wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UT7

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.
Sultan Ahmad Tajuddin telah menghantar Tunku Daei ke Bangkok untuk berunding dengan kerajaan Siam pada tahun 1842.
Apakah kesan rundingan tersebut?
a)
Kedah menghantar bunga emas kepada Siam setiap tahun
b)
Tunku Daei ditabal sebagai Sultan
c)
Tahkta Kedah dikembalikan kepada Sultan Ahmad Tajuddin
d)
Siam mengiktirafkan kemerdekaan Kedah
2.
Apakah kesan Perjanjian Inggeris-Belanda 1842 ke atas Naning?
a)
Naning merupakan milik Belanda
b)
Naning menjadi sebahagian Melaka
c)
Naning kehilangan wilayah
d)
Naning menjadi sebahagian Selangor
3.
*Bukit Sadok
*Nanga Skrang
Berdasarkan senarai di atas, apakah persamaan bagi kedua-dua tempat di atas?
a)
Kubu Pertahanan Rentap
b)
Pusat Pentadbiran Keluarga Brooke
c)
Pusat Perlombongan Bijih Timah
d)
Tempat Pertempuran antara keluarga Brooke dan Rentap
4.
Pada tahun 1861, James Brooke memaksa Sultan Brunei menyerahkan Mukah dan menawan Sharif Masahor.
Berdasarkan peristiwa di atas, apakah yang terjadi kepada Sharif Masahor?
a)
Dilucutkan jawatan
b)
Terbunuh dalam serangan
c)
Dijatuhkan hukuman penjara
d)
Dibuang negeri ke Singapura
5.
"Mesyuarat di Durian Sebatang"
Apakah keputusan yang dicapai dalam mesyuarat tersebut?
a)
Menghalau British di Perak
b)
Membunuh Residen British
c)
Menggubal Perlembagaan
d)
Mengadakan rundingan dengan British
6.
Apakah kesan daripada perjanjian Dato' Kelana Sungai Ujong dengan British?
i.   British melaksanakan Dasar Baru
ii.   Terachi diisytiharkan sebagai wilayah British
iii.   Kedaulatan bangsa digugat
iv.   Yamtuan Antah tidak diiktiraf sebagai pemerintah Sungai Ujong
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II da III
d)
III dan IV
7.
Apakah sebabnya tiga orang pengikut Dato' Bahaman ditangkap oleh British pada 16 Disember 1891?
a)
Mengutip hasil hutan tanpa kebenaran
b)
Membunuh pegawai British
c)
Mengutip cukai
d)
Menyerang Lubuk Terua
8.
Jadual menunjukkan perjanjian antara Mat Salleh dan William Cowie.
Apakah isis kandungan perjanjian tersebut?
I.     Mat Salleh diberikan kuasa mentadbir Tambunan
II.    Mat Salleh dan pengikutnya diberi pengampunan
III.   Cukai kepala dikenakan kepada semua penduduk
IV.    Penduduk Inanam harus melaporkan pergerakan mereka
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
9.
"Tok Janggut menyahut seruan menentang British di Pasir Puteh, Kelantan"
Seruan tersebut dikaitkan dengan
a)
Gerakan Pemulihan Islam Mesir
b)
Gerakan Serambi Mekah
c)
Seruan Salib
d)
British menyerang kerajaan Turki Uthmaniyah
10.
"Tanah ialah hak Allah"
Apakah yang ingin ditegaskan oleh Haji Abdul Rahman Limbong dalam ayat di atas?
a)
British tiada hak untuk mengawal mereka
b)
British adalah orang luar
c)
Petani bebas mengusahakan tanah tanpa pembayaran cukai
d)
Petani bebas mengusahakan tanaman yang disukai