melalui bukaan sempit itu adalah
a)
Pantulan
b)
Pembelauan
c)
Interferens
d)
Pembiasan
48.
Pernyataan yang manakah berikut adalah tidak benar mengenai gelombang bunyi?
a)
Terhasil daripada siri mampatan dan renggangan udara
b)
Merupakan gelombang membujur
c)
Merupakan gelombang mekanik
d)
Boleh melalui vakum
49.
Rajah menunjukkan satu isyarat yang dipancarkan untuk menentukan kedudukan kapal terbang. Apakah jenis gelombang yang digunakan?
a)
Gelombang radio
b)
Gelombang mikro
c)
Gelombang cahaya
d)
Gelombang bunyi
50.
Di antara alat-alat berikut yang manakah tidak mempunyai elemen pemanas di dalamnya
a)
Seterika
b)
Pembakar roti
c)
Pengering rambut
d)
Ketuhar gelombang mikro
Reset
