NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsBahasa Melayu UPSR
Total questions: 60
Worksheet time: 35mins
Name
Class
Date
1.
Jiran saya Encik Shahir. ____________ bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia.
a)
Dia
b)
Beliau
c)
Kalian
d)
Baginda
2.
__________ hujan turun dengan lebat, paras air sungai akan naik dan kawasan sekitarnya banjir.
a)
Apabila
b)
Kerana
c)
Andai
d)
Agar
3.
Penggunaan lampu yang __________ ketika membaca boleh menyebabkan kerosakan mata.
a)
silau
b)
malap
c)
jernih
d)
terang
4.
Plastik __________ akan memudahkan kita untuk melihat barangan yang ada di dalamnya.
a)
lutsinar
b)
kalis air
c)
kedap sinar
d)
kedap udara
5.
Pasukan penari zapin sekolah perlu berlatih dengan gigih sekiranya __________ memenangi pertandingan tarian itu.
a)
ingin
b)
masih
c)
dapat
d)
perlu
6.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
“Kita perlu merancang kewangan dengan betul supaya senang pada kemudian hari,” kata ayah kepada abang.
“Kita perlu merancang kewangan dengan betul supaya senang pada kemudian hari,” kata ayah kepada abang.
a)
Abang dan ayah sedang merancang kewangan supaya mereka senang pada hari kemudian.
b)
Abang menasihati ayah sentiasa merancang kewangan dengan betul supaya senang pada kemudian hari.
c)
Ayah menasihati abang supaya merancang kewangan dengan betul supaya senang pada kemudian hari.
d)
Perancangan kewangan perlu dibuat kemudian supaya kita senang.
7.
Aiman seorang murid yang pintar dalam Matematik,___________Siva pula bijak dalam Sains.
a)
dan
b)
sekiranya
c)
sambil
d)
manakala
8.
Laila menemukan se_______gambar arwah datuk semasa berkemas di bilik nenek.
a)
naskhah
b)
potong
c)
keping
d)
helai
9.
_______itu pandai mempromosikan barang jualannya sehingga banyak pelanggan yang membelinya.
a)
Juruteknik
b)
Juruwang
c)
Jurusolek
d)
Jurujual
10.
"Untuk sampai ke kawasan pedalaman itu, kita harus menyediakan beberapa lampu suluh kerana pada waktu malam suasananya ____________'"kata pemandu pelancong itu.
a)
gelap-gelita
b)
lekak-lekuk
c)
hitam-legam
d)
semak-samun
11.
Pelawat yang menyaksikan anak panda di zoo itu bagaikan__________melihat telatahnya.
a)
tergamam
b)
terduduk
c)
terpukau
d)
terpaku
12.
Kota A Farmosa itu telah berusia lebih 100 tahun tetapi bangunannya masih __________lagi.
a)
kuat
b)
baik
c)
cantik
d)
kukuh
13.
Aksi pesilat yang_________itu sukar ditepis oleh pihak lawan.
a)
ligat
b)
goyah
c)
gopoh
d)
lincah
14.
Pilih ayat yang betul.
a)
Baju di dalam cermin itu tidak untuk dijual.
b)
Kasut yang tidak bertumit itu sesuai dipakai oleh wanita mengandung.
c)
Daerah Besut tidak di negeri Kelantan tetapi di negeri Terengganu.
d)
Budak lelaki yang berlari itu tidak adik saya.
15.
_________ kawasan lapang dibelakang rumah Pak Izzat ditanam dengan sayur-sayuran.
a)
Setiap
b)
Segelintir
c)
Sebilangan
d)
Sebahagian
16.
Lembu peliharaan datuk Farihin ada _________ ekor?
a)
beberapa
b)
keempat
c)
separuh
d)
berapa
17.
Haji Ahmad akhirnya meninggal dunia setelah ________ menderita penyakit angin ahmar.
a)
berhari-hari
b)
berabad-abad
c)
bertahun-tahun
d)
berkurun-kurun
18.
___________ jenis cenderamata dijual di ___________ gerai itu.
a)
Pelbagai.... setiap
b)
Berbagai .... semua
c)
Berberapa .... segala
d)
Pelbagai .... segala
19.
__________ murid diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum.
a)
Para
b)
Ribuan
c)
Setiap
d)
Setengah
20.
kata kerja yang sesuai dengan gambar.
a)
menatang
b)
menjunjung
c)
menjulang
d)
menjinjing
21.
Beberapa ________________ cendawan dimasukkan oleh tukang masak ke dalam sup sayur-sayuran itu.
a)
gugus
b)
cebis
c)
batang
d)
kaki
22.
Perahu nelayan di tengah lautan itu______dipukul ribut.
a)
terkapai-kapai
b)
terapung-apung
c)
terhuyung-hayang
d)
terumbang-ambing
23.
Suzana______tepung itu untuk dibuat roti canai.
a)
menguli
b)
mengisar
c)
mencanai
d)
melenyek
24.
Pilih ayat yang sama maksud.
Lukisan yang cantik itu dilukis oleh pelukis yang terkenal.
Lukisan yang cantik itu dilukis oleh pelukis yang terkenal.
a)
Pelukis yang melukis lukisan yang cantik itu telah terkenal.
b)
Lukisan yang telah dilukis oleh pelukis yang terkenal dan cantik.
c)
Pelukis yang terkenal telah melukis lukisan yang cantik itu.
d)
Lukisan yang terkenal itu telah dilukis oleh pelukis yang cantik itu.
25.
Kesedaran_______kemajuan negara dalam kalangan generasi muda perlu dipertingkatkan.
a)
untuk
b)
dengan
c)
tentang
d)
terhadap
26.
Ketika menyertai ekspidisi itu, rakit yang dinaiki Zarul ______ terbalik kerana arus deras.
a)
segera
b)
dekat
c)
nyaris
d)
cepat
27.
Jelaskan maksud peribahasa berikut:-
Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya
Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya
a)
Makin kaya (berilmu) makin sombong
b)
Orang besar atau mulia tidak akan hilang atau jatuh martabatnya.apabila merendah diri
c)
Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.
d)
Orang yang jahat, jika bergaul dengan orang yang baik-baik tidak akan berubah tabiatnya.
28.
Berikan peribahasa yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa berikut:-
"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"
"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"
a)
Ibarat mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
b)
Burung terbang dipipiskan lada
c)
Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan.
d)
Rusa masih di hutan, kancah sudah dijerang
29.
Nyatakan peribahasa yang berkaitan gambar berikut?
a)
Malas berdayung, perahu hanyut.
b)
Biduk lalu, kiambang bertaut.
c)
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
d)
Seperti mencurah air ke daun keladi.
30.
Jelaskan maksud peribahasa, "Bagai buluh ditarik songsang"?
a)
Seseorang yang mendapat harta pusaka yang banyak, tidak tahu menggunakan harta itu.
b)
Orang yang mendapat sesuatu barang yang disukai akan bersifat tamak dan tidak akan memberikan barang itu kepada orang lain.
c)
Orang yang tidak mahu mengikut perubahan masa, pada hal keadaan di sekelilingnya telah berubah.
d)
Menunjukkan kesukaran mempengaruhi seseorang atau sesuatu kumpulan mengikut seperti yang dikehendaki.
31.
Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual
kerana adik ___________________.
kerana adik ___________________.
a)
otak cair
b)
otak udang
c)
mulut murai
d)
mulut tempayan
32.
Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai
jamuan mula dihidang.
jamuan mula dihidang.
a)
langkah kanan
b)
langkah bendul
c)
langkah seribu
d)
langkah kiri
33.
Yoke Lan ________________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah
dicerobohi pencuri.
dicerobohi pencuri.
a)
pekak badak
b)
lepas tangan
c)
makan hati
d)
tidur mati
34.
________ akan berangkat ke balai persidangan tidak lama lagi.
a)
Baginda
b)
Aku
c)
Beta
d)
Hamba
35.
Sayur-sayuran lebih baik _______________ secara mentah kerana zatnya masih terpelihara.
a)
dimakan
b)
dihadam
c)
dimasak
d)
dicuci
36.
Doktor Alleya menjelaskan ______________ air merupakan salah satu keperluan hidup yang terpenting dalam kehidupan seharian.
a)
untuk
b)
yang
c)
kerana
d)
bahawa
37.
____________________ keselamatan itu dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Alam Megah.
a)
Jelajah
b)
Kemelut
c)
Seminar
d)
Gelegar
38.
"Awang Had bin Salleh merupakan tokoh pendidikan yang disegani," kata Hakimi kepada rakannya.
a)
Hakimi menyatakan kepada rakannya bahawa Awang Had bin Salleh ialah tokoh pendidikan yang disegani.
b)
Hakimi menyatakan tokoh pendidikan ialah Awang Had bin Salleh.
c)
Hakimi menyatakan bahawa Awang Had bin Salleh ialah tokoh pendidik yang disegani kepada rakannya.
d)
Hakimi menyatakan tokoh pendidikan, Awang Had bin Salleh ialah orangnya.
39.
Pak Leman menanam pokok pisang di dalam kebun getahnya ______________ menunggu anak pokok getah itu membesar.
a)
semenjak
b)
sementara
c)
sebelum
d)
sekiranya
40.
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berwarna dengan betul.
a)
Lelaki berbaju Melayu itu ialah bapa saudara saya.
b)
Pesanan itu ialah untuk pelajar-pelajar tahun 6.
c)
Makanan di atas meja itu adalah ayah punya.
d)
Adalah tidak patut dia menjatuhkan maruah saya.
41.
Wak Lamin meminta se____________ daun sirih sebagai pengeras untuk mengubati penyakit Pak Dol.
a)
Helai
b)
Rumpun
c)
Cekak
d)
Batang
42.
Berbekalkan _____________sekangkang kera, Ahmad bercucuk tanam untuk menampung keluarganya.
a)
Pasir
b)
Tanah
c)
Padang
d)
Tasik
43.
Borhan telah berjanji kepada ____________ bahawa _______________ tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi.
a)
Mereka …beliau
b)
Beliau …patik
c)
Hamba …kita
d)
Saya … dia
44.
Ahmad mempelawa Abang Sudin _____________ makan malam di rumah kami __________menunggu bas mereka siap dibaiki.
a)
Dan … sambil
b)
Dan ….sementara
c)
Atau … tatkala
d)
Untuk … sementara
45.
Selva terpaksa ________________ kaki untuk pulang ke rumah setelah dia __________ dengan Aliah
a)
Berlari … bergaduh
b)
Berjalan…bertengkar
c)
Bergayut …bermusuh
d)
Mengesot …bertengkar
46.
Rumah Pak Dali _____________ dengan suara ____________nya yang datang bertandang.
a)
Haru-biru …jiran tetangga
b)
Riuh-rendah …saudara-mara
c)
Riuh-rendah …anak-anak
d)
Haru-biru … budak-budak
47.
Salmah memang cantik orangnya. Namun, dia ibarat __________ kerana suka _________ apabila bergaul dengan masyarakat setempat.
a)
Buka tembelang … bermuka-muka
b)
Bermuka dua … buka mulut
c)
Bunga dedap …bermuka-muka
d)
Banyak lemak …harga diri
48.
Perkataan seerti dengan perkataan berwarna.
Puan Rita memeluk erat anak kesayangannya yang baru pulang dari luar negara.
Puan Rita memeluk erat anak kesayangannya yang baru pulang dari luar negara.
a)
Mendakap
b)
Membelai
c)
Memegang
d)
Mendukung
49.
Walaupun Razak merupakan ___________ dalam keluarganya, tetapi ibu bapanya tidak terlalu memanjakannya.
a)
Anak manja
b)
Anak emas
c)
Anak tiri
d)
Anak pungut
50.
Mula-mula masukkan air dan serbuk teh, _______________ didihkannya sebelum dimasukkan gula.
a)
Selepas itu
b)
Seterusnya
c)
Kemudian
d)
Berikutnya
51.
Dalam sebiji durian itu, hanya lima ____________ isi sahaja yang boleh dimakan.
a)
biji
b)
pangsa
c)
ulas
d)
ketul
52.
Mak Cik Rina hanya menggunakan beberapa ________________ bawang putih untuk masakannya itu.
a)
Ulas
b)
Ketul
c)
Buah
d)
Biji
53.
Orang muda itu telah memilih beberapa ______________ jagung terbaik untuk dijadikan benih yang akan di tanam di se___________ tanah terbiar.
a)
Tongkol … sekaki
b)
Biji … bidang
c)
Buah … kumpulan
d)
Tongkol… bidang
54.
Kami akan bercuti ____________ Genting Hingland pada cuti sekolah
a)
Daripada
b)
Akan
c)
Pada
d)
Di
55.
Polis melepaskan dua das tembakan ________________ arah perompak itu.
a)
Daripada
b)
Ke
c)
Oleh
d)
Sejak
56.
Kucing itu mengiau _________________ adik terpijiak ekornya.
a)
Lalu
b)
Apabila
c)
Dan
d)
Jika
57.
Abu tidak pernah melupai orang-orang yang berjasa kepadanya. _____________ , dia akan mengadakan jamuan untuk mereka pada setiap tahun.
a)
Lagipun
b)
Namun begitu
c)
Kemudian
d)
Oleh itu
58.
Kehidupan peladang di kawasan itu akan terus _______________ jika kemarau masih berlanjutan.
a)
Terkandas
b)
Terbantut
c)
Terhimpit
d)
Tersekat
59.
Ayah belum membuat keputusan ____________ bercuti di dalam negara _________ di luar negara.
a)
Baik….atau
b)
Entah …tetapi juga
c)
Sama ada … atau
d)
Bukan sahaja … tetapi juga
60.
Mew Yik Sheng ________ akan datuk dan neneknya yang tinggal di kampung.
a)
sedih benar
b)
rindu benar
c)
benci benar
d)
gembira benar
Reset
