wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ BAB 1:DUNIA MELALUI DERIA KITA

Total questions: 25

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.
Berikut antara lima organ deria manusia KECUALI
a)
MATA
b)
TELINGA
c)
HIDUNG
d)
MULUT
2.
Organ deria manusia yang terbesar ialah………………………..
a)
KULIT
b)
LIDAH
c)
HIDUNG
d)
TELINGA
3.
Berikut adalah BENAR tentang padanan deria dengan rangsangannya KECUALI  
a)
Deria bau-bahan kimia dalam udara 
b)
Deria rasa-bahan kimia dalam makanan
c)
Deria penglihatan-cahaya
d)
Deria sentuhan-rasa
4.
Reseptor ialah hujung saraf pada kulit yang peke terhadap rangsangan. Berikut antara lima reseptor pada kulit KECUALI
a)
Reseptor tekanan
b)
Reseptor sentuhan
c)
Reseptor sakit
d)
Reseptor cahaya
5.
Reseptor sentuhan peka terhadap sentuhan yang ringan manakala reseptor tekanan peka terhadap sentuhan yang kuat.BENAR atau SALAH?
a)
BENAR
b)
SALAH
6.
Dua factor yang mempengaruhi kepekaan kulit ialah
a)
Ketebalan lemak dan bilangan reseptor
b)
Ketebalan epidemis dan bilangan reseptor
c)
Keluasan tapak dan kedudukan pusat graviti
d)
Jenis permukaan
7.
Berikut adalah BENAR tentang hubung kait antara ketebalan epidermis dan bilangan reseptor dengan kepekaan kulit KECUALI
a)
Semakin tebal epidermis semakin peka kulit.
b)
Semakin banyak bilangan reseptor semakin peka kulit
c)
Semakin nipis epidermis semakin peka kulit
8.
Doktor memberikan suntikan pada bahagian lengan pesakit kerana bahagian ini mempunyai bilangan reseptor yang sedikit dan epidermis yang tebal untuk mengurangkan rasa sakit.BENAR atau SALAH?
a)
BENAR 
b)
SALAH
9.
Berikut adalah BENAR tentang deria rasa KECUALI.
a)
Organ deria rasa ialah lidah.
b)
Bonggol-bonggol kecil pada lidah disebut tunas rasa.
c)
Kumpulan sel dalam tunas rasa yang peka terhadap rasa disebut reseptor rasa.
d)
Terdapat lima jenis reseptor rasa iaitu masam,masin,manis,pahit dan tawar.
10.
Bahan kimia dalam makanan akan terlarut dalam air liur dan merangsangkan reseptor rasa.BENAR atau SALAH?
a)
BENAR
b)
SALAH
11.
Hidung ialah organ deria bau yang peka terhadap rangsangan bau(bahan kimia di dalam udara).Berikut adalah BENAR tentang kenyataan berkaitan organ deria ini KECUALI
a)
Bahagian hidung yang mengesan rangsangan bau(bahan kimia di dalam udara)ialah reseptor bau.
b)
Reseptor bau terletak di bahagian atas rongga hidung
c)
Hujung setiap reseptor bau diselaputi oleh mucus yang akan melarutkan bahan kimia dlm udara utk merangsang reseptor bau.
d)
Deria bau beruang lebih peka daripada manusia kerana beruang mempunyai hidung yang kecil dan reseptor bau yang sedikit.
12.
Deria rasa dibantu oleh deria bau menyebabkan makanan terasa kurang enak jika kita tidak mencium baunya.BENAR atau SALAH?
a)
BENAR
b)
SALAH
13.
Dua bahagian telinga yang tidak terlibat dengan pendengaran ialah
a)
Jendela Bujur dan tiub Eustachio
b)
Salur separuh bulat dan tiub Eustachio
c)
Salur separuh bulat dan saraf auditori
d)
Cuping telinga dan jendela bujur
14.
Salur separuh bulat berfungsi untuk mengawal keseimbangan badan manakala tuib Eustachio berfungsi untuk menyeimbangkan tekanan udara pada kedua-dua gegendang telinga.BENAR atau SALAH?
a)
BENAR
b)
SALAH
15.
Berikut adalah BENAR tentang padanan struktur telinga dengan fungsinya KECUALI
a)
Gegendang-bergetar apabila gelombang bunyi mengenainya.
b)
Tulang osikel-menguatkan getaran
c)
Jendela bujur-menghantar getaran ke koklea
d)
Koklea-Mentafsir impuls sebagai bunyi
16.
Mata ialah organ penglihatan yang membolehkan kIta mengetahui saiZ,bentuk,warna dan kedudukan objek.Berikut adalah benar tentang padanan struktur mata dengan fungsinya KECUALI
a)
Iris-mengawal saiz anak mata
b)
Anak mata-membenarkan cahaya masuk ke dalam mata
c)
Kanta mata-Membias dan memfokuskan sinar cahaya ke atas retina
d)
Bintik kuning-Bahagian retina yang tidak peka terhadap cahaya.
17.
Berikut ialah sifat imej yang terbentuk di retina KECUALI
a)
Nyata
b)
Lebih kecil
c)
Lebih besar
d)
Terbalik
18.
Pengecutan dan pengenduran otot silia akan mengubah ketebalan kanta mata dalam mekanisme penglihatan.
a)
Kanta mata menjadi lebih tebal semasa melihat objek dekat.
b)
Kanta mata menjadi lebih nipis semasa melihat objek jauh.
c)
Kanta mata menjadi lebih nipis semasa melihat objek dekat.
19.
Berikut ialah kecacatan mata KECUALI
a)
Rabun jauh 
b)
Pekak
c)
Astigmatisme
d)
Rabun dekat
20.
Berikut adalah BENAR tentang rabun dekat KECUALI
a)
Boleh diatasi dengan memakai cermin mata kanta cembung
b)
Berlaku disebabkan bola mata terlalu pendek dan kanta mata terlalu nipis
c)
Boleh melihat objek dekat dengan jelas tetapi tidak dapat melihat objek jauh dengan jelas.
d)
Cermin mata kanta cembung akan menumpukan cahaya yang memasuki mata.
21.
Berikut adalah BENAR tentang rabun jauh KECUALI
a)
Boleh diatasi dengan memakai cermin mata kanta cekung
b)
Berlaku disebabkan bola mata terlalu pendek dan kanta mata terlalu nipis
c)
Boleh melihat objek dekat dengan jelas tetapi tidak dapat melihat objek jauh dengan jelas.
d)
Cermin mata kanta cekung akan mencapahkan cahaya yang memasuki mata.
22.
Berikut adalah benar tentang penglihatan stereoskopik KECUALI
a)
Melihat dengan kedua-dua belah mata di hadapan kepala
b)
Medan penglihatan sempit
c)
Mempunyai penglihatan yang tajam kerana dapat menganggar jarak dengan tepat.
d)
Kebiasaannya dimiliki oleh mangsa.
23.
Berikut adalah benar tentang penglihatan monokular KECUALI
a)
Melihat dengan  sebelah mata di tepi kepala (kiri dan kanan)
b)
Medan penglihatan luas
c)
Kebiasaannya dimiliki oleh mangsa.
d)
Dapat menganggar jarak dengan tepat
24.
Tropisme ialah gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan.Berikut adalah benar tentang padanan tropisme dan rangsangannya KECUALI
a)
Fototropisme- gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan cahaya
b)
Hidrotropisme-Gerak balas tumbuhan terhadap sokongan
c)
Tigmotropisme-Gerak balas tumbuhan terhadap sentuhan
d)
Geotropisme-Gerak balas tumbuhan terhadap tarikan gravity
25.
Berikut adalah BENAR tentang gerakan nasti/seismonasi dengan gerak balas tigmotropisme KECUALI
a)
Gerak balas tigmotropisme ialah gerak balas terhadap sentuhan untuk tumbuhan mendapatkan sokongan 
b)
Gerakan nasti ialah gerak balas tumbuhan untuk melindungi diri
c)
Gerak balas tigmotropisme ialah gerak balas terhadap sentuhan yang cepat
d)
Gerak balas seismonasti/gerakan nasti ialah gerak balas tumbuhan terhadap sentuhan dengan serta-merta