wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Biologi tingkatan 5

Total questions: 30

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.
Antara haiwan yang berikut, manakah yang mempunyai nisbah luas permukaan per isi padu yang paling besar?
a)
Tikus
b)
Kucing
c)
Gajah
d)
Harimau
2.
Rajah dibawah menunjukkan sejenis sistem peredaran darah haiwan P.
Antara haiwan yang berikut, manakah yang mempunyai jenis sistem peredaran yang sama seperti haiwan P?
a)
Ikan
b)
Katak
c)
Arnab
d)
Anjing
3.
Antara ruang jantung yang berikut, ke manakah darah dari venakava mengalir?
a)
Atrium kanan
b)
Ventrikel kanan 
c)
Atrium kiri
d)
Ventrikel kiri
4.
∎ Terbentuk di sum-sum tulang
∎ Menghasilkan antibodi
∎ Memusnahkan sel asing dan sel tumor
Antara sel darah yang berikut, manakah yang mempunyai fungsi di atas.
a)
Basofil
b)
Neutrofil
c)
Eritrosit
d)
Limfosit
5.
Antara yang berikut, manakah yang bukan merupakan ciri kapilari darah?
a)
Lumen yang besar
b)
Dinding satu sel
c)
Darah mengalir perlahan
d)
Dinding tidak berotot
6.
P, Q, R dan S adalah langkah-langkah dalam mekanisme pembekuan darah.
P- Tromboplastin dibebaskan
Q- Fibrinogen menjadi fibrin
R- Protrombin menjadi trombin
Antara urutan yang berikut, manakah yang benar?
a)
P→Q→R
b)
R→P→Q
c)
R→Q→P
d)
P→R→Q
7.
Antara yang berikut, manakah yang merupakan komponen cecair interstis?
a)
Protein plasma
b)
Platlet
c)
Eritrosit
d)
Nutrien
8.
Sila rujuk rajah
a)
A
b)
C
c)
D
d)
B
9.
Apabila seorang budak perempuan digigit oleh seekor anjing, apakah jenis keimunan yang diperolehinya?
a)
Keimunan aktif semulajadi
b)
Keimunan pasif semulajadi
c)
keimunan aktif buatan
d)
keimunan pasif buatan
10.
Antara yang berikut, manakah merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi?
I- Kelembapan
II- Suhu
III- Angin
IV- Keamatan cahaya
a)
I dan II
b)
II dan IV
c)
I, III dan IV
d)
I, II, III dan IV
11.
Antara berikut, manakah yang bukan merupakan ciri rawan?
a)
Menutupi permukaan sendi di antara tulang 
b)
Menghasilkan sel darah merah
c)
Mengurangkan geseran di antara tulang-tulang
d)
Menghalang trakea daripada roboh
12.
P- Tengkorak
Q- Vertebrata lumbar
R- Lengkung pelvis
S- Sternum
Antara tulang yang berikut, manakah yang merupakan tulang bagi rangka paksi?
a)
P, Q, dan S
b)
P, R dan S
c)
Q, R dan S
d)
P, Q, R dan S
13.
Antara haiwan yang berikut, manakah yang mempunyai rangka hidrostatik?
a)
Ikan
b)
Ketam
c)
Pacat
d)
Belalang
14.
Antara pasangan tulang yang berikut, manakah yang membentuk sendi lesung?
a)
Atlas dan aksis
b)
Femur dan fibia
c)
Humerus dan lengkung pektoris
d)
Tibia dan fibula
15.
∎ Membran sinovial menebal dan mengalami keradangan.
∎Cecair sinovial berkumpul menyebabkan peningkatan tekanan, kesakitan dan kaku.
Apakah penyakit yang menepati pernyataan di atas?
a)
Osteoporosis
b)
Artritis reumatoid
c)
Distrofi otot
d)
Kejang otot
16.
Antara yang berikut, manakah adalah penyesuaian bagi keladi bunting untuk tinggal di habitatnya?
a)
Akar serabut
b)
Daun mempunyai klorofil
c)
Petiol kembung
d)
Daun kalis air
17.
Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri arenkima?
a)
Mempunyai banyak ruang udara
b)
terdiri daripada sel-sel berlignin
c)
Ditemui hanya pada tumbuhan akuatik
d)
Memberikan sokongan mekanikal pada tumbuhan
18.
Antara yang berikut, manakah yang tidak terlibat dalam sokongan tumbuhan?
a)
Floem
b)
Xilem
c)
Sklerenkima
d)
Kolenkima
19.
Antara yang berikut, manakah adalah penyesuaian tumbuhan darat untuk sokongan?
a)
Berkas vaskular tersusun dalam bulatan
b)
Kambium di antara floem dan xilem 
c)
Ia mempunyai sklerenkima dan trakeid yang berlignin
d)
Ia mempunyai floem dan xilem yang berbentuk silinder
20.
Nyatakan fungsi vertebra toraks
a)
Membenarkan pergerakan kepala ke atas dan ke bawah
b)
Sebagai pelekatan bagi rusuk untuk membentuk sangkar rusuk
c)
Sebagai persendian siku dan lutut
d)
Membenarkan pergerakan sendi dalam satu arah sahaja
21.
Terdapat satu lapisan lemak yang menyaluti gentian saraf. Lapisan lemak ini berfungsi sebagai penebat dan mempercepatkan penghantaran impuls. Apakah nama lapisan lemak ini?
a)
Badal sel
b)
Membran plasma
c)
Nukleoprotein
d)
Salut mielin
22.
Antara yang berikut, yang manakah merupakan unit berfungsi ginjal?
a)
Tubul
b)
Medula
c)
Nefron
d)
Glomerulus
23.
Berikut merupakan bahagian-bahagian utama otak kecuali
a)
Sereberum
b)
Talamus
c)
Serebelum
d)
Medula oblongata
24.
Sila rujuk rajah
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
25.
Sila rujuk rajah
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
26.
Apakah yang akan berlaku sekiranya seseorang mengambil terlalu banyak garam atau kehilangan terlalu banyak air?
a)
Kelenjar adrenal akan merembeskan adrenalina
b)
Kelenjar tiroid akan merembeskan tiroksina
c)
Kelenjar pituitari akan merembeskan hormon perangsang tiroid
d)
Kelenjar pituitari akan merembeskan hormon antidiuresis
27.
Antara kelenjar endokrin berikut, yang manakah dikenal sebagai kelenjar induk?
a)
Pankreas
b)
Kelenjar tiroid
c)
Kelenjar pituitari
d)
Kelenjar adrenal
28.
Antara hormon yang  berikut, yang manakah dirembeskan oleh kelenjar pituitari?
a)
Tiroksina
b)
Adrenalina
c)
Estrogen
d)
Hormon perangsang tiroid
29.
Seseorang yang minum banyak air menghasilkan
a)
Isi padu air kencing yang sedikit dan pekat 
b)
Isi padu air kencing yang banyak dan pekat
c)
Isi padu air kencing yang sedikit dan cair
d)
Isi padu air kencing yang banyak dan cair
30.
Apakah yang membentuk sistem saraf pusat?
a)
Otak dan saraf tunjang
b)
Tengkorak dan turud vertebra
c)
Saraf kranium dan saraf spina
d)
Neuron aferen dan neuron eferen