NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsKUIZ TATABAHASA 1 (TAHUN 5)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Name
Class
Date
1.
Nenek Lijah terpaksa menggunakan tongkat rotan kerana dia berjalan _________ dan terketar-ketar.
a)
lesu
b)
longlai
c)
lembut
d)
lambat
2.
Adik kelihatan __________ ketika berbuai di bawah pohon yang rendang itu.
a)
ceria
b)
mesra
c)
manis
d)
cerah
3.
Siti Ellyiana suka makan laksa penang _______ adiknya suka makan kuetiau goreng.
a)
lalu
b)
serta
c)
tetapi
d)
kerana
4.
Semua Pengawas Pusat Sumber SK Seri Nibong ________ akan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
a)
diikrar
b)
berikrar
c)
diikrarkan
d)
mengikrarkan
5.
Datuk Mustaffa _________________ isterinya sebuah kereta mewah bersempena dengan hari lahir isterinya itu.
a)
hadiahkan
b)
dihadiahkan
c)
menghadiahi
d)
menghadiahkan
6.
Pak Cik Rahman ____________ sayur-sayuran yang baru ditanamnya itu supaya hidup dengan subur.
a)
merenjis
b)
menuang
c)
menyiram
d)
menyimba
7.
Hidung Pak Rosli kembang kempis apabila __________ aroma Kopi Tongkat Ali itu.
a)
menyedut
b)
menghisap
c)
menghidu
d)
menghirup
8.
Novel tulisan Khadijah Hashim ________________ pelbagai aspek kehidupan masyarakat Melayu.
a)
melingkupi
b)
melingkari
c)
menyusuri
d)
mencakupi
9.
Pak Cik Jamaluddin menghalau __________ ekor kambing yang memasuki kebun jagungnya.
a)
sekalian
b)
setiap
c)
seluruh
d)
beberapa
10.
Aidil dan keluarganya terpaksa __________ banjir untuk menyelamatkan diri.
a)
meredah
b)
mengharung
c)
merempuh
d)
menempuh
11.
"__________ usik budak perempuan itu lagi, nanti dia menangis," kata ibu kepada Amran.
a)
Minta
b)
Harap
c)
Tolong
d)
Jangan
12.
Atlet olahraga dari Rusia itu mengikat tali kasutnya __________ sebelum memasuki trek.
a)
kuat-kuat
b)
ketat-ketat
c)
rapat-rapat
d)
padat-padat
13.
________________ roda basikal abang bengkok kerana terlanggar lubang yang sangat dalam.
a)
Jari-jari
b)
Kisi-kisi
c)
Buli-buli
d)
Kuda-kuda
14.
Majlis berkhatan beramai-ramai murid Sekolah Kebangsaan Tanjung Tokong _________ diadakan pada minggu depan.
a)
akan
b)
belum
c)
pernah
d)
sedang
15.
Mak Cik Piah sedang membersihkan beberapa _____________ cendawan busut yang dibelinya di pasar tani pada pagi tadi.
a)
kaki
b)
ketul
c)
pucuk
d)
batang
16.
Nazimuddin rajin _____________ mengulang kaji pelajarannya kerana peperiksaan akhir tahun semakin hampir.
a)
agak
b)
amat
c)
paling
d)
terlalu
17.
Pemandu kereta itu tidak dapat mengawal keretanya lalu terbabas ke _______________.
a)
simpang tiga
b)
jalan susur
c)
kaki lima
d)
bahu jalan
18.
Seluruh _______________ Inderapura berdoa semoga Tuanku Megat Iskandar Shah memperoleh daulat semasa berkelana ke Majapahit.
a)
orang
b)
rakyat
c)
penghuni
d)
warganegara
19.
Azlin mengajak rakan-rakannya makan durian di dusun ayahnya.
Pilih perkataan seerti bagi mengajak
Pilih perkataan seerti bagi mengajak
a)
meminta
b)
menyuruh
c)
menyokong
d)
mempelawa
20.
Kumaresan berasa yakin bahawa pasukan sekolahnya dapat menjuarai perlawanan hoki itu nanti.
Pilih perkataan berlawan bagi yakin.
Pilih perkataan berlawan bagi yakin.
a)
cemas
b)
resah
c)
sangsi
d)
bingung
Reset
