wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

50 SoalanTatabahasa Tahun 3

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.
Suami Puan Hoo ialah _______________________ .
a)
Datuk Teck Sing
b)
Tun Tan Cheng Lock
c)
Encik Wong
d)
Puan Halimah
2.
Lawrence menggunakan _________________ untuk menyapu sampah.
a)
pemadam
b)
penyodok
c)
pencakar
d)
penyapu
3.
Kami sekeluarga membeli-belah di ______________________.
a)
Pasar Raya Jusco
b)
Taman Muhibbah
c)
Hospital Pantai
d)
Stadium Merdeka
4.
Encik Ali bekerja sebagai _______________ di Klinik Kesihatan Gemencheh.
a)
arkitek           
b)
mekanik
c)
jurujual
d)
doktor
5.
Perlawanan bola sepak itu akan diadakan di ___________________.
a)
Taman Negara
b)
Zoo Negara
c)
Muzium Negara
d)
Stadium Negara
6.
Murid-murid berada di padang. _____________ sedang bermain bola sepak
a)
Kalian           
b)
Mereka
c)
Saya
d)
Dia
7.
Monyet itu __________ di atas pokok.
a)
bergayut
b)
berlari           
c)
terbang
d)
berenang
8.
“Bolehkah ____________  bekerja di sini, tuanku?” tanya pemuda itu.
a)
aku
b)
baginda       
c)
beta
d)
patik
9.
Suara perempuan itu sungguh _____________ ketika bernyanyi.
a)
merdu           
b)
lancar           
c)
licin
d)
lembut
10.
Adik menyertai pertandingan ______________ .
a)
warna
b)
 berwarna
c)
mewarna
d)
merwarna
11.
Selamat pagi kepada tuan-tuan dan _______________ .
a)
makcik-makcik
b)
saudara
c)
pakcik-pakcik
d)
puan-puan
12.
Pak Cik Leong mengambil cangkul ____________ menuju ke kebun.
a)
atau   
b)
lalu
c)
hingga
d)
kecuali
13.
Datuk berehat di taman itu ___________ menikmati udara yang segar.
a)
sambil
b)
lalu     
c)
dan
d)
jika
14.
Murid baharu itu berasal __________ Melaka.
a)
ke
b)
di       
c)
dari
d)
pada
15.
Siang Ling melihat _______________ berenang di dalam kolam. 
a)
rama-rama
b)
kunang-kunang   
c)
orang-orang
d)
kura-kura
16.
Kita mesti _____________ nasihat ibu bapa kita.
a)
patuhkan
b)
patuhi
c)
patuhan
d)
terpatuh
17.
Aliff memetik ____________ di tepi pagar rumahnya.
a)
lalang
b)
rumput         
c)
 bunga
d)
sampah
18.
Kempen kebersihan sekolah akan diadakan pada bulan _____________.
a)
Bintang
b)
Ogos
c)
Marikh
d)
Purnama
19.
Murid-murid berada di dewan. _________ sedang bermain bola keranjang.
a)
 Dia
b)
Kalian           
c)
Mereka
d)
Saya
20.
“Bolehkah ________ pergi ke tandas,” tanya Cheng kepada Cikgu Lai.
a)
saya
b)
awak
c)
kami
d)
mereka
21.
Lawatan ke ladang ternakan kambing akan _________ oleh Cikgu Loi.
a)
diberi
b)
 dilihat
c)
diketuai
d)
diternak
22.
Kim Ho dan rakan-rakan akan bertolak dari sekolah _______ pukul 8.00 pagi.
a)
di
b)
pada
c)
ke
d)
dengan
23.
Ayam ____________ pada setiap pagi.
a)
berkicau
b)
berkokok
c)
mengiau
d)
mengembek
24.
Susu kambing juga baik ___________ kesihatan.
a)
kerana         
b)
atau   
c)
dan
d)
untuk
25.
Angin itu bertiup dengan sungguh _____________.
a)
laju
b)
deras
c)
pantas
d)
 kencang
26.
Jangan pergi ke situ. Kawasan _____ sungguh berbahaya.
a)
itu
b)
ini
c)
sini
d)
sana
27.
__________ kamu sekeluarga akan pergi ke Pulau Pangkor?
a)
Bilakah
b)
Berapakah
c)
Siapakah
d)
Di manakah
28.
Kakak menyapu daun-daun yang berguguran di _______ pokok.
a)
dalam
b)
bawah
c)
atas
d)
 lereng
29.
_______, besarnya rumah awak!
a)
Aduhai
b)
Oh
c)
Wah
d)
Nah
30.
Muka adik _________ selepas makan aiskrim.
a)
licin-licau
b)
cerai-berai
c)
comot-momot
d)
cirit-birit         
31.
Luqman mendapat tempat _________ dalam pertandingan bercerita. 
a)
kedua-dua
b)
kedua
c)
berdua
d)
dua
32.
Lelaki itu memiliki lima ____________ kereta.
a)
batang
b)
biji       
c)
kerat
d)
buah
33.
_______________ ialah isteri Encik Ali.
a)
Encik Abu
b)
Datin Chong Sook Yi
c)
Cik Shanti
d)
Puan Salmah
34.
Ravi menggunakan _________________ untuk mewarna.
a)
pemadam
b)
pita pelekat
c)
pensel warna
d)
pembaris
35.
Kami sekeluarga berkelah di _________________.
a)
Balai Polis Gemencheh
b)
Pantai Port Dickson         
c)
Taman Orkid
d)
SJKC Kampung Baru Gedok
36.
Encik Tan bekerja sebagai _______________ di SJK(C) Chung Hua.
a)
jurutera
b)
jurujual         
c)
askar
d)
guru
37.
Jamuan makan malam itu akan diadakan di _________________.
a)
Restoran Marrybrown
b)
Stadium Negara
c)
Zoo Negara
d)
Muzium Negara
38.
_________________ ialah gelaran untuk seekor harimau.
a)
Sang Gagak
b)
Sang Nuri
c)
Sang Belang
d)
Sang Kancil
39.
Burung itu __________ di dahan pokok.
a)
hinggap
b)
berhenti
c)
baring
d)
duduk
40.
Murid-murid sedang ________________ bola sepak di padang sekolah.  
a)
memukul     
b)
menyalak
c)
menendang
d)
menghentak
41.
Pelancong asing itu berasal dari _____________.
a)
Gemencheh 
b)
Jepun
c)
Seremban
d)
Melaka
42.
Encik Amin bekerja sebagai doktor di ________________.
a)
Hospital  Seremban 
b)
Balai Polis Gemencheh
c)
Bengkel Kereta Abu
d)
Pejabat Pos Gemencheh
43.
Zi Ming ialah murid Tahun 3. ____________ tinggal di Gemencheh.
a)
Beliau
b)
Dia
c)
Mereka
d)
Saya
44.
Ai Ming dan Siti bermain bersama-sama sejak kecil lagi. Hubungan __________ amat erat.
a)
kamu
b)
mereka
c)
kami
d)
-nya
45.
Ibu negeri bagi Negeri Sembilan ialah ________________.
a)
Tampin
b)
Gemencheh
c)
Seremban
d)
Gemas
46.
Seekor ____________ telah membaham seekor kambing kepunyaan Abu.
a)
lembu
b)
kerbau
c)
gajah
d)
harimau
47.
Kuku yang ________________ perlu dipotong.
a)
pendek
b)
panjang
c)
besar
d)
kecil
48.
Udara yang _______________ penting untuk kesihatan.
a)
kotor 
b)
cantik
c)
bersih
d)
 putih
49.
Pemandu kereta akan didenda jika tidak memakai ______ketika memandu.
a)
sarung tangan
b)
tali pinggang
c)
tali pinggang keledar
d)
topi keledar
50.
Lee ________ motosikal yang ditunggang ayahnya ke sekolah.
a)
menunggang
b)
mengayuh
c)
membonceng
d)
 memandu